Friday, April 3, 2015

Melaka Mahu Bina Menara Telekomunikasi Tertinggi Di ASEAN. @Idris_Haron @nizam_pb @ashakari_han


Melaka bercadang membina sebuah menara telekomunikasi antara yang tertinggi di ASEAN untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan bagi mempertingkat keupayaan liputan komunikasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya akan meminta Melaka ICT Holdings menyediakan kertas cadangan dalam tempoh dua minggu mengenai reka bentuk, spesifikasi serta lokasi yang diperlukan.

"Projek ini sesuatu yang kena pada masanya dan bakal menjadi mercu tanda Melaka dan kita mencadangkan supaya menara setinggi 186 meter ini menjadi menara telekomunikasi tertinggi di ASEAN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Idris berkata, kerajaan negeri turut bercadang membuka semula permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk membina lebuh raya pantai bagi mengurangkan kesesakan.

Beliau berkata, lebuh raya tersebut dicadang dari Telok Mas hingga Kuala Linggi.

"Kita sudah arahkan Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek untuk membuka kembali fail permohonan lebuh raya pantai ini," katanya. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz3WCw1q6xC

No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.