Thursday, April 9, 2015

Melaka Ketujuh Tertinggi Terima Pelaburan Diluluskan. @Mustapa_Mohamed @Idris_Haron @SulaimanmdAli @nizam_pb

Melaka melonjak ke kedudukan ketujuh tertinggi ba­gi jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan pada tahun lalu berbanding ke-10 pada 2013.

Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri, Datuk Seri Mus­tapa Mohamed berkata, se­banyak RM4.44 bilion jumlah pelaburan telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di negeri ini tahun lalu.

Menurutnya, pelaburan berke­naan termasuklah dalam sektor pengangkutan (RM3.32 bilion), pro­duk elektrik dan elektronik (RM880 juta), penerbitan dan percetakan (RM160 juta), perabot dan perkakasan (RM40 juta) dan pembuatan makanan (RM40 juta).

“Jumlah pelaburan berkenaan ju­ga merupakan yang tertinggi per­nah dicatatkan di negeri ini malah ia yakin dapat terus ditingkatkan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena pro­gram Turun Padang ke Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antara­bangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/melaka-ketujuh-tertinggi-terima-pelaburan-diluluskan-1.79105#sthash.eTTid9hI.lbPHKbjH.dpuf

No comments:

Post a Comment