Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Cukuplah Kita Bertelagah Pasal Lynas


Selepas berbulan-bulan operasi kilangnya cuba disabotaj oleh pemimpin pembangkang dengan pelbagai tohmahan akhirnya Lynas dibenarkan juga untuk beroperasi secara bersyarat di bawah Lesen Pengendalian Sementara (TOL).

Kelulusan berlesen yang diperolehi dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) itu bermula 3 September lalu dan akan berakhir pada 2 September 2014.

Mengikut jadual asal, Lynas sepatutnya sudah beroperasi sejak Mei tahun ini tapi berikutan putar belit fakta dan polemik isu yang dimainkan oleh pembangkang menyebabkannya terpaksa ditangguhkan sementara.

Mengikut fahaman yang sebarkan oleh pembangkang jika kilang Lynas beroperasi kesan radioaktifnya akan menyebabkan masalah pada kesihatan dan alam sekitar untuk jangka waktu pasang.

Rentetan dari propaganda sedemikian, timbullah cerita ikan berkepala dunia, mati kerana kanser dan lain-lain kisah rekaan untuk menakutkan penduduka setempat dan rakyat Malaysia seterusnya menolak pembangunan kilang bahan nadir bumi itu.

Turut dipropagandakan konon harga tanah di sekitar kilang Lynas tersebut akan jatuh merudum, sedangkan sebenarnya hebahan palsu sedemikianlah langsung tiada asasnya kerana kilang Lynas bukannya loji nuklear sebaliknya hanya kilang yang memproses bahan nadir bumi untuk kegunaan pelbagai alatan dan barangan kegunaan harian kita semua..

Realitinya bahan nadir bumi yang mereka potretkan sebagai 'hantu' itu sebenarnya sudah lama mereka pegang dan guna. Pelbagai jenis peralatan elektronik dan gadget terkini semuanya memanfaatkan bahan nadir bumi dalam teknologi pembuatan mereka.

Baik telefon mudah alih, Ipad, Iphone, Galaxy Tab malah beberapa komponen kereta yang kita sering guna pun turut menggunakan bahan nadir bumi.

Tapi dalam pada para penyokong dan NGO pro pro pembangkang menghebahkan kisah rekaan termasuklah membuat tohmahan kilang Lynas adalah loji nuklear, namun tidak pula mereka ini semua mencampak buang ke dalam longkang segala gadget dan peralatan elektronik yang mereka sedang gunakan sekarang.

Kan hipokrit namanya tu. Halang pengoperasian kilang Lynas yang akan memproses bahan nadir bumi tapi dimasa yang sama saban minit dan tiap hari dengan selambanya menggunakan alatan elektronik seperti komputer, Iphone dan lain-lain.

Apapun, serentak dengan perkembangan terbaru ini, Lynas dijangkakan akan mula menghasilkan pengeluaran pertamanya pada awal Oktober 2012 nanti.

Jika semuanya berjalan lancar, syarat dan aspek teknikal dipenuhi tidak mustahil selepas ini Malaysia akan menjadi salah satu pengeluar utama bahan nadir bumi. Impak positifnya bukan sahaja memakmurkan ekonomi negara malah ramai rakyat yang akan gembira dengan perkembangannya.

Kesan lainnya, pengeluaran dan penghasilan bahan nadir bumi dunia yang sekarang sedang dimonopoli oleh syarikat-syarikat di negara China tentunya akan terencat berikutan saingan baru dari Lynas.

Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh ramai penyokong dan pemimpin pembangkang khususnya dari DAP dan PKR kerana kita tahu, gerakan anti Lynas yang mereka jalankan selama ini pun segala urusan kewangan untuk menampung aktiviti mereka ditanggung oleh syarikat-syarikat dari China.

Cukuplah dan sudah-sudahlah bertelagah dan menipu orang ramai demi memenuhi tembolok sendiri.

Kalau betul semua pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka masih mahu teruskan juga gerakkan anti Lynas konon kerana takut radioaktif, eloklah pakat campak semua telefon, ipad atau kereta masing-masing ke dalam lombong.

Ada berani? Ceh. Dalam himpunan hijau anti Lynas yang disertai penyokong pembangkang itupun ramai yang guna pelbagai gadget elektronik yang memanfaatkan bahan nadir bumi. Jadi jangan haraplah mereka akan campak semua gadget tersebut. Hipokrit.



Thursday, April 5, 2012

Kecoh...Azmin Letak Jawatan????


Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu apabila buat pertama kali dan secara terbuka, mereka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.
Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini turut meminta Timbalan Presiden itu menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan termasuk soal pemilikan saham dan hubungan isterinya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas beliau, Azmin digesa meninggalkan PKR jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik parti.
“Kami yakin Azmin tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah.
“Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan jijik yang dilemparkan secara berani dan ikhlas sekali gus mengambil tindakan undang- undang terhadap mereka yang membuat tuduhan itu demi meyakinkan ahli dan rakyat,’’ katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan bersama 10 ahli jawatankuasa yang mewakili ratusan ahli cabang parti itu.
Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.
Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.
Selain itu, Azmin juga perlu menafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk `Tuhan, Politik dan Seks’ yang diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli keluarga beliau.
Namun sehingga kini, Azmin masih enggan membuka mulut kecuali dakwaan pemilikan saham beliau dan isterinya apabila menyifatkan usaha mengaitkan perkara itu dengannya sebagai fitnah.
Bagaimanapun semalam, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang merupakan individu bertanggungjawab melaporkan pembelian dan pemilikan saham berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu tampil mendedahkan bukti-bukti sahih sebagaimana yang diminta Azmin.
Tidak cukup dengan kenyataan balas Anuar itu, tekanan dalaman yang diterima Azmin hari ini lebih membuatkan beliau `tidak senang duduk’.
Jelas Mohd. Isa, beliau dan ahli-ahli parti lain terpanggil membuat desakan tersebut ekoran sikap Ketuanya, Zuraida Kamaruddin merangkap Ketua Wanita PKR yang memberi amaran supaya tidak `sibuk’ mencampuri urusan pimpinan atasan parti apabila diminta
memberikan penjelasan.
Bimbang dengan jawapan Zuraida itu, katanya, pakatan pembangkang berkemungkinan besar akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang jika tiada penjelasan konkrit daripada Azmin atau mana-mana pimpinan tertinggi parti.
“Beberapa cabang PKR lain khususnya di Selangor dipercayai akan membuat desakan sama jika Azmin mengambil sikap terus berdiam diri termasuk mana-mana pimpinan tertinggi yang turut diserang berhubung kredibiliti dan integriti mereka termasuk soal moral Anwar.
“Sebelum kami beramai-ramai bertindak keluar parti, kami minta beliau terlebih dahulu meninggalkan parti,’’ katanya.

Tuesday, April 3, 2012

Panas!!!...Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!


Semakin dekat desas desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis. Malang, kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.

Paling kedepan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.


Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara, walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kecuali janji-janji untuk mengelirukan rakyat. Anwar memang pandai berpidato dan menabur janji, sebab itu kelebihan ini digunakan sepenuhnya.


Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Lihat betapa teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal. Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.

Kalau begitulah cara beliau berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa. Semua rakyat faham, harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia. Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.
Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.

Cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia. Tengok sahaja di Selangor bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Kalaulah Pakatan Rakyat berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat? Jika setiap janji Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!

Ini baru termasuk janji air percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan warga emas dan sebagainya. Pakatan Rakyat tidak pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu. Kini yang dibaca di dalam laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat swasta.

Inilah cara Anwar mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Bunyi jawatannya amat gah dan mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya akan merugikan negeri dan negara. Mungkin sebab itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.