Wednesday, August 13, 2014

UMNO Jasin sasar tarik ramai pengundi sertai parti. @idrisharon66 @HishammuddinH2O @umnoonline


9 Ogos 2014 - UMNO Bahagian Jasin menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 44,000 pengundi Melayu dalam bahagian itu menjadi ahli UMNO menjelang hujung tahun ini bagi memperkasakan lagi parti berkenaan dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Datuk Ahmad Hamzah berkata, statistik terkini menunjukkan cuma 46 peratus sahaja dalam kalangan pengundi Melayu mendaftar sebagai ahli UMNO dan jumlah itu dilihat kurang selamat untuk menghadapi PRU walaupun bahagian Jasin dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). Menurutnya, dalam mencapai sasaran itu, beliau telah menetapkan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) kepada setiap UMNO peringkat cawangan untuk mendaftar sekurang-kurangnya empat orang pengundi baharu dan ahli UMNO setiap bulan.

"Matlamat kita adalah untuk menarik semua orang Melayu menjadi ahli UMNO tetapi pada peringkat permulaan ini gerakan kita lebih menumpukan kepada mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah pengundi Melayu dalam bahagian ini mendaftar sebagai ahli UMNO.

"Di peringkat cawangan, usaha ini telah digerakkan dan mereka perlu mencapai KPI yang ditetapkan iaitu mendaftarkan empat orang sebagai pengundi dan ahli UMNO setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Lanjut, klik SINI

source: Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment