Tuesday, December 22, 2015

Minggu Pelancongan Melaka 2015 & Sambutan Ambang Tahun Baru 2016



Semua Dijemput Hadir

Monday, December 21, 2015

Pemasangan Meter Pintar Ke Seluruh Melaka Akhir 2016


Ayer Keroh, 19 Disember 2015 - Pemasangan Meter Pintar (Smart Meter) akan diperluaskan ke seluruh Negeri Melaka menjelang akhir tahun 2016 seiring dengan Pelan Tindakan Badaraya Hijau kerajaan negeri, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Dato' Ismail Hamad.

 ''Kerajaan Negeri Melaka amat berbangga menjadi salah satu di antara dua bandar yang terpilih untuk Projek Perintis Smart Meter,'' katanya ketika melancarkan portal meter pintar di Balai Raya Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. 

Menurutnya, Melaka komited terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan tenaga lestari dan amalan kecekapan tenaga seperti program Meter Pintar. Projek Perintis Pemasangan Meter Pintar telah bermula di Melaka dan Putrajaya, masing-masing pada penghujung 2014 dan Mac 2015, yang bertujuan memahami teknologi, peraturan dan cabaran pengguna.

Untuk Negeri Melaka, meter untuk projek perintis telah siap dipasang pada Mac 2015 melibatkan 800 pengguna di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Manakala di Putrajaya, pemasangan meter di bawah projek perintis dijangka siap dipasang sepenuhnya pada Januari 2016 dengan melibatkan 200 pengguna.
 
Sementara itu, Pengurus Besar Negeri (Melaka), Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Baderul Sham Saad berkata, projek perintis tersebut menggunakan teknologi terkini untuk mengoptimumkan sistem pembekalan elektrik yang secara tidak langsung akan memberi kesan positif terhadap alam sekitar.

Melalui Web Portal Meter Pintar, 800 pengguna program perintis di Melaka yang mendaftar akan boleh melihat data penggunaan tenaga elektrik mereka, kos elektrik dan impak terhadap alam sekitar.
"Justeru pengguna boleh membuat pemantauan terhadap penggunaan elektrik di premis masing-masing dan ia juga boleh membantu pengguna dalam mengamalkan kecekapan tenaga elektrik dalam aspek kehidupan harian mereka," katanya.








Monday, August 24, 2015

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2015

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2015

ACARA:
SEPAKTAKRAW / FUTSAL (LELAKI DAN WANITA) / BOLA TAMPAR (LELAKI DAN WANITA) / BOLA JARING

TARIKH : 12 DAN 13 SEPTEMBER 2015

BORANG PERTANDINGAN DAN SYARAT-SYARAT BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH ALOR GAJAH.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI NO. TEL YANG TERDAPAT DI BORANG PERTANDINGAN ATAU PBSD ALOR GAJAH DI TALIAN 06-3853282.

#HARI_SUKAN_NEGARA
#ALOR_GAJAH

Borang penyertaan boleh dimuatturun di sini:-

Futsal
https://drive.google.com/open?id=0BzbNtThAN4SWb3NXOE1rVEFia0E

Sepaktakraw
https://drive.google.com/open?id=0BzbNtThAN4SWMTdJbE10V0J3TE0

Bola Jaring
https://drive.google.com/open?id=0BzbNtThAN4SWSGVEb2Q4WWVPUm8

Bola Tampar
https://drive.google.com/open?id=0BzbNtThAN4SWU0dDWUlMZmFPdWM

Thursday, August 20, 2015

Melaka MITS 2015 MATTA Fair


Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan segala hormatnya mempersilakan YB / YBhg Datuk / Tuan / Puan ke Majlis Perasmian Melaka MITS MATTA Fair 2015 yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Hjh. Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia pada 21 Ogos 2015 (Jumaat) , jam 3:00 petang di Dewan Pameran C, MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Semua penggiat industri pelancongan dijemput hadir memeriahkan majlis bagi merapatkan jalinan persahabatan dan jaringan kerjasama sesama kita.

Terima kasih.

Friday, July 10, 2015

Sambutan Malam Tujuh Likur Negeri Melaka. @Idris_Haron @TourismMalaysia @Tourism_Melaka @aasmaliana @nizam_pb

AsSalam.
YBhg. Datuk/Tuan/Puan dijemput menghadiri Sambutan Malam Tujuh Likur Negeri Melaka 2015 pada:-


Tarikh: 13 Julai 2015
Masa: Mulai jam 2pm hingga 12.00am
Tempat: Kawasan Letak Kereta, RnR Pintu Gerbang Ayer Keroh (Pusat Penerangan Pelancong, Ayer Keroh) Melaka. 


Pelbagai juadah akan diedarkan secara percuma seperti dodol, wajik, lemang dan rendang.
Kehadiran YB Datuk / Tuan / Puan amatlah dihargai.
Terima kasih.



@Idris_Haron Puji Inisiatif DUN Rim Hasilkan Dodol Terbesar. @aasmaliana @nizam_pb @ashakari_han @TourismMalaysia @Tourism_Melaka


source: melaka hari ini

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.