Thursday, September 29, 2016

Sejarah Tercipta, Penerbangan Dari Guangzhou Terus Ke Melaka. @Idris_Haron @liowtionglai

29 Sept 2016, 1PM- Negeri Melaka mencatatkan satu lagi sejarah apabila penerbangan charter sulung dari Guangzhou, China iaitu China Southern Airlines terus ke Melaka International Airport. Penerbangan pertama membawa 122 penumpang terus dari Wilayah Guangzhou, China ke Melaka telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam tengahari tadi.  Penerbangan pesawat milik China Southern Airlines (CSA) itu berlepas dari bandar Guangzhou kira-kira jam 8 pagi dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, jam 12.50 tengah hari. Pada masa ini, Malindo Air, satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di LTAM, menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang dan Pekan Baru di Indonesia. Antara tetamu yang disahkan menyertai penerbangan sulung itu adalah golongan kenamaan dari wilayah berkenaan, pegawai kerajaan, wakil agensi pelancongan, media dan beberapa wakil kerajaan Melaka.

No comments:

Post a Comment