Saturday, October 8, 2011

Keluarga Berpendapatan Rendah Menikmati RM 500



Bajet 2012 menyaksikan kerajaan sangat perihatin kepada rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah iaitu dengan pengumuman pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembentangan Belanjawan 2012 ini dengan kata lain pemberian tersebut adalah untuk meringankan perbelanjaan seharian rakyat termasuklah dalam belanja menyekolahkan anak-anak.

Antara tinjauan dan pendapat yang diterima semasa menikmati teh tarik di salah satu warung di Bandar Masjid Tanah adalah rata-rata golongan berpendapatan rendah mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana begitu perihatin kepada rakyat dengan pemberian tersebut. Untuk itu, syarat untuk menikmati pemberian tersebut adalah ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana manakala bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
Kepada semua pembaca budiman, teks Belanjawan 2012 yang bertemakan ''Dasar Tranformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Rakyat'' boleh dimuat turun
di sini...


No comments:

Post a Comment