Monday, March 13, 2017

Perasmian Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2017

11 Mac 2017 - Perasmian Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2017

182 Ahli DAP Melaka Keluar Parti

Genap sebulan selepas empat pemimpin DAP mengumumkan keputusan keluar parti, kejutan terus berlaku kepada kepemimpinan DAP Melaka apabila 182 ahli parti itu mengambil langkah sama dengan keluar parti, semalam.

Dalam sidang media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bebas di Kota Laksamana di sini, bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Liou Chen Kuang berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendekatan DAP dalam menyelesaikan isu membabitkan empat bekas pemimpin parti negeri itu sebelum ini. 


Lanjut: http://www.barisannasional.org.my/news/kecewa-dengan-kepimpinan-182-anggota-dap-melaka-umum-keluar-parti

Friday, February 24, 2017

PAS Tidak Perlu Sujud Di kaki Mahathir Untuk Berdiri

Pada satu ketika, PAS dikatakan berkemungkinan besar bakal menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kemungkinan itu adalah bersandarkan kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah mengadakan pertemuan sekitar awal bulan lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka, PAS dan PPBM akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai beberapa perkara dan isu berbangkit bagi membolehkan kedua-dua parti berkenaan mengadakan kerjasama politik seperti yang diharapkan oleh PPBM dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan pendirian untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang masih mempunyai hubungan dengan DAP.

Pada masa yang sama, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pula memberikan tempoh selama sebulan untuk PAS memuktamadkan kerjasama berkenaan. Persoalannya, perlukah PAS akur kepada kehendak Mahathir ini?

Melihat kepada respon terbaru oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ternyata beliau menyokong Hadi dan mengulangi ketegasan bahawa parti berkenaan tidak akan tunduk kepada desakan Mahathir walau apa jua alasan.

Nik Abduh juga menegaskan, PAS masih mampu untuk berdiri sendiri tanpa memerlukan penggabungan dengan mana-mana parti. Katanya, sejak dahulu lagi, PAS sentiasa bergerak sendiri dengan dokongan ahli-ahli PAS yang sentiasa menyokong penuh barisan kepimpinan PAS.

Tidak timbul isu tempoh yang diberikan oleh Mahathir kepada PAS kerana Mahathir sendiri maklum akan pendirian PAS menolak kerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubung kait dengan DAP.

Mungkin Mahathir merasakan PAS akan gentar dengan tempoh sebulan yang diberikan kepada parti itu untuk membuat keputusan, namun ternyata beliau silap. Ini kerana PAS langsung tidak mempedulikan tempoh yang diberikan oleh Mahathir.

Apa yang jelas, PAS menolak PPBM yang kini sudah menjadi proksi DAP.

Jika melihat kerjasama antara PAS dan UMNO hari ini, semuanya berlandaskan kepada kepentingan ummah semata-mata, tiada kena mengena dengan politik seperti yang didakwa Mahathir sebelum ini.

Justeru, Mahathir kini sudah boleh merencanakan kekuatan partinya sendiri di dalam Pakatan Harapan daripada sibuk mengatur urusan pihak lain.


Tulisan :
Beruang Biru
BB297

Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang

Pada 14 Februari lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan senarai 128 Ketua Penaja bahagian di seluruh negara. Ia termasuk 'tuan punya' parti sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi ketua di bahagian Langkawi.

Apa yang menariknya, pengumuman ketua-ketua penaja bahagian Parti Bunga ini disambut hambar dan penuh teka teki. Mana tidaknya, sudahlah di Negeri Sembilan tiada langsung wakil parti berkenaan, di Pulau Pinang pun sama, dengan keadaan agak 'kucar kacir'.

Daripada 13 bahagian di seluruh Penang, Parti Bunga hanya mampu bertapak di sembilan kawasan sahaja. Itu pun mengenengahkan beberapa nama yang tidak popular dan mempunyai 'kisah silam yang kelam'.

Logiknya, di Pulau Pinang yang dikuasai oleh sekutu kuat Parti Bunga iaitu DAP, kekuatan dan pengaruh Mahathir sendiri perlu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Jika tidak, apa maknanya bersekutu dan berkawan baik dengan DAP sehingga menjadi harapan kepada pembangkang?

Namun demikian, apa yang terjadi sebaliknya. Parti Bunga sudah buktikan bahawa mereka tidak mampu mencari pemimpin sendiri untuk mengurus parti di kawasan seluruh negeri itu.

Mereka seolah-olah tidak begitu yakin untuk menapak dan menyebarkan sayapnya di negeri yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Jika langkah awal pun sudah terumbang ambing, adakah ini gambaran sebuah parti yang mahu menjanjikan perkhidmatan 'first class' buat rakyat, andai dipilih berkuasa di Putrajaya?

Kita harus ingat, DAP adalah kuasa yang menentukan hala tuju sebenar Pakatan Harapan. Jika Parti Bunga tidak berdaya untuk menunjukkan pengaruh mereka dalam kalangan masyarakat Melayu di 'negeri Guan Eng', maka adakah Parti Bunga akan mendapat tempat yang lebih istimewa di mata pembangkang?


Tulisan :
Beruang Biru
BB298

Wednesday, February 22, 2017

Ketika Nilai Ekonomi Beratus Bilion Digelar Harimau, Ketika Cecah Trilion Digelar Kuching, Di Mana Logiknya?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasa bangga telah menyatakan pada zamannya Malaysia digelar sebagai Harimau Asia namun gelaran itu bertukar menjadi seekor kucing pada masa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir berkata demikian dalam tulisan terbaru di blognya pada 21 Februari 2017.

Mahathir menyatakan kononnya prestasi ekonomi negara telah merudum dan sebab itu harimau bertukar menjadi kucing dan sekali lagi Mahathir mengulangi dakwaannya yang mengaitkan Najib dengan 1MDB dan derma sebanyak RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.

Tujuan Mahathir berbuat demikian adalah untuk memperkecilkan Najib walaupun apa yang dikatakannya itu boleh dipersoalkan.

Ia hanya sekadar gelaran yang diberikan, bukannya mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak atau pakar ekonomi pun.

Hakikatnya, pada zaman pemerintahan Najib, nilai ekonomi negara meningkat kepada RM1.2 trilion berbanding era Mahathir iaitu beratus bilion.

Berdasarkan logik, jika ekonomi negara telah berkembang maka gelaran yang patut diberikan bukannya kucing tetapi binatang lain yang lebih gagah daripada harimau.

Namun disebabkan orang yang membuat tuduhan itu adalah Mahathir maka tidak hairanlah kenapa beliau memperkecilkan Najib, kerana itulah matlamat beliau sebenarnya iaitu untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri.

Melalui cara itu, Mahathir berharap rakyat akan membenci Najib.

Malangnya perkara itu tidak berlaku sebaliknya rakyat memberikan sokongan padu kepada Najib dan ia ditunjukkan dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Bukan itu sahaja, tatkala negara luar memuji peningkatan ekonomi negara, Mahathir masih lagi dengan sinis menyatakan negara akan muflis dan itulah yang dicanang oleh pembangkang demi menakutkan rakyat.

Kalau diikutkan kepada dakwaan mereka ini, Malaysia sudah pun muflis sejak beberapa tahun lalu, malangnya ia tidak berlaku seperti yang mereka harapkan.

Sememangnya banyak bukti yang boleh ditunjukkan kepada mereka bahawa ekonomi negara terus berkembang dan ia dibuktikan melalui fakta serta statistik, bukannya dengan bercakap gah semata-mata.

Untuk rekod, data terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 selain disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang tahun lalu.

Setakat 31 Januari lalu, rizab negara berjumlah AS$95 bilion atau RM426 bilion. Pembangkang sememangnya menyedari akan hakikat kebenaran itu namun memilih untuk menutup mata. Mereka tidak mahu orang tahu akan peningkatan ekonomi kerana bimbang akan hilang banyak undi.

Jadi kita boleh memilih untuk mengelak diri daripada diperbodohkan oleh pembangkang kerana kita ada kuasa untuk melakukannya.

Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Najib mensasarkan ekonomi bernilai RM2 trillion. Angka itu sudah diumum oleh Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas.

Menurut ramalan PricewaterhouseCoopers, ekonomi Malaysia akan bernilai RM1.5 trillion pada 2030 nanti dan adalah ekonomi ke 25 terbesar dunia.

Di kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan ke 11. Dengan kedudukan ini apakah Malaysia digelar kucing lagi oleh pelabur pelabur dunia?

Jawapannya tidak. Dari segi Easy Of Doing Bussines, Malaysia berada di tangga ke 4 di Asia Pasifik di samping Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Harimau atau kucing? Orang yang hendak kuasa di Putrajaya akan gelar apa sahaja untuk merampas kuasa. Sanggup jatuhkan taraf negara sendiri hanya untuk tujuan politik.

Kalau Mahathir menulis di blog itu kerana niat politik, itu adalah salah. Jangan terpedaya dengan niat politik Mahathir. Mahathir akan buat dan gelar apa sahaja semata mata kerana tujuan politik.



Tulisan :
Beruang Biru
BB296

Rakyat Pulau Pinang Dirantai Dengan Pelbagai Cukai Membebankan

Siapa yang duduk di bahagian pulau di Pulau Pinang selalu merungut tentang kos sara hidup. Berbanding mereka yang tinggal di seberang pulau. Mengapa jadi begitu?

Ini kerana, di Pulau Pinang penduduknya diperlukan untuk membayar bermacam-macam jenis cukai yang bagi sesetengah golongan di negeri itu adalah membebankan.

Beberapa bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dulu, Kerajaan Negeri DAP menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40. Pada 2014, penduduk Pulau Pinang perlu membayar cukai pintu berjumlah RM583.80 dan selepas kenaikan mereka perlu bayar RM667.20 pada 2016.

Kenaikan cukai pintu itu adalah sebanyak RM83.40. Jumlah ini bebankan rakyat. Banyak boleh dibuat dengan nilai RM83.40.

Di Pulau Pinang juga, adanya Cukai Katil yang dikenakan ke atas pelancong yang bermalam di hotel-hotel di negeri itu bermula 1 Jun 2014 lalu.

Pelaksanaan itu membuatkan orang ramai berikutan perlu membayar jumlah tambahan jika ingin menginap di hotel ekoran kewujudan cukai itu.

Di Pulau Pinang, kadar tarif air dinaikkan begitu tinggi dengan alasan mahu rakyat mengurangkan penggunaan air atau berjimat padahal bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, ia akan tetap membebankan.

Jika anda seorang peniaga di sana, sewa warung bagi penjaja juga sudah dinaikkan menunjukkan betapa kerajaan DAP begitu terdesak mahu mendapatkan wang membiayai corak hidup dan pengurusan mewah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaannya.

Caj tempoh parkir meletak kereta juga diubah di Pulau Pinang di mana mereka mengenakan caj pada setiap hari sehingga pukul 12 tengah malam yang memang membebankan rakyat Pulau Pinang.

Kalau berbicara soal harga rumah, di Pulau Pinang harga aset seperti itu adalah tinggi dan pelbagai projek baru di sana juga bukan dibina untuk memberi peluang kepada penduduk berpendapatan rendah, sebalinya banyak dibina sesuai dengan pembeli mewah dan dari luar negara.

Kerajaan DAP kononnya mahu berasa hebat mengumumkan menyecap cukai pintu untuk semua pemilik harta dan cukai GST untuk kurangkan beban rakyat padahal ia tidak menjadikan beban rakyat menjadi ringan pun.

Selepas mengumumkan potongan cukai enam peratus baru-baru ini, penduduk Pulau Pinang masih perlu membayar sebanyak RM627.40 lebih tinggi dari cukai tahun 2014.

Itulah nasib yang rakyat Pulau Pinang kena tanggung di bawah kerajaan DAP. Tol Sungai Nyiur yang lima kupang tidak dimansuh, cukai lain yang lagi banyak datang sejak DAP menguasai Penang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB295

Tuesday, February 21, 2017

Mahathir Terdesak, Terpaksa Guna Anwar Untuk Lambung Mukhriz

Anwar Ibrahim ketika disoal balas oleh peguam bagi pihak Khairy Jamaluddin dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Tinggi, Anwar telah menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.

Bekas ketua pembangkang itu mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid kemudiannya digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Tetapi jangan lupa semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah  menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 meskipun seramai 22 ADUN menyokong Osman.

Jika kita lihat kepada kenyataan Anwar itu, secara tidak langsung ia seolah-olah menunjukkan ia mahu mengangkat Mukhriz apatah lagi selepas dua kali pertemuan beliau dengan Mahathir di mahkamah sebelum ini.

Banyak persoalan yang timbul daripada kenyataan terbabit dengan salah satu daripadanya, adakah Mahathir sudah terdesak dan sedang merangka sesuatu dengan menggunakan Anwar untuk mengangkat dan melambung anaknya?

Ini kerana kenyataan berkenaan ternyata agak aneh, apatah lagi menyamakan Mukhriz dengan Khalid Ibrahim. Apakah ia menunjukkan bahawa Mahathir terpaksa mengambil langkah lain pula untuk melaksanakan agendanya selepas perjanjian sulit dengan DAP untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah dibongkarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim?

Walaupun dinafikan oleh Mukhriz tetapi isu berkenaan telah "meletup" dan menjadi bualan hangat dalam politik negara.

Selepas isu perjanjian sulit itu telah terbongkar, mungkin Mahathir terpaksa menggunakan cara lain pula dan dalam masa yang sama pula, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan nasib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang jelas, Muhyiddin seolah-olah telah diketepikan dan dipinggirkan oleh Mahathir. Dalam banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir selama ini tidak banyak nama Muhyiddin yang disentuh.

Apatah lagi dakwaan skandal seks membabitkan Muhyiddin kini hangat diperkatakan terutama selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Lama kelamaan, Muhyiddin akan terus terpinggir dan tidak mustahil suatu masa nanti kita akan melihat Mahathir mengumumkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan harapan menang.

Itulah politik dan dalam politik banyak perkara boleh terjadi walaupun suatu masa lalu ia dilihat sebagai mustahil. "Desperate" sungguh Mahathir, guna apa sahaja untuk capai cita cita jadikan Mukhriz jadi PM.


Tulisan :
Beruang Biru
BB294

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.