SELEPAS beribu tahun menduduki Tanah Melayu dan selepas lebih 60 tahun merdeka, setiap Melayu wajar bertanya pada diri sendiri, di manakah kita sekarang? Kemudian bertanyalah lagi, inikah yang kita mahu? Melayu bukan lagi setakat bangsa yang dewasa, malah merupakan bangsa yang cukup tua. Ketuaan sepatutnya menjadikan setiap manusia itu lebih waras. Tetapi telah cukup waraskah kita?
Mengikut ukuran material, nasib Melayu memang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan seratus tahun atau sepuluh tahun dahulu. Lupakan soal pemilikan Melayu di sektor ekonomi pada era sebelum merdeka. Ianya terlalu kecil, barangkali tidak cukup untuk dijadikan angka bagi membolehkan kita mencongaknya. Lihat sahaja di mana kita tatkala Rancangan Malaysia Kedua bermula. Penguasaan Melayu di bidang ekonomi ketika itu cuma 1.9 peratus. Diulang, 1.9 peratus!
Mengambilkira bahawa Melayu mewakili lebih daripada separuh penduduk Malaysia, angka itu jelaslah kelihatan seperti tidak munasabah. Ia malah menjadi masalah besar pada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua yang mensasarkan pada tahun 1990 penguasaan Melayu berada pada tahap 30 peratus, bukan Melayu 40 peratus dan pemodal asing 30 peratus.
Lanjut klik SINI .
No comments:
Post a Comment