Thursday, May 29, 2014

Raja Dr. Nazrin Shah Dimahsyurkan Sebagai Sultan Perak Ke-35

RAJA Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam
DAULAT TUANKU

Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah hari ini telah dimahsyurkan sebagai Sultan Perak Ke-35.

Wednesday, May 28, 2014

AlFatihah-DYMM Sultan Perak Mangkat

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Friday, May 23, 2014

Gadis Yang Hilang Ditemui Semula. @pembelabn

 http://aktivismediaperdana.blogspot.com/2014/05/terkini-orang-hilang-di-melaka-pembelabn.html
Seorang gadis yang dilaporkan meninggalkan rumah dipercayai mengikut seorang lelaki dari Sabah berjaya ditemui dengan bantuan pihak polis.

Gadis terbabit, Nur Ain Kamaruddin, 19, dari Rumah Pangsa Sri Siantan, Bukit Baru, ditemui dalam keadaan selamat dan kini berada di bawah jagaan keluarga kepada lelaki terbabit di Sabah.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Masyarakat Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, pihaknya dimaklumkan oleh polis, gadis berkenaan ditemui pada 19 Mei lalu, iaitu kurang 24 jam selepas berita mengenai kehilangannya disiarkan di media tempatan.

"Saya pun sudah dapat menghubunginya dan bercakap dengannya. Nur Ain berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dia kini berada di sebuah daerah di Sabah.

"Usaha untuk membawa dia pulang ke Melaka akan diuruskan oleh Pembela BN dalam tempoh terdekat ini dan saya ingin tegaskan isu ini tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun culik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Kota Cemerlang di sini, semalam.

Amir Hamzah berkata, sebaik isu mengenai kehilangannya tersiar di akhbar, ibunya, Latifah Abd Rahman, 55, ada merujuk masalah anaknya itu di Pejabat Pembela BN.

"Hari ini kita bersyukur dengan bantuan pelbagai pihak terutama polis, akhirnya Nur Ain berjaya ditemui," katanya.

Memori Hitam Melayu Yang Terpadam

Apa kesilapan Tunku? Benarkah ia satu kesilapan ? Tidak boleh dinafikan, mengeluarkan Singapura salah sebuah negeri di bawah Pesekutuan Tanah Melayu telah memberi impak yang besar pada Malaysia sehingga hari ini. Biarpun peristiwa itu sudah berlalu menjangkau 45 tahun, namun Malaysia masih diancam oleh politik ala PAP yang berkiblatkan Singapura yang diamalkan DAP di Malaysia.

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Ramai cendeakiawan Melayu dan pengkaji sejarah melihat bahawa keputusan ini adalah bersifat peribadi tetapi jika Tunku bersabar dan membawa isu ini dalam meja rundingan dan perbincangan bersama kepimpinan persekutuan ketika itu, pasti ada jalan lebih baik yang boleh direncana bagi menyelesaikan masalah pergaduhan kaum di Singapura.

Punca utama kepada pergaduhan kaum ini adalah kerana Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malaysia" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Lanjut, klik SINI .

source: msdkpgpmsm

Thursday, May 22, 2014

PGPF Outreach Programme-Melaka: ''Energising Global Peace'' (Remembering Al-Nakba)


Salam Perjuangan...
Semua dijemput hadir ke Perdana Global Peace Foundation Outreach Programme bertemakan Energising Global Peace sempena Hari Peringatan al-Nakba 15 Mei 1948 pada 24 Mei 2014 (Sabtu) jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan SMK (A) Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka. 

Antara pengisian adalah pencerahan visi & misi Perdana Global Peace, video kesengsaraan & penderitaan rakyat Palestin dan perkongsian pengalaman peristiwa Rachel Corrie & persembahan kebudayaan. Perasmian oleh YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron, Ketua Menteri Melaka. Tetamu kehormat Tan Sri Norian Mai, Pengerusi PGPF. "Palestin Kami BersamaMU"

Wednesday, May 21, 2014

Pendaftaran Sebagai Pemilih Parlimen Belia Malaysia

Proses mengemaskini maklumat emel bagi pemilih yang berdaftar dengan Sistem Parlimen Belia Malaysia telah dibuka.
Tuan/Puan yang ingin mengemaskini maklumat emel terkini, boleh terus ke
http://epbm.parlimenbelia.gov.my
dan klik pada pautan [DISINI] untuk Pertama kali Pemilih daftar masuk.
Sebarang masalah boleh emel kepada pbm@kbs.gov.my atau hubungi 0388713317/3290

Boneka DAP... !!!

Monday, May 19, 2014

Terkini: Orang Hilang di Melaka. @pembelabn

Baru dapat perkhabaran dari Pusat Pembela BN Melaka mengenai kejadian terbaru iaitu kes orang hilang.


Nama mangsa: Adik Nur Ain bte Kamarudin

Umur: 18 Tahun

Pekerjaan: Gedung Family Store, Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

Tinggal: Flat Sri Siantan Bukit Baru, Melaka

Hilang pada awal bulan Mei ini, dipercayai ikut teman lelaki yang berasal dari Sabah. Sebentar tadi (19 Mei 2014) emak mangsa telah datang ke Pejabat Pembela BN Melaka setelah beliau (ibu mangsa) mendapat mesej dan panggilan telefon berunsur ugutan yang dipercayai teman lelaki mangsa (orang Sabah) yang meminta memasukkan duit sebanyak RM 2000.00 ke dalam akaun beliau (teman lelaki), jika duit berkenaan tidak dilaksanakan, mangsa tersebut akan dilacurkan.

Kepada anda semua yang mempunyai maklumat, sila laporkan kepada balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pejabat Pembela BN Negeri Melaka di talian 06-2320220 atau 019-3868888.

Kerjasama anda semua didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad. @DATB53

Pengisian Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad

Permohonan adalah dipelawa daripada Anak Melaka berumur 20 hingga 40 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Syarikat Air Melaka Berhad.

Borang permohonan boleh dimuatturun di SINI .

Semua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama sama salinan sijil kelayakan yang telah diperakui sah sebelum atau pada 21 MEI 2014 (RABU).

Hanya satu salinan Borang Permohonan dikehendaki diisi bagi satu-satu jawatan dan hendaklah disampaikan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Melaka Berhad
Peti Surat 15
75900 Melaka

Permohonan yang lewat diterima selepas dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan

DAP Politikkan Isu SMJK Pulau Sebang @idrisharon66 @umnomasjidtanah @SulaimanmdAli @yasin_mat @emysamsudin


Friday, May 16, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERINGATAN NAKBA 1948 KALI KE-66 TAHUN.

 10 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HARI NAKBA

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin. Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram Palestin.

2. Peristiwa traumatik ini mewujudkan krisis pelarian Palestin. 2/3 daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel. Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang. ‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."


4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah. Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati. Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing. Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel. Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966. Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan. Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.



7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia. Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah. Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".
 
10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika. Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat.
Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

Dan tahukah anda bahawa para tentera Isreal menghapus dan melenyapkan hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta?!

"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

NAKBA, hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL!

Tuesday, May 13, 2014

10 Mei 2014, 9PM - Majlis Perasmian Karnival Mesra Belia Jom Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka Tahun 2014. @idrisharon66 @Khairykj @yasin_mat @emysamsudin @FBP2014


Alhamdulillah , semalam kita sama sama telah berkumpul untuk Karnival Mesra Belia Jom Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka untuk tahun 2014 , dan sekaligus melancarkan sekali kempen 'Don't mess with Melaka'.

Saya berasa amat bangga melihat rata rata kesemua yang hadir semalam , memakai T-shirt yang bertulis 'Don't mess with Melaka' lantas mencerminkan orang-orang Negeri Melaka , khususnya golongan belia sangat aktif dan sentiasa berdaya saing dalam memajukan 'level' masing-masing.

Lanjut, klik SINI .


Tahniah !

YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Hj Haron
Ketua Menteri Melaka


Kemelut UMNO Terengganu: Serah Kepada Kepimpinan Tertinggi UMNO. @emysamsudin @umnomasjidtanah @DATB53

Berkenaan dengan kemelut UMNO Terengganu, ini bukan kali pertama kita berhadapan dengan masalah seperti ini. Saya harap semua rakyat Terengganu tenang khususnya ahli parti UMNO. Jangan mudah untuk menerima sahaja sebarang berita tanpa usul periksa kerana dari semalam banyak berita yang tidak sahih disebarkan melalui laman sosial dan digital.

Saya percaya kepimpinan tertinggi UMNO sedang buat yang terbaik untuk mengatasi kemelut ini. Kami tidak mahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh untuk menghancurkan parti keramat ini. Oleh sebab itu Retreat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang dijadualkan di Kemaman, Terengganu juga akan tetap diteruskan pada 16-18hb Mei 2014 ini.
Terima Kasih.


YB Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Razif MB Paling Singkat?

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Ahmad yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi hampir pasti menjadi Menteri Besar Terengganu yang paling singkat memegang jawatan itu dengan situasi politik yang makin memuncak.

Hanya beberapa jam selepas itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang tidak menjangkakan kepemimpinan Pusat tetap meneruskan langkah peralihan itu, mengisytiharkan keluar parti bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Ini disusuli dengan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan dijangka beberapa ADUN lagi akan turut berbuat demikian akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang hanya berkuasa dengan kelebihan satu kerusi dalam pilihan raya umum lalu tidak mampu lagi bertahan.

Dengan perkembangan terbaharu, kedudukan kerusi BN setakat ini sebanyak 14 kerusi, Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3) dan hampir pasti dibubarkan atau kesemua yang menentang proses peralihan itu membentuk kerajaan bersama dengan pembangkang. - UTUSAN ONLINE

source: Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, May 12, 2014

Berhati-hati Di Usia 40 Tahun

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak.

Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

Friday, May 9, 2014

Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2014 Dipinda 25 – 29 November


Tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan penghujung Oktober telah dipinda kepada tarikh 25 hingga 29 November depan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Bagi Perhimpunan Agung UMNO, perwakilan yang layak hadir selaras dengan Fasal 8.4 Perlembagaan UMNO adalah seperti berikut :

1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

2. Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

3. Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus (500) orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak lebih dari tujuh (7) orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian dengan sempurna.

4. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya. Mereka ini yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

5. Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

Manakala bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri selaras Fasal 9.2 Peraturan Pergerakan, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri hendaklah terdiri daripada :

1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap jika mereka adalah Ketua Pergerakan Bahagian, mereka boleh melantik ganti ke Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

2 Jawatankuasa Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia. – MediaUMNO

Friday, May 2, 2014

Melaka Historical City "Old Wheels" Vintage & Chopper Show 2014. @redgaragemsia




Semua dijemput hadir ke Melaka Historical City "Old Wheels" Vintage & Chopper Show 2014.





Idris Rai Peserta Perhimpunan Antarabangsa Anniversari ke 38 SSEAYP76. @idrisharon66

 
2 Mei 2014. SSEAYP adalah daya -usaha pejabat Perdana Menteri Jepun pada tahun 1974 bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan meningkatkan persefahaman di kalangan belia belia Jepun dan lima negara ASEAN pada ketika itu (Filipina , Indonesia , Thailand, Singapura dan Malaysia).
 

Perhimpunan Antarabangsa Anniversari Ke 38 SSEAYP76 ini merupakan platform untuk penerusan objektif asal rancangan kapal belia , iaitu untuk memperkukuhkan lagi persefahaman di antara peserta program. Sempena program SSEAYP 1976, Kumpulan SSEAYP76 Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah (penganjur) Perhimpunan Antarabangsa ke 38 SSCEAYP76 pada May 1-3, 2014 bertempat di Kuala Lumpur dan Melaka.
 
Penglibatan peserta seramai 60 orang dari Indonesia, Thailand, Singapura, Japan, Filipina dan Malaysia. Para peserta kini adalah ahli korporat , pemilik institusi pembelajaran , dekan dan professional , perunding perniagaan dan penjawat awam kanan.




Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron berharap melalui perhimpunan ini , mereka akan memperkenalkan Malaysia ke mata dunia sebagai salah satu destinasi pelancongan , perniagaan dan juga rumah ke 2 (MMSH) dan khususnya pelancongan di negeri Melaka. Melalui pertemuan pagi tadi, beliau turut menghadiahkan kepada setiap wakil negara T-shirt ''Don't Mess With Melaka'' sebagai cenderahati untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
 
 

Thursday, May 1, 2014

Himpunan Bantah GST 010514

Dah beri berhimpun mereka bergaduh sesama sendiri pulak. At the end cakap kerajaan juga yang salah. Apa lg yg kurang??

"Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…" 


on YouTube - Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…
http://youtu.be/S8PIYvbN118

Harta Karun: 'Medal' Ditemui Di Pulau Nangka

Dua keping 'medal' tembaga dipercayai daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. di Pulau Nangka dekat sini, malam tadi.

Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, 'medal' itu ditemui pada pukul 11.30 malam tadi, bagaimanapun kesahihan artifak itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140501/dn_27/Harta-karun-Dua-keping-medal-ditemui-di-Pulau-Nangka#ixzz30RqRFXkv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.