Monday, November 12, 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 Akan Bahas 476 Usul

476 usul daripada 191 bahagian akan dibahas

 Sebanyak 476 usul daripada 191 bahagian UMNO dipersetujui untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember ini. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.

Beliau berkata, perjalanan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diselaraskan dengan lebih terperinci dan mesyuarat jawatankuasa susulan akan digerakkan bagi menambah lebih ramai jawatankuasa untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar. Menurutnya, Perhimpunan Agung UMNO 2012 iaitu yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 itu dianggap sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti.

No comments:

Post a Comment