Wednesday, October 30, 2013

PAS Kedah Benci Ulama!

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
 
Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah 'rojak @ pasembor'.
 
Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.
 
Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan. Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan. Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri. Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.  "Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.
 
Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka. Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman. Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.
 
Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama. Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.  "Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah" marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.
 
Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara.

PRK Sg Limau: Pengundi Sungai Limau Mesti Berani Berhijrah

Pekan Sungai Limau di dalam daerah Yan, Kedah sudah begitu sinonim dengan PAS.  Sejak Almarhum Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN tersebut pada 1995, kawasan itu bagai tidak boleh ‘ditembus’ lagi oleh Barisan Nasional.   

Selama itu juga, kawasan itu tidak pernah berubah walaupun secara keseluruhannya, negeri Kedah mengalami pembangunan yang agak rancak.  Sungai Limau berada di sisir perairan Selat Melaka dan mempunyai potensi besar untuk membangun dari segi pelancongan.  Namun, ini tidak berlaku dan penduduk Sungai Limau juga seolah-olah sudah ‘mangli’ dengan kehidupan santai begitu.   Mungkin juga, itulah cara hidup yang dipromosikan PAS sejak dahulu lagi iaitu, hanya mengejar akhirat dan mengtidak-apakan soal dunia.

Sekali imbas, Sungai Limau dilihat menepati mana-mana kampung di Kelantan dari segi mentaliti penduduknya dan juga landskapnya.   Terdapat beberapa sekolah agama dan sekolah pondok di sini tetapi ianya tidak terjaga.  Wujudnya hanya sebagai syarat bagi mengesahkan niat untuk mencari akhirat. Walhal, hanya beberapa puluh kilometer ke Utara atau Selatan Sungai Limau, iaitu di Bandaraya Alor Setar dan juga bandar Sungai Petani, serta kawasan sekeliling yang di bawah Barisan Nasional, kita akan mendapati pembangunan yang menggalakkan. Hubungan  jalanraya antara Sungai Limau dengan kedua bandar ini juga lengkap dan mudah melalui lebuhraya.  Bagaimanapun, segala kemodenan itu terputus sebaik tiba di Sungai Limau.

Penduduk Sungai Limau mungkin merasa selesa dengan kehidupan dan rutin harian yang sama ini.   Malangnya, dunia telah berubah dan manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu.  Penduduk Sungai Limau tidak boleh ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan kemajuan kerana itulah tujuan utama Allah SWT menjadikan manusia. Jika benar penduduk Sungai Limau ingin mencari akhirat, maka mereka perlu terlebih dahulu menurut perintah Allah SWT untuk mencari ilmu, meneroka dunia serta meningkatkan diri ke tahap tertinggi.

Sudah menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan di Malaysia ini hanya boleh dicapai melalui parti Barisan Nasional, bukan PAS.  PAS mempunyai masa yang begitu lama untuk memajukan Sungai Limau, tetapi mereka tidak melakukannya. Mungkin alasan pada mulanya ialah PAS tidak punya kuasa, tetapi alasan ini tidak boleh dipakai lagi apabila PAS berjaya menjadi kerajaan negeri.

Jangankan kemajuan dunia, kemajuan akhirat juga dilakukan PAS secara sambil lewa di Sungai Limau memandangkan sekolah-sekolah agama dan pondok juga tidak terjaga. Seolah-olahnya, PAS benar-benar menyerahkan nasib rakyat Sungai Limau kepada takdir semata-mata. Bagaimanapun, kita sanjung Tan Sri Azizan yang sanggup merendah diri meminta nasihat musuh politiknya di dalam UMNO untuk memajukan negeri.  Malangnya, Allah SWT lebih menyayangi dirinya dan beliau tidak sempat melaksanakan impiannya untuk Kedah amnya, dan Sungai Limau, khasnya.
Kini, penduduk Sungai Limau diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mengubah nasib diri sendiri melalui undi.   Sampai bila Sungai Limau perlu menjadi sebuah kawasan mundur di negeri Kedah?  Bayangkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang mampu tercipta sekiranya UMNO diberi kepercayaan untuk melakukannya.  Bayangkan juga bantuan yang boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pembangunan sekiranya UMNO diberi mandat menerajui kawasan ini.

Apa yang pasti, UMNO mampu membawa kehidupan yang jauh lebih berkualiti dan seimbang antara dunia dan akhirat bagi penduduk Sungai Limau.  Maka, inilah diseru agar pengundi Sungai Limau mengundilah dengan bijak pada 4 November ini kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda selain diri anda sendiri.  Sudah sampai masa untuk anda berhijrah kepada yang lebih baik.

Saturday, October 26, 2013

Kenapa Nurul Izzah Sokong, NGO Yang Memperjuangkan Golongan GAY

Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?
 
Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar.  Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.
 
Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti. Hanya kerana kuasa, mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.  Yang paling menghairankan, mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri 'MUSLIMAH' Nurul Izzah sanggup menyokong Comango? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai 'selera' ayahanda tercinta?
 
Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan 'kesucian' Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.  Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima, ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan.  Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.
 
Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.  Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu, Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam murtad, 'Lina Joy' untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia.  Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah. Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.
 
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.  Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam.  Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan tidak, mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.
 
Natijahnya, tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2/3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan sewenang-wenangnya.  Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.
 
Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini, mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas, sedarlah sebelum terlambat.

BAJET 2014 Oleh PM @NajibRazak

TERAS BAJET 2014:BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN

Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat. Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai. Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan, pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban. Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara.

Pelaksanaan KR1M di bawah program tranformasi kerajaan telah berjaya memperkenalkan skim jualan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. Golongan inilah yang selalunya terkesan daripada sebarang kenaikan barangan atau bahanapi kerana mereka merupakan kelas pengguna atau pembeli yang terbesar dalam ekonomi negara. Oleh kerana itu dalam mana-mana program atau dasar yang digubal dan ingin ilaksanankan, kerajaan tidak pernah melupai golongan marhaen ini. Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan bermacam-macam program seperti memansuhkan yuran sekolah, skim buku teks percuma serta bantuan persiapan persekolahan seperti beg sekolah, kasut, baju kepada murid-murid daripada golongan miskin dan tidak mampu.

Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan diteruskan pada tahun ini dengan pemberian sebanyak RM500 seorang kepada mereka yang layak. Malah kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M pada tahun depan dan tahun seterusnya dengan kemungkinan jumlah yang lebih besar dan kepada bilangan penerima yang lebih ramai. Jumlah dana yang terlibat bukannya sedikit kerana ia membabitkan berbilion ringgit. Pembangkang sentiasa ingin meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan pemberian BR1M adalah satu pembaziran dan bermotifkan politik. Pembangkang seperti pandai berkokok ke sana sini dengan menggunakan modal air liur sahaja tetapi gagal membuktikan kemampuan mereka untuk mewujudkan program atau rancangan yang membangunkan ekonomi rakyat dan juga negara. Jika BR1M adalah satu pembaziran nescaya kerajaan akan mengalami defisit yang mungkin menjejaskan ekonomi negara.

Sebaliknya ekonomi negara tidak terjejas malah bertambah mantap dan kukuh dengan program-program baru ekonomi yang diperkenalkan. Hakikatnya BR1M atau mana-mana program transformasi yang diperkenalkan sudahpun melalui proses saringan dan penilaian yang teliti sebelum ia dilaksanakan. Ia bukannya satu program yang sembrono atau 'tangkap muat' yang hanya difikirkan secara melulu dan terburu-buru. Sebab itulah jumlah dana mencukupi dan berjaya disasarkan kepada golongan yang dikehendaki tanpa sebarang masalah atau risiko kepada ekonomi negara.

Belanjawan kelima yang dibentangkan Datuk Seri Najib sejak menjadi Perdana Menteri akan memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik. Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membangunkan negara terus menerus sejak 56 tahun lalu dan rakyat sentiasa menjadi teras kepada sebarang perancangan negara. Ini kerana negara tidak mengecapi pembangunan yang begitu pesat seperti yang dinikmati sekarang jika taraf sosioekonomi rakyat tidak ditingkatkan juga. Inilah resipi kejayaan kerajaan BN selama ini kerana ia mampu mengimbangi arus pembangunan negara selari dengan pembangunan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada momentum perkembangan ekonomi.

Bajet 2014 akan memberi fokus secara spesifik kepada program-program yang mampu meringankan keperitan kos kehidupan yang meningkat. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi pasaran terbuka tidak terlepas daripada menerima kesan daripada kemelut dan krisis kewangan global. Jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah merosot atau merudum, negara ini juga menerima kesan langsungnya kerana aktiviti perdagangan dua hala akan terjejas. Pada 2009 Amerika mengalami krisis subprima sektor perumahan yang amat kritikal sekali namum ekonomi Malaysia tidak banyak terjejas disebabkan pelaburan modal luar negara tidak banyak terdedah kepada pasaran hartanah negara ini.

Kemampuan negara melindungi ekonomi subprima Amerika adalah hasil daripada tindakan bijak pengurusan kewangan kerajaan yang berhati-hati dalam membuat pelaburan di luar negara.

Friday, October 25, 2013

PRK Sungai Limau: Menghayati Makna ‘Berani Hijrah’

Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan 'Berani Hijrah' dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut.   Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan 'Berani Berubah' yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.
 
Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik.  Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam.  Mungkin ramai yang melihat perkataan 'ubah', 'perubahan', 'transformasi', 'reformasi' atau 'hijrah' adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain.   Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.
 
Namun, 'hijrah' yang dimaksudkan oleh Dato' Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato' Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman.   Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.
 
Dato' Mukhriz tidak pernah 'terlepas laku' sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan 'berjuang'.  Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum.  Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut.  Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.
 
Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi.  Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada.   Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.
 
Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang 'taiko' dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi.  Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja.  Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi 'kasta' antara bangsawan dengan tidak.  Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya.  Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan.  Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.
 
Maka inilah 'Hijrah' yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna 'berebut' perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah.  Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis? 
 
Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato' Mukhriz.  Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun.  Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.
 
Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato' Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato' Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan.  Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.  Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.
 
InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab.  Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.

PRK Sungai Limau: Bukti Kebongkakan Dinasti Lim

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.  Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja 'pergi'.  Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.
 
Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti.  Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.
 
DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar.  Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.
 
Berdasarkan sejarah PAS yang konservatif  hatta ekstrem, kedudukan Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS mengukuhkan 'sifat' keMelayuannya.  Ini kerana PAS suatu ketika dahulu menentang keras orang-orang kafir. Tetapi itu adalah kisah silam.  PAS era ini adalah sebuah parti yang berpendirian separa liberal kerana menerima perjuangan DAP yang menentang kedudukan rasmi agama Islam.  PAS juga menerima pendirian PKR yang bebas mentafsir semula atau menolak hukum hakam agama Islam mengikut nafsu pemimpinnya.  Pendirian liberal ini diambil oleh PAS atas dasar sepakat dalam usaha untuk berkuasa.
 
Oleh itu, PAS tidak jemu-jemu berkorban dengan menyerahkan segala-galanya termasuk maruah dan harga diri bagi menambat hati pengundi India dan Cina.  Isu Kalimah Allah juga menyaksikan bagaimana PAS berdolak dalih dan berpecah belah semata-mata kerana kepimpinan tertinggi PAS cukup bimbang kalau-kalau hati orang-orang Kristian/Cina/DAP terguris.
 
Namun, malang bagi PAS kerana DAP tidak sanggup berkorban walaupun sebesar zarah untuk menjaga hati orang-orang Islam.  Ketiadaan pemimpin DAP ketika penamaan calon di Sungai Limau membuktikan keangkuhan parti itu yang enggan membantu PAS semata-mata ia adalah kawasan majoriti Melayu.
 
Lagipun, DAP tentunya ingin mengelak dari terpaksa berhadapan dengan isu Kalimah Allah yang sedang hangat kini.  Bagi DAP, biarkan sahaja sibodoh dari PAS yang menjawab kepada rakyat Sungai Limau tentang kedegilan mereka untuk menggunakan Kalimah Allah dalam risalah Kristian.  DAP tidak perlu masuk campur dalam apa jua strategi atau penipuan PAS dalam usaha untuk meraih sokongan Melayu.
 
Mungkin bagi DAP, 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau tidak membawa apa-apa makna atas kemenangan atau kekalahan PAS.  Justeru, mereka wajar diabaikan saja.
 
DAP juga mungkin merasa 'cuak' kalau-kalau aura Ustaz Azizan masih terlalu kuat di kawasan itu.  Ini kerana Allahyarham cukup terkenal dengan ketegasan apabila berhadapan dengan DAP.  Pendek kata, Ustaz Azizan cukup arif akan permainan jahat DAP yang ingin menindas orang-orang Melayu dan tidak mustahil arwah telah menerapkan maklumat itu di kalangan masyarakat Sungai Limau.
 
Sebelum ini, kita ada mendengar bahawa DAP telah mempersiapkan Christopher Howard Lim untuk memperdaya pengundi Sungai Limau.  Christopher telah dilantik khas dalam keadaan yang penuh kontroversi sebagai Pengerusi DAP Kedah tanpa menghiraukan Pengerusi lama yang dilantik secara demokrasi.
 
Christopher yang memakai nama Melayu iaitu Zairil dan berbinkan bapa tirinya Khir Johari, dicanang DAP sebagai Melayu semata-mata untuk mengaburi mata orang-orang Melayu.  Dan Sungai Limau dilihat sebagai satu pentas yang paling sesuai untuk menguji kemampuan Christopher berlakon dan menipu. 
 
Namun, dengan kehadiran jentera siber BN yang bersedia dengan maklumat lengkap mengenai Christopher pastinya membuatkan DAP berfikir dua kali.  Justeru, sehingga kini, Christopher belum lagi dilihat di mana-mana di Sungai Limau.  Sekiranya beliau muncul, maka jentera BN juga telah bersedia untuk mendedahkan DNA Cinanya kepada penduduk Sungai Limau yang mana akan menggandakan risiko bagi PAS.  Apa yang berlaku menunjukkan bahawa DAP tidak pernah berjuang kerana rakyat tetapi hanya berjuang untuk merampas kuasa untuk kaum Cina dengan diterajui oleh Dinasti Lim.  Sekiranya jumlah kaum Cina di kawasan itu terlalu kecil dan tidak mampu menjadi tapak untuk berkuasa, maka DAP akan mengabaikan saja mereka.  Jika PAS sanggup ke hulu ke hilir membantu DAP tiap kali pilihanraya kecil atau besar, DAP pula tidak akan membodohkan diri berbuat yang sama untuk PAS.
 
DAP tidak akan menyusahkan diri semata-mata untuk meraih undi Melayu kerana DAP terlalu benci dengan orang-orang Melayu.   Apa perlu DAP bersusah payah berkempen di kawasan majoriti Melayu jika PAS boleh melakukannya bagi pihak mereka?  Biarkan PAS yang mengutip derma untuk kawasan Melayu kerana DAP tidak akan sama sekali membantu.
 
Tetapi, jika PAS menang, DAP juga menang.  Itulah hakikatnya yang pengundi Sungai Limau perlu cernakan sebelum 4 November ini.
 




Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.