Thursday, March 27, 2014

Hebahan: Paragliding & Penyerahan Memo Bantahan. @nizamomar_pb @emysamsudin

Semua dijemput hadir.

Wednesday, March 26, 2014

MH370: Jangan Sia-siakan Peringatan dariNya

Setiap yang berlaku di dunia ini ada sebab dan tujuannya.  Semua ciptaan di dunia ini berkait antara satu sama lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.  Contohnya, bulan berkait dengan graviti sepertimana oksigen dan karbon dioksida berkait dengan tumbuhan dan manusia. Allah SWT mencipta segala-galanya dengan bersistem, iaitu hukum sains dan matematik yang pasti.  Pengaliran darah di dalam tubuh manusia serta peredaran planet di cakerawala semuanya tertakluk kepada kadar atau perkiraan yang tetap tanpa sedikit pun berganjak darinya.  Sebarang anjakan, pastinya memberi kesan dan sebarang percubaan untuk menentang hukum ini, akan membawa bencana.

Umat Islam wajib yakin bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan ada rahmat di sebaliknya. MH370 hilang pada ketika umat Islam di Malaysia keliru dan bercelaru pemikirannya.  Dalam kecelaruan itu, ramai yang gagal melihat pengajaran darinya. Umat yang bercelaru adalah lemah dan mudah dipengaruhi.  Oleh itu, pada hari ini Umat Islam di Malaysia telah terbahagi kepada beberapa golongan. Sebahagian besar umat Islam gemar meletakkan diri sebagai ‘lebih Islam dari orang lain’ hanya kerana dosanya tidak kelihatan di mata manusia.  Oleh kerana dosa orang lain ternampak di matanya, maka dia tegar menuduh segala bencana berpunca dari dosa orang itu.         
Sebahagian dari umat Islam pula, bersifat seratus peratus berbeza dengan kumpulan di atas.  Mereka ini ingin menentang hukum alam, atas nama Hak Asasi Manusia.  Kononnya, hukum Islam yang berdasarkan sains itu kolot dan ketinggalan zaman.

Kedua-dua jenis kumpulan umat Islam inilah yang menghuru-harakan Malaysia pada hari ini.  Yang satunya perasan alim dan yang satunya bangga menjadi jahil. Yang satunya sanggup berikrar untuk terus berpecah-belah kononnya atas alasan sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka adalah salah, berdosa dan pembawa bencana.  Yang satunya pula sanggup bekerjasama dengan pihak asing termasuk Kristian, untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara. Yang peliknya, kedua-dua pihak yang bertentangan fahaman ini, mampu mencari satu titik pertemuan melalui Pakatan Rakyat. Kesederhanaan dan kerendahan hati yang dituntut Islam menjadi sesuatu yang asing bagi mereka ini.  Politik menjadi makanan minda dan rohani hampir setiap hari.  Kebencian menjadi sifat wajib sehingga jiwa menjadi buta tuli.

Ketika umat Islam di Malaysia leka berpolitik sehingga mendustakan segala nikmat Allah SWT, maka Allah SWT turunkan peringatan agar kembali mengenang kesejahteraan yang dikecapi sebelum ini, kembali merendah diri serta mengakui kesilapan.  Lalu, MH370 telah hilang dengan begitu misteri sehingga membingungkan semua pakar-pakar di dunia. Namun, adakah umat Islam di Malaysia akur dan insaf akan kuasa Allah SWT?  Apakah masing-masing mula melihat ke dalam diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan diri? Tidak. Sebaliknya, perkara pertama yang didengar ialah, persoalan mengenai ‘kehidupan sosial warga penerbangan’seolah-olah ingin mengaitkan dosa-dosa mereka dengan bencana yang berlaku.  Kemudiannya, dikaitkan pula dengan dosa-dosa kerajaan yang memerintah dan dosa semua umat Islam lain - kecuali dirinya sendiri.  Yakin sekali bencana tidak berpunca dari dirinya hanya kerana dosanya tidak ternampak di mata manusia.

Beberapa pihak cuba membela warga penerbangan tetapi dicemuh sebagai anjing kerajaan.
Tidak cukup dengan itu, dituduh pula kerajaan sebagai bertanggungjawab dalam kehilangan MH370 kerana takut dengan idola peliwat mereka. Malang bagi mereka apabila media asing tiba-tiba membongkar bahawa juruterbang pesawat tersebut merupakan fanatik kepada idola mereka.  Si juruterbang sanggup menghadiri perbicaraannya serta dikatakan amat terkesan dengan keputusan rayuan kes tersebut.  Gambar-gambar beliau dengan t-shirt ‘Democracy Is Dead’ menjadi bukti tidak sahih bagi media asing untuk menimbulkan persoalan.

Pendedahan ini sepatutnya membuatkan kita semua semakin insaf dan akur dengan segala kemungkinan tetapi malangnya ia tidak berlaku.  Pantas emosi politik mengambil alih dan menuduh semuanya direkacipta kerana takut dengan idola peliwat mereka. Maka, mereka pun menyahut seruan media asing agar memburukkan negara sendiri, demi membela sang idola.  Habis Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang bertungkus lumus mencari pesawat tersebut dicemuh dan dihina.  Sedikit pun tidak ada kata-kata penghargaan jauh sekali pujian. Takut benar yang idola mereka dikaitkan dengan misteri ini. Hujah mereka, tidak mungkin seorang yang bijak mampu menjadi fanatik kepada sesiapa jua sehingga sanggup membunuh diri.

Hakikatnya tiada siapa yang menuduh sesiapa.  Apa yang berlaku hanyalah pendedahan maklumat setakat yang diketahui oleh pihak penyiasat.  Justeru, seharusnya, kita semua mengambil sikap terbuka, tidak ‘defensive’ dan tidak pula agresif.  Keterbukaan adalah langkah pertama ke arah redha serta selangkah lebih jauh dari riak iaitu merasakan diri sendiri lebih bijak dan mengetahui. Sebenarnya, sikap fanatik, taksub atau ekstrem bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Contoh paling mudah ialah PRK Kajang di mana ramai yang sanggup memilih seorang boneka dan tidak mampu bekerja, berbanding seorang yang jelas berintegriti dan berkredibiliti.  Semuanya kerana taksub dengan parti,ekstrem dalam berpolitik dan fanatik dengan Anwar Ibrahim.  Hatta, jika dicalonkan lembu untuk parti pembangkang dan seorang bijaksana di parti kerajaan, maka lembu tersebut tetap akan menang.

Jelas, rakyat Malaysia sudah sampai di tahap di mana ‘fakta’ dan ‘angka’ tidak lagi membawa makna apa-apa serta bertindak atas dasar emosi semata-mata. Jika tidak, takkanlah ada yang percaya bahawa kerajaan sengaja menghilangkan MH370 sedangkan yang menanggung kerugian dan tekanannya adalah kerajaan juga.  Yang untung dan yang sedang meraih keuntungan politik dari episod ini adalah Pakatan Rakyat sahaja. Di kala kerajaan bertungkus lumus menahan segala maki cerca dari dalam dan luar negara, pembangkang bergembira membuat berbagai cerita rekaan untuk kepentingan politik mereka. Namun, penyokong mereka masih buta.  Jika ini bukan ‘fanatik’, maka apakah ia?

Sewajarnya, rakyat Malaysia belajar dari apa yang berlaku dengan kembali kepada ketentuan Allah SWT.  Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, merendah diri dan mengambil sikap terbuka serta redha.  Tiada siapa yang menuduh sesiapa dan tiada siapa yang berhak menghukum dosa pahala sesiapa. Kalaupun bencana berlaku kerana dosa seseorang, maka orang itu kemungkinan besarnya adalah diri kita sendiri, bukan orang lain. Jika kita mampu memperbaiki diri dan tidak lagi menuding jari kepada sesiapa, maka sekurang-kurangnya, pemergian MH370 tidaklah sia-sia. Semoga roh mereka tenang di sana…

MH370: Semua Pihak Wajar Menerima ‘Pengakhiran’

 Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani kehilangan MH370.  Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan penyiasat dan pihak SAR.   Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini, hampir setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan atau harapan semata-mata. 

Dua perkara yang dapat disahkan, telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu lalu, dan pengumuman yang menyayat hati semalam, iaitu mengenai ‘berakhirnya’ penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi.

Perdana Menteri memilih perkataan ‘berakhir’ tanpa menjelaskan ‘cara pengakhirannya’ kerana ia masih tidak dapat dipastikan.  Apa yang pasti, di situlah pengakhirannya berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari.

Dalam kata lain, ‘berakhir’ bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ.  Sama ada ia terhempas, atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara atau apa saja, masih belum dapat dipastikan.  Justeru, perkataan ‘berakhir’ adalah yang paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini.

Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas, ganas dan dalam, serta gagal ditemui selama lebih dua minggu, membawa kita kepada satu kemungkinan sahaja iaitu tiada yang selamat.  Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan, maka sebarang teori atau spekulasi lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat.

Justeru, semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan penyiasatan.  Namun, di masa yang sama, harus bersedia akan kemungkinan tidak akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya.  Cubaan untuk terus mencipta teori dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak memburukkan keadaan. 

Apa yang tinggal kini, hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi.  Doa juga dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar dengan ketentuan. 

Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa mengira masa dan cuaca.  

Selain itu, setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah oleh berbagai pihak.   Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu, sehinggalah ke akhirnya. 

Biarkan pembangkang terus mempolitikkan MH370, membela diri tanpa sebab dan menuduh kerajaan dengan berbagai tohmahan kerana insiden ini telah membantu rakyat melihat dengan lebih jelas lagi, yang mana kaca dan yang mana intan!

Friday, March 21, 2014

MH370: Kenapa Australia Tidak Dituduh Lembab Juga?

Rupa-rupanya, Australia telah menemui objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370 jauh lebih awal.  Namun, negara itu telah mengambil masa sehingga 3-4 hari untuk melaporkannya kepada kerajaan mereka, sebelum menyampaikan berita itu kepada para pasukan mencari dan menyelamat di Malaysia. Kita faham bahawa Australia memerlukan masa untuk mengenalpasti dan mengesahkan perkara tersebut sebelum mengumumkannya.  Dan kita tidak mencurigai atau menuduh Australia sebagai sengaja melambat-lambatkan atau menyembunyikan maklumat.  Malah, kita menghargai sikap tanggungjawab Australia yang ingin mengesahkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengumuman.

Nampaknya, pembangkang negara ini serta media-media asing turut menerima alasan Australia yang tidak melaporkan penemuan itu segera.  Malah, mereka juga turut menerima penjelasan bahawa kapal-kapal Australia memerlukan 3-4 hari lagi untuk sampai ke kawasan di mana objek tersebut dikesan.  Mereka juga menerima takdir, sepertimana penjelasan Australia, bahawa cuaca buruk pada ketika ini, bakal melambatkan lagi usaha pencarian. Tidak ada sedikit pun rungutan atau persoalan dikemukakan oleh mana-mana pihak tentang kelambatan Australia bertindak.  Tiada tekanan kepada Australia untuk memberi penjelasan lanjut atau apa saja sepertimana yang terpaksa dihadapi oleh pihak Malaysia.

Soalnya, kenapa ‘double standard’?   Kenapa setiap penjelasan dari Malaysia enggan diterima dengan dengan baik?  Kenapa setiap minit yang diambil oleh pihak Malaysia untuk mencari dan terus mencari dihentam sebagai lembab?  Kenapa setiap maklumat yang diumumkan oleh pihak Malaysia dituduh sebagai tidak lengkap? Bayangkan jika Malaysia mengambil masa 4 hari untuk mengumumkan penemuan seperti itu dan aset yang ada pula perlu mengambil masa 4 hari lagi untuk sampai ke kawasan penemuannya, maka pasti riuh-rendahlah pembangkang dan media asing mengutuk Malaysia sebagai tidak cekap.   Bukan itu saja, Malaysia juga akan turut dipersalahkan jika memberi alasan cuaca buruk bakal melambatkan proses pencarian. Pendek kata, apa saja yang Malaysia lakukan akan dianggap tidak kena, tidak tepat dan salah sama sekali sehinggakan cuaca buruk juga akan dipersalahkan atas kerajaan Malaysia.

Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa mentaliti dijajah yang mengagungkan kulit putih masih terpahat kuat di dalam minda pembangkang.  Manakala media asing pula masih dengan mentaliti penjajah dan menganggap diri mereka sebagai lebih tinggi kedudukannya dari bangsa lain.  Oleh itu, segala yang dibuat oleh bangsa Asia akan dikritik tetapi jika bangsa kulit putih berbuat perkara yang sama akan diterima dengan baik oleh mereka. Berdasarkan hakikat ini, Malaysia, terutamanya kepimpinan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam misi mencari dan menyelamat MH370, tidak harus mengambil pusing dengan kritikan pembangkang dan media asing.  Abaikan mereka itu semua sebagai manusia hipokrit dan busuk hati. Hari ini, setiap manusia yang rasional akan dapat melihat pihak mana yang baik dan pihak mana yang merupakan perosak di muka bumi ini.
Sesungguhnya, Malaysia telah berusaha dengan sedaya upaya bukan sahaja untuk mencari MH370 tetapi juga untuk menangani emosi dan keperluan keluarga mereka yang sedang menunggu berita.

Biarpun dicemuh dan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang amat berat, tetapi pihak Malaysia kekal tenang dan professional dalam menghadapi apa jua dugaan.  Tidak ada dari pihak pemimpin dan pegawai kita yang emosional dalam menangani kebiadapan sesetengah pihak.  Tiada rungutan walaupun segala penat lelah mereka bertungkus lumus selama dua minggu tanpa rehat, langsung tidak dihargai, hatta dibalas pula dengan caci maki. Professionalisme dan komitmen Malaysia telah pun diiktiraf oleh semua 26 negara yang turut membantu dalam pencarian ini dan itu sudah cukup kerana Malaysia bukan melakukan ini kerana ingin dipuji, tetapi atas sikap kemanusiaan dan juga tanggungjawab yang tidak berbelah bagi. Mereka yang celik hati, pasti mampu melihat insiden ini sebagai panduan dan pedoman dalam menilai kerajaan.

Hakikatnya, Malaysia telah dibantu oleh begitu ramai pakar dengan berbagai teknologi canggih tetapi mereka juga tidak mampu mencari MH370.  Ini bermakna, bukan Malaysia yang salah, tetapi ia takdir yang tidak dapat diubah mahupun dijelaskan. Australia pula mengambil masa 3-4 hari untuk mengesahkan sesuatu penemuan.  Ini bermakna, Malaysia tidak pernah lembab dalam menjalankan misi ini, tetapi kerja-kerja pengesahan sememangnya amat sukar dilakukan.

Justeru, pada hari ini kita semakin bangga menjadi rakyat Malaysia.  Kita bangga mempunyai pemimpin yang tenang, sabar dan kekal fokus biarpun di saat yang amat tegang.  Biarlah para pengkhianat dari pihak pembangkang dan juga media asing cuba merosakkan nama baik kita tetapi kita yakin nama Malaysia tetap harum atas keindahan budi dan adab para pemimpin kita.
Semakin terserlah kini bahawa yang buruk dan busuknya adalah nama mereka yang sanggup mempolitikkan nyawa manusia serta tidak tahu menghargai usaha yang ikhlas lagi murni.

Selawat Perdana-Malam Cinta Allah & Rasul, Putrajaya. @selawatperdana @shahruljr

Muslimin dan muslimah, jangan lupa malam ini utk hadir ke Putrajaya dalam majlis Selawat Perdana-Malam Cinta Allah & Rasul 1435H, jam 8.00 malam, bertempat di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya. Juga diadakan Solat Hajat Perdana untuk misi mencari dan menyelamatkan MH370 #PRAY4MH370.

Thursday, March 20, 2014

Hebahan: Kejohanan Futsal 1Malaysia Daerah Alor Gajah

Tarikh : 5 - 6 April 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
Yuran Penyertaan : Lelaki - RM 30.00 / Wanita - RM 20.00

Hadiah Lelaki : Johan RM 1000.00 / N. Johan RM 700.00 / Ketiga RM 300.00 / Keempat RM 300.00
Hadiah Wanita : Johan RM 700.00 / N. Johan RM 500.00 / Ketiga RM 200.00 / Keempat RM 200.00

Syarat Penyertaan :
1) Pertandingan terbuka kepada Lelaki dan Wanita yang menetap di SEKITAR DAERAH ALOR GAJAH (Yang menetap, bekerja, belajar atau bermastautin di dalam Daerah Alor Gajah tidak kurang 3 bulan adalah dibenarkan untuk bermain)
2) Berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun sahaja.
3) Borang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
4) Lain-lain syarat mengikut Undang-undang Futsal Kebangsaan.
5) Keputusan Pengadil dan AJK Pertandingan adalah muktamad.
6) Tempat Pertama hingga Keempat akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Kejohanan Peringkat Negeri pada 12 April 2014.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi En. Mizan di talian 017-3095520 atau
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Lot 117,Air Hitam Mukim Lendu 78000 Alor Gajah
Tel - 06-3853282 / 06-3853800. (Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah)

Borang boleh dimuat turun di SINI .

Tuesday, March 18, 2014

Tandatangan Sokongan #PRAYFORMH370 @GB4BMELAKA1 @nizamomar_pb @idrisharon66

Kepada anda semua yang berkesempatan hadir di Kejohanan Bowling Gerakan Belia 4B Melaka Piala Ketua Menteri Melaka pada 18 Mac 2014 (Selasa), sudilah menandatangani sokongan anda untuk keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 #PRAYFORMH370 di banner ini.

Hebahan: Kejohanan Bowling GB4B Melaka. @GB4BMELAKA1 @nizamomar_pb @idrisharon66

Kepada anda warga belia dan warga Melaka dijemput hadir ke Melaka International Bowling Centre (MIBC), MITC pada 18 Mac 2014 (Selasa) jam 9.00 malam untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Bowling Gerakan Belia 4B (GB4B) Negeri Melaka bagi merebut Piala YAB Ketua Menteri Melaka.




Saturday, March 15, 2014

Hebahan: Secretaries Week Luncheon with Dato' Jamal Abdillah. @aasmaliana


Kepada anda yang berminat, sila berhubung terus ke Bayou Lagoon Resort di talian 012-933 3603.

Friday, March 14, 2014

Hebahan: KEJOHANAN BOWLING 4B MELAKA PIALA YAB KETUA MENTERI MELAKA

GERAKAN BELIA 4B MELAKA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN SAHABAT BELIA JKMM AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN BOWLING 4B MELAKA BAGI MEREBUT PIALA YAB KETUA MENTERI MELAKA PADA:-

TARIKH: 18 MAC 2014 (SELASA)
MASA: 9 MALAM
TEMPAT: MIBC, AYER KEROH, MELAKA.

PERMAINAN SECARA 3 FRAME DENGAN PENYERTAAN DIBUKA PADA BELIA BERUSIA 40 TAHUN KE BAWAH DAN SECARA BRKUMPULAN SERAMAI 4 ORANG DAN SALAH SEORANG DARI PADA NYA MESTI PEREMPUAN.

YURAN PENYERTAAN RM100...
PENYERTAAN MASIH LAGI DIBUKA SEKARANG...
DAFTAR SEGERA TEMPAT ADALAH TERHAD"..

SEGALA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAUDARA SYAFIEFIE DI TALIAN 017-6434563 / 019-6885854.

Hebahan: KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2014

Tarikh : 5 - 6 April 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
Yuran Penyertaan : Lelaki - RM 30.00 / Wanita - RM 20.00

Hadiah Lelaki : Johan RM 1000.00 / N. Johan RM 700.00 / Ketiga RM 300.00 / Keempat RM 300.00
Hadiah Wanita : Johan RM 700.00 / N. Johan RM 500.00 / Ketiga RM 200.00 / Keempat RM 200.00

Syarat Penyertaan :
1) Pertandingan terbuka kepada Lelaki dan Wanita yang menetap di SEKITAR DAERAH ALOR GAJAH (Yang menetap, bekerja, belajar atau bermastautin di dalam Daerah Alor Gajah tidak kurang 3 bulan adalah dibenarkan untuk bermain)
2) Berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun sahaja.
3) Borang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
4) Lain-lain syarat mengikut Undang-undang Futsal Kebangsaan.
5) Keputusan Pengadil dan AJK Pertandingan adalah muktamad.
6) Tempat Pertama hingga Keempat akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Kejohanan Peringkat Negeri pada 12 April 2014.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi En. Mizan di talian 017-3095520 atau
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Lot 117,Air Hitam Mukim Lendu 78000 Alor Gajah
Tel - 06-3853282 / 06-3853800
(Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah)

Hentikan Spekulasi, Doakan Yang Terbaik #PRAY4MH370

 Umum mengetahui isu kehilangan pesawat MAS #MH370 yang menjadi misteri, telah menarik perhatian dunia. Selain memberikan ucapan simpati dan takziah, ramai yang semakin tertanya-tanya apakah nasib sebenar yang menimpa semua para penumpang dan anak-anak kapal itu?

Namun di sebalik kisah misteri pesawat #MH370 itu, wujud pelbagai berita dan maklumat kononnya pesawat tersebut telah pun mendarat di China, namun kerajaan sengaja merahsiakan mengenainya. Malah ada juga yang memberikan pandangan yang tidak masuk akal seperti meminta kerajaan mengupah pengamal ‘paranormal’ dan sebagainya.

Paling menarik, ada seorang kenalan memberitahu, pada ketika ini ramai yang cuba menjadi wartawan dengan melaporkan berita-berita yang tiada asasnya. Ada yang mengatakan, mereka menerima maklumat dari saudara, kenalan dan mereka yang rapat dengan mangsa semata-mata untuk meyakinkan masyarakat dengan ‘khabar angin yang dibawanya itu.

Tetapi dalam banyak-banyak komen, pendapat, andaian, teori dan sebagainya ada segelintir di kalangan penyokong pembangkang yang cuba mempolitikkan isu ini. Mereka mendakwa kononnya kehilangan pesawat MH#370 adalah merupakan sebahagian dari konspirasi kerajaan.  Kononnya ia bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap keputusan mahkamah di dalam ke liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Tanpa mempedulikan hati dan perasaan kaum keluarga dan waris semua mangsa yang terlibat, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang jelas tiada asasnya.

Sedangkan pada ketika ini, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita seharusnya saling mendoakan yang terbaik buat semua yang terlibat. Ia secara tidak langsung dapat memberikan sokongan moral kepada semua kaum keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini sedang bersedih dan risau.  Apa yang penting pada ketika ini mengharapkan agar misi mencari pesawat #MH370 dapat diselesaikan dengan segera.  Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.  Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Buat mereka yang terlibat hentikan spekulasi!!!!!!!!!

Wednesday, March 12, 2014

TPM Akan Umum Calon BN PRK Balingian Sabtu Ini

KUCHING -Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diumum oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mukah pada Sabtu ini.


Pengerusi BN negeri merangkap Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah memuktamadkan nama calon, namun akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Sabtu ini.


"Apa yang pasti, calon merupakan anak tempatan dan beragama Kristian dari masyarakat Melanau," katanya ketika sidang akhbar selepasmempengerusikan Mesyuarat Khas MKT PBB di sini hari ini.

source: utusan online

Mampukah Wan Azizah Memikul Tanggungjawab di Kajang?

Walaupun Wan Azizah diperlihatkan seolah-olah calon ‘minit terakhir’ tetapi dari beberapa sumber memberitahu bahawa pencalonan beliau telah dirancang sejak dari awal.  Strateginya adalah tidak lain tidak bukan, untuk menjadi platform bagi Anwar mempolitikkan keputusan rayuan kes liwatnya yang beliau sendiri tahu amat sukar untuk dimenangi.

Seperti yang kita tahu, Wan Azizah adalah tidak lebih daripada ‘simbol’ kepada kewujudan Anwar.   Tugas Wan Azizah selama ini hanyalah untuk ‘menjaga’ kerusi bagi pihak ataupun sementara keadaan mengizinkan untuk beliau menyerahkannya kepada Anwar - tidak lebih dari itu.   Tidak kira kerusi Presiden atau kerusi ADUN, Wan Azizah sebenarnya tidak punya apa-apa fungsi yang lebih dari itu.

Ketika menyerahkan kerusi Permatang Pauh kepada Anwar, Wan Azizah ada menyatakan yang beliau ingin “meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu dan menjaga datuk mereka”.

Dari kata-katanya, beliau nampaknya ingin berehat dan enggan lagi aktif berpolitik. Namun, pencalonan beliau di Kajang memperlihatkan sikap putarbelit ahli politik yang sama seperti suaminya.

Rekod perkhidmatan Wan Azizah di Permatang Pauh cukup menyedihkan.  Beliau tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada Permatang Pauh walaupun kawasan tersebut kini berada di bawah jajahan Pulau Pinang iaitu negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sebagai Presiden juga Wan Azizah tidak lebih dari sekadar boneka.

Satu-satunya kebolehan Wan Azizah ialah menjadi peraih simpati terhadap Anwar Ibrahim.  Pendek kata, Wan Azizah tidak punya ciri-ciri kepimpinan langsung dan beliau bukanlah seorang pemimpin yang berkesan.

Oleh itu, rakyat Kajang perlu ingat bahawa yang menjadi pertaruhan dalam PRK ini bukanlah nasib Anwar mahupun Wan Azizah tetapi diri sendiri dan keluarga.  Tugas seorang ADUN bukan untuk menarik simpati orang ramai, tetapi untuk berkhidmat untuk orang ramai. 

Jika Wan Azizah telah terbukti gagal menjadi Presiden yang berkesan dan gagal juga untuk menjadi ADUN yang berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh sebelum ini, apa lagi yang dapat diharapkan oleh pengundi Kajang darinya?

Apatah lagi dengan keputusan mahkamah yang mensabitkan Anwar bersalah serta masalah rumahtangga anaknya, Nurul Izzah, pastinya sukar untuk Wan Azizah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rakyat Kajang sekiranya beliau menang.

Kita sudah melihat bagaimana Wan Azizah berperanan ketika Anwar di penjara dahulu di mana beliau asyik keluar negara dan ke hulu ke hilir berkempen untuk bebaskan Anwar.

Perkara yang sama bakal berlaku, atau lebih tepat, sedang berlaku di Kajang di mana isu yang dibawa ke sana ke mari dalam  kempen PR ialah ‘Anwar Ibrahim’.

Sekali lagi diingatkan bahawa PRK bukanlah bertujuan untuk membolehkan rakyat membantu pemimpin, tetapi untuk pemimpin membantu rakyat.  Sebelum menghulurkan simpati pada Wan Azizah, simpatilah pada diri sendiri terlebih dahulu.

Sudah cukup Anwar Ibrahim mempersendakan demokrasi, mengusutkan hidup rakyat dan membazirkan wang negara melalui perletakan jawatan ADUN Kajang tanpa sebarang sebab.  Janganlah rakyat Kajang pula memberi sokongan kepada pihak yang mengusutkan hidup mereka.

Tidak cukup lagikah bukti bahawa Anwar, keluarganya dan partinya merupakan pihak yang amat tidak bertanggungjawab?   Pengundi jenis apakah yang sanggup memilih pihak yang sengaja telah membazirkan wang negara sebagai wakilnya?

Monday, March 10, 2014

Jemputan Solat Sunat Hajat #PRAYFORMH370. @Khairykj @emysamsudin

Assalamualaikum Wbt.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah dengan ini menjemput Ybhg Datuk/YB Datuk/Tuan/Puan/ Sdra/Sdri ke:

Solat Sunat Hajat & Memohon Keselamatan serta dipermudahkan segala urusan mencari Pesawat MAS MH370 yang hilang.

Tarikh: 10 Mac 2014 (Isnin - Hari ini)
Tempat: Masjid Kg Londang.
Masa: Bermula Solat Maghrib berjemaah & Solat Sunat Hajat.

Hadirlah kita beramai-ramai dan mendoakan agar mereka semuanya dlm keadaan selamat dan kita semua diberikan rahmat hujan. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati usaha kita semua. InsyaAllah...

Sunday, March 9, 2014

Let's #PRAYforMH370


#PRAY4MH370-Malaysia Jadi Tumpuan Dunia Sekarang


#PRAY4MH370-Masih Lagi Misteri

Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap Dihati

Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas. Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

Dato' Abdul Rahman Dahlan

KARNIVAL UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH-DUN TG BIDARA

Saturday, March 8, 2014

The Kajang Move: End of The Road


Datuk Seri Anwar Ibrahim’s bid for the Kajang state seat, and possibly the Selangor Mentri Besar’s post, looks to have come to an abrupt end after he was found guilty of committing sodomy. His own lawyers agree he is no longer eligible to stand although the Election Commission is still studying the matter. Anwar says he and other Pakatan leaders will name a new candidate.

Nasib Pesawat MH370 Masih Belum Diketahui

KUALA LUMPUR 8 Mac.- Nasib pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dilaporkan hilang akibat terputus hubungan pada pukul 2.40 pagi tadi masih belum diketahui.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, ketika ini gerakan operasi dan menyelamat (S&R) sedang dilakukan di lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan iaitu 120 batu nautika dari Kota Bharu.

"Spekulasi kononnya pesawat ini selamat mendarat di Nanming di China juga tidak benar kerana belum dapat disahkan. "Kita telah mengerakkan operasi mencari dan menyelamat antara pasukan keselamatan negara dan Vietnam," katanya.

Ahmad Jauhari juga berkata, pusat kawalan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan dan tidak berlaku sebarang cuaca buruk ketika pesawat berkenaan hilang. Beliau bercakap kepada media dalam sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah Pengarah Komersial MAS, Dr. Hugh Dunleavy, dan Ketua Jurutera MAS, Azhari Dahlan.

Ketua Operasi Penerbangan MAS, Kapten Kamaruddin Kamilin dan Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman hadir sama. Pesawat Boeing 777-200 berusia 11 tahun itu membawa 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang daripada 14 negara, dua daripadanya bayi, dan 12 krew pesawat. Penumpang warganegara China adalah yang teramai iaitu 152 orang, diikuti warga Malaysia 38 orang.

Pesawat tersebut diterbangkan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman dengan jumlah masa penerbang sebanyak 18,365 jam dan menyertai MAS sejak 1981. Zaharie dibantu oleh Pegawai Pertama (First Officer), Fariq Ab. Hamid, 27. Pesawat berkenaan berlepas pada pukul 12.41 pagi dari KLIA, Sepang dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan hari yang sama. - UTUSAN ONLINE

Friday, March 7, 2014

TERKINI!!! Anwar Didapati Bersalah Liwat Saiful

Anwar didapati bersalah liwat Saiful



 PUTRAJAYA 7 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah
oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya,
Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd

Rakyat Semakin Meninggalkan Anwar

Apa dah jadi? Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata semakin berkurangan. Sedikit demi sedikit semakin ramai yang meninggalkan walaupun baru-baru ini ‘anak emasnya’, Azmin Ali menyifatkan Anwar sebagai ‘Pemimpin Yang Bertaraf Dunia’.

Terbaru, dianggarkan hanya sekitar 20 orang sahaja para penyokong Anwar yang hadir di perbicaraan kes liwat II Anwar, di Mahkamah Rayuan pagi tadi. Walaupun sebelum ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang khususnya PKR yang meminta agar para penyokong Anwar hadir bagi memberikan sokongan moral.  Antaranya anak kesayangan Anwar yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merayu kepada para penyokongnya agar menyebarkan maklumat mengenai tarikh perbicaraan.

“Tolong sebarkan maklumat ini dan mari kita TURUN” katanya

Sedangkan kalau kita rujuk kepada kes liwat pertama Anwar, ribuan orang yang sanggup hadir ke mahkamah. Malah ada ketikanya ramai yang tidak dapat masuk ke bilik mahkamah kerana ruang yang terhad.  Malah ada di kalangan mereka yang sanggup tidur di perkarangan mahkamah semata-mata untuk masuk pada keesokan harinya. Tidak kurang juga yang bermandi peluh di luar perkarangan mahkamah hanya kerana ingin memberikan lambaian dan menjerit ‘reformasi’ bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar yang kononnya teraniaya.

Persoalannya mengapa ini terjadi? Mengapa rakyat semakin menjauhkan diri daripada Anwar? Sedangkan Anwar yang pernah mendapat sokongan puluhan ribu (ada yang mengatakan ratusan ribu) rakyat suatu ketika dahulu, masih merupakan individu yang sama.  Jawapannya mudah. Rakyat sudah semakin sedar dan dapat menilai perkara yang sebenarnya. Ditambah dengan kenyataan Anwar yang sering berubah dan saling bercanggah, telah menyebabkan tembelangnya pecah satu demi satu.  Tambah menghairankan, apabila situasi itu bukan hanya dilalui oleh Anwar, namun ia turut dirasai oleh rakan-rakan sekutunya di dalam pakatan pembangkang. Sebagai contoh, program ‘Suara Orang Kampung’ anjuran Pemuda Pas pusat siang tadi turut menerima sambutan hambar.

Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir memberikan sokongan terhadap himpunan tersebut. Himpunan yang diadakan di hadapan bangunan gaetah Asli itu kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan petani yang dikatakan tertindas.  Persoalannya sekiranya benar golongan tersebut ditindas, masakan hanya 50 orang sahaja yang sanggup hadir. Tambah melucukan majoriti yang hadir pada petang itu adalah merupakan ahli Pemuda Pas yang rata-rata tinggal di Lembah Klang.

Apa pun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada majoriti rakyat Malaysia yang telah mula dapat menilai antara kaca dan permata. Benarlah kata pujangga, ‘mana mungkin penipu, dapat menipu orang buat selamanya. Lambat laun sudah pasti rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah.

ADUN Pembangkang DAP Adalah Pengkhianat! @idrisharon66


Yakin Melaka Gateway Mampu Dilaksana Ikut Perancangan. @idrisharon66 @NajibRazak


MELAKA 4 Mac - Kerajaan negeri yakin projek pembangunan Melaka Gateway bernilai RM40 bilion yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Februari lalu mampu dilaksanakan mengikut perancangan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri juga yakin projek yang dimajukan syarikat KAJ Development Sdn. Bhd. itu berupaya menarik minat pelabur untuk melabur dalam pembangunan berkenaan. Menurutnya, syarikat tersebut telah meletakkan harapan serta cita-cita besar untuk membangunkan Pulau Melaka dan kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikannya.

"Jika setiap kali ada pihak yang datang melabur dan kita tidak memberi peluang untuk mereka melaksanakannya, ini akan memberi kesan kepada masa depan negeri ini," katanya.

Idris (BN-Sungai Udang) berkata demikian dalam sidang Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Goh Leong San (DAP-Duyong) berkaitan keyakinan kerajaan terhadap projek tersebut yang dikendalikan sebuah syarikat yang dikatakan tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2010.

Jelas Idris, projek melibatkan tiga pulau terletak bersebelahan Pulau Melaka, seluas 246 hektar itu mendapat sokongan kerajaan Pusat, malah telah diangkat sebagai projek nasional. Tambahnya, seba-nyak lima syarikat dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Si-ngapura dan telah me-nyatakan minat untuk melabur dalam projek tersebut. Idris yang sebelum itu menjawab soalan Leong San tentang perincian tapak pembangunan tersebut berkata, pembangunan tiga pulau baharu buatan manusia itu bakal melengkapi Terminal Kapal Persiaran dan Feri Antarabangsa Melaka, Melaka Gateway Marina dan International Designer Street.

Tambahnya, projek berkenaan dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 pelancong sebulan serta menyediakan 15,000 peluang pekerjaan, khususnya bagi penduduk negeri ini. "Projek berimpak tinggi ini juga bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitar Pulau Melaka," ujarnya.
source: utusanonline

Sunday, March 2, 2014

Dr. Mahathir Bidas Barat Tentang LGBT

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas negara Barat kerana memaksa negara lain menerima budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai syarat untuk dianggap sebagai negara demokratik.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, demokrasi pada pandangan mereka waktu ini bukan setakat memilih kerajaan melalui undi majoriti tetapi juga harus menerima kebebasan tersebut.

"Bagi mereka, demokrasi mesti termasuk LGBT, maka ini adalah kelayakan tambahan untuk menjadi negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pengajian Keamanan Global Mahathir (MGPS) di Institut Hubungan Luar dan Diplomasi di sini hari ini. Yang turut hadir, bekas Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla. Dr. Mahathir berkata, kelayakan tambahan tersebut kini sedang dipaksakan oleh Barat terhadap negara Islam termasuk mahu pemimpin yang menyokong kebebasan berkenaan.

"Kita boleh terima demokrasi iaitu memilih pemimpin dengan mengundi tetapi jangan memaksa kita untuk mengatakan kita bebas berjalan telanjang sebagai hak kebebasan," katanya.

Beliau berkata, demokrasi perlu mempunyai nilai toleransi seperti diamalkan di Malaysia apabila pelbagai kaum menghormati budaya dan pandangan kaum lain. Katanya, mungkin demokrasi adalah sistem terbaik ketika ini tetapi ia tidak boleh dipaksakan untuk diamalkan ke atas sesebuah negara.

"Masalah di dunia sekarang, negara Barat memaksa semua orang mesti menjadi demokratik dan jika tidak mereka akan dibunuh," katanya.

Beliau berkata, negara Barat ketika ini mahu melakukan perubahan rejim terhadap negara-negara Islam agar menjadi pro-Amerika Syarikat.

"Di Syria, Malaysia dan di mana-mana negara sekali pun, Barat mahukan supaya kerajaan pro-Amerika. Kalau kita nak kerajaan pro-Amerika undilah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Mengenai pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak, Dr. Mahathir berkata, langkah tersebut sememangnya sudah dijangka sejak dahulu.

"Memanglah, dulu pun apabila Adenan berhenti menjadi menteri, kita punya pendapat ialah dia akan menjadi Ketua Menteri Sarawak dan sekarang ini sudah berlaku," katanya.


source: © Utusan Melayu (M) Bhd

Tingkat Kesedaran Golongan Muda Mengenai Jenayah Peperangan. @therealDrM @idrisharon66

KUALA LUMPUR, 17 Feb 2014 - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kempen bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenayah perperangan perlu bermula dengan golongan muda.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana nilai-nilai murni menolak perperangan dan menganggapnya sebagai jenayah adalah lebih mudah untuk disemai pada golongan itu.

''Usaha mengubah minda bagi untuk menganggap perperangan sebagai jenayah bukan mudah tetapi proses mengubah sistem nilai dalam kalangan golongan muda boleh dilakukan agar generasi akan datang terus menolak perperangan,'' katanya ketika merasmikan Pengajian Keamanan Global Mahathir (MGPS) di Institut Hubungan Luar dan Diplomasi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

#BN4Kajang: Tidak Perlu Jadi Medan BN Curah Peruntukan - @Zahid_Hamidi @idrisharon66

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang tidak perlu menjadi medan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencurahkan pelbagai peruntukan pembangunan. Penyaluran peruntukan sepatutnya diberikan sekiranya penduduk Kajang memberikan mandat kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pilihanraya kecil dijadual 23 Mac ini.

Katanya jentera pilihan raya BN yang merupakan pembangkang di Selangor juga perlu mengubah minda agar tidak terlalu bergantung kepada penyaluran peruntukan pembangunan dalam mendapatkan sokongan dan BN mempunyai potensi besar untuk menang pilihan raya kecil itu berikutan pengundi khususnya Melayu telah mula memberikan sokongan kepada BN setelah menyedari kerajaan Selangor gagal menyediakan infrastruktur diperlukan penduduk. Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Karnival Rakyat UMNO Bahagian Masjid Tanah di Japerun Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada 1 Mac 2014.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.