Tuesday, July 31, 2012

Selamat Hari Pahlawan 2012




Selamat Hari Pahlawan kepada semua anggota keselamatan yang telah penat lelah demi menjaga keamanan negara tercinta ini. Hanya ucapan jutaan terima kasih yang dapat diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat dan sedang berkhidmat. Semoga Allah akan mencucuri rahmat kepada yang telah pergi meninggalkan kita semasa dan selepas mencurahkan segala keringat untuk negara. Al-Fatihah.
 





Monday, July 30, 2012

Harga rokok mungkin naik lagi di Bajet 2013

Naikkan harga rokok dalam Belanjawan 2013


KERAJAAN perlu menaikkan harga rokok kepada RM30 sekotak berbanding RM10 ketika ini bagi sekotak rokok 20 batang jika kerajaan benar-benar serius dalam membendung wabak merokok.
Ini kerana menggunakan "langkah cukai dan harga untuk mengurangkan permintaan bagi tembakau" merupakan cara berkesan untuk mengurangkan pengambilan rokok dalam kalangan perokok dan menghalang mereka yang berpotensi untuk mula merokok.
Langkah ini diiktiraf oleh pakar kawalan tembakau dan juga anggota dalam Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana Malaysia turut menjadi anggota sejak 2005.
Oleh sebab itu, kerajaan perlu agresif melaksanakan Artikel Enam, FCTC dengan mencadangkan agar cukai yang lebih berat dikenakan ke atas tembakau dan produknya dalam Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan nanti.
Ketika ini, harga minimum rokok ialah RM6.40. Ini jelas bahawa harga rokok di Malaysia lebih rendah berbanding negara yang mempunyai langkah antimerokok yang lebih serius.
Harga sekotak rokok 20 batang berjenama terkenal di Australia ialah RM52; Norway (RM45), Ireland (RM38), Amerika Syarikat (RM37.80), United Kingdom (RM32) dan Singapura RM29.
Kajian pada 2008 mendapati, jika cukai menyebabkan 40 peratus peningkatan harga rokok, wabak dalam kalangan orang dewasa Amerika Syarikat yang merokok akan merosot dari 21 peratus pada 2004 kepada 15 peratus pada 2025 nanti.
Lebih dekat dengan kita, Thailand yang menjalankan penyelidikan pada 2006 untuk menilai kesan kenaikan cukai tembakau daripada 75 peratus kepada 79 peratus dan membawa kepada 15 peratus peningkatan harga rokok mendapati, 58 peratus perokok kurang merokok sementara 10 peratus berhenti.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2006 pula mendapati, hampir tiga juta perokok di Malaysia (kira-kira 2.8 juta orang dewasa dan 0.2 juta remaja berusia bawah 18 tahun).
Malaysia mempunyai wabak merokok 23.1 peratus dalam kalangan orang dewasa dan wabak merokok yang amat tinggi iaitu 30.9 peratus dalam kalangan remaja lelaki berusia 13-15 tahun.
Bertentangan dengan wabak merokok di Singapura yang mempunyai harga rokok lebih tinggi (kira-kira RM29 bagi sekotak 20 batang).
Singapura hanya mempunyai wabak merokok 14.3 peratus bagi dewasa dan 8 peratus dalam kalangan lelaki berusia 13-15 tahun.
Ini jelas menunjukkan keberkesanan harga rokok yang tinggi di Singapura dalam membendung wabak merokok terutama sekali dalam kalangan orang muda.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga menggesa kenaikan harga secara drastik kerana peningkatan harga secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun mungkin tidak berkesan dalam menangani wabak ini.
Perokok mungkin mengadu mengenainya tetapi menjadi tidak peka dengan peningkatan seperti itu dan malah menganggapnya sebagai inflasi.
Seperti yang ditunjukkan dalam kajian di Thailand, Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat, perokok cenderung untuk tidak meneruskan tabiat mereka jika Harga Minimum Rokok dinaikkan secara mendadak. Menanggung tabiat merokok tidak lagi dapat dipertahankan memandangkan peningkatan harga amat membebankan terutama sekali kepada golongan muda dan miskin.
Dalam beberapa minggu lalu, pihak media tidak habis-habis menyiarkan apa yang sering dihujahkan oleh industri tembakau bahawa peningkatan harga rokok akan meningkatkan aktiviti penyeludupan, apatah lagi apabila Malaysia mempunyai pesisir pantai yang panjang melibatkan 4,675 kilometer.
Kerajaan juga perlu mempertimbangkan dengan serius untuk memperkenalkan hukuman penjara mandatori terhadap penyeludup, pengedar, peruncit dan pengguna.
Pengguna yang membeli rokok seludup juga perlu dipenjarakan kerana mereka turut bersubahat dengan aktiviti haram dan berbahaya. Mereka juga sama seperti membeli barangan curi.
Harta dan aset penyeludup dan pengedar perlu dirampas, bukan hanya barangan yang diseludup seperti rokok dan kenderaan. Ini kerana rokok yang diseludup lebih berbahaya, sering mengandungi paras nikotina dan tar yang tinggi dan tercemar dengan plumbum, kadmium dan arsenik.
Penyeludupan rokok diketahui amat popular dengan penjenayah di banyak negara kerana denda "lebih ringan berbanding jenayah lain seperti penyeludupan dadah".
Sama dengan Malaysia, tidak terdapat hukuman berat terhadap penyeludup yang membawa rokok ini yang diketahui diisi dengan serbuk kayu untuk mengurangkan kos, tercemar dengan najis tikus dan bahan kimia berbahaya lain.
Oleh sebab itu, CAP menggesa kerajaan meningkatkan dengan drastik harga rokok untuk menyelamatkan generasi masa depan daripada menjadi penagih nikotina, dan daripada keluarga dan kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk merawat penyakit berkaitan dengan rokok. source: utusanonline

Hadi Awang Kian Terpinggir !!!



Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'



Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada



Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.   

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.  

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.  

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.   

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.  

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu.  Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.   Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'.  Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.  

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.  

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.  

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.  

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.  Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1.      'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2.      'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3.      'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.   

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.  

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.   Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.    

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.  Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Tidak menghormati Ramadan!!!

JAIM tahan 30 pengunjung pusat hiburan



MELAKA 29 Julai - Seramai 30 pengunjung beragama Islam yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan ditahan kerana mengambil minuman keras di tiga pusat hiburan sekitar Melaka Raya dan Taman Merdeka di sini malam tadi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan 24 wanita berusia antara 17 hingga 50 tahun dalam operasi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan polis bermula pukul 12.30 tengah malam.
Turut serta dalam operasi itu adalah kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Ketika diserbu, kebanyakan pengunjung sedang leka berhibur malah ada dalam kalangan pelanggan tanpa segan-silu meneguk minuman keras ketika umat Islam lain menyambut Ramadan. source: utusanonline

Mangsa mercun berisiko buta

Mangsa mercun berisiko buta




ALOR SETAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang lelaki dan anak jirannya adalah mangsa terbaru insiden letupan mercun sempena Hari Raya Aidilfitri apabila kedua-dua mereka cedera parah akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup sekali gus semalam.
Kejadian berlaku pukul 7 malam di Kampung Kuala Kangkong ketika pekerja kilang itu, Mohd. Sohibollah Saad, 27, bermain seorang diri mercun bola yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di depan rumahnya.
Sewaktu pemuda itu bermain mercun, anak jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli, 8, datang untuk melihat dan dia turut terkena letupan mercun itu.

source: utusanonline

Azizan Unaware Of Link Between MB Candidate With Rakyat's Issue




Kedah Chief Minister, Datuk Seri Azizan Abdul Razak who is famous for being ticked off easily, went berserk yesterday with National Council of Professors (MPN) when the result of their research involving GE13 issue did not favor Pakatan Rakyat.

As soon as he was told about the research, Azizan did not even consider or take a second to think why the result of the research showed that rakyat of Kedah are beginning to go back to BN, He did not realize that he has weaknesses, mistakes and that he did not listen to rakyat's claims, just like what the research found.

Instead, he responded by saying that the issue which they covered including choosing CM candidate is nothing and that it is not suitable to be focused by these scholars. he also mocked the intelligence of MPN and sarcastically mentioned that they were used by BN. He said that MPN was supposed to study much more serious issues such as issues among rakyat, developing the state and defending power.

Obviously, making fun and mocking everyone else is a normal thing among PAS leaders, as if they are the best in the world. And it is normal for the opposition to blame everything on BN if things do not go their way.

He said,This is a sad thing because scholars as them should be studying much bigger issues."

But it is sad for the people of Kedah because not just that their CM do not know anything and that he cannot do anything to solve issues, he is even too arrogant to accept criticism and would not take any responsibility. He made it look easy for one to be a CM. All he has to do is just sit around and do nothing. And if anyone ever say anything, just scream at them.

MPN do not represent BN. Their research regarding the CM candidate has its own significance for serious issues which Azizan had mentioned which is issues involving rakyat, developing the state and defending power. This is because, elected CM would decide whether those serious issues can be handled or not. If rakyat end up choosing the wrong CM like Azizan, then the result, well, the Kedah we see today.

Issues with timber, water, pollution, madrasah, tourism, investment, Malay reserve lands and KUIN which all have been debated by rakyat for a very long time that they are coming to a point of giving up. They said that there is no use telling the CM because he would end up saying that everything has been settled.

But in reality, what is settled?

The only thing that is settled is the decreasing state finance. Not even a single project which was proposed by PAS Kedah has ever been developed.

It is very sad for rakyat of Kedah to have a CM who do not even understand the link between him and serious issues among rakyat.

The fact is, Azizan is a CM who do not know technology and he do not really understand how information, even confidential matters can go viral within minutes. He do not know that rakyat have their own access to matters which he said or denied. Mocking and insulting other people would not make him a good CM.

With such small knowledge when it comes to matters regarding the state and the world, who is Azizan to insult those scholars at MPN.

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan

 

Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.

Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.

Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.

Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.

Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.

Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.

Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.

Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.

Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.



Friday, July 27, 2012

Terima Kasih the Star Kerana Mendedahkan Nama-nama Pelik Pengundi

 



Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.  

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti 'main-main' atau rekaan.  Antaranya, 'S', 'Atas Jalan', 'Tepi Jalan', 'Machine Gun', 'Boeing', 'Elvis Presley' dan macam-macam lagi.   Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah.  Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.      

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.  

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.  

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.  

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.  

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai 'senarai meragukan' tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.  

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.   Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?  

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?   

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.  

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini.  

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.  



Kesepakatan BN Terbukti Melalui Konsep Calon Boleh Menang

 


Rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam.
Contoh yang diberikan ialah, "…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…"
Formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilemma ketika membuang undi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Sementara itu, ia juga akan membantu BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti. Lebih dari itu, tidak mustahil penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008, di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu. Pada 2008, BN terlalu yakin dan selesa dengan nama parti sehingga mengambil mudah faktor calon. Ramai pemimpin BN ketika itu percaya yang rakyat mengundi parti dan bukan calon serta parti akan tetap menang walau siapapun calonnya dan walaupun calon itu tidak bekerja dengan baik untuk mereka. Ternyata sikap tersebut telah membawa kerugian yang besar kepada parti, rakyat dan juga negara.
Walaupun begitu, BN masih berhadapan dengan ketidakpastian sikap parti-parti komponen untuk menerima baik formula ini. Semangat setiakawan serta kematangan calon akan teruji secara langsung. Kemungkinan sabotaj dan boikot tidak boleh dielakkan seratus-peratus.
Maka, di sinilah perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu. Adalah penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan. Sedikit kajian dalam mencerna maklumat juga tidak akan merugikan kita kerana undi kita adalah penentu masa depan kita dan juga negara.
Sewajarnya, sekiranya seorang wakil rakyat telah berkhidmat dengan baik akan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Justeru, jika tidak tercalon, ia adalah salah diri sendiri dan bukannya salah parti atau salah kepimpinan. Andainya masih ingin merajuk, mengsabotaj atau memboikot PRU kerana tidak tercalon, maka ia dengan sendirinya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang manusia yang bertanggungjawab, jauh sekali seorang wakil rakyat atau pemimpin yang baik, sekali gus membuktikan bahawa keputusan untuk tidak mencalonkan mereka adalah tepat sekali.
Apa yang para calon 'wannabe' ini perlu tahu ialah, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Maka, kita harap semua pemimpin dari semua parti komponen berlapang dada dan menerima nasib mereka dalam PRU akan datang dengan terbuka. Jika nasib tidak menyebelahi anda sebagai calon, pastinya itu adalah yang sewajarnya untuk anda. Terimalah dengan sebaiknya dan baikilah diri jika masih menyimpan cita-cita untuk ke puncak kuasa. Tunjukkan pada rakyat bahawa kesepakatan antara parti-parti komponen BN adalah kesepakatan yang tulen, dan bukannya palsu sepertimana Pakatan Rakyat.



Tiga Nilai Buruk Pembangkang

 

Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.

Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting ang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .

Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.

Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini. 

Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.

Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan Kelantan masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri.

Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.

Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat, apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.

Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.

Pembangkang memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.

Setiap kali kerajaan negeri kekurangan dana, aset dan harta negeri akan dijual.

Janji yang mereka buat masih tinggal janji; janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja. 

Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.

PKR juga menipu rakyat dengan menjanjikan caruman takaful berjumlah RM2,500 kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Kononnya PKR mahu membawa 'Harapan Baru' kepada Selangor tetapi sehingga kini tidak satu pun janji-janji tersebut berjaya ditunaikan. 

Nilai buruk kedua, menurut Perdana Menteri ialah pembangkang mengajar supaya budi baik yang dilakukan tidak perlu dikenang atau dihargai.

Sememang itulah sikap dan perangai pembangkang sejak dahulu lagi; tidak pernah mahu melihat kebaikan pihak kerajaan kerana hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan nafsu untuk mendapatkan kuasa.

Mereka sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut untuk memberitahu kepada rakyat kemajuan sebenar yang telah di bawa oleh BN tetapi memilih jalan untuk meneruskan budaya fitnah, maki hamun dan mencaci pemimpin negara.

Malah pembangkang tidak mempunyai sifat patriotik apabila sering kali mereka memburuk-buruk imej negara di dunia luar. 

Lebih dahsyat, kata Perdana Menteri lagi, Ketua Pembangkang menghasut rakyat supaya jika berhutang, ianya tidak perlu bayar balik.

Anwar menghasut supaya golongan pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana Pakatan Rakyat berjanji mahu menghapuskannya jika berkuasa di Putrajaya.

Jika di Selangor, Anwar berbohong, tidak syak lagi pemansuhan PTPTN adalah satu lagi auta besar beliau.









 



Lajim Ukim Bakal Senasib Baru Bian

 

Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya. 

Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR. 

Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang. 

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.





Thursday, July 26, 2012

Pemberian Bonus Resahkan Pembangkang

 


Belum pun habis pembangkang mempolitikkan segala bantuan yang diberikan kerajaan sebagai haram, rasuah dan sebagainya, kini kerajaan mengumumkan pula pemberian bonus khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam.  

Tentunya, semakin meroyanlah pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.   Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.   Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa 'haram mengambil pemberian kerajaan' dan berhujah bahawa itu semua adalah 'duit rakyat'.    

Daripada duit haram jadi duit rakyat pula.  

Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari 'duit haram' menjadi 'duit rakyat' apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya.   Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram. 

Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai?   Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna?  

Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.  Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.  

Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara.  Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah 'duit rakyat' masih boleh dipertikaikan.  

Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya 'melawan' isu pemberian dari kerajaan.  Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat?

Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.

Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana.  

Hakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar.   Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.  

Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain.  

Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.  

Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka.  Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri.  

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja.  Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.  

Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan.  




Wan Azizah Bertanding Di Selangor?

 




Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13.  Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini.   Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.  

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.  

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu.  Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.  

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan 'orang-orangnya'.  Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung.  

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.  

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR.  Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri.  Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.  

Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus.  Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini.  Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya.  Azmin adalah 'raksaksa' ciptaan Anwar.  Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.  

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar.  Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.  

Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung.  Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.  

Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin 'cuak' dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk 'mencabar' Azmin secara halus.  

Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari.  Konflik dalaman PKR adalah serius dan 'pelik' kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.  

Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.  

Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik?  Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?  

Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya.  Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran 'pemimpin'.  PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya.  Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya. 




Kubah Masjid Jatuh Di Negeri Serambi Mekah, Apa Tandanya???

 




Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?

Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.

Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.

Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.

Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.




Fobia Dengan Tema Hari Merdeka, PR ‘Ugut’ Kerajaan





Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan 'Janji DiTepati' nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.  

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.  

Mustafa Ali juga mengakui bahawa 'bila orang tengok saja tema 'Janji Ditepati' ini, mereka akan terus ingat kepada BN'.  

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada 'Janji Bukan Untuk diTepati' supaya mengingatkan rakyat kepada PR?  

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?   

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk 'menjajah' Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan?  

Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema 'Janji DiTepati' ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?  

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.  

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.  

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.  

Oleh itu, 'janji' wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu 'tanggungjawab' atau 'amanah'.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.  

Maka jelaslah bahawa tema 'Janji DiTepati' adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.  

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.




Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.