Saturday, January 29, 2011

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau 6 Mac, Penamaan Calon 26 Feb

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Feb depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi DUN Merlimau berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada hari sebelumnya (20 Jan).

“Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam tadi.

Mohamad Hidhir, 54, meninggal dunia pada 19 Jan lepas akibat serangan jantung. Pada pilihan raya umum 2008, beliau menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemas kini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

“Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 Saluran Tempat Mengundi. Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000,” katanya.

Abdul Aziz berkata, SPR yang bermesyuarat pada hari ini juga telah bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik ialah Roslan Eusoff yang juga Pegawai Daerah Jasin.

“Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya kecil ini berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.

“Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

Para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan juga boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui Laman Web SPR (www.spr.gov.my) dan melalui SMS dengan menaip SPR jarak; SEMAK; jarak ; NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 11 Februari 2011.

Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka di talian 06-2824124.

Tuesday, January 25, 2011

Tolak calon UMNO hanya cerita rekaan

LABIS: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyifatkan penyebaran risalah kononnya penyokong Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh, menolak calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai cerita rekaan pembangkang yang terdesak untuk melemahkan jentera BN.

Mohd Shafie berkata, jentera parti itu termasuk sayap Wanita sentiasa bekerja keras dan bersatu hati memastikan DUN berkenaan menjadi milik Mohd Azahar kerana bekas Bendahari Pemuda UMNO Labis itu dipilih sebagai calon menerusi persetujuan dan kesepakatan semua pihak.

"Sebenarnya tak ada masalah antara jentera sayap dan bahagian. Kita kesal dengan pengedaran risalah seperti ini, takkan UMNO nak mengedarkannya kepada pengundi.
"Saya harap penduduk DUN Tenang supaya tidak mudah terpedaya dan saya juga yakin pengundi di kawasan ini tidak mudah untuk diperalatkan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah RISDA Segamat di Kampung Lembah Bakti, di sini, semalam.

Risalah tertulis 'Kami Penyokong Linda Tidak Akan Menyokong Tok Ai Sebagai Calon, BN Tolak Wanita' yang kononnya disebarkan Kelab Wanita Veteran Labis di sekitar kampung dalam DUN Tenang sejak kelmarin.

Mohd Shafie turut menyifatkan Mohd Azahar calon terbaik untuk mewakili rakyat kerana beliau seorang anak muda yang sudah masak dengan selok belok kawasan DUN Tenang, selain berpengalaman dalam pentadbiran pada peringkat daerah.

Katanya, setiap kali kempen pilihan raya kecil, pembangkang akan melakukan pelbagai usaha termasuk mereka-reka cerita tidak benar untuk melemahkan jentera BN serta mengelirukan pengundi.

Calon Pas Normala Sudirman bukan Ustazah...!!!



CALON PAS CELAKA BUKAN USTAZAH !!
KAWIN HANYA MAMPU BERTAHAN DUA HARI ??..AKU ULANG..2 HARI JE BERTAHAN DGN SUAMI PERTAMA ??..AKU ULANG LAGI SKALI ...2 HARI JE ? HARI KE 3 CERAI ??

Empat Nama Disenarai Pendek Calon PRK Merlimau

MALACCA: Four Jasin Umno leaders have been shortlisted as potential candidates for the Merlimau state seat now vacant following the death of its assemblyman Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan on Thursday.

The four are division committee members Mohd Nasser Selamat and Abdul Nasir Bazid, Wanita head Zaleha Bujang and Jasin Umno Youth assistant secretary Jazlee Pit.

Nasser is also chief executive officer of the Malacca Customary Land Corporation, Zaleha is an officer with the Department of Special Affairs under the Ministry of Information, Communications and Culture, Jazlee is Bemban village headman, while Nasir is a lab assistant.

A source told the New Straits Times that all four were locals who were well known to voters in Merlimau.


"They are familiar faces and possess the criteria of winnable candidate as mentioned by Barisan Nasional chairman and prime minister (Datuk Seri Najib Razak)."

Chief Minister and state BN chairman Datuk Seri Mohd Ali Rustam said on Saturday that the Jasin Umno division had a handful of such candidates and only a list of the best choices would be submitted.

Hidhir first contested in the 2004 general election where he defeated Jayathas Sirkunavelu of Parti Keadilan Rakyat by 5,087 votes.


In the 2008 general election, Hidhir retained his seat by defeating Jasme Tompang (Pas) by 2,154 votes.

Malacca state assembly Speaker Datuk Othman Muhamad had, on Friday, submitted a notification to the state Election Commission on the vacancy of the Merlimau state seat.

Meanwhile, the state BN held a seven-hour meeting which began at 10pm on Saturday and ended at 5am on Sunday to discuss the Merlimau state seat.


Ali said the he had asked Jasin Umno to shortlist potential candidates.

"The candidate must be in good health, free of any criminal records and is not a bankrupt, and most importantly must be able to ensure victory for BN."

On the replacement for the vacant state rural development and agriculture portfolio which was held by Hidhir, Ali said that there would not be any reshuffle in the state executive council line-up at the moment.

"We have unanimously agreed that focus would be given to the Merlimau by-election and also in the development of the state."

source: http://www.nst.com.my/nst/articles/7limaus/Article/

Monday, January 24, 2011

PROFIL Calon BN DUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim



PROFIL Calon BN DUN Tenang

Nama: Mohd Azahar Ibrahim
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mei 1972
Tempat Lahir: Labis, Segamat
Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
Anak: Nur Aina Maisara, 6, Nur Arisha Najwa, 3, Muhammad Haikal, 8 bulan

Kelulusan:

Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1993
Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom – 1996

Pekerjaan:

Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006)
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011)

Jawatan dalam parti

Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis

Pembabitan dalam pertubuhan dan kebajikan:

Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000-kini)
Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000-kini)
Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006-kini).

Saya Anak Tempatan, Janji Beri Khidmat Terbaik – Azhar


Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

“Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.

Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.

Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.

Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat.

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.

“Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan,” katanya.

Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.


Saturday, January 22, 2011

PRK DUN N.05 Tenang 30 Januari 2011


PRK DUN Tenang N05 : Undilah Calon Barisan Nasional

BN Melaka akan menurunkan calon popular di kalangan rakyat bagi mempertahankan kerusi DUN Merlimau



Barisan Nasional (BN) Melaka akan menurunkan calon popular di kalangan rakyat bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Pengerusi BN Melaka itu berkata, BN negeri akan mengambil pendekatan yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih calon yang boleh memenangi pilihan raya."Calon popular di kalangan rakyat boleh menang, kalau dulu popular dalam parti tetapi di luar tidak popular, undi susahlah sikit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan perasmian Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) oleh Perdana Menteri di sini, Sabtu.Mohd Ali berkata, BN Melaka mempunyai ramai calon berkaliber bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, akibat serangan jantung, Khamis lepas.Sekurang-kurangnya tiga calon akan disenaraikan untuk dipilih dan mendapatpersetujuan Perdana Menteri, katanya."Tidak ada masalah (calon), kita akan pilih yang terbaik, boleh menang, yang disokong, diminati dan mesra rakyat," katanya.Mohd Ali berkata, jentera BN di setiap peringkat di negeri itu telah bersiapsedia menghadapi pilihan raya kecil DUN itu."Kita yakin mampu mempertahankan kerusi ini kerana ia kubu kuat BN," katanya.Terdahulu, Mohd Ali menerima anugerah tokoh bekas anggota Kemas bersama-sama bekas Adun Taman Medan, Selangor Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin yang disampaikan Najib.Mohd Ali pernah berkhidmat bersama Kemas dari tahun 1979 sehingga 1984 sebagai Penolong Pengarah dan Pengarah di beberapa negeri termasuk Kedah dan Melaka. - BERNAMA

Jenazah Allahyarham Mohamad Hidhir Selamat Dikebumikan



JASIN: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Chincin Tengah, di sini selepas solat Zohor, Jumaat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa dengan van dari kediamannya di KampungTersusun, Lipat Kajang di sini dan disembahyangkan di Masjid As Sajadin SimpangKerayong.

Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti KerajaanNegeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd KhalilYaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri DatukSeri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Allahyarham Mohamad Hidhir, 54, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian danPembangunan Desa negeri, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra 8.10 malamsemalam setelah mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas. - BERNAMA


“Jenazah Terbiar” Tidak Benar, Imam Kesal Pas Tergamak Putar Belit



LABIS 22 JAN – Imam Masjid An-Nur, Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

“Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar.

“Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini,” katanya.

“Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

“Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

“Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

“Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

“Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan,” katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

“Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

“Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

“Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas,” katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

“Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

“Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu “hodoh” kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

“Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali,” katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

“Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…,” katanya. -MediaUMNO


PRK Tenang: Cikgu Mala tak mahu salam pengundi Cina?

PRK Tenang: Cikgu Mala tak mahu salam pengundi Cina?: "Perkara ini remeh kepada setengah orang, serius pada orang lain, dan lucu pada orang lain tetapi kepada pengundi Cina, ianya perkara serius ..."

PRK Tenang: Sah! Bung Nuar tidak boleh jejak Tenang

PRK Tenang: Sah! Bung Nuar tidak boleh jejak Tenang: "Walaupun ada dengar ura-ura malam tadi Anwar akan berada di Tenang untuk satu majlis serahan bendera dan kononnya konvoi 100 kereta mengeli..."

BN Lawan Pas Di Tenang, Lebih 10,000 Penyokong BN Iringi Calon





Lebih 10,000 penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membanjiri pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Labis bagi memberi sokongan kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Tamat tempoh pencalonan bagi Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan ini menyaksikan pertanding satu lawan satu antara BN dan Pas.

BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon Pas Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.

Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi yang pertama di Johor.

Azhar ADO Calon BN Tenang


Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis adalah anak bekas ADUN Tenang, allahyarham Ibrahim Daud.

Beliau bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

Sebelum ini, Pas menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.




TPM Mahu Majoriti 5,000 Di Tenang DiTebus Balik

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang menebus kembali majoriti lebih 5,000 yang pernah diperoleh BN pada pilihan raya umum 2004.

Beliau berkata pilihan raya kecil Tenang merupakan medan ujian bagi BN Johor dan hanya dengan memenangi kerusi ini melebihi 5,000, ia mampu membuktikan Johor masih merupakan kubu kuat BN.

“Pada pilihan raya umum 2004, kita menang lebih 5,000 majoriti. Pada 2008, kita menang dengan lebih 2,000 majoriti. Soalnya, pada 2011 ini, macam mana pula?

“Kalau ikut tinjauan-tinjauan yang dibuat, semua kata kita boleh menang. Tetapi apa yang kita nak adalah tebus balik majoriti 2004, iaitu lebih 5,000. Kita mahu majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya kecil kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum menamakan calon BN pada pilihan raya kecil Tenang.

Mohd Azhar Ibrahim, 39, bekas penolong pegawai daerah kecil Rengit, Batu Pahat telah dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Tenang 30 Jan ini. Proses penamaan calon pada Sabtu ini.

Sehubungan itu Muhyiddin menasihatkan semua jentera BN berkerja keras bagi meraih setiap undi 14,753 pengundi di DUN Tenang dan tidak memandang rendah calon lawan.

Ahad lepas, PAS sebelum ini telah menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39 sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil berkenaan.

“Jangan pandang rendah calon sama ada dia lelaki atau perempuan. Semua sama sahaja. Yang penting kita mesti bekerja kuat. Bukan menang biasa tetapi kita mahu menang luar biasa,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman calon BN, Muhyiddin berkata Mohd Azhar mendapat sokongan daripada semua pemimpin Umno Labis walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno Bahagian Labis.

“Saya mohon pengundi-pengundi Tenang menerima beliau yang baru memasuki 39 tahun, banyak tenaga untuk bergerak ke semua kawasan,” katanya sambil menambah beliau mahu semua jentera BN bekerja rapat membantu beliau sebagai calon.

BN memenangi Dewan Undangan negeri (DUN) Tenang pada 2004 melalui Allahyarham Datuk Sulaiman Taha dengan mengalahkan calon PAS Mohd Saim Siram dengan majoriti 5,517 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau mengekalkan kerusi yang sama dengan mengalahkan Saim dengan 2,492 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Allahyarham Sulaiman, 59 pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis. -sumber UMNOonline


PRK DUN N.05 Tenang 30 Januari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.05 Tenang, Johor akan diadakan pada Ahad, 30 Januari depan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 22 Januari 2011.

Proses demokrasi itu akan menjadikan PRK ke-14 sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.

“Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftaf Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010 yang dikemas kini sehingga Oktober lalu merangkumi seramai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini, pagi ini.

Pada PRU-12, Sulaiman mengalahkan Mohd Saim Siran (Pas) dengan majoriti 2,492 undi. Pada waktu itu pengundinya DUN Tenang berjumlah of 14,474, termasuk Melayu (49%), China (38%) dan India (12%).

Tenang adalah satu daripada dua DUN (satu lagi DUN Bekok) di dalam Parlimen Labis yang diwakili oleh Chua Tee Yong.

DUN Tenang turut meliputi Felda Tenang, pekan Labis dan Felda Chempelak. Parlimen Labis antara lain bersempadanan dengan Segamat, Sekijang, Pagoh, Mersing, Ayer Hitam dan Sembrong. -sumber: MediaUMNO


Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.