Cubaan mereka yang turut bersembunyi di sebalik sofa itu dapat dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Imigresen negeri ketika menyerbu sebuah kelab yang terletak bertentangan dengan sebuah sekolah dekat Banda Hilir, kira-kira jam 11 malam.
Lima pelayan itu antara 35 ditahan dalam pemeriksaan dilakukan ke atas 40 wanita berpakaian seksi, dipercayai turut memberikan khidmat seks untuk pelanggan.
Timbalan Pengarahnya, Mohammad Azlan Jawawi berkata, serbuan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) itu disertai 18 anggota dan pegawai Imigresen bermula jam 11 malam hingga 2agi dalam dua serbuan berasingan. source: sinar harian 3 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment