Tuesday, November 1, 2011

Pegang Prinsip “Unity”, BN Perlu Tunjuk Kekuatan Parti Untuk Keyakinan Rakyat

Kota Kinabalu, Sabah (30 Okt 2011) - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar semua komponen Barisan Nasional (BN) berpegang kepada prinsip “unity” bagi menunjukkan kekuatan BN terutama dalam berhadapan pilihanraya umum akan datang.

“Walaupun tidak ada isu besar sekarang ini tapi kita mahu kekuatan itu jadi teras penting supaya rakyat boleh yakin dan percaya pada BN”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah di Dewan Utama Universiti Malaysia Sabah di sini, hari ini.

Mengenai pembahagian kerusi pilihanraya pula beliau berkata BN masih berpegang kepada status quo sedia ada.

“Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya.

Jelas beliau lagi bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.

No comments:

Post a Comment