Saturday, November 26, 2016

UMNO: Jangan Hanya Menang Sorak

UMNO: Jangan Hanya Menang Sorak

Cabaran politik yang menanti UMNO tidak semudah yang disangka dan kemelut politik yang berlaku tidak lagi memungkinkan UMNO untuk melayani pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 seperti sebelum ini.

Senang cerita, jangan kita hanya menang sorak. Itu mesej yang dibawa oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelang PAU yang akan berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember depan.

``Kita perlu melihat ke belakang dan mengkaji bagaimana kepemimpinan sebelum kita menangani kemelut dalaman parti dan bagaimana mereka meletakkan parti melebihi kepentingan peribadi.

``Fenomena kewujudan parti-parti baru yang ditubuhkan bekas-bekas pemimpin UMNO juga telah dilaui dan semua ini mematangkan UMNO.

``Kalau kita tidak belajar daripada sejarah, saya bimbang kita bersorak sedangkan kampung tergadai. Kita mengikut emosi dan tidak mendekati jiwa sanubari ahli-ahli UMNO. Alhamdulillah semua ini berlalu dan kita tahu apa yang berlaku. Ahli-ahli parti masih bersatu,'' kata Hishammuddin dalam temubual dengan Utusan Malaysia.

Hishammuddin turut melahirkan kekecewaan melihat bekas-bekas pemimpin UMNO yang bukan sahaja cakap tidak serupa bikin tetapi selalu mengubah tiang gol.

Dahulu, bekas pemimpin berkenaan, yang jelas ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini beria-ia pula mahu membebaskan Anwar, sekali gus menunjukkan beliau cakap tidak serupa bikin.

``Dahulu tahan Anwar tetapi sekarang, minta bebaskan Anwar. Sekarang, minta lepaskan Maria Chin Abdullah (penganjur Bersih). Dahulu tidak benarkan demonstrasi jalanan. Apa lagi nak dikata,'' kata Hishammuddin.

Malah apabila diamati hujah-hujah Dr. Mahathir sekarang dengan semasa beliau memimpin UMNO, banyak yang tidak konsisten.

Dalam temubual itu juga, Hishammuddin turut mengulas penyertaan golongan muda dalam UMNO. Baginya, UMNO perlu telus ketika berdepan dengan generasi berkenaan dan menjawab persoalan yang terbuku dalam hati mereka.

UMNO perlu menunjukkan pemimpinnya boleh mewakili golongan muda dan pada masa sama pemimpin muda UMNO sepatutnya memahami mereka tidak boleh bersandarkan kepada agenda perjuangan populis, polemik kaum atau agama dan menuding jari menyalahkan orang lain.

``Jangan menyerang pemimpin-pemimpin sedia ada,'' katanya.

Apa yang pasti, UMNO bukan sahaja diperhatikan oleh perwakilan dan rakyat, malah oleh seluruh dunia. Malahan dunia Islam juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap Malaysia dalam mendepani persepsi yang menghantui umat Islam kini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB156, Jumaat
25 November 2016

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.