Friday, March 7, 2014

Yakin Melaka Gateway Mampu Dilaksana Ikut Perancangan. @idrisharon66 @NajibRazak


MELAKA 4 Mac - Kerajaan negeri yakin projek pembangunan Melaka Gateway bernilai RM40 bilion yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Februari lalu mampu dilaksanakan mengikut perancangan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri juga yakin projek yang dimajukan syarikat KAJ Development Sdn. Bhd. itu berupaya menarik minat pelabur untuk melabur dalam pembangunan berkenaan. Menurutnya, syarikat tersebut telah meletakkan harapan serta cita-cita besar untuk membangunkan Pulau Melaka dan kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikannya.

"Jika setiap kali ada pihak yang datang melabur dan kita tidak memberi peluang untuk mereka melaksanakannya, ini akan memberi kesan kepada masa depan negeri ini," katanya.

Idris (BN-Sungai Udang) berkata demikian dalam sidang Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Goh Leong San (DAP-Duyong) berkaitan keyakinan kerajaan terhadap projek tersebut yang dikendalikan sebuah syarikat yang dikatakan tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2010.

Jelas Idris, projek melibatkan tiga pulau terletak bersebelahan Pulau Melaka, seluas 246 hektar itu mendapat sokongan kerajaan Pusat, malah telah diangkat sebagai projek nasional. Tambahnya, seba-nyak lima syarikat dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Si-ngapura dan telah me-nyatakan minat untuk melabur dalam projek tersebut. Idris yang sebelum itu menjawab soalan Leong San tentang perincian tapak pembangunan tersebut berkata, pembangunan tiga pulau baharu buatan manusia itu bakal melengkapi Terminal Kapal Persiaran dan Feri Antarabangsa Melaka, Melaka Gateway Marina dan International Designer Street.

Tambahnya, projek berkenaan dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 pelancong sebulan serta menyediakan 15,000 peluang pekerjaan, khususnya bagi penduduk negeri ini. "Projek berimpak tinggi ini juga bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitar Pulau Melaka," ujarnya.
source: utusanonline

No comments:

Post a Comment