Saturday, November 26, 2016

UMNO: Jangan Hanya Menang Sorak

UMNO: Jangan Hanya Menang Sorak

Cabaran politik yang menanti UMNO tidak semudah yang disangka dan kemelut politik yang berlaku tidak lagi memungkinkan UMNO untuk melayani pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 seperti sebelum ini.

Senang cerita, jangan kita hanya menang sorak. Itu mesej yang dibawa oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelang PAU yang akan berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember depan.

``Kita perlu melihat ke belakang dan mengkaji bagaimana kepemimpinan sebelum kita menangani kemelut dalaman parti dan bagaimana mereka meletakkan parti melebihi kepentingan peribadi.

``Fenomena kewujudan parti-parti baru yang ditubuhkan bekas-bekas pemimpin UMNO juga telah dilaui dan semua ini mematangkan UMNO.

``Kalau kita tidak belajar daripada sejarah, saya bimbang kita bersorak sedangkan kampung tergadai. Kita mengikut emosi dan tidak mendekati jiwa sanubari ahli-ahli UMNO. Alhamdulillah semua ini berlalu dan kita tahu apa yang berlaku. Ahli-ahli parti masih bersatu,'' kata Hishammuddin dalam temubual dengan Utusan Malaysia.

Hishammuddin turut melahirkan kekecewaan melihat bekas-bekas pemimpin UMNO yang bukan sahaja cakap tidak serupa bikin tetapi selalu mengubah tiang gol.

Dahulu, bekas pemimpin berkenaan, yang jelas ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini beria-ia pula mahu membebaskan Anwar, sekali gus menunjukkan beliau cakap tidak serupa bikin.

``Dahulu tahan Anwar tetapi sekarang, minta bebaskan Anwar. Sekarang, minta lepaskan Maria Chin Abdullah (penganjur Bersih). Dahulu tidak benarkan demonstrasi jalanan. Apa lagi nak dikata,'' kata Hishammuddin.

Malah apabila diamati hujah-hujah Dr. Mahathir sekarang dengan semasa beliau memimpin UMNO, banyak yang tidak konsisten.

Dalam temubual itu juga, Hishammuddin turut mengulas penyertaan golongan muda dalam UMNO. Baginya, UMNO perlu telus ketika berdepan dengan generasi berkenaan dan menjawab persoalan yang terbuku dalam hati mereka.

UMNO perlu menunjukkan pemimpinnya boleh mewakili golongan muda dan pada masa sama pemimpin muda UMNO sepatutnya memahami mereka tidak boleh bersandarkan kepada agenda perjuangan populis, polemik kaum atau agama dan menuding jari menyalahkan orang lain.

``Jangan menyerang pemimpin-pemimpin sedia ada,'' katanya.

Apa yang pasti, UMNO bukan sahaja diperhatikan oleh perwakilan dan rakyat, malah oleh seluruh dunia. Malahan dunia Islam juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap Malaysia dalam mendepani persepsi yang menghantui umat Islam kini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB156, Jumaat
25 November 2016

Thursday, September 29, 2016

Tiada Beza Mahathir Dan Hitler

Sejarah peradaban dunia tidak akan melupakan nama Adolf Hitler, seorang pemerintah Jerman yang hampir berjaya menakluk sebahagian besar bumi Eropah dan beberapa negara di Afrika.

Sehingga hari ini, nama Hitler dan parti Nazi yang diasaskannya menjadi `trauma' bagi sebilangan besar warga Eropah dan Jerman khususnya.

Kejayaan Hitler mencipta fenomena ketakutan di seluruh Eropah sebenarnya cuba ditiru oleh banyak pemimpin Asia. Bagi mereka, formula pemerintahan berasaskan satu hala atau ketakutan terhadap pemimpin, merupakan idealogi bijak ciptaan Hitler sehingga membolehkan mereka mentadbir sesebuah negara lebih dua dekad.

Lihat sahaja Presiden Suharto yang memerintah Indonesia selama 31 tahun. Tidak kurang hebatnya, Saddam Hussein yang memerintah Iraq selama 24 tahun, Muammar Gadafi yang menerajui Libya selama 34 tahun dan Hosni Mubarak yang mentadbir Mesir selama 30 tahun.

Kesemua mereka mentadbir negara masing-masing dengan menggunakan sistem di mana pesaing dan rakyat takut untuk menentang mereka. Di negara kita pula, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kurang hebatnya. Beliau mentadbir negara selama 22 tahun tanpa mampu dicabar oleh sesiapa pun.

Jika ada yang mempersoalkan kenapa perlu membandingkan Tun Mahathir dengan Suharto, Saddam Hussien, Muammar Gadafi dan Hosni Mubarak, jawapannya mudah. Sepanjang memerintah Malaysia, beliau menutup mulut pesaing politiknya menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ia turut diakui oleh pembangkang suatu masa lalu, sebelum mereka berbaik dengannya.

Bukan sedikit mereka yang pernah disumbatkan ke dalam ISA sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Malah, semua keputusan yang beliau buat sepanjang menjadi Perdana Menteri, tiada siapa berani membantah. Jika ada yang berani menongkah arus, bersiap sedialah menghuni penjara tahanan ISA di Kemunting, Perak atau setidak-tidaknya dilucutkan jawatan dalam keadaan terhina.

Rakyat pula sentiasa didokrinkan dengan pentadbiran bersih, cekap dan amanah di mana sebarang kritikan menerusi media, tunjuk perasaan dan banyak lagi, adalah diharamkan di Malaysia.

Inilah yang dilakukan oleh Hitler sepanjang menguasai sebahagian besar Eropah bersama-sama rakan sekutunya, Benito Mussolini. Sebarang penentangan terhadap pentadbiran diktator mereka, bakal berakhir di penjara atau di muncung-muncung senapang algojo.

Sepanjang pemerintahan Hitler juga, rakyat di bawah kekuasaan Nazi sentiasa didokrinkan dengan ayat, Eropah akan lebih makmur di bawah Nazi tanpa boleh mengadakan sebarang kecaman mahupun pemberontakan. Tidakkah sistem dan cara pentadbiran ini sama dengan apa yang diamalkan oleh Tun Mahathir?

Jika ada yang mengatakan Tun Mahathir berjasa kerana membina KLCC, Litar Antarabangsa Sepang, Lebuh raya PLUS dan membangunkan ekonomi negara, Hitler dan Nazi juga berjaya membina kelengkapan perang paling canggih di dunia, membangunkan ekonomi Jerman setanding dengan Great Britain dan Amerika serta mampu memberi makan percuma buat golongan gelandangan di Munich dan Berlin.

Untuk meletakkan pentadbiran negara sama seperti apa yang diamalkan oleh Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Jerman era Nazi, adalah suatu perkara yang cukup dangkal tapi idealogi Nazi yang `diamalkan' Tun Mahathir membolehkannya mempertahankan jawatan selama 22 tahun.

Tulisan:
Beruang Biru
BB65, Khamis
29 September 2016

Sejarah Tercipta, Penerbangan Dari Guangzhou Terus Ke Melaka. @Idris_Haron @liowtionglai

29 Sept 2016, 1PM- Negeri Melaka mencatatkan satu lagi sejarah apabila penerbangan charter sulung dari Guangzhou, China iaitu China Southern Airlines terus ke Melaka International Airport. Penerbangan pertama membawa 122 penumpang terus dari Wilayah Guangzhou, China ke Melaka telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam tengahari tadi.  Penerbangan pesawat milik China Southern Airlines (CSA) itu berlepas dari bandar Guangzhou kira-kira jam 8 pagi dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, jam 12.50 tengah hari. Pada masa ini, Malindo Air, satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di LTAM, menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang dan Pekan Baru di Indonesia. Antara tetamu yang disahkan menyertai penerbangan sulung itu adalah golongan kenamaan dari wilayah berkenaan, pegawai kerajaan, wakil agensi pelancongan, media dan beberapa wakil kerajaan Melaka.

Wednesday, September 28, 2016

Antara Air Selangor Dan 1MDB, Mana Yang Menyusahkan Rakyat?

Pembangkang sebelum ini begitu aktif kononnya memperjuangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menyeleweng dan mencuri wang rakyat dalam hal tersebut.

Wang dari syarikat itu dikatakan dilenyapkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk dari luar negara, telah membuktikan bahawa tuduhan ini tidak benar.

Agensi dalam negara khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara sudah pun membuktikan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa jenayah dan salah laku.

Hatta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengatakan Najib tidak terlibat dalam siasatan mereka dalam satu saman sivil kononnya mahu merampas aset dan harta berkaitan 1MDB yang diseleweng tapi saman itu juga entah ke mana sudahnya.

Ketika itu rakyat hanya mengikuti sahaja berita dan laporan berkaitan kes itu tanpa terjejas sedikit pun dari segi kehidupan seharian dan juga ekonomi kerana keadaan ekonomi negara tetap kukuh.

Sedangkan hari ini, rakyat negeri yang di perintah pembangkang Selangor, sedang menghadapi gangguan bekalan air yang seringkali berlaku akibat pelbagai sebab. Antara yang paling utama ialah kerana masalah pencemaran di loji rawatan air.

Apabila Kerajaan Negeri Selangor dihujani persoalan, lantas dituduh pihak yang mengkritik sebagai cuba mempolitikkan isu bekalan air yang telah pun menyebabkan rakyat negeri Selangor susah kerana ketiadaan bekalan air.

Apa sahaja cubaan dibuat untuk meminta penjelasan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan dilabelkan sebagai cubaan untuk memburukkan reputasi politik kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu. Hakikatnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan sumber air sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan rakyat.

Dalam kes di Selangor, semua aspek Pengurusan air negeri itu adalah berada dibawah tanggung jawab kerajaan negeri, nak menafikan macam mana lagi?

Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) sungai Semenyih sahaja telah ditutup sebanyak enam kali sejak 2013 kerana gara-gara pencemaran air dan ia menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

2 Menteri Besar berbeza tapi masalah masih sama.

Jika kerajan negeri pembangkang Selangor memberikan fokus kepada keutamaan masalah bekalan air di Selangor, sudah tentu ia akan selesai dan rakyat negeri itu tidak menghadapi masalah air lagi. Kerana sibuk masuk campur hal seperti 1MDB yang tidak nampak menyusahkan sesiapa , rakyat negeri itu kini terabai dari aspek bekalan air.

Dengan isu 1MDB sudah pun boleh dikira selesai, sedangkan isu bekalan air masih tidak nampak jalan penyelesaiannya ini, membuktikan pembangkang hanya berminat mempolitikkan isu, bukan menyelesaikan masalah rakyat.

Beruang biru

Monday, September 26, 2016

Pakatan Harapan Atau Barisan Rakyat, Mana Satu Pendirian PAN?


Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula menunjukkan belangnya apabila ada pemimpin mereka meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan kerjasama ke atas penubuhan gabungan pembangkang dengan menggunakan satu logo sahaja iaitu Barisan Rakyat (BR).

Cadangan mewujudkan BR untuk semua parti pembangkang dengan menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi itu telah diusulkan oleh oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau merasakan ia mustahak untuk pembangkang ketika berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti bagi mengelakkan undi terpecah.

Gesaan kepada ROS itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Persoalan di sini ialah, PAN sebenarnya bernaung di bawah kerjasama dengan parti mana? Selama ini semua sudah maklum bahawa PAN bersama Pakatan Harapan tetapi kini ia menyokong BR. Adakah PKR dan DAP tahu akan gesaan yang dibuat oleh Salahuddin ini?

"Cuma halangan terbesar dalam idea itu adalah sebagaimana kami lalui sewaktu zaman Pakatan Rakyat dahulu, kita kemukakan permohonan kepada ROS tetapi sampai PRU-13, ROS mendiamkan diri. Itu isunya. 

"Kita tak putus asa, sekiranya semua parti (pembangkang) bersetuju, kita boleh mendapat kata sepakat dan akan adakan pertemuan dengan ROS untuk mereka luluskan pendaftaran apa saja nama sama ada Pakatan Harapan atau Harapan Rakyat, untuk berdepan satu lawan satu dengan BN.
"Saya harap ROS tak guna pelbagai halangan dan apa jua alasan, izinkan kami didaftarkan dan kami boleh guna satu lambang pada PRU akan datang," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Setahun PAN di Muar, Sabtu lepas.

Adakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bersetuju dengan gesaan yang dibuat Salahuddin itu? Sebelum ini sudah beberapa kali idea seperti ini diketengahkan tetapi pembangkang enggan bersatu di bawah satu nama dan satu lambang rasmi.

Adakah perkembangan ini menunjukkan PAN sudah menghitung kemungkinan untuk bekerjasama erat dengan PPBM memandangkan anggotanya merupakan kumpulan serpihan kepada PAS dan UMNO?

Ia pasti menarik perhatian ramai yang ingin melihat reaksi DAP, yang merupakan parti yang berpengaruh kuat dalam Pakatan Harapan. Adakah DAP akan menerima cadangan tersebut dan bagaimana pula dengan PKR. Adakah mereka mahu bertanding pada PRU ke-14 dengan hanya menggunakan satu nama sahaja?

Apa pun pendirian PAN itu hanya akan menyerlahkan lagi kekeliruan hala tuju parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu itu.

Tulisan:
Beruang Biru
BB59, Isnin
26 September 2016

Ayuh Anak Muda, Kita Ke Hari Sukan Negara MELAKA 2016 @Khairykj @KBSMalaysia @DatukSaravanan @MohdFauzi63

Ayuh Anak Muda, Kita Ke Hari Sukan Negara MELAKA 2016. Pelbagai acara menarik menanti anda.
Tarikh: 8 & 9 Okt 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Stadium Jasin
Semua dijemput hadir.
Maklumat lanjut, sila hubungi:
JBS Melaka 06-2345900
PBSD Jasin 06-5291841


Friday, September 9, 2016

HARI SUKAN NEGARA MELAKA 2016 @Khairykj @KBSMalaysia @DatukSaravanan @kerajaanmelaka @Idris_Haron

Hari Sukan Negara MELAKA 2016
Tarikh: 8 & 9 Okt 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Stadium Jasin

Semua dijemput hadir.


Thursday, August 18, 2016

Badminton Beregu Campuran Malaysia Mendapat Pingat Perak @Idris_Haron


Goh Liu Ying bakal dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM) Oktober ini di atas kejayaan meraih pingat perak beregu campuran di Sukan Olimpik Rio 2016, awal pagi tadi.

Kerajaan negeri Melaka turut mengumumkan pemberian insentif RM25,000 masing-masing kepada Liu Ying dan pasangannya, Chan Peng Soon.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, pemberian insentif kepada kedua-dua pemain itu adalah pengiktirafan yang munasabah tanpa mengira negeri kelahiran pemain.

"Kita mengiktiraf usaha kedua-dua pemain kerana tanpa seorang daripada mereka, tidak mungkin pingat perak ini dimenangi," kata Idris selepas menonton perlawanan akhir bersama ibu bapa Liu Ying, Yong Ooi Lim, 53, dan Goh Chak Whee, 59, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, di sini.




Tuesday, August 16, 2016

Hasil Kerja 8 Tahun YAB PM @NajibRazak

TERIMA KASIH YAB PM.

Kita kena tahu hasil kerja yg telah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib selama 8 tahun sebagai Perdana Menteri;

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. (Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir). Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.

11. BRIM yg terbukti membantu rakyat berpendapatan rendah DAN telah memberikan kesan positif kepada ekonomi domestik.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan UiTM yang baru.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 200.

25. Perumahan Pr1ma.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan .

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

Nota:
Masih tak elok lagi ke DS Najib? Fikir2kanlah semasak masaknya...

#‎FaktaBukanAuta‬
‪#‎SetiakawanMalaysia‬
‪#‎SetiakawanNajibRazak‬

Monday, May 16, 2016

The Kahaani Malacca

A luxury boutique villa that offers well-dressed suites with personalized butler service. Formerly the official residence of Malacca State Governor, The Kahaani is a symbol of prestige and class, promising an irresistible pleasure and elegant lifestyle.
Built on a 1.5 acres land in the modern suburb of Ayer Keroh, the mansion is filled with generous and lavish interiors, comprising an all-embracing hall, premier and customary luxury suites, deluxe suite, elite private lounge and dining hall and fully equipped reading and meeting rooms.
The property is only a 5-minute drive from Melaka Zoo and a 20-minute drive from Melaka Town. Come immerse yourself in authentic Malaysian warmth and hospitality at The Kahaani, where memorable moments define each day. 
 The Kahaani Malacca offers Breakfast and Tea menus daily. “The Nyonya Room” at The Kahaani Malacca recreates the atmosphere of the Baba and Nyonya community. Indulge and tantalize your palate with a variety of Traditional Nyonya Sweet Dessert and Traditional English Afternoon Tea. Our personalised butler can assist with any in-room dining requests and special dietary requirements.

A luxury boutique villa that offers well-dressed suites with personalized butler service. Formerly the official residence of Malacca State Governor, The Kahaani is a symbol of prestige and class, promising an irresistible pleasure and elegant lifestyle.

    Personalised Butler Service
    Free Wi-Fi
    Airport Transfer
    Laundry service/drycleaning
    Concierge
    Meeting facilities
    Safety deposit boxes
    Valet Parking
    Car Park


The Kahaani Malacca offers the ideal location for any type of meetings and events. Our professional team will assist you in organizing all your meeting needs to ensure a successful event. Sit back and relax, we will take care of the rest.


Jalan TU1, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel :+60 6-231 3712
Email : reservation@thekahaani.com


Web: http://www.thekahaani.com/
FB: https://www.facebook.com/The-Kahaani-Malacca-126504807538474/

Friday, May 13, 2016

28 & 29 Mei-Sambutan Hari Belia Negara 2016 Peringkat Negeri Melaka




Pada 28 & 29 Mei akan diadakan Sambutan Hari Belia Negara 2016 Peringkat Negeri Melaka yang bakal dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron, Ketua Menteri Melaka bertempat diperkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Semua dijemput hadir.
 





Thursday, March 10, 2016

Tidak Lengkap Melawat Melaka Jika Tidak Menyusuri Sungai Melaka-ITB Berlin 2016

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron diwawancara oleh Mr Sebastian Bischert, Senior Manager, Creation & Projects SkyMedia untuk Skynews Berlin sempena pameran perdagangan pelancongan dunia International Tourismus Borse (ITB) 2016 yang bermula pada 9 hingga 13 Mac 2016 di Messe Berlin, Jerman.


Monday, March 7, 2016

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BARISAN NASIONAL MELAKA/KETUA MENTERI MELAKA SOKONGAN PADU KEPADA YAB PRESIDEN UMNO/PERDANA MENTERI MALAYSIA. @Idris_Haron @nizam_pb

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI BARISAN NASIONAL MELAKA / KETUA MENTERI MELAKA
SOKONGAN PADU KEPADA Y.A.B. PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI MALAYSIA SEJURUS SELEPAS MESYUARAT KHAS BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA PADA 6 MAC 2016 DI SERI BENDAHARA, AYER KEROH MELAKA.
1. BN Melaka sejak dulu, kini dan selamanya berpegang teguh kepada tuntutan ajaran mentaati ulul amri. Justeru pendirian kami dan seluruh ahli BN Melaka memberikan SOKONGAN PADU kepada Presiden Parti dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, adalah sentiasa konsisten dan mantap.

2. Kami menghormati hak individu untuk masuk dan keluar parti atau mana-mana organisasi. Kita juga menghormati dan menghargai sumbangan dan jasa para pemimpin parti dulu dan masa kini. Namun kami menolak dengan sekeras-kerasnya tindakan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mahyuddin Md Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain yang merupakan perbuatan derhaka terhadap BN dan perjuangan ahli parti.

3. BN Melaka sebulat suara mendesak agar tindakan segera dan sekeras-kerasnya terhadap semua mereka yang sekongkol dengan Deklarasi Rakyat. Di samping meminta semua pucuk pimpinan parti komponen BN mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli yang turut bersama.

4. Wajar diingat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara penyebab utama BN kalah di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen. Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan political monster dan pengkhianat kepada BN, UMNO dan negara.

5. Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih peranan unifying factor Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang yang menyatukan pembangkang di atas satu pentas untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui system demokrasi.

6. Kami telah mempelajari dari sejarah getir perselisihan antara pemimpin sehingga menyebabkan UMNO berpecah pada awal tahun 1950an dan diharamkan pada tahun 1988. Lantaran untuk mengelakkan sejarah pahit itu dari berulang lagi maka BN Melaka menolak sebarang usaha yang boleh mengundang perpecahan serta melemahkan kepimpinan parti tanpa menghormati semangat bermesyuwarah dan setiakawan.

7. Kami amatlah kesal dengan gelagat beberapa orang pemimpin UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak pembangkang yang pernah memijak gambar pemimpin BN dan menghina, mencarut, mencaci serta menghalau orang Melayu supaya balik ke hutan pada tahun 1969 semata-mata untuk memuaskan nafsu politik mereka.

8. Tindakan 58 individu ini melalui Deklarasi Rakyat yang mendesak supaya YAB Dato’ Sri Mohd Najib meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri bukan sahaja tidak mewakili hasrat majoriti 31 juta penduduk Malaysia bahkan juga tidak menghayati prinsip demokrasi serta memperlekehkan pula mandat yang telah diberikan oleh majoriti rakyat kepada beliau pada tahun 2013 lalu.
Sesungguhnya tindakan mereka itu bukanlah untuk kepentingan rakyat. Ianya adalah untuk memuaskan nafsu mereka sendiri yang tidur sebantal tetapi bermimpi lain-lain.

9. Kami fahami tuntutan rakyat masa kini ialah inginkan kerajaan menangani dengan berkesan global headwinds dalam persekitaran geo-politik dan sosio-ekonomi yang amat mencabar agar kesejahteraan hidup mereka akan terus meningkat.

10. BN Melaka mengajak semua rakyat agar bersatu padu dan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri atas semangat setiakawan BN. Beliau masih mampu dan bersedia meneruskan mandat, amanah dan tanggungjawab untuk menerajui negara ini bagi merealisasikan tuntutan serta aspirasi rakyat.

11. BN negeri Melaka mengesyorkan agar dilucutkan semua jawatan kerajaan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Penasihat PETRONAS, Pengerusi PROTON dan Pengerusi Yayasan Pemimpin Perdana.

12. BN Melaka menyeru kepada semua ahli BN dan rakyat Malaysia agar terus memantapkan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadidan kekal beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan berpegang kepada cogan kata UMNO: BERSATU, BERSETIA , BERKHIDMAT.

BN Melaka
6 MAC 2016

Tuesday, March 1, 2016

Raptor Watch 2016, 12 March 2016. @Tourism_Melaka @Idris_Haron @aasmaliana @misrommatleham @SahabatMediaMka

Raptor Watch 2016 is flying back to the shores of Tanjung Tuan!  It will be held on March 12th, 2016 (Saturday) at the Tanjung Tuan Forest Reserve.  Staple favourite activities including guided walks/arts & craft/games will be featured, but don’t forget to visit the main stars of the event – our majestic raptors who will be circling around the iconic Cape Rachado lighthouse at the top of the hill!

https://mnsraptorwatch.wordpress.com/2016/01/27/raptor-watch-2016/

Thursday, January 28, 2016

Destination Melaka-Tourism Melaka Mobile Apps

Hassle free now in Melaka with first Tourism Melaka Mobile Apps, DESTINATION MELAKA with lots of informations on hotel and accommodation, foods, destination, events etc. Available to download now in Google Play Store and in coming February for Apple iOS users.

 
Check out http://destinationmelaka.my/ for more info. Brought to you by Tourism Melaka and Telekom Malaysia! 





Monday, January 18, 2016

Lagu 'Berjuanglah' Melaka United




Allahyarham Hamidi Bin Hj.Hamid Pencipta Lagu Berjuanglah (Melaka United) diciptakan khas utk pasukan tersebut pada tahun 2014. Sahabat-sahabat arwah telah menyiapkan keseluruhan lagunya demi melunaskan hasratnya karyanya yg terakhir. Lagu sepenuhnya telah siap pada 15 Jan 2016 yang lalu. Arwah berasal dari Londang, Masjid Tanah, Melaka.
Allahyarham Hamidi Bin Hj.Hamid




Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.