Melaka Bentang Belanjawan “Lebihan” Sembilan Tahun Berturut-turut
Kerajaan Negeri Melaka hari ini membentangkan belanjawan lebihan bagi tempoh sembilan tahun berturut-turut sejak 2005.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Seri Negeri di sini berkata hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggarkan berjumlah RM249.9 juta yang terdiri daripada hasil cukai berjumlah RM108.2 juta, hasil bukan cukai (RM75.8 juta) dan terimaan bukan hasil (RM65.9 juta).
Beliau berkata sebanyak RM249.8 juta pula diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus melibatkan RM85.9 juta bagi emolumen; perkhidmatan dan bekalan (RM99.1 juta); pembelian aset (RM2.6 juta); pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM59.4 juta) dan perbelanjaan lain (RM2.8 juta).
“Bajet lebihan sebanyak RM112,264 ini menunjukkan kerajaan terus berusaha untuk memperkukuhkan kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemah,” katanya.
Katanya bagi perbelanjaan pembangunan, sejumlah RM94.3 juta diperuntukkan bagi menampung keperluan infrastruktur, pertanian, sosial, perindustrian dan pembangunan masyarakat.
Dalam sidang media selepas itu, Mohd Ali berkata belanjawan lebihan bagi tempoh sembilan tahun berturut-turut itu mencermikan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri dan tiada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memacu negeri berkenaan. source: mediaumno
No comments:
Post a Comment