Friday, August 16, 2013
Idris Haron sedia dicabar di Tangga Batu
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron sedia dicabar oleh mana-mana pemimpin UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang disandangnya sejak 2008.
Menurutnya, beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya menjelang persidangan perwakilan UMNO Bahagian tidak lama lagi.
Bagaimanapun kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau tidak menghalang mana-mana ahli di bahagian itu yang ingin menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut selaras dengan sistem demokrasi yang dilaksanakan dalam UMNO.
"Pemilihan kali ini secara demokrasi dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan ketua-ketua UMNO cawangan untuk menentukannya.
"Kali ini proses pencalonan tidak ada berdasarkan perlembagaan baharu parti pada semua pemilihan kali ini dan sesiapa sahaja yang berminat bertanding boleh mendaftar nama.
"Layak atau tidak layak untuk mereka bertanding hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi temu ramah secara langsung di radio Melaka FM di sini hari ini.
source: UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment