Thursday, April 5, 2012

Terkini: Kerajaan BN tunai janji...

Undilah Barisan Nasional...

Datuk Seri Najib Razak memperincikan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan membawa mesej kerajaan pimpinannya sentiasa menepati janji dan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Perdana Menteri menegaskan kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab dan tidak sekali-kali mahu membankrapkan negara dalam merangka sebarang dasar serta membelanjakan wang.

“Kita sudah dan akan sentiasa berterus-terang dengan rakyat mengenai apa kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.

“Sebaliknya, amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya ketika membentangkan pencapaian GTP dan ETP yang disiarkan ke semua stesen tv utama negara baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment