Monday, April 19, 2021

Pokok Batai Laut Telah Selesai Ditanam Ganti

 

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah sempurna menanam ganti pokok Batai Laut berikutan pokok Batai Laut berusia 127 tahun yang telah tumbang pada 17 Mac 2021 yang lalu akibat akar yang telah reput dan faktor cuaca yang tidak menentu.

http://aktivismediasiber.blogspot.com/2021/03/pokok-batai-laut-berusia-lebih-100.html



Sunday, April 18, 2021

Feri Malaysia


Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia. 

Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari. 

Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang).

Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain. 


Credit: datoensem.

Saturday, April 17, 2021

Jom Tonton Bola Boleh Dapat Motorsikal


Jom kita kasi gegau stadium Stadium Hang Jebat, pada 18 April 2021, Ahad ini. Melaka United FC menentang Selangor FC, penonton bertuah yang membeli tiket secara online dan hadir menonton di stadium berpeluang memenangi sebuah motosikal jenis Honda RS150 tajaan KenTeam Sdn Bhd melalui cabutan bertuah yang diadakan.

Inisiatif promosi ‘Jom Tengok Bola Di Stadium’ anjuran MUSA dan Melaka United FC diadakan bertujuan menggalakkan kehadiran peminat bola sepak Melaka ke stadium. Ini barulah Demi Kebanggaan Melaka! 

Harga tiket juga masih dikekalkan iaitu bagi tempat duduk berbumbung, RM20.00 dan tempat duduk terbuka, RM15.00. Bagi perlawanan pada Ahad ini, had maksimum bilangan penonton yang dibenarkan adalah seramai 4,000 orang. Apa lagi, jomlah kita kasi gegau Stadium Hang Jebat! Namun, ingat patuhi juga SOP! #KitaJagaKita