Thursday, May 28, 2015

Halatuju Belia Islam

-Gambar Hiasan-
BELIA adalah tonggak dan penerus generasi sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai keupayaan luar biasa memandangkan dari segi tenaga, mereka sangat kuat dan keupayaan yang cukup jauh untuk mereka membina kekuatan.

Di samping itu, golongan belia mudah dipengaruhi cara berfikir dan corak hidup sesebuah masyarakat yang di anggap mereka sebagai masyarakat maju dan berjaya. Asas penilaian itu disandarkan kepada kemajuan ekonomi semata-mata. Rata-rata masyarakat terbabit adalah masyarakat luar dimana cara hidup mereka berbudayakan corak hidup ‘hedonisme’, iaitu corak hidup yang mengutamakan kepuasan hawa nafsu. Corak hidup demikian memberi keutamaan dan keluasan kebebasan mutlak kepada individu untuk berperanan dalam kehidupan masyarakat.

Pendekatan kepada corak kehidupan sedemikian akan mengundang banyak permasalahan kepada kestabilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.
Dalam lingkungan usia yang suka mencuba, belia tanpa asas pandangan hidup yang luhur dan meyakinkan, mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya ‘hedonisme’.

Lanjut, klik SINI.

No comments:

Post a Comment