Monday, October 23, 2017

Program Gen-Y Green The City Melaka 2017

Program ini yang bersempena PTIWRBNM 2017 bakal menyaksikan himpuan 50K BELIA selama 1 HARI dengan 1 HARAPAN. Program ini juga akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Semua dijemput hadir

 

 

 





Tuesday, October 17, 2017

Bajet 2018: Gerakan Belia 4B Malaysia kemuka cadangan pembangunan, keperluan belia

Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) mengemukakan cadangan merangkumi keperluan dan permasalahan belia kepada kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2018, hujung bulan ini.

Presidennya, Mohd Nizam Omar, berkata dalam cadangan itu juga turut membabitkan soal ekonomi dan kos sara hidup golongan terbabit, terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Beliau berkata, GB4B juga mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan had kelulusan golongan itu untuk mendapatkan pinjaman perumahan direndahkan bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mereka.

Lanjut, klik sini


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/338594/bajet-2018-gb4b-kemuka-cadangan-pembangunan-keperluan-belia

Thursday, October 12, 2017

BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan

BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan

Inilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang sudah mengakui bahawa tentera media sosial pembangkang yang dikenali sebagai “Red Bean Army” sudah pun berkubur.

Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia.

Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).

Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.

Jumlah pengundi muda 5.1 juta ini adalah 37.5% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 13.6 juta orang pada PRU14 nanti. Sejumlah 700,000 lagi pengundi yang menyokong BN mengikut kajian Politweet itu bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Jika dibandingkan dengan kajian Politweet itu, 5.8 juta yang berminat kepada BN daripada keseluruhan 13.6 juta pengundi bermakna jumlahnya adalah 42.64%. Manakala pembangkang yang hanya ada 3.1 juta minat pada Pakatan Harapan atau sejumlah 22.7% sahaja.

Jika dibandingkan pula dengan minat rakyat terhadap Facebook Fan Page yang bersifat politik, Social Bakers pula menyenaraikan lima fan pages pro Barisan Nasional yang merupakan “Fastest-Growing Politics Pages in Malaysia” pada minggu lepas iaitu Fan Page Zahid Hamidi yang bertambah 44,273 fans, MCA yang bertambah 2,257 fans, Friends Of Barisan Nasional yang bertambah 2,240 fans, Irmohizam Ibrahim yang bertambah 805 fans dan Noh Omar yang bertambah 726 fans dalam masa seminggu lepas.

Menurut Politweet lagi, populariti Pakatan Harapan juga mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 7% dari kalangan anak muda. Bermakna orang muda sekarang sudah mulai pandai menyemak dan menyaring sesuatu berita yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan.

Misalnya, cara pembohongan bersiri Guan Eng yang cukup memualkan rakyat. Jika rakyat boleh menilai semua jawapan yang Guan Eng terhadap isu banjir, isu rasuah, isu kajian terowong dan isu kilang haram, rakyat boleh tahu bahawa Guan Eng hanya berbohong semata mata.

Pada 22 Julai 2016, Politweet turut membuat kajian mengenai kes rasuah Lim Guan Eng. Menurut Politweet, hanya 27 sahaja dari 44 ahli politik DAP yang aktif dalam twitter mempertahankan Guan Eng dalam isu rasuah itu. Lagi 17 orang diam dan mungkin mempercayai Guan Eng benar benar terlibat dalam isu rasuah itu.

Dalam kajian mengenai Guan Eng itu juga, Politweet mendapati 10,627 pengguna twitter mahu Lim Guan Eng disiasat kerana kes rasuah itu. Malah kebanyakkan pengguna twitter juga mengkritik cara jawapan Guan Eng mengenai skandal rasuahnya itu.

Maka tidak hairanlah dalam kajian terbaru pada Julai lepas, Politweet menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 5% daripada golongan anak muda.

Ini adalah impak kepada kerja-kerja ikhlas tanpa henti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat. Terus fokus menjaga ekonomi negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Berbanding pembangkang yang hanya mahu anjur demo dan mengutuk apa sahaja usaha usaha baik kerajaan BN kepada rakyat.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 30 September 2017, Datuk Seri Najib telah menyatakan ;

“Dengan perkembangan mutakhir ini, berikutan dengan pelancaran sistem pengangkutan yang canggih...MRT, kejayaan berganda Sukan Sea dan sambutan 60 tahun kemerdekaan banyak mempengaruhi suasana yang memberi momentum kepada Barisan Nasional”.

Kajian Politweet yang menyatakan bahawa Barisan Nasional makin popular di media sosial ini selari dengan momentum baik yang disebut oleh Datuk Seri Najib ini. Politweet kata 5.8 juta pengguna media sosial yang berumur 21 tahun ke atas minat kepada Barisan Nasional. Jika dibanding dengan undi Barisan Nasional pada PRU13, ianya sejumlah 5.2 juta atau 46.53%. Naik sejumlah 600,000.

Perlu diingat, itu belum lagi dikira pengundi tegar BN di luar bandar dan di kampung kampung. Data ini sudah pasti gerunkan pembangkang. Jadi, jangan marah kepada rakyat kalau demo pada 14 Oktober ini tidak mendapat sambutan. Memang rakyat secara majoritinya sudah menolak pembangkang pun. Cuma belum mengundi sahaja lagi.

BN semakin bertambah popular kerana hasil kerja keras Datuk Seri Najib dan pemimpin pemimpin BN. Berbanding Pakatan Harapan yang semakin bertelagah berebut kerusi, berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri.

Lebih teruk daripada itu pemimpin Pakatan Harapan penuh dengan skandal dan kudis kudis lama. Paling menarik dalam kajian Politweet itu, PPBM tidak masuk ranking langsung. Patutlah ahli PPBM tidak ramai, tidak layak langsung masuk carta.

Tulisan :
Beruang Biru
BB609, Rabu
11 Oktober 2017

Monday, April 17, 2017

Guan Eng Kutuk Anwar, Tuduh Anwar Punca PAS Keluar Pakatan

Akhirnya bocorlah rahsia bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah meletakkan salah terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim apabila PAS keluar meninggalkan pakatan pembangkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam dialog tertutup di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014 dilaporkan telah bersikap hipokrit dengan membuat pelbagai tuduhan keatas Anwar.

“Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor tanpa merujuk kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan. Selepas itu beliau keluar, beliau memanggil saya dan meminta maaf"

"Saya bersifat lebih pemaaf, jadi saya berkata, sangat malang kamu terpaksa memberi penjelasan. Saya fikir untuk Hadi ia adalah sesuatu yang beliau tidak boleh terima, kerana ini bukan kali pertama Anwar membuat sesuatu tanpa perundingan. Jadi dari satu segi saya fikir ini telah membuat Hadi hilang kawalan.” kata Guan Eng dalam dialog di Singapura itu.

Perkara ini baru sahaja didedahkan di media sosial oleh satu sumber yang katanya turut berada di majlis berkenaan semasa Guan Eng bertindak berkata sedemikian.

Inilah sikap sebenar Guan Eng. Di hadapan Anwar semasa mahu meraih sokongan dan undi, Guan Eng akan memuji dan memuja Anwar seolah-olah bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pemimpin agung masyarakat Melayu.

Namun, di hadapan geng geng PAP Guan Eng di Singapura, Guan Eng tidak bersembunyi lagi mengutuk dan merendah-rendahkan Anwar.

Bayangkan jika Pakatan Harapan dapat berkuasa di Malaysia, bagaimanalah agaknya Guan Eng atau DAP akan melakukan terhadap masyarakat Melayu?

DAP akan buat apa sahaja untuk parti mereka sahaja. DAP sanggup untuk tanam, terajang keluar dan timbus parti parti lain bila matlamat besar mereka sudah tercapai.

Bagaimana pula nasib-nasib parti seperi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khususnya Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir? Sudah pasti tidak tahan lama, jika DAP berkuasa.

Jika tindakan PAS keluar Pakatan Rakyat kerana enggan bersekongkol dengan DAP pun Guan Eng salahkan Anwar. Apa akan jadi jika Pakatan Harapan bakal kalah teruk pada PRU14 nanti? Siapa pula yang akan dipersalahkan?

Sedarlah, DAP hanya mahukan orang Melayu dan parti politik bertunjangkan Melayu untuk mereka meraih pengaruh bangsa majoriti itu semata-mata sahaja.

DAP bukan untuk membantu memartabatkan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun, mereka hanya mahu kuasa semata mata.

Impian Malaysian Malaysia DAP masih belum terpadam.  Bocornya video Guan Eng kutuk Anwar ini menjelaskan apa sebenarnya agenda DAP. Kini DAP yang pimpin dan ketuai Pakatan Harapan.

DAP takut "declare" mereka ketua PH secara rasmi kerana takut orang Melayu marah. Sebab itu masih tiada jawatan no. 1 dan no. 2 dalam PH. Yang ada hanya dua orang boneka sahaja.



Tulisan :
Beruang Biru
BB388, Isnin
17 April 2017

Calon Presiden@GB4BMalaysia @nizam_pb MOHD NIZAM OMAR

Calon Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
MOHD NIZAM OMAR

"Satu Hati Bukan Kerana Nama" motto seorang sahabat menjadi seorang calon Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang harus di sokong bagi menerajui Gerakan Belia 4B Malaysia.

Prestasi beliau terbukti dgn pencapaian yg telah dibuktikan melalui GB4B Negeri Melaka yg terus memekar kegemilangan pencapaian demi pencapaian yg di banggakan. Kesinambungan kepimpinan yg di susun rapi dan perancangan masa hadapan GB4B telah pun dirangka.

Yg penting kini bukan hanya kerana nama yg di cari tetapi hati yg ikhlas bersatu demi sebuah kesinambungan perjuangan GB4B yg lebih cemerlang serta membantu kerajaan dalam bersama-sama menuju TN50.

Memilih kerana prestasi bukan sekadar nama.
Mohon sokongan sahabat semua.
Di bawah kepimpinan beliau menerajui GB4B Melaka, GB4B Melaka terus konsisten dengan mesyuarat perwakilan diadakan setiap tahun.

"Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat"
Bergerak!

#VOTE4MNO
#MohdNizamOmar
#KitaSahabat
#SatuHati
#BukanKernaNama
#Pengerusi4BNegeriMelaka

Monday, March 13, 2017

Perasmian Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2017

11 Mac 2017 - Perasmian Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2017

182 Ahli DAP Melaka Keluar Parti

Genap sebulan selepas empat pemimpin DAP mengumumkan keputusan keluar parti, kejutan terus berlaku kepada kepemimpinan DAP Melaka apabila 182 ahli parti itu mengambil langkah sama dengan keluar parti, semalam.

Dalam sidang media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bebas di Kota Laksamana di sini, bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Liou Chen Kuang berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendekatan DAP dalam menyelesaikan isu membabitkan empat bekas pemimpin parti negeri itu sebelum ini. 


Lanjut: http://www.barisannasional.org.my/news/kecewa-dengan-kepimpinan-182-anggota-dap-melaka-umum-keluar-parti

Friday, February 24, 2017

PAS Tidak Perlu Sujud Di kaki Mahathir Untuk Berdiri

Pada satu ketika, PAS dikatakan berkemungkinan besar bakal menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kemungkinan itu adalah bersandarkan kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah mengadakan pertemuan sekitar awal bulan lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka, PAS dan PPBM akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai beberapa perkara dan isu berbangkit bagi membolehkan kedua-dua parti berkenaan mengadakan kerjasama politik seperti yang diharapkan oleh PPBM dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan pendirian untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang masih mempunyai hubungan dengan DAP.

Pada masa yang sama, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pula memberikan tempoh selama sebulan untuk PAS memuktamadkan kerjasama berkenaan. Persoalannya, perlukah PAS akur kepada kehendak Mahathir ini?

Melihat kepada respon terbaru oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ternyata beliau menyokong Hadi dan mengulangi ketegasan bahawa parti berkenaan tidak akan tunduk kepada desakan Mahathir walau apa jua alasan.

Nik Abduh juga menegaskan, PAS masih mampu untuk berdiri sendiri tanpa memerlukan penggabungan dengan mana-mana parti. Katanya, sejak dahulu lagi, PAS sentiasa bergerak sendiri dengan dokongan ahli-ahli PAS yang sentiasa menyokong penuh barisan kepimpinan PAS.

Tidak timbul isu tempoh yang diberikan oleh Mahathir kepada PAS kerana Mahathir sendiri maklum akan pendirian PAS menolak kerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubung kait dengan DAP.

Mungkin Mahathir merasakan PAS akan gentar dengan tempoh sebulan yang diberikan kepada parti itu untuk membuat keputusan, namun ternyata beliau silap. Ini kerana PAS langsung tidak mempedulikan tempoh yang diberikan oleh Mahathir.

Apa yang jelas, PAS menolak PPBM yang kini sudah menjadi proksi DAP.

Jika melihat kerjasama antara PAS dan UMNO hari ini, semuanya berlandaskan kepada kepentingan ummah semata-mata, tiada kena mengena dengan politik seperti yang didakwa Mahathir sebelum ini.

Justeru, Mahathir kini sudah boleh merencanakan kekuatan partinya sendiri di dalam Pakatan Harapan daripada sibuk mengatur urusan pihak lain.


Tulisan :
Beruang Biru
BB297

Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang

Pada 14 Februari lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan senarai 128 Ketua Penaja bahagian di seluruh negara. Ia termasuk 'tuan punya' parti sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi ketua di bahagian Langkawi.

Apa yang menariknya, pengumuman ketua-ketua penaja bahagian Parti Bunga ini disambut hambar dan penuh teka teki. Mana tidaknya, sudahlah di Negeri Sembilan tiada langsung wakil parti berkenaan, di Pulau Pinang pun sama, dengan keadaan agak 'kucar kacir'.

Daripada 13 bahagian di seluruh Penang, Parti Bunga hanya mampu bertapak di sembilan kawasan sahaja. Itu pun mengenengahkan beberapa nama yang tidak popular dan mempunyai 'kisah silam yang kelam'.

Logiknya, di Pulau Pinang yang dikuasai oleh sekutu kuat Parti Bunga iaitu DAP, kekuatan dan pengaruh Mahathir sendiri perlu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Jika tidak, apa maknanya bersekutu dan berkawan baik dengan DAP sehingga menjadi harapan kepada pembangkang?

Namun demikian, apa yang terjadi sebaliknya. Parti Bunga sudah buktikan bahawa mereka tidak mampu mencari pemimpin sendiri untuk mengurus parti di kawasan seluruh negeri itu.

Mereka seolah-olah tidak begitu yakin untuk menapak dan menyebarkan sayapnya di negeri yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Jika langkah awal pun sudah terumbang ambing, adakah ini gambaran sebuah parti yang mahu menjanjikan perkhidmatan 'first class' buat rakyat, andai dipilih berkuasa di Putrajaya?

Kita harus ingat, DAP adalah kuasa yang menentukan hala tuju sebenar Pakatan Harapan. Jika Parti Bunga tidak berdaya untuk menunjukkan pengaruh mereka dalam kalangan masyarakat Melayu di 'negeri Guan Eng', maka adakah Parti Bunga akan mendapat tempat yang lebih istimewa di mata pembangkang?


Tulisan :
Beruang Biru
BB298

Wednesday, February 22, 2017

Ketika Nilai Ekonomi Beratus Bilion Digelar Harimau, Ketika Cecah Trilion Digelar Kuching, Di Mana Logiknya?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasa bangga telah menyatakan pada zamannya Malaysia digelar sebagai Harimau Asia namun gelaran itu bertukar menjadi seekor kucing pada masa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir berkata demikian dalam tulisan terbaru di blognya pada 21 Februari 2017.

Mahathir menyatakan kononnya prestasi ekonomi negara telah merudum dan sebab itu harimau bertukar menjadi kucing dan sekali lagi Mahathir mengulangi dakwaannya yang mengaitkan Najib dengan 1MDB dan derma sebanyak RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.

Tujuan Mahathir berbuat demikian adalah untuk memperkecilkan Najib walaupun apa yang dikatakannya itu boleh dipersoalkan.

Ia hanya sekadar gelaran yang diberikan, bukannya mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak atau pakar ekonomi pun.

Hakikatnya, pada zaman pemerintahan Najib, nilai ekonomi negara meningkat kepada RM1.2 trilion berbanding era Mahathir iaitu beratus bilion.

Berdasarkan logik, jika ekonomi negara telah berkembang maka gelaran yang patut diberikan bukannya kucing tetapi binatang lain yang lebih gagah daripada harimau.

Namun disebabkan orang yang membuat tuduhan itu adalah Mahathir maka tidak hairanlah kenapa beliau memperkecilkan Najib, kerana itulah matlamat beliau sebenarnya iaitu untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri.

Melalui cara itu, Mahathir berharap rakyat akan membenci Najib.

Malangnya perkara itu tidak berlaku sebaliknya rakyat memberikan sokongan padu kepada Najib dan ia ditunjukkan dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Bukan itu sahaja, tatkala negara luar memuji peningkatan ekonomi negara, Mahathir masih lagi dengan sinis menyatakan negara akan muflis dan itulah yang dicanang oleh pembangkang demi menakutkan rakyat.

Kalau diikutkan kepada dakwaan mereka ini, Malaysia sudah pun muflis sejak beberapa tahun lalu, malangnya ia tidak berlaku seperti yang mereka harapkan.

Sememangnya banyak bukti yang boleh ditunjukkan kepada mereka bahawa ekonomi negara terus berkembang dan ia dibuktikan melalui fakta serta statistik, bukannya dengan bercakap gah semata-mata.

Untuk rekod, data terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 selain disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang tahun lalu.

Setakat 31 Januari lalu, rizab negara berjumlah AS$95 bilion atau RM426 bilion. Pembangkang sememangnya menyedari akan hakikat kebenaran itu namun memilih untuk menutup mata. Mereka tidak mahu orang tahu akan peningkatan ekonomi kerana bimbang akan hilang banyak undi.

Jadi kita boleh memilih untuk mengelak diri daripada diperbodohkan oleh pembangkang kerana kita ada kuasa untuk melakukannya.

Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Najib mensasarkan ekonomi bernilai RM2 trillion. Angka itu sudah diumum oleh Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas.

Menurut ramalan PricewaterhouseCoopers, ekonomi Malaysia akan bernilai RM1.5 trillion pada 2030 nanti dan adalah ekonomi ke 25 terbesar dunia.

Di kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan ke 11. Dengan kedudukan ini apakah Malaysia digelar kucing lagi oleh pelabur pelabur dunia?

Jawapannya tidak. Dari segi Easy Of Doing Bussines, Malaysia berada di tangga ke 4 di Asia Pasifik di samping Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Harimau atau kucing? Orang yang hendak kuasa di Putrajaya akan gelar apa sahaja untuk merampas kuasa. Sanggup jatuhkan taraf negara sendiri hanya untuk tujuan politik.

Kalau Mahathir menulis di blog itu kerana niat politik, itu adalah salah. Jangan terpedaya dengan niat politik Mahathir. Mahathir akan buat dan gelar apa sahaja semata mata kerana tujuan politik.



Tulisan :
Beruang Biru
BB296

Rakyat Pulau Pinang Dirantai Dengan Pelbagai Cukai Membebankan

Siapa yang duduk di bahagian pulau di Pulau Pinang selalu merungut tentang kos sara hidup. Berbanding mereka yang tinggal di seberang pulau. Mengapa jadi begitu?

Ini kerana, di Pulau Pinang penduduknya diperlukan untuk membayar bermacam-macam jenis cukai yang bagi sesetengah golongan di negeri itu adalah membebankan.

Beberapa bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dulu, Kerajaan Negeri DAP menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40. Pada 2014, penduduk Pulau Pinang perlu membayar cukai pintu berjumlah RM583.80 dan selepas kenaikan mereka perlu bayar RM667.20 pada 2016.

Kenaikan cukai pintu itu adalah sebanyak RM83.40. Jumlah ini bebankan rakyat. Banyak boleh dibuat dengan nilai RM83.40.

Di Pulau Pinang juga, adanya Cukai Katil yang dikenakan ke atas pelancong yang bermalam di hotel-hotel di negeri itu bermula 1 Jun 2014 lalu.

Pelaksanaan itu membuatkan orang ramai berikutan perlu membayar jumlah tambahan jika ingin menginap di hotel ekoran kewujudan cukai itu.

Di Pulau Pinang, kadar tarif air dinaikkan begitu tinggi dengan alasan mahu rakyat mengurangkan penggunaan air atau berjimat padahal bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, ia akan tetap membebankan.

Jika anda seorang peniaga di sana, sewa warung bagi penjaja juga sudah dinaikkan menunjukkan betapa kerajaan DAP begitu terdesak mahu mendapatkan wang membiayai corak hidup dan pengurusan mewah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaannya.

Caj tempoh parkir meletak kereta juga diubah di Pulau Pinang di mana mereka mengenakan caj pada setiap hari sehingga pukul 12 tengah malam yang memang membebankan rakyat Pulau Pinang.

Kalau berbicara soal harga rumah, di Pulau Pinang harga aset seperti itu adalah tinggi dan pelbagai projek baru di sana juga bukan dibina untuk memberi peluang kepada penduduk berpendapatan rendah, sebalinya banyak dibina sesuai dengan pembeli mewah dan dari luar negara.

Kerajaan DAP kononnya mahu berasa hebat mengumumkan menyecap cukai pintu untuk semua pemilik harta dan cukai GST untuk kurangkan beban rakyat padahal ia tidak menjadikan beban rakyat menjadi ringan pun.

Selepas mengumumkan potongan cukai enam peratus baru-baru ini, penduduk Pulau Pinang masih perlu membayar sebanyak RM627.40 lebih tinggi dari cukai tahun 2014.

Itulah nasib yang rakyat Pulau Pinang kena tanggung di bawah kerajaan DAP. Tol Sungai Nyiur yang lima kupang tidak dimansuh, cukai lain yang lagi banyak datang sejak DAP menguasai Penang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB295

Tuesday, February 21, 2017

Mahathir Terdesak, Terpaksa Guna Anwar Untuk Lambung Mukhriz

Anwar Ibrahim ketika disoal balas oleh peguam bagi pihak Khairy Jamaluddin dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Tinggi, Anwar telah menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.

Bekas ketua pembangkang itu mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid kemudiannya digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Tetapi jangan lupa semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah  menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 meskipun seramai 22 ADUN menyokong Osman.

Jika kita lihat kepada kenyataan Anwar itu, secara tidak langsung ia seolah-olah menunjukkan ia mahu mengangkat Mukhriz apatah lagi selepas dua kali pertemuan beliau dengan Mahathir di mahkamah sebelum ini.

Banyak persoalan yang timbul daripada kenyataan terbabit dengan salah satu daripadanya, adakah Mahathir sudah terdesak dan sedang merangka sesuatu dengan menggunakan Anwar untuk mengangkat dan melambung anaknya?

Ini kerana kenyataan berkenaan ternyata agak aneh, apatah lagi menyamakan Mukhriz dengan Khalid Ibrahim. Apakah ia menunjukkan bahawa Mahathir terpaksa mengambil langkah lain pula untuk melaksanakan agendanya selepas perjanjian sulit dengan DAP untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah dibongkarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim?

Walaupun dinafikan oleh Mukhriz tetapi isu berkenaan telah "meletup" dan menjadi bualan hangat dalam politik negara.

Selepas isu perjanjian sulit itu telah terbongkar, mungkin Mahathir terpaksa menggunakan cara lain pula dan dalam masa yang sama pula, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan nasib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang jelas, Muhyiddin seolah-olah telah diketepikan dan dipinggirkan oleh Mahathir. Dalam banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir selama ini tidak banyak nama Muhyiddin yang disentuh.

Apatah lagi dakwaan skandal seks membabitkan Muhyiddin kini hangat diperkatakan terutama selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Lama kelamaan, Muhyiddin akan terus terpinggir dan tidak mustahil suatu masa nanti kita akan melihat Mahathir mengumumkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan harapan menang.

Itulah politik dan dalam politik banyak perkara boleh terjadi walaupun suatu masa lalu ia dilihat sebagai mustahil. "Desperate" sungguh Mahathir, guna apa sahaja untuk capai cita cita jadikan Mukhriz jadi PM.


Tulisan :
Beruang Biru
BB294

DAP Selangor Mulai Tak Yakin Pada Pimpinan Kit Siang

"Apa yang Dr. Mahathir kata itu betul dan DAP sebenarnya tidak pernah pun nak berebut jawatan Perdana Menteri," begitulah kenyataan yang keluar dari Ng Suee Lim semalam.

Bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu, Suee Lim mengulas mengenai desas desus yang ingin mengangkat Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang dikuasai mereka berjaya takluk Putrajaya.

Mungkin tak ramai yang tahu, DAP Selangor juga sebenarnya sudah lama 'memendam rasa' terhadap isu keretakan dalaman parti yang dipimpin oleh 'Legasi Lim' tersebut.

Difahamkan dari bekas pemimpin DAP sendiri, di Selangor mereka terbahagi kepada tiga 'otai' berbeza iaitu yang dikuasai bekas Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok dan seorang lagi 'proksi' Lim iaitu Tony Pua dari Singapura.

Timbul rasa tidak puas hati katanya apabila Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor walaupun menang amat tipis dan cukup lemah.

Ini juga sebenarnya antara 79 senarai mereka yang menjadi 'mangsa' konflik dalaman DAP seperti didedahkan Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini. Cumanya, mereka di Selangor masih belum berhasrat untuk bertindak keluar parti.

Geng Gobind dan geng Otai DAP yang diketuai Ronnie Liu sudah menyerang geng Kit Siang di Selangor. Paling mereka tidak suka bila Kit Siang ambil Mahathir sebagai kawan politik.

DAP ada 15 kerusi di Selangor, semasa zaman Khalid, DAP dilihat abang besar di Selangor. Bila anak angkat Mahathir (Azmin) naik sebagai MB, DAP Selangor sudah merasai mereka sudah jadi proksi yang kecil sahaja di Selangor di belakang PKR dan PAS.

15 kerusi yang DAP ada di Selangor pun khabarnya ada 5 atau 6 kerusi mahu diserah pada PPBM pada PRU14 nanti. Atas alasan mahu runding kerusi kerusi parlimen di negeri lain.

Rundingan itu khabarnya hanya dibuat sesama keluarga Lim dengan keluarga Mahathir sahaja dan Azmin Ali. DAP Selangor dipaksa terima apa sahaja keputusan rundingan itu. Ini yang menyebabkan berlakunya barah dalam DAP Selangor.

DAP Selangor merasakan banyak keputusan yang sepatutnya dibincang dengan semua ahli parti hanya diselesaikan menerusi  rundingan dua tiga orang sahaja (Kit Siang, Tony Pua, Mahathir dan Azmin Ali).

Oleh sebab itu, tak mustahil kenyataan Suee Lim ini merupakan manifestasi sebenar 'rasa barah' yang ditanggung oleh DAP Selangor dalam diam.

Bukan baru semalam ia telah membusuk dalam diri setiap ahli DAP Selangor, malahan sudah memakan masa lama dan kini tunggu untuk meletup sahaja.

Walaupun jika dibaca melalui media pro DAP, kenyataan Suee Lim nampak pro kepada mereka, namun sebenarnya kenyataan itu tersirat 'udang disebalik mee' yang menjelaskan bahawa akar umbi DAP Selangor sudah mula muak dan tak yakin dengan kepimpinan Lim.

Di Melaka sudah ada yang lompat parti, di Selangor ributnya makin kuat. Roket DAP kini nampaknya sedang dilanda puting beliung yang kuat.

Hendak ke bulan tidak sampai, hanya sekadar terbang rendah ke kuntum  bunga raya. Itulah kekuatan roket DAP hari ini. Menanti saat terbenam menyembah bumi.



Tulisan :
Beruang Biru
BB293

Nelayan Ketam Siber

Kuala Sungai Baru, Melaka.
Siti Rubiah Wahid dan suaminya Mohd Rizal Jais antara nelayan pantai di Kuala Sungai Baru, Melaka yang meredah ombak Selat Melaka setiap hari. Pasangan ini banyak menumpukan usaha mereka untuk menangkap ketam. Semua hasil tangkapan yang diperolehi dijual terus kepada pelanggan mereka. Menariknya ia dipasarkan di alam siber melalui penggunaan media sosial. Idea menjual ketam di media sosial ini timbul dua tahun lalu. Kini setelah Siti mendapati melalui kaedah tersebut pelanggan dapat berhubung terus dengan mereka.

https://www.facebook.com/siti.rubiah.92
https://www.facebook.com/mohd.rizal.716 
https://www.facebook.com/gb.kusubamelaka

Source: Majalah Tiga - TV3

Monday, February 20, 2017

Skandal Forex Bank Negara Adalah Jenayah Komersial Bukannya Sivil

Tidak perlulah Mahathir melalak ke hulu ke hilir dengan penuh riak dan takabur bahawa kononnya Dato Seri Najib tidak berani saman dirinya atas tuduhan penyelewengan wang rakyat dalam isu 1MDB.

Mahathir begitu bangga kononnya setiap hari dia berzikir kepelusuk negara menyatakan Najib pencuri dan penyamun. Mahathir kata Najib tidak berani saman.

Maka atas sebab ini rumusan dibuat pada sidang akhbar di Program Bicara Perdana, bahawa jika Najib tidak berani saman, maka Najib bersalah dan takut.

Akibat terlalu tua , otak yang berusia 91 ini lupa bahawa dia juga tidak berani seret Najib ke mahkamah berkenaan dakwaannya.

Najib menunggu sekian lama tetapi Mahathir tidak juga tampil dengan dakwaannya di mahkamah. Apakah Mahathir penakut kena saman kembali ?(counter sue).

Apa pun kerana terlalu banyak bohong ,maka Mahathir pun terlupa bohongnya yang dia pernah mengaku “saya tiada bukti”. Mahathir pun pernah cakap perkara itu dalam satu temubual bersama wartawan.

Jadi dalam ketiadaan bukti pun masih mahu kumpul dosa di hujung usia. Selain itu Mahathir juga berkata dia tidak takut jika ditangkap dalam isu skandal FOREX BNM.

Untuk makluman Tun Mahathir, ini bukanlah soal takut atau berani, tetapi persoalan “apa kah yang terjadi” kepada wang negara. Itulah fokus utama siasatan yang sedang di usaha kan oleh ‘task force” RCI.

Buku kewangan negara tidak dapat ditutup secara rasmi dan betul kerana penjumlahan kerugian begitu samar samar dan pengeluaran wang negara dibuat secara tidak berhemah.

Jika Mahathir bangga berkata Najib takut untuk tangkap dirinya pada skandal ini, harus diingat bahawa siasatan belum bermula pun. Hanya orang seperti Mahathir sahaja akan menangkap orang tanpa pembuktian dan perbicaraan.

Tambah lagi kes ini adalah kes komersial dan bukan kes sivil. Itulah dia Mahathir , asal sahaja dapat pegang mikropon maka saat itulah dia seronok berbohong tambah lagi di hadapan rakyat yang rata rata tidak tahu banyak hal.

Pada isu 1MDB ,  Mahathir telah menipu rakyat yang tidak pernah bekerja di pejabat , apatah lagi di bank bank dengan kisah “Najib curi duit”.

Mahathir bercerita seolah olah amat mudah keluar masuk wang tanpa ada tanda tangan dokumen yang sah oleh "authorise person" dan tarikh keluar masuknya.

Para petani, pesawah, nelayan dan orang ramai ditipu hidup hidup oleh Mahathir bahawa begitu mudah alihkan wang dari satu institusi ke satu institusi lain.

Sedangkan hendak tuntut "petty cash" RM50 pun ada pihak yang perlu tanda tangan beri dan terima. Serta dokumen lampiran yang harus ditunjuk kan.

Begitulah rakyat Malaysia yang suka ditipu.

Pasaran untuk ini memang sedia ada. Rafizi Ramli juga pernah mendapat jutaan like dan sokongan dan rakyat membantunya menyebarkan kisah cincin Rosmah , tetapi berakhir dengan pengakuan “Saya hanya bergurau” sahaja di mahkamah apabila disaman.

Maka , elok sangatlah Mahathir henti berbohong kepada rakyat, usah pergunakan mereka untuk kepentingan peribadi.

Ini bukan zaman pemerintahan di mana orang diugut, ditangkap malam malam dan dikenakan ISA, ini zaman Najib Razak, orang fitnah hari hari macam Mahathir pun boleh bebas.


Tulisan :
Beruang Biru
BB292

Himpunan RUU355 Lebih Bertamadun Dari Demo BERSIH

Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 Sabtu lepas di Padang Merbok terbukti berjalan lancar dan penganjurannya lebih bertamadun dari demonstrasi Bersih 4 dan Bersih 5.

Biarpun berlangsung sejak pukul 2.30 petang sehingga pukul 11 malam, tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh para peserta malahan mereka setia duduk di atas padang mengikuti aturcara program yang dijalankan pihak penganjur iaitu PAS.

Pada Himpunan RUU355, tidak ada pihak polis yang terpaksa menahan peserta, kerana pergerakan masuk dan keluar dari Padang Merbok begitu lancar dengan orang ramai yang hadir dan beredar dari lokasi himpunan begitu lancar dan teratur. Polis tidak dirempuh seperti demo Bersih.

Biarpun cuaca panas dan lokasi parkir kereta agak jauh dan terpaksa berjalan kaki, tidak ada pun kedengaran rungutan atau provokasi dari pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan penganjuran berkenaan.

Berbanding himpunan Bersih, lokasi perhimpunan ada yang dijadikan medan remaja berbuat maksiat. Ada juga aksi hubungan sesama jenis yang dilarang dalam Islam sesama demo Bersih. Tidak ada bendera LGBT dan kelibat geng homoseksual dalam perhimpunan RUU355 .

Ketika Himpunan RUU355, para peniaga di sekitar ibu negara juga tidak sampai menutup perniagaan mereka sepanjang perhimpunan kerana tidak bimbang premis mereka dirosakkan seperti dalam perhimpunan Bersih yang anjuran Ambiga dan DAP.

Paling menarik ialah, pihak yang bersolat jemaah di Padang Merbok, bersolat dengan arah kiblat yang betul dan mereka berjemaah beramai-ramai di atas Padang Merbok.

Ketika himpunan Bersih, peserta Bersih bersolat mahu menunjuk-nunjuk sehingga arah kiblat berbeza beza di lokasi himpunan berkenaan.

Tiada pergaduhan atau perkelahian yang berlaku malahan tidak ada pun kereta peronda Polis yang rosak angkara provokasi dalam kalangan peserta perhimpunan RUU355.

Bagi seorang Penganalisis Politik dari Universiti Malaya, Dr Awang Azman Pawi, beliau percaya Himpunan RUU355 mencerminkan aspirasi rakyat dan bukti kekuatan PAS.

“Kehadiran itu menunjukkan sokongan akar umbi terhadap pindaan yang dicadangkan itu, terutamanya penyokong PAS yang terdiri daripada orang Melayu Islam yang ramai jumlahnya,” katanya.

Beliau berkata, ia juga jelas yang NGO Islam menunjukkan diri mereka sebenar pada himpunan itu.

“Terdapat sokongan daripada NGO Islam yang selama ini memilih mendiamkan diri tetapi kini mengambil keputusan menunjukkan sokongan terbuka terhadap pindaan itu," katanya.

Sudah pasti dari segi angka Himpunan RUU355 sudah menang. 50,000 orang berkumpul berbanding Bersih 5 hanya dalam 20,000 sahaja. Himpunan RUU355 lebih tamadun kerana tiada langsung caci maki pada pemimpin, berbanding demo Bersih yang penuh kata nista dan maki hamun.

Himpunan RUU355 ini telah menghantar satu mesej kuat pada DAP bahawa PAS masih lagi kuat. Hantar mesej bahawa PAN adalah lemah.

DAP tentu termenung  panjang melihat angka dan kesan Himpunan RUU355 ini.  DAP akan rangka strategi baru selepas ini. Dengarnya akan ada himpunan balas melawan RUU355 dengan lebih besar lagi pada 18 Mac ini. Benarkah?


Tulisan :
Beruang Biru
BB291

Red Bean Army Pun Berkubur Bila DAP Kawan Dengan Mahathir.

Dalam kenyataan Lim Kit Siang melalui penulisan Raja Petra Kamarudin, bahawa apa yang di gelar sebagai “Red Bean army” yang membantu kempen dan operasi DAP kini telah tewas dan bakal berkubur.

Apabila Kit Siang berkata dan mengaku sedemikian, maka dua perkara boleh diandaikan.

Pertama berkemungkinan dia mahu UMNO dan BN “let the guard down” supaya berasa selesa dalam “comfort zone” lalu kurang persediaan kepada apa yang bakal dilakukan oleh DAP dan tentera kacangnya.

Kedua, jika kenyataannya bersikap jujur berkemungkinan dia amat kecewa kerana sehingga kini Pakatan masih belum betul betul mencapai matlamatnya iaitu menjatuhkan Dato Seri Najib melalui beberapa cerita karut dan dogeng ciptaan mereka.

Pada zaman kemuncaknya RBA, mereka boleh menghantar ratusan tentera mereka mewakili ribuan "fake acount" seolah olah kelihatan mereka adalah terlalu ramai demi mengambarkan sokongan kepada pembangkang adalah ramai.

Sesiapa yang mahu mencuba merasai kedatangan RBA ini , boleh mencuba membuka akuan Facebook yang menghentam kerajaan lalu dengan segera akan mendapat ribuan “like” kononnya sokongan kepada kritikan dan kutukan kepada kerajaan itu disokong ramai rakyat.

Malah RBA ini bijak menggunakan ayat Al Quran, petikan hadis dan slanga  bercakap orang melayu

Seolah oleh mereka orang Melayu, ditambah dengan "like like" kepada "page page" agama dan ustaz ustaz.

Memang pun ada segelinitir dari RBA ini orang Melayu hasil perkaderan dari barua barua Melayu yang menjadi ahli DAP.

Apa pun kenyataan Kit Siang menarik perhatian kerana mengaku tewas kepada “budak budak BN” yang tidak berapa ramai jumlahnya tetapi berkesan dalam melawan arus fitnah dan membuat serangan balas.

Kit Siang juga menyebut berkenaan “black ops”. Ini bermakna Kit Siang amat peka dengan kerja “black ops” tentera kacangnya.

Sebenarnya , sokongan kepada DAP semakin merosot kerana rasa tidak puas hati kepada keluarga “Lim” ini sendiri. Keadaan menjadi bertambah parah apabila Kit Siang membuat hubungan dengan Tun Mahathir.

RBA juga dipercayai tidak dikuasai oleh satu individu khusus, mereka dikuasai oleh individu negeri dan kawasan. Misalnya RBA di Penang di kuasai oleh pemimpin DAP Penang dan seterusnya.

Maka apabila penaung di kawasan kawasan tidak berpuas hati , maka pasti sekali mereka tidak akan meneruskan membayar gaji RBA. Itulah sebabnya Kit Siang menyatakan kegagalan RBA nya sejak kebelakangan ini.

Ramai ahli DAP kecewa dan terasa mereka dikhianati kerana Kit Siang membuat hubungan dengan Tun Mahathir tanpa merujuk atau berbincang dengan mereka di negeri dan pusat.

Maka kekecewaan ini diterjemah dengan ada kumpulan yang keluar parti. Mereka akan keluar parti dan tidak mahu buat kerja parti.

DAP memang menuju kehancuran , dan kehancuran itu makin terserlah sejak kebelakangan ini apabila 4 anggota mereka yang berkedudukan umum keluar parti dan lagi dua bakal menyusul seperti kenyataan yang dibuat oleh Tunku Aziz.

Baru baru ini juga Datuk Ahmad Zahid Hamidi ada menyebut kedudukan penyokong UMNO didalam alam maya hanya berjumlah 6.6%. Ini berdasarkan kajian seseorang, kata Ahmad Zahid.

Maka jumlah inilah mengakibatkan ketakutan kepada banyak pihak kerana dengan jumlah 6.6% pun mereka dapat pertahankan Presiden dan parti mereka.

Tidak dapat dibayangkan jika jumlah mereka mencapai jumlah 30% , tentu sekali pembangkang tiada peluang langsung.

Namun apa yang penting untuk dinyatakan di sini, adalah hubungan dengan Tun Mahathir adalah satu penyebab kerosakan DAP.

Bukan sahaja dasar dan kepimpinan DAP terganggu kerana bersekongkol dengan musuh 30 tahun mereka, tetapi RBA mereka juga huru hara dan sudah layu kerana Mahathir. Berkubur terus RBA.


Tulisan :
Beruang Biru
BB289

Friday, February 17, 2017

'9 Ahli Parlimen Pakatan Harapan "Curi" RM10 Juta Duit Khairat Kematian





Apa sudah jadi? Tidak cukupkah lagi dengan caj plastik 20 sen? Tidak cukupkah lagi duit rumah urut dan kilang babi haram di Selangor? Tidak cukupkah lagi? Sampai duit orang mati pun hendak dicuri.

Sudah 2 hari, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan protes di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selasa lepas berkaitan dakwaan salah guna kuasa dana khairat kematian. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak pun menjawab apa yang dibangkitkan.

Dalam protes itu, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dikatakan menyalahguna dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor dengan jumlah RM200 juta.

Dikhabarkan, semalam Jamal datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membawa bukti berkaitan salah guna kuasa ini yang didakwa beliau mendapat bukti berkenaan dari Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

“Kamu nak tahu mana saya dapat bukti ini? Saya dapat dari rakan baik saya YB Rafizi Ramli,” kata Jamal kepada pengamal media di pejabat SPRM.

Dalam dokumen bukti itu, ada sembilan Ahli Parlimen yang bukan dari dalam negeri Selangor mendapat peruntukan dana melalui dana SMUE yang disalurkan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Dalam bukti iaitu sepucuk surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus cawangan Ambank memohon membuka akaun SMUE. 9 ahli parlimen pembangkang itu adalah :

1) Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai,
2) Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw,
3) Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
4) Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong.
5) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,
6) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
7) Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzh Anwar,
8) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
9) Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Kesemua mereka dikatakan ada kaitan dengan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta.

"Mengapa wakil rakyat bukan dari Selangor tapi Wilayah Persekutuan yang mendapat dana ini?" soal Jamal.

Selain itu, ketika protes di Shah Alam, ada keraguan timbul tentang penggunaan peruntukan dana dalam SMUE ini apabila ia dikatakan digunakan untuk tujuan lain bukan membantu rakyat negeri itu.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali tentang peruntukan sebanyak RM200 juta. Di manakah jumlah peruntukan ini? Adakah ia dari sumber halal?

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan peruntukan SMUE ini yang dilakukan beberapa wakil rakyat atau penyelaras DUN Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mereka menggunakan peruntukan ini untuk tujuan lain, bukan membantu rakyat Selangor, tetapi untuk kerja kahwin mereka,” katanya.

Pihak SPRM sewajarnya menjalankan siasatan menyeluruh dan memberi keutamaan terhadap kes ini kerana dakwaan kecurian wang RM10 juta duit khairat kematian ini
adalah sesuatu yang besar dan serius.

Rakyat Selangor dan kesemua 4,000 orang waris yang terlibat perlu tambil ke hadapan untuk menuntut penjelasan sebenar mengenai RM10 juta ini.

Azmin Ali akan terus diam. Jangan terkejut jika Azmin selepas ini membuat "diversion" dengan cerita cerita karut. Sudah pasti isu ini Azmin akan diam tetapi rakyat tidak boleh diam. Tanya lagi apa jadi pada RM10 juta duit khairat kematian?


Tulisan :
Beruang Biru
BB287

Task Force Untuk Establish Apa Sebenar Terjadi Kepada Wang Rakyat


Sebaik sahaja kerajaan mengeluarkan kenyataan berhubung penubuhan Task Force atau pasukan petugas khas untuk mendapatkan semua fakta-fakta berkenaan urus niaga wang negara dan menentukan tiada penyelewengan fakta atau maklumat disembunyikan, maka terdengarlah suara sumbang yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dilakukan terhadap 1MDB.

Ini menunjukkan mereka ini tidak sayangkan negara tetapi lebih sayangkan idola mereka. Mungkin ketika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap 1MDB, mereka ini sedang sibuk menyembah idola mereka hingga tidak sedar mengenainya.

Referal utama pada siasatan 1MDB adalah bagi menentukan benar atau tidak dakwaan wang 1MDB telah masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dan dakwaan 1MDB telah lesap wangnya. Elemen yang dikehendaki berkaitan tuduhan mereka ini langsung tidak ada terhadap 1MDB.

Jika RCI diwujudkan untuk 1MDB, keputusan sama akan tetap diperolehi, menjadikan siasatan itu hanya buang masa dan tenaga sahaja. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak ada bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Sebaliknya skandal bertaraf mega hingga mengakibatkan kerugian dagangan wang milik rakyat melalui Bank Negara, belum pernah disiasat oleh pihak ketiga yang berautoriti. Ia sekadar siasatan untuk maklumat Perdana Menteri ketika itu dan laporannya tidak didedah kepada rakyat.

Seolah-olah satu “cover up’ telah berlaku apatah lagi jumlah kerugian yang disebut tidak konsisten.

Selain itu jumlah kerugian pula berkait dengan kenyataan rasmi kepada kes MAS di mahkamah dimana terdapat dakwaan penjualan dan pembelian semula MAS dari kroni Tun Mahathir iaitu Tajuddin Ramli  adalah atas nama “national interest” kerana mahu menampung kerugian dagangan mata wang tersebut.

Selain itu dakwaan Timbalan Menteri, iaitu Nur Jazlan Mohamed yang kebetulan menantu kepada bekas Gabenor Bank Negara yang telah meletak jawatan dengan membuat pengakuan “saya silap” dan mengaku BNM telah kerugian RM5.7 bilion, telah mendakwa arwah bapa mertuanya telah dipaksa membuat kenyataan silap bagi pihak lain dan kemudian terpaksa meletakkan jawatan.

Maka dengan adanya RCI selepas penubuhan Task force itu maka nama-nama mereka yang teraniaya boleh dibersihkan. Ketika zaman pemerintahan kuku besi Tun Mahathir ramai individu menjadi mangsa kepada kerja-kerja seperti FOREX dan skandal BMF.

Penerima arahan terpaksa memikul beban arahan kerana kesetiaan kepada pemerintah dan tugas. Maka kebenaran boleh di “establish” jika RCI diwujudkan. Hanya RCI boleh menentukan jumlah kerugian sebenar.

Kerajaan tidak dapat menutup buku kepada kes ini kerana terdapat banyak “mismatch” dan jawapan berbeza kepada jumlah kerugian.

Sama ada mana-mana individu akan didapati bersalah kerana berbohong fakta atau menyorok maklumat itu adalah perkara kedua, yang paling penting negara dapat mengesahkan apa sebenarnya berlaku dan paling utama adakah kecurian berlaku dengan menumpang kepada kerugian.


Tulisan:
BB 286

Betul ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin?

Sebuah institut yang mana Mohamed Azmin Ali menjadi penasihatnya, telah mendedahkan bahawa 62 peratus daripada sejumlah 2,018 responden di Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan Menteri Besar dari PKR itu.

Malah media pro pembangkang dalam tajuk-tajuk laporannya telah membayangkan bahawa jumlah 62 peratus itu adalah benar walaupun kajian yang dijalankan oleh institut berkenaan boleh diragui.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, logikkah institut yang dinasihati Azmin akan melaporkan perkara tidak elok terhadap 'big boss' mereka sendiri? Sudah semestinya sehingga ke 10 keturunan sekali pun, institut tersebut akan menyediakan laporan yang menguntungkan dan menaikkan nama baik Azmin.

Jadi, dimanakah kredibiliti kajian berkenaan? Realitinya, Azmin kini sedang berdepan dengan krisis yang amat teruk.

Isu caj 20 sen terhadap beg plastik yang dilaksanakan di Selangor mulai awal tahun ini bukan sahaja membuatkan penduduk terbeban, malah dua Exco Azmin sendiri mengaku bahawa tindakan kerajaan negeri itu benar-benar membebankan rakyat.

Ia juga menyebabkan banyak suara bantahan diterima oleh Azmin namun tidak dihiraukan, jadi mana mungkin pemimpin yang tidak mendengar suara rakyat boleh dipercayai dan dikasihi? Di mana logiknya Azmin disukai rakyat?

Apa yang dikesalkan pembangkang telah memperkudakan method kajian sebegini untuk menaikkan  imej Azmin yang pada realitinya semakin terjejas.


Tulisan:
BB 285

Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP


Semakin hari DAP semakin bergolak, bak kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa krisis dalaman parti itu umpama bom jangka yang menanti masa untuk meledak.

Sebelum pemimpin diktator DAP membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah ada rasa tidak puas hati antara pemimpin dalam DAP, terutama mereka yang bertanding untuk jawatan CEC. Ia seumpama retak menanti belah. Sebaik sahaja kepimpinan DAP yang tidak pernah membuat keputusan secara rundingan bersama ahli yang lain itu mengamalkan sistam ala ala Korea Utara untuk berbaik dengan Tun Mahathir, maka terjadilah apa yang diumpamakan “the straw that broke the camel back”.

Masalah yang sudah banyak berkumpul di dalam DAP menunggu masa untuk roboh dan Tun Mahathir menjadi penyebabnya. Kita mungkin melihat hanya empat individu DAP dari Melaka telah memulakan tindakan keluar parti, namun sebenarnya ramai lagi menunggu masa untuk bertindak sedemikian. Sebenarnya bukan sahaja DAP, tetapi ramai juga dari PKR hampa dengan tindakan berbaik dengan Tun Mahathir. Asas penubuhan PKR adalah untuk menentang Tun Mahathir dan apabila Azmin Ali berbaik dengan Tun Mahathir maka gerakan untuk menumbangkan Azmin Ali semakin kuat . Dalam masa yang sama didapati kedua puak baik Pribumi mahupun DAP mengutamakan legasi keluarga masing masing.

Tun Mahathir dengan agenda mahu menjadikan anaknya Perdana Menteri manakala Lim Kit Siang pula mahu selamatkan anaknya jika Pakatan Harapan berkuasa. Sehingga kini kerjasama atau pun tahaluf Siyasi antara Pribumi dan DAP adalah menguntungkan Tun Mahathir, bukannya DAP. Tun Mahathir yang dilihat tewas dari segala sudut untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, seolah olah mendapat talian hayat apabila mengikat hubungan dengan DAP. Sementara DAP pula, peluang menjatuhkan parti Melayu Islam UMNO semakin cerah dengan kemasukan Tun Mahathir ke dalam kelompok mereka. Boleh dikatakan masing masing mahu pergunakan satu sama lain terlebih dahulu untuk mendapat kuasa dan kemudian barulah mereka akan buat keputusan untuk tindakan seterusnya, sama ada menyisihkan atau melakar hubungan baru. Menurut beberapa sumber dalaman DAP, pertelagahan akibat menerima Tun Mahathir sangat kuat diperkatakan, walaupun Kit Siang beralasan hanya mahu “perguna” bekas Perdana Menteri itu, namun ada antara kepimpinan DAP tidak mempercayai Tun Mahathir kerana sebaik sahaja mendapat apa yang dikehendakinya, beliau akan kembali kepada dirinya yang asal.

Mereka berpendapat setakat ini Tun Mahathir hanya berlakon sahaja kerana sedang mengejar matlamatnya dan akan kembali membuat U-Turn serta berkompromi dengan pihak yang dimusuhinya. Namun di sebaliknya, Kit Siang juga bersikap yang sama kerana sebaik sahaja UMNO tumbang, DAP atau lebih tepat, keluarga Lim akan mencari jalan untuk mengenepikan Tun Mahathir. Betullah maknanya bahawa kedua pihak ini adalah “strange bedfellow’ dan juga sesuai hubungan mereka sekadar dianggap sebagai “marriage of convenience”. Selepas masing masing mendapat apa yang dikehendaki mereka akan cari jalan membunuh satu sama lain. Ahli-ahli DAP yang menentang keluarga Lim tetap menganggap Tun Mahathir adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Atas sebab yang sama juga Tun Mahathir berlakon mahukan PAS dan pura pura memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan. Ia bagi menunjukkan beliau membuat tawaran kepada PAS, sedangkan jauh di sudut hatinya beliau tidak mahu mahu PAS dalam Pakatan Harapan. Mahathir bersikap begini kerana susah payah dan tipu helah untuk “eliminate” calon potensi bagi menjadi Perdana Menteri akan gagal jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan. Setelah berjaya menyisihkan Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, ia menjadi sia sia jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan kerana tentu sekali PAS mahukan presiden mereka, Abdul Hadi Awang menjadi calon Perdana Menteri. Faktor Tun Mahathir hanyalah faktor terakhir di mana faktor-faktor lain seperti marah kepada keluarga Lim kerana mengamalkan sistem dinasti dan juga amalan kronisma serta campur tangan dalam pemilihan CEC di mana hanya mereka yang sebulu dengan Kit Siang dan Guan Eng sahaja dipastikan menang. Selain itu kemarahan akibat cakap tidak serupa bikin dimana jika pihak lain yang baru sahaja disyaki dan diandaikan rasuah sudah disuruh letak jawatan tetapi Lim Guan Eng yang telah dihadapkan ke mahkamah masih boleh pegang jawatan dan meluluskan banyak perkara sebelum masuk penjara.

Apa pun dalam kemelut ini, yang pasti penyokong pembangkang juga dari jenis hipokrit kerana mereka membenci rasuah jika pihak lain yang melakukan tetapi jika di kalangan mereka, lansung mereka tidak kisah. Akhir sekali apa yang menarik, kemana sahaja Tun Mahathir pergi jelas terlihat “trail of destruction” yang terjadi akibat kehadirannya.

Tahaluf Siyasi yang dibuat oleh DAP bersama Tun Mahathir nampaknya adalah satu mala petaka dan bala untuk DAP. Bagaimanakah parti DAP bersama Tun Mahathir mahu selamatkan Malaysia jika dalaman DAP akan bertambah bergolak sementara Tun Mahathir sendiri terkontang kanting meminta sedekah kerusi dari komponen yang sama.


Tulisan:
BB 284

#PRKTjgDatu: Masalah Setempat Semakin Berjaya Diatasi Oleh Kerajaan Negeri

Memasuki hari ke 12 kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu, boleh dikatakan banyak masalah setempat yang berbangkit sebelum ini telah berjaya diatasi oleh kerajaan negeri Sarawak.

Malah kehadiran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu kelmarin ternyata  membawa berita gembira kepada  penduduk di Tanjong Datu dan Sarawak secara amnya.

Dalam kunjungan singkatnya, beliau mengumumkan lebih RM4 juta telah diperuntukkan bagi membina fasiliti baru dan membaik pulih empat buah sekolah di kawasan ini.

Di samping itu, pihak kementerian bersama-sama kerajaan negeri juga sedang merangka pelan terbaik untuk membaik pulih atau membina blok baru kepada 183 sekolah yang dikenal pasti sebagai daif dan berada pada kategori C di seluruh Sarawak.

Perdana Menteri juga baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM129 juta untuk membangunkan sistem perkhidmatan bekalan air yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk di DUN Tanjung Datu.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengarahkan pembinaan jambatan yang menghubungkan Telok Melano dengan Sematan disegerakan dan projek ini bernilai RM580 juta.

Di samping itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg juga telah mengarahkan Timbalan beliau, Datuk Seri Douglas Unggah Embas untuk menyegerakan penyelesaian membabitkan tuntutan hak tanah adat (NCR) sepertimana yang dimahukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem.

Tidak cukup dengan itu, komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak untuk meneruskan semua projek pembangunan di Tanjong Datu, nyata melegakan semua penduduk di sini.

Apa yang beliau harapkan hanyalah mandat yang besar diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amar Jamilah Anu untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang diilhamkan oleh Allahyarham Tok Nan.

Kini, terpulang kepada penduduk di DUN Tanjong Datu untuk menilai sendiri, parti mana yang memperjuangkan nasib mereka dan meneruskan usaha pembangunan yang kini giat dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga negeri.

Ada diantaranya sudah siap terbina dan ada diantaranya sedang dalam pembinaan atau berada diperingkat perancangan akhir.

Rakyat boleh menilai, betapa slogan Rakyat Didahulukan oleh Perdana Menteri benar-benar dilakukan.


Tulisan:
Beruang Biru
BB 283

Guan Eng Sebenarnya Barah Dalam DAP, Bukan 4 Wakil Rakyat Yang Keluar

Apabila pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menganggap empat wakil rakyat daripada parti itu yang bertindak keluar parti sebagai `barah' maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

Tan Kok Wai sebenarnya terlupa bukan empat wakil rakyat itu yang patut digelar sebagai barah. Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebenaenya patut dianggap sebagai barah.

Tidak dapat dinafikan krisis dalaman parti itu sebenarnya berpunca daripada isu rasuah banglo Guan Eng dan cara Guan Eng mentabdir Penang.

Jika kita perhatikan beberapa kes dalaman DAP yang menyaksikan ahli-ahlinya digantung oleh jawatankuasa disiplin, tindakan diambil disebabkan mereka terlalu lantang dan membuat kenyataan yang dikatakan merosakkan reputasi parti. Hakikatnya ia disebabkan mereka hanya menegur Guan Eng sahaja.

Itulah antara punca dua ahli DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San digantung keahlian selama setahun pada tahun lepas.

Mereka merupakan dua daripada empat wakil rakyat DAP di Melaka yang mengejutkan ramai dengan mengumumkan keluar parti. Dua lagi wakil rakyat tersebut adalah ADUN Bachang, Lim Jak Wong serta ADUN Kesidang, Chin Ghoong Seong turut ikut jejak langkah Sim.

Bagaimanapun tindakan yang sama tidak pula diambil ke atas Guan Eng walaupun beliau telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah dan kesnya akan dibicarakan mulai Mac ini.

Dan bagi mengalihkan kesalahan kepada orang lain, Guan Eng mendakwa empat wakil rakyat itu berbuat demikian berpunca akibat kekalahan mereka pada pemilihan DAP Melaka pada 2015. Jika dilihat alasan tersebut, tenyata ia langsung tidak logik.

Kenapa perlu dikaitkan dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Jika mereka tidak berpuas hati disebabkan kekalahan berkenaan, lebih baik mereka bertindak keluar parti pada masa itu juga, kenapa perlu menunggu hingga sekarang, iaitu ketika tempoh penggantungan itu hampir berakhir.

Ternyata keputusan empat wakil rakyat itu keluar DAP merupakan permulaan kepada krisis dalaman DAP dan ia akan menjadi semakin teruk sekiranya `barah' sebenar tidak disingkirkan.

Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli DAP sedar bahawa perjuangan parti itu semakin berubah.

Apa pun sesuatu yang menarik untuk dihayati ialah apabila Tong Him menggelar Guan Eng sebagai munafik. Jika beliau boleh menggelar Guan Eng munafik, alangkah memalukan sekiranya masih ada orang Melayu yang mengangkat Guan Eng sebagai `pejuang' mereka.

Fikir-fikirkanlah....

Tulisan :
Beruang Biru
BB281

Tuesday, February 14, 2017

Skandal Forex & BMF, Kit Siang Dah Tikam Belakang Mahathir

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (Forex) yang telah mengakibatkan kerugian besar kepada negara.

Kit Siang turut menerbitkan dua buah buku bagi mengecam Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri berhubung skandal terbabit yang diterbitkan pada 1983 dan 1986.

Kini, Kit Siang sudah menjadi rakan rapat Mahathir, sekali lagi ditanya mengenai desakan agar RCI ditubuhkan, dan Kit Siang menyatakan beliau kekal dengan pendirian berkenaan iaitu menyokong penubuhan RCI.

Tetapi dalam landskap yang berbeza di mana Kit Siang bukan lagi musuh kepada Mahathir tentu janggal apabila Kit Siang bersetuju dengan penubuhan RCI itu.

Apabila Kit Siang menyatakan kekal dengan pendirian agar RCI ditubuhkan, dapat dilihat di sini ia umpama "menikam dari belakang".

Apa sudah jadi dengan perjanjian sulit mereka berdua?

Ia menjadi peluru yang disimpan sementara waktu dan bakal digunakan ke atas Mahathir pada suatu masa nanti.

Bukan sahaja isu RCI ini malah dalam isu melibatkan PAS, jika kita lihat semula kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang dan Mahathir, kita pasti dapat melihat bagaimana DAP membelakangkan Mahathir.

Walaupun Mahathir, pada 21 Januari lalu pernah menyatakan gabungan pembangkang tidak memerlukan PAS malah partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memilih untuk melupakan PAS sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Namun Kit Siang pula melahirkan hasrat yang berbeza apabila menjelaskan bahawa partinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjayakan agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Begitu juga dengan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak menentang cadangan penubuhan RCI dan mahu siasatan dilakukan sampai ke lubang cacing berhubung skandal Forex dan BMF.

Ternyata dalam kem Mahathir sendiri, banyak yang menyokong RCI, sekali gus menunjukkan bahawa mereka berani bersuara terhadap Mahathir, yang sebelum ini ditakuti ramai ketika beliau menjadi Perdana Menteri sehingga digelar diktator.

Namun dalam banyak pemimpin pembangkang yang bersuara mengenai RCI ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendiamkan diri.

Mana perginya Muhyiddin? Kami mahu mendengar pandangannya terhadap bosnya, Mahathir. Atau Muhyiddin sedang main "game" bersama Kit Siang dan Syed Saddiq untuk kenakan Mahathir? Boleh jadi.

Tulisan : BB272

Wednesday, January 11, 2017

PEMIMPIN PPBM KAYA RAYA, AHLI BAWAHAN MENGEMIS SUMBANGAN

Parti Malang Pribumi Bersatu boleh diandaikan sebagai sudah jatuh di timpa tangga.

Malah boleh juga diandaikan seperti pepatah Inggeris “from the frying pan to the fire” kerana keadaan mereka semakin bertambah teruk.

Kenapa bertambah teruk? Ketika ketua Armada merangkap juara debat mengisytiharkan keanggotaan ahli Armada yang mewakili setiap negeri persoalan juga timbul, adakah mereka hanya mewakili diri sendiri sahaja kerana keahlian PPBM tidak mendapat sokongan rakyat.

Bukan itu sahaja , struktur keahlian juga carca marba kerana ketika borang keahlian disebarkan , PPBM belum ada badan perhubungan negeri.

Namun masalah ini hanyalah teknikal yang mungkin boleh diperbetulkan kemudian. Entah entah sampai kesudah tidak diperbetulakan disahihkan pun.

Sama macam cerita tandatangan 1.4 juta dalam Deklarasi Rakyat yang mahu dibawa kepada Agong. Tandatangan itu terbukti palsu dan sampai ke hari ini, Mahathir dan geng parti bunga gagal buktikan mana semua nama nama 1.4 juta orang itu. Seperti juga senarai ahli PPBM ini, sampai ke akhirnya PPBM tidak akan mampu ceritakan berapa jumlah keahliannya yang sebenar.

Apa yang menjadi tandatanya adalah punca dan dana kewangan parti itu.

Dari sumber terdekat parti bunga menyatakan, ahli bawahan yang bersungguh sungguh mencari keahlian dan mahu memajukan parti tidak mendapat bantuan dari orang atasan.

Muhyiddin pula sibuk bercuti RM2 juta di luar negara, sejak 3 minggu lepas. Ketika ahli PPBM sibuk kutip derma, Presiden PPBM sibuk dengan "Boxing Day Shooping" di kota Eropah.

Ketika ahli ahli PPBM di bawah mengemis derma juga, anak cucu Mahathir dengan bangganya menayang dan menunjuk nunjuk jenama beg mahal di Instagram mereka.

Mungkin kesemua mereka ini iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sudah terbiasa dengan duduk di atas ketika berada , di mana kerja bawahan dibuat oleh balaci dan macai, maka tabiat yang sama di bawa ke parti baru mereka.

Maka atas sebab ini tekial - kial lah balacai bawahan mengemis derma dan pengaruh.

Malah ada juga laporan yang mengatakan bahawa PPBM di peringkat negeri memohon kerjasama ahli dan rakan ahli untuk memberi sumbangan wang ringgit bermula dari RM50/100 dan seterusnya jika mampu.

Mereka menyebar sesama ahli merayu sumbangan ikhlas dalam Whatsapp. Inilah yang menyedihkan.

Mungkin juga kerana majoriti ahli muda yang masuk menyertai parti Pribumi ini semua nya “greenhorn” seperti Syed Saddiq , maka tentu sekali mereka tidak kenal siapa itu Mahathir, Muhyiddin Bestari dan Mukhriz.

Mereka tidak kenal dengan kekayaan luar biasa pemimpin mereka.

Mahathir dengan berpuluh billionnya dijaga oleh kroni, Muhyiddin yang kaya raya seawal mula Mahathir mengikatnya dengan memperli “MB paling kaya” ketika tahun 80an lagi dan Mukhriz dengan syarikatnya yang berpuluh puluh.

Ahli ahli PPBM masuk kedalam parti Pribumi atas salah maklumat dan pendirian yang telah berjaya dimainkan oleh pemimpin mereka.

Mereka masuk ke parti Pribumi berlandaskan kebencian dan bukan kebenaran.

Maka atas sebab itulah mereka menyokong dasar Gay, LBGT, liberalisme, pluralisme dan murtad yang dibawa oleh DAP dan geng geng Ambiga.

Pemimpin PPBM hadir sama dengan wakil PAN ketika berucap di muktamarnya, akibat jahil asal usul parti, maka mereka yang berbahas telah memetik metik ayat Quran dan hadis tanpa sedikit pun mengetahui parti mereka wujud atas dana luar negara Israel dan agenda “long term DAP”.

Sudah setahun, DAP masih belum jawab hal derma dana Israel RM1.2 billion. Mana penjelasan dari DAP?

Ahli ahli PPBM tidak sedar pengasasnya Mat sabu itu orang gaji DAP sama dengan Saifuddin yang baru angkat sumpah beberapa hari lalu. Kerana wang dan gaji lah mereka sanggup begitu.

Kini PPBM juga sudah setara dengan PAN , malah mungkin lebih teruk.

Jika PAN tiada dana bolehlah difahami. PAN tentu tiada dana melainkan di "sponsor" oleh DAP, tetapi kedudukan PAN tidak sama dengan PPBM.

PPBM memiliki pemimpin yang kaya raya luar biasa yang anak cucu mereka berketurunan tidak akan susah lagi.

Mahathir sendiri pernah berkata “usah hirau tentang saya dan anak cucu saya” kerana dia sudah kaya kan mereka berketurunan.

Maka yang harus berfikir adalah ahli bawahan PPBM.

Mereka harus tanya kenapa orang seperti Mahathir yang hanya dengan satu panggilan telefon sahaja ratusan juta boleh datang masih enggan “all out” untuk membantu cai cai bawahan PPBM.

Ahli bawahan PPBM juga seharus bertanya Muhyiddin yang kaya raya yang sekali gus pergi holiday boleh habiskan RM2 juta, masih kedekut dengan wangnya, malah boleh membiyai kekasih gelap sekian lama sebanyak RM20,000 tetapi tidak bersungguh sungguh membiyai partinya sendiri.

Perkara sama juga boleh ditanya kepada Mukhriz, kenapa tidak rajin tabur wang kepada parti dengan miliki syarikat berpuluh puluh dengan kekayaan yang melimpah yang di milikinya?

Kenapa ahli bawahan harus memberi sumbangan kepada parti sedang yang dia atas kaya raya?

Mungkin jawapan ini boleh mencerahkan persoalan di atas.

Pertama , Parti Pribumi bukan dalam rencana Mahathir , Muhyiddin dan Mukhirz.

Ia tercipta kerana “terpaksa” kerana terkejut disinggkir dari UMNO yang tidak disangka, tambahan lagi mereka menyangka Najib tidak akan meluluskan permohonan parti baru mereka.

Kedua, Parti Pribumi di anggap sebagai “no go” oleh Mahathir dan Muhyiddin pula sudah anggap tiada guna teruskan penat lelah dalam Parti Pribumi yang tiada kepentingan untuk dirinya.

Pendirian ahli bawahan yang lain pula bagaimana? Mudah sahaja mereka “no choice” mereka terpaksa teruskan juga , dan terdapat juga mereka yang sudah pencen dan tiada kerja lain , maka elok sahaja habiskan masa dengan parti baru.

Malah ramai juga mereka yang bersikap sebagai “pan handler” yang dibuang oleh parti dan NGO mereka lalu berpendapat baik sahaja menempelkan diri kepada parti tiada harapan seperti PPBM dari duduk diam tiada kerja.

Maka inilah kisah nasib malang PPBM. Sukar untuk mencari keahlian kerana rakyat sudah tahu ia hanya untuk memuaskan nafsu buas Mahathir untuk anaknya menyambung legasi dan hartanya.

Mahathir sendiri pun sujud di kaki DAP untuk selamatkan masa depan anaknya Mukhirz dan bukan masa depan parti Pribumi.

Itulah perjanjian sulit yang dibuat oleh Mahathir dengan DAP pada 3 Disember lalu. Mahathir dan Kit Siang tidak perlu jaga cucu mereka, kerana mereka sudah jaya.

Yang perlu jaga anak dan cucu adalah ahli ahli PPBM, sebab parti PPBM tidak akan lama. Berkerjasama dengan DAP tidak akan untungkan bangsa Melayu di masa depan.

Bila tanah dan bangsa sudah tergadai dengan perjanjian sulit Mahathir dan Kit Siang, segalanya sudah terlambat untuk selamatkan anak cucu kita di masa depan. Yang selamat sekarang dan kaya sekarang adalah anak cucu Mahathir dan Kit Siang, bukan cucu orang orang biasa dalam PPBM.

Jangan biarkan kroni dan elitis menguasai negara ini.

Beruang Biru
BB221

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.