Saturday, August 28, 2010

MT Menetapkan Tarikh Perhimpunan Agong UMNO & KIMMA Diterima Sebagai Ahli

27 Ogos 2010, Kuala Lumpur. Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini. Perhimpunan itu katanya akan bermula dengan Taklimat Presiden dan perasmian mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri pada 19 Oktober diikuti mesyuarat sayap-sayap pada 20 Oktober dan 21 Oktober bermula Perhimpunan Agung UMNO.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini membuat bersetuju menerima Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai ahli bergabung dengan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata dengan penerimaan ini bermakna KIMMA akan bergabung dengan UMNO dengan diberi beberapa 'keistimewaan'.

"....dengan ini bererti bahawa KIMMA bergabung dengan UMNO dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO dan juga mesyuarat di peringkat bahagian sekiranya KIMMA ada di bahagian berkenaan tapi mereka tak boleh terlibat di dalam membuat keputusan UMNO'" katanya.

No comments:

Post a Comment