Friday, February 28, 2014

Fitnah Terbaru daPIG Khoo Poay Tiong. @idrisharon66 @emysamsudin

Makin menjadi-jadi kaum pedagang cauvinist komunis nie!!! Fitnah yg terlalu berat dari daPIG Khoo Poay Tiong ni kpd YDP MPHTJ. Cadangan agar YDP MPHTJ menyaman daPIG ini...

Tun Abang Muhammad Salahuddin Tamat Perkhidmatan YDP Sarawak

KUCHING: Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 92, hari ini secara rasmi menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam. Majlis istiadat perpisahan diadakan di pekarangan Astana Negeri, di sini.

Terdahulu Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah menyaksikan Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima bagi menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang melepaskan jawatan itu. Pada istiadat itu, Abang Muhammad Salahuddin diberi tabik hormat sebelum memeriksa pasukan kawalan kehormat Batalion ke-11 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Batu Kawa terdiri daripada 105 pegawai dan anggota diketuai DSP Marebon Manju.

Pemeriksaan kawalan kehormat itu diiringi pancaragam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Selepas bacaan doa, Abang Muhammad Salahuddin dan isteri diiringi Adenan, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, barisan kabinet negeri, menteri persekutuan dan kenamaan lain, bersalaman dengan kira-kira 130 kakitangan Astana Negeri. Suasana hiba menyelubungi tatkala Abang Muhammad Salahuddin dan isteri bersalaman dengan kakitangan Astana Negeri yang tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan ada yang menangis.

Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam itu dan isteri kemudiannya bergerak ke kenderaan rasmi dan diiringi dari Astana Negeri ke kediaman peribadi di Sri Impian, Kampung Temenggong, Jalan Matang, kira-kira 30 kilometer dari sini. Berketurunan Melanau, Abang Muhammad Salahuddin dilahirkan pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu kepada pasangan Abang Barieng Abang Anyut dan Dayang Tamiyang Abang Masor. Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah Roman Catholic Sacred Heart ketika berusia 10 tahun sehingga menamatkan Standard 7. Abang Muhammad Salahuddin berkahwin dengan Toh Puan Dayang Umi Khalsom dan mempunyai sembilan orang anak. Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Toh Puan Norkiah pada 1996, dan mengambil empat orang anak angkat. Abang Muhammad Salahuddin memulakan kerjaya dengan menyertai perkhidmatan awam pada 1940 sebagai Pegawai Kesihatan Dalam Percubaan di Sibu dan Matu.
Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai Inspektor Perbandaran Dalam Percubaan sehingga Oktober 1947, Inspektor Perbandaran Dalam Percubaan (selepas Perang Dunia Kedua sehingga Oktober 1946).

Beliau kemudiannya menyertai Jabatan Pendaftaran Negara pada 1949 sebagai kerani dan bertugas di Jabatan Kerja Raya (1952-1963) sebelum meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai politik. Abang Muhammad Salahuddin pertama kali dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketiga pada 2 April 1977 selama lima tahun. Beliau kemudiannya dilantik Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak ketika Yang Dipertua Negeri ketika itu Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor bercuti selama sebulan pada Jun 1990. Beliau juga dilantik memangku jawatan sama pada 10 September 1999 apabila Ahmad Zaidi menjalani rawatan di Kuala Lumpur dan pada 4 Disember 2000 apabila Ahmad Zaidi meninggal dunia.

Pada 21 Februari 2001, Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam dan melakar sejarah apabila memegang jawatan itu sebanyak dua kali. - BERNAMA

Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap Dibina, Bukti Kerajaan Tunai Janji Demi Kepentingan Rakyat

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka-cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

Menurut Fadillah, secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Pak Lah dan akhirnya siap sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara.

Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.  “Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.  “Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan.

“Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan.  “Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti,” jelas beliau.  Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap ‘pilih kasih’ khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat (PR).

“Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak.

“Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara.  “Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya),” jelas beliau lagi.

Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 1 Mac ini.

Wednesday, February 26, 2014

Persiapan MCR-Belia 4B Melaka Berselawat.@nizamomar_pb @idrisharon66


Sekadar Peringatan...!!!


Hasad Dengki Mampu Hancurkan Masyarakat!

Organisasi yang kuat bukan saja bergantung kepada budaya kerja warganya menunjukkan prestasi kerja tinggi, tekun dan bebas daripada penyakit hasad dengki sesama warga. Sejarah zaman berzaman telah membuktikan bagaimana antara penyakit hati yang paling digeruni kerana kemampuannya meruntuhkan umat ialah penyakit hasad.

Hasad atau istilah mudahnya dengki. Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya’ Ulumuddin, hasad ialah perasaan iri hati yang inginkan agar nikmat atau kelebihan yang ada pada orang lain terhapus atau tidak berkekalan.

Seseorang yang berpenyakit hasad tidak tenang sehingga melihat apa yang dimiliki orang lain terhapus daripadanya dan membawa kepada perlakuan buruk lain seperti mengadu-domba, mengata, menjatuhkan orang lain, memfitnah, mengumpat hingga menyemaraknya perasaan benci di dalam masyarakat.Tidak hairanlah Nabi Muhammad SAW sendiri mengingatkan dalam banyak hadis berkenaan penyakit hasad antaranya: “Akan menular kepada kamu suatu penyakit umat terdahulu hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama.” (Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).

Memang tepat sekali hadis Nabi Muhammad SAW ini yang mengaitkan penyakit hasad dan benci ini dengan pisau cukur yang mampu mengikis agama dan umat Islam. Malah, jika ditelusuri sejarah kejatuhan setiap tamadun kegemilangan Islam berpunca daripada hasad yang mengakar dalam diri pemimpin dan rakyat hinggakan sanggup berkompromi dengan musuh. Pengalaman penulis dalam dunia akademik, politik, korporat hinggalah ketika menerajui organisasi dakwah pada peringkat kebangsaan, berkesempatan menyaksikan bagaimana penyakit hasad meranapkan ukhuwah bahkan menghancurkan sesebuah institusi. Lebih malang sekali apabila wujud manusia bertopengkan agama tetapi jiwa penuh dengan hasad dengki hingga sanggup wakafkan diri setiap hari untuk berfikir bagaimana untuk menjatuhkan orang lain.

Seolah-olah jiwanya tidak akan tenteram selagi kenikmatan dan kelebihan yang dimiliki pihak dihasadnya tidak hilang. Jika ada berita kebaikan lawannya, maka hatinya gundah-gulana dan cuba pula membuat pelbagai cerita bagi menafikan kebaikan itu. Sebaliknya apabila berita buruk menimpa orang yang didengkinya, hati begitu ceria sehingga terpancar di wajahnya. Orang seperti ini mendustai agama kerana membantah kurniaan Allah SWT kepada hamba yang dikehendaki-Nya seperti firman al-Quran: “Apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.” Surah an-Nisa’ ayat 54. Seharusnya sebagai umat Islam kita mesti sentiasa beriman dengan prinsip qada’ dan qadar yang jelas mengisyaratkan bahawa setiap kelebihan dan rezeki yang dinikmati seseorang semuanya ditentukan oleh Allah SWT sejak azali. Setiap anak Adam apabila ditiup roh ke dalam jasadnya maka ditetapkan empat perkara termasuk rezeki, ajal, jodoh dan bala yang menimpanya.

Bahkan Allah SWT sendiri mengisyaratkan bahawa setiap manusia diberikan rezeki pada kadar yang berbeza seperti firman-Nya: “Dan Allah SWT melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya.” Surah an-Nahl ayat 71. Islam mengajar umatnya agar sentiasa berfikiran positif dengan apa yang diperoleh atau istilah syaraknya Qona’ah. Sikap qona’ah pastinya akan menyuburkan minda seseorang dengan nilai yang baik sehinggakan setiap tutur kata dan peri lakunya terpancar seri serta sentiasa disenangi oleh orang sekelilingnya.

Ini juga ditegaskan dalam hadis: “Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud, katanya Rasulullah SAW menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya: Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian seketul daging. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara: Rezekinya, ajalnya, amalannya serta celaka dan bahagianya.”

Lebih mustahak adalah mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Semuanya ditentukan Allah SWT. Jika sudah ditakdirkan Allah SWT, nescaya manusia tidak sesekali mampu mengubahnya.

credit: Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
source: berita harian

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR


21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR:


1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor. Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tiada rekod jenayah. Seseorang yg bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis  terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor. Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercanggah dgn dasar luar negara yg tidak mengikhtiraf kewujudan negara Israel.

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di Selangor. Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat Selangor mahu melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.


15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir. Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya.

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505.

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

Tuesday, February 25, 2014

Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara!

Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.

Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.  Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mac sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.  Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.  Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan.  Sekiranya keputusan tersebut kekal, ahli parlimen Bukit Gelugor itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selari dengan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan negara.  Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih serta tidak mendapat pengampunan.

Sekiranya hukuman tersebut kekal, Karpal bukan sahaja terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya malah dia juga bakal kehilangan jawatan parti sebagai Pengerusi DAP Pusat.  Ini kerana perlembagaan parti itu turut menetapkan mana-mana ahli parti yang didapati bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah, mereka tidak dibenarkan untuk memegang, menawar diri atau bertanding dalam apa-apa jawatan.

Malah perkara itu turut diakui oleh Karpal yang merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004.  Pimpinan pakatan rakyat sebelum ini pernah meminta kerajaan Barisan Nasional agar membatalkan semua pertuduhan yang melibatkan wakil-wakil rakyat dari pembangkang kononnya bagi menghormati proses perdamaian nasional.

Hebahan: Karnival UMNO Bahagian Masjid Tanah. @umnomasjidtanah

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Bala Di Selangor, Khalid Tertidur Lagi Atau Disebabkan Badi Anwar

Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah air, ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil keputusan untuk mengenakan catuan air bermula hari ini.

Menurut laman web rasmi kerajaan negeri, pencatuan itu terpaksa dilakukan disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang berlanjutan.

“Langkah ini terpaksa dilakukan bagi memastikan simpanan air empangan mampu bertahan sehingga akhir Mac 2014,” menurut Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid turut berkata pencatuan tersebut bertujuan untuk menambah simpanan air untuk penggunaan dua bulan akan datang.

“Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bulanan akan datang,” katanya.

Apa yang menghairankan, Khalid sebelum ini mendakwa bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.

“Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh” katanya kepada pemberita beberapa hari sebelum ini.

Persoalannya mengapakah Khalid mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Sekejap dia mendakwa bekalan air Selangor mencukupi, namun selang beberapa hari dia mengumumkan langkah pencatuan dan menyalahkan faktor cuaca?

Atau mungkinkah ketika sesi penerangan diberikan, Khalid tertidur lagi sehingga menyebabkan dia tidak tahu situasi sebenar. Kalau tidak masakan kenyataan yang diberikan berubah-ubah hanya dalam beberapa hari.

Paling menarik, ada yang sedikit nakal menyifatkan bala yang terjadi di Selangor ini adalah berpunca dari Anwar Ibrahim. Mereka mendakwa disebabkan Anwar begitu rakus mengejar kuasa kerana ingin menjadi Menteri Besar, Tuhan telah menurunkan bala untuk rakyat Selangor.

Malah prestasi bola negeri juga gagal memberikan prestasi yang memberangsangkan apabila kalah beberapa perlawanan sejurus selepas Anwar mengadakan perjumpaan dengan kelab penyokong pasukan itu.

Walaupun hujah-hujah berkenaan Anwar itu hanyalah merupakan pandangan ‘nakal’, namun apa yang pasti, semenjak pakatan rakyat memerintah Selangor, pelbagai kepincangan dapat dilihat sehingga, menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Terkini: Kebakaran di MITC...!!!



Kebakaran belukar di belakang Kota Fesyen MITC dan Masjid Al-Alami MITC. Tahniah kepada anggota yang mengawal kebakaran tersebut.

crdt: mrbw88

Belia 4B Melaka Berselawat. @nizamomar_pb @idrisharon66


Malam Cinta Rasul - Belia 4B Melaka Berselawat

Tempat: Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh: 27 Feb 2014 (Khamis)
Masa: 6.00 petang hingga 12.00 malam
Semua dijemput hadir.
Aturcara:-
6.00 petang : Kehadiran jemputan
6.30 petang : Tazkirah PU Fakrul
7.20 malam : Solat Maghrib
7.45 malam : Selawat dan Maulud Dibaie bersama Imam Haji Ramli
8.45 malam : Solat Isyak berjemaah
9.10 malam : Ucapan Encik Mohd Nizam Omar , Pengerusi GB4B Melaka
9.20 malam : Ucapan YB Datuk Seri Ir Haji Idris bin Haji Haron
10.00 malam : Jamuan
12.00 malam : Bersurai

Showcase Usahawan IKS 2014 Melaka/Kedah @MukhrizMahathir @idrisharon66

Kedah sedang mengintai peluang serta potensi produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) dari negeri itu untuk diperkenalkan di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kejayaan Melaka sebagai negeri pelancongan yang pesat dengan pelbagai aktiviti pelaburan menjadi contoh buat Kedah untuk diaplikasikan. Menurutnya, impak daripada menembusi pasaran negeri itu, produk-produk IKS Kedah secara tidak langsung akan turut dipromosikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Kadang-kadang kita lebih mengutamakan lawatan ke luar negara walhal dalam negara sendiri terlalu banyak pengalaman yang sangat relevan yang boleh kita pelajari dan contohi dari kalangan rakan-rakan di negeri lain. "Impak jangka masa pendek menerusi pameran usahawan secara tidak langsung dapat mempromosikan produk keluaran Kedah ke Melaka di samping melihat produk-produk keluaran Melaka yang berjaya diusahakan dari segi promosi dan pembungkusannya.

"Untuk jangka masa panjang pula, kita akan melihat aspek promosi serta pembangunan sektor pelancongan negeri Melaka yang boleh diteladani bukan hanya untuk Pulau Langkawi, malah Kedah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Usahawan IKS 2014 sempena Program Jalinan Transformasi antara kerajaan negeri Kedah dan Melaka di pasar raya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. Program tiga hari bermula semalam itu melibatkan sebanyak 28 pengusaha produk IKS dengan 24 daripadanya terdiri daripada usahawan IKS dari negeri Kedah dan selebihnya dari Melaka. Mereka terdiri daripada pengusaha produk kosmetik, produk berasaskan beras, pertanian, makanan dan kraftangan.

Mukhriz berkata, selain usaha berorientasikan eksport, tumpuan dengan mencari ruang bagi pasaran dalam negeri akan membantu memartabatkan produk tempatan yang lebih murah serta diyakini halal dan bersih.
Katanya, limpahan manfaat ekonomi sehingga ke ceruk kampung dan desa dapat dinikmati bersama apabila produk-produk keluaran pengusaha IKS mendapat permintaan yang tinggi.

"Sudah tentu keadaan ini mampu membentuk satu kitaran ekonomi yang lebih meluas dan menyeluruh, lantas, agihan kek ekonomi dan kemakmuran negara boleh disebarluaskan sekali gus jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar dapat dikecilkan," katanya.
source: utusanonline

Isu Air: PR Buat Agihan Terpilih Untuk Jatuhkan Khalid?

Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air, pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.  Malah, terdengar cakap-cakap di kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan 'modal' politik dalam perebutan jawatan Menteri Besar di antara pemimpin PR.
 
Dalam hal ini, maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk dipersalahkan.  Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab 100%.  Namun, apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri.  Lebih malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor dalam menghadapi krisis air.
 
Dalam pertelagahan ini, yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.  Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang sedang 'bersedia' untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim.  Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan rakyat.
 
Semakin rakyat tertekan dengan masalah air, semakin beranglah mereka terhadap kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar.  Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor, YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa 'isu air boleh selesai' dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di Putrajaya.
 
Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari kedegilan pihak kerajaan negeri.  Justeru, seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.  Anwar pasti tahu perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan dipersalahkan bukan dirinya, tetapi Khalid Ibrahim.
 
Jika teori ini benar, maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim.

Friday, February 21, 2014

Hari Inovasi Negeri Melaka Tahun 2014. @idrisharon66 @emysamsudin

Hari Inovasi dan Hari Bersama Pelanggan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2014 akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri ir Hj Idris Bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka pada:-

Tarikh: 25 Februari 2014 (Selasa)
Tempat: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tema majlis pada tahun ini adalah Transformasi Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

Ayuh warga Negeri Melaka semua kita berkunjung dan meramaikan majlis pada hari tersebut. Pengunjung boleh berinteraksi secara bersemuka bersama Jabatan/Agensi yang membuka booth pameran pada hari tersebut.

Sembang Angkasawan bersama YB Timb. Menteri MOSTI. @emysamsudin


Sembang Angkasawan bersama YB Timb. Menteri MOSTI Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah & Ybhg. Mejar Dr. Faiz Khaleed (Angkasawan Negara) anjuran Biro Sahabat Puteri Melaka dan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM)

Tarikh: 22 Feb 2014(Sabtu)
Jam : 2ptg
Tempat : Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Antara Aktiviti :
1. Pameran oleh Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM)
2. Sesi santai perkongsian bersama YBhg. Mejar Dr.Faiz
3. Sesi Autograf & Autograf
4. Gimik MOU Mejar Dr. Faiz sebagai Ikon Belia Sahabat Puteri

Semua dijemput hadir

Chew Mei Fun Calon BN di PRK Kajang

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn hari ini.

Thursday, February 20, 2014

DAP Cuba Cetuskan Rusuhan di Pulau Pinang?

Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap 'tidak-apa' terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.
 
13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap 'tidak-apa' satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.
 
Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.
 
Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.
 
Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.
 
Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat. 
 
Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.
 
Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.
 
Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.
 
Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya.
 
Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata 'aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?'
 
DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.
 
Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu.
 
Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.
 
Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta 'bersiri'.  
 
Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih 'agresif' lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai 'kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem'. 
 
Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama 'rakyat yang berjiwa Malaysia', walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu 'kaum Cina'.
 
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan.
 
Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional.
 
Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei?

Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu

Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.  Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.   Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat.
 
Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi 'menyumbang' kepada pembaziran negara. 
 
Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13.
 
Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin.  Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan 'bergaya' di kala hampir keseluruhan jentera partinya 'kaku'.
 
Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India.
 
Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.
 
Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.

Satira Teresa Kok Berjaya Raih Simpati Terhadap Ayam

Jawatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat bukanlah untuk manusia yang tidak tahu adab dan adat.  Seorang pemimpin atau wakil rakyat seharusnya mempunyai karisma dan pengetahuan yang cukup serta pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan.
 
Malangnya, hari ini kita melihat begitu ramai 'apek jual ikan' dan 'nyonya jual sayur' memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin negeri.
 
Justeru, tidak hairanlah Malaysia kini menjadi berserabut dan riuh-rendah seperti pasar.  Pada Tahun Baru Cina yang lepas, tidak cukup dengan kita terpaksa menahan sabar dengan kebisingan bunyi mercun di sana-sini, kita juga turut diganggu dengan keriuhan video 'satira' nyonya Teresa Kok yang begitu gembira sekali meraikan Tahun Baru Cina dengan mengejek orang.
 
Sebagai respon kepada 'satira' Teresa Kok, ia disambut dengan 'satira penampar RM1,200 dan menyembelih ayam' oleh orang-orang Melayu. 
 
Malangnya, Teresa Kok tidak faham 'satira demonstrasi bantahan' tersebut dan menganggapnya sebagai ugutan 13 Mei.
 
Dalam usaha membela diri, Teresa Kok menyatakan bahawa orang-orang Melayu telah tersalah faham maksudnya kerana orang-orang Melayu tidak faham bahasa Mandarin. Nampaknya, Teresa Kok juga tersalah faham satira balas orang-orang Melayu kerana beliau tidak fasih Bahasa Melayu.  Buktinya adalah surat rasmi dari pejabat Teresa yang pernah memenuhi internet pada tahun 2010 dahulu akibat Bahasa Melayu yang lintang pukang seperti bukan rakyat Malaysia.
 
Walaupun semuanya hanya 'satira', namun Teresa Kok ingin memastikan isu ini diperpanjangkan.  Harapan Teresa Kok ialah keriuhan isu satira ini akan membantu menutup pendedahan mengenai penglibatannya dalam projek RM1 billion oleh Goldsino Investment di atas tanah Yayasan Selangor.
 
Lagipun, Teresa suka dengan publisiti yang diperolehi di mana beliau kini seolah-olah menjadi 'hero' hanya kerana pandai mengejek orang Melayu.
 
Bagi memastikan watak 'hero'nya menjadi lebih dramatik, maka Teresa perlu memasukkan unsur-unsur samseng di dalam penceritaan.  Dengan akal tahap nyonya jual sayur, Teresa tidak mampu mencari idea lain untuk menjadikan dirinya lebih 'hero' melainkan mengikut skrip biasa DAP, iaitu 'menerima ugutan'.
 
Di dalam Malaysia ini, parti DAPlah yang paling sering menerima ugutan.  Apabila saja pemimpin mereka terdesak dan terperangkap dalam sesuatu isu, maka bersedialah untuk mendengar berita yang mereka menerima ugutan.  Selama hayat DAP, entah berapa kali kita mendengar si Karpal Singh menerima peluru. Hannah Yeoh juga kononnya pernah menerima ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung.  Begitu juga dengan Teo Nie Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.  
 
Nampaknya, walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya tetapi Anwar juga tidak menerima ugutan sepertimana DAP.  Hanya DAP sahaja yang sering menjadi sasaran tukang ugut.
 
Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih tepat 'mengilas tangan', ialah DAP.  Beberapa pemimpin dan ahli DAP yang bertindak keluar parti juga mengakui perkara ini.  
 
Pendek kata, skrip drama ugut-mengugut ini adalah skrip asal DAP.  Sikap DAP yang gemar membela penjenayah juga membuktikan yang parti itu telah biasa dengan taktik ugut-mengugut.   Apatah lagi dengan 'adegan' simbah cat di pejabat Teresa Kok.  Seperti yang kita tahu, menyimbah cat adalah sinonim dengan taktik para 'Along' yang mana turut dikaitkan sebagai rangkaian DAP, berdasarkan percambahan aktiviti gelap sejak PR memerintah Selangor.
 
Justeru, apabila Teresa Kok atau Karpal Singh atau Teo Nie Ching atau Hannah Yeoh menjerit kononnya menerima ugutan, rakyat melihatnya sebagai satu 'satira' sahaja.
 
Nasihat kita kepada DAP, kalau pun terdesak sangat ingin mengulangi 13 Mei tetapi takut untuk memulakannya, tak perlulah menggunakan skrip sitcom ugut-mengugut yang sama kerana ia tidak kelakar lagi.  Sendiri ugut, sendiri takut, sendiri buat, sendiri tanggunglah.  Tak perlulah bising-bising menyalak macam anjing!
 
Bagaimanapun, sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut, maka mungkin mereka perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan PKR selama ini.  Mana tahu, kalau-kalau ada yang 'tersinggung' dengan mereka.
 
Selain itu, tidak semestinya ugutan itu bermotif politik.  Mana tahu kalau-kalau projek RM1 billion Teresa mempunyai masalah sehingga menaikkan kemarahan orang-orang tertentu?  Bukan begitu?

Perbezaan 'Cat Simbah VS Cat Tumpah'





Hebahan: Program 10,000 Langkah PSM Bersama Ketua Menteri Melaka

Perbadanan Stadium Melaka menjemput warga Melaka utk hadir ke:

Program 10,000 Langkah PSM Bersama Ketua Menteri Melaka

Perasmi: YAB Datuk Seri Ir Idris Haron, Ketua Menteri Melaka
Tempat: Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong, Melaka
Tarikh: 22/2/2014 hari Sabtu
Bermula: 07:00 hingga 10:00 pagi. 

Acara dimulakan dengan Senamrobik, Pelepasan Berjalan 10,000 Langkah dan Cabutan Bertuah. Semua yg hadir akan mendapat "goodies pack" dan Sijil Penyertaan.

Thursday, February 13, 2014

Awas! Jerat 'Valentine's Day'



Bekas ADUN Kajang Di Bayar Atau Membayar????




Ahli Lembaga Pengarah Agensi & Kumpulan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka

Pada 5 Feb 2014 yang lepas telah diadakan majlis penyerahan surat pelantikan rasmi kepada anggota lembaga pengarah agensi dan kumpulan syarikat kerajaan negeri oleh Datuk Seri Ir Idris Haron, Ketua Menteri Melaka.
 
 Berikut adalah penerima-penerima surat pelantikan:-

1. Timbalan Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, Amirudin Yusof dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

2. Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Sulaiman Md Ali dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah bagi PKNM Oil & Gas Sdn Bhd; ICM Industries Corporation Berhad; Teknologi Pembuatan Melaka Sdn Bhd; dan Melaka Bhd. Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Halal Hub Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

3. Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Akbar Ali, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Melaka Sdn Bhd.

4. Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Seni Malaysia Melaka

5. Datuk Hamdin Abdollah dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM Heritage Sdn Bhd

6. Prof Datuk Dr. Ismail Sagap dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Putra Specialist Hospital Melaka dan Batu Pahat.

7. Timbalan Presiden Melaka United Soccer Association, Datuk Yusoff Mahadi, dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Melaka

8. Mohd Fauzi Yaakub dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah ICM Construction Sdn Bhd

9. Akmal Abdul Manap dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah ICM Trading Sdn Bhd.

Melaka Gateway Jadi Nukleus Pembangunan Ekonomi Baharu Negeri Melaka

Projek pembangunan Melaka Gateway, dengan kos RM40 bilion, bakal menjadi nukleus pembangunan ekonomi baharu di negeri itu, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, projek yang bakal siap pada 2023 itu dilihat mampu menjadi komponen pemaju ekonomi negara bersama nukleus pembangunan ekonomi lain di negara ini seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

“Projek yang dilaksanakan tiga pulau baharu buatan manusia seluas 246 hektar di samping tapak Pulau Melaka sedia ada, antara lain membangunkan hotel, premis perniagaan, tapak pelancongan rekreasi, taman tema dan muzium,”

Idris berkata, projek itu dilihat mampu menyelesaikan sebahagian besar projek terbengkalai di negeri itu khususnya di kawasan Pulau Melaka dan dilihat bakal menjadikan kawasan terbabit sebagai tarikan pelancong utama di negeri berkenaan.

Ceramah Anwar Semakin Kurang Mendapat Sambutan di Kajang

Pelik bukan! Mana hilangnya mereka yang menyokong pakatan rakyat sebelum ini? Sedangkan sebelum ini, ceramah Anwar kebiasaannya dihadiri oleh ribuan penonton.  Menariknya, tindakan kempen awal yang dijalankan itu telah menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat. Ia bukan sahaja ia meletihkan, kehadiran para jentera pakatan rakyat yang semakin memenuhi Kajang telah menjadikan pekan kecil itu semakin sesak dan merimaskan.

Contohnya program ceramah perdana yang dianjurkan semalam hanya mampu menghimpun sekitar 200 orang sahaja. Tambah menarik, apabila Anwar hanya bercakap sekitar 25 minit sahaja. 
Lihat sahaja kempen ceramah yang dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Hampir di setiap tempat yang dihadiri Anwar, akan menyaksikan kehadiran yang ramai sehingga ‘pecah panggung’.  Anwar yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang semalam, mengatakan akan membawa masuk Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya dia menang di Kajang. Menurutnya bekas Menteri Besar Selangor itu mempunyai kepakaran dalam program desa yang amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.  
Apa yang menghairankan ialah, semua pemimpin Umno sebelum ini dikecam hebat oleh pakatan rakyat. Namun apabila mereka menyokong pembangkang, semua kecaman tersebut akan bertukar menjadi kepakaran. Kesimpulannya, Anwar semakin terdesak, kegagalannya untuk menang di Dun Kajang atau sekurang-kurangnya menambah bilangan majoriti undi akan menyebabkan dia mendapat malu yang besar. 

Ia sekali gus membuktikan rakyat semakin muak dan sedar akan penipuan demi penipuan yang sengaja dicipta untuk memburukkan kerajaan demi memenuhi nafsu politiknya.
Dalam PRU13, calon PKR mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

Tuesday, February 4, 2014

Nota Bantahan GPMS Kepada Teresa Kok. @gpmskebangsaan @Armand_PJU @Epul5113 @IrwanizamIbrahi @IrGullit


NOTA BANTAHAN
4 FEBRUARI 2014

YB. TERESA KOK,

KAMI INGIN MENYATAKAN DENGAN JELAS KEMARAHAN TERHADAP VIDEO YANG DIBUAT OLEH ANDA SENDIRI TEMPOHARI YANG TERNYATA MENGHINA PARA PEMIMPIN NEGARA DAN ORANG MELAYU SEBAGAI KESELURUHAN DI NEGARA INI.

PERKATAAN ‘MALAI SII LEY AAHHH’ ITU JELAS DIFAHAMI KAMI SEBAGAI ‘MELAYU DAH MATI DAH’ MERUPAKAN SATU LUAHAN YANG AMAT KURANG AJAR DAN TIDAK BERADAB. SEBAGAI SEORANG YANG BERHORMAT DI TANAH MELAYU INI, ANDA PERLULAH MENGETAHUI BANYAK PERKARA TENTANG BUDI BAHASA DAN ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU. KECETEKAN FIKIRAN DAN KEBODOHAN ANDA AMATLAH MENGHAIRANKAN! IANYA MEMANG DENGAN SENGAJA BERTUJUAN UNTUK MENGHINA KAUM MELAYU DI NEGARA INI. TINDAKAN ANDA INI JUGA MENGUNDANG BAHAYA PERGADUHAN KAUM DI NEGARA INI.

SEHUBUNGAN ITU, KAMI INGIN MENYATAKAN SEKERAS-KERAS BANTAHAN TERHADAP VIDEO TERSEBUT SECARA KESELURUHAN DAN MENDESAK ANDA UNTUK MENARIK SEMULA VIDEO TERSEBUT SERTA MEMOHON MAAF DARIPADA SEMUA UMAT MELAYU DI NEGARA INI DALAM TEMPOH 24 JAM MULAI JAM 3 PETANG INI. KAMI TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN SIKAP RASIS DAN BIADAB SERTA POLITIK MURAHAN YANG SEDANG ANDA MAINKAN INI. JANGANLAH GELARAN YANG BERHORMAT YANG ANDA SANDANG ITU BERTUKAR MENJADI ‘YANG BIADAB’ !

SEKIRANYA GAGAL, KAMI AKAN MENGGERAKKAN BANTAHAN BESAR-BESARAN DI SELURUH NEGARA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH KERAS SEKIRANYA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN.

JAIS ABDUL KARIM
PRESIDEN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
MEWAKILI SEMUA UMAT MELAYU DI SELURUH NEGARA.
0105431472

PRK Kajang, Haram Kerana Khianat Amanah Rakyat – AJK Pas Pusat


Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

“Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap.

“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengatur langkah Puteri selepas 100 hari. @emysamsudin

POSISI Ketua Puteri UMNO bukanlah jawatan sebarangan. Jika tidak tabah menghadapi dugaan dan cabaran, jangan bermimpi mahu berada di kedudukan nombor satu sayap parti Melayu berpengaruh di Malaysia itu.

Ditambah pula dengan situasi semasa yang memperlihatkan ramai golongan belia termasuk wanita muda lingkungan usia 18 ke 35 tahun semakin cenderung menyokong pembangkang. Jadi, cabaran sebagai Ketua Puteri memang besar.

Individu yang memegang jawatan itu perlu berhadapan dengan tanggapan negatif golongan muda hari ini kononnya apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menindas rakyat dan tidak terlepas daripada rasuah.

Itulah senario dihadapi oleh Mas Ermieyati Samsudin sejak diangkat sebagai Ketua Puteri UMNO baharu pada pemilihan parti itu Oktober tahun lalu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dipilih bagi menggantikan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menjangkau 100 hari sebagai Ketua Puteri, Mas Ermieyati yang ramah orangnya mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk membantu parti serta kerajaan BN terus kekal di hati rakyat khususnya golongan wanita muda.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini, Mas Ermieyati mendedahkan perkara pertama dilakukannya setelah diangkat sebagai Ketua Puteri ialah mengumpulkan kesemua barisan exco pergerakan itu yang juga baru dipilih terdiri daripada hampir 75 peratus muka baharu.

Tujuannya merapatkan 'saf' pergerakan puteri itu sendiri.

Beliau sedar, selepas pemilihan pasti akan wujud sedikit perpecahan berikutan perbezaan pandangan, malah beliau maklum ada yang 'tidak menyokongnya'. Tetapi beliau positif mahu memacu pergerakan itu terus berkembang memainkan peranan penting kepada parti.

"Alhamdulillah, walaupun saya tahu ada yang mungkin kurang bersetuju dengan saya tetapi mereka menerimanya secara positif dan saya juga bersikap positif terhadap mereka kerana kami berada dalam satu saf kepimpinan sayap. Komitmen setiap ahli dituntut," ujarnya.

Antara langkah pertama yang diambil selepas menerajui sayap termuda itu adalah bertemu dengan semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bagi membincangkan pemilihan barisan kepimpinan pergerakan puteri di peringat negeri. "Kami telah menjadi sayap paling awal menyelesaikan perkara itu," katanya.

Menurut Mas Ermieyati, tempoh 100 hari kepimpinannya sebagai Ketua Puteri UMNO adalah sangat singkat untuk dinilai dan beliau belum berupaya melaksanakan kesemua rancangan yang telah dirangka.

Lagipun beliau tidak mahu terburu-buru.

"Saya melihat dalam tempoh 100 hari ini, saya tidak dapat buat banyak, tetapi yang saya sedang lakukan ini ialah membina asas," katanya.

Sebab itu langkah pertama pergerakan itu adalah menjalankan program daftar pemilih.

"Kami cuba mendaftarkan sebanyak mungkin belia yang akan menjadi penyumbang besar undi pada pilihan raya umum akan datang dan dalam masa sama menambat hati mereka untuk bersama-sama Puteri UMNO menerusi pelbagai program yang telah diatur sepanjang tahun.

"Saya mahu membentuk pergerakan puteri yang bukan hanya sebagai satu sayap parti dalam UMNO tetapi juga dilihat dekat di hati masyarakat melalui sentuhan gerak kerja," jelas beliau.

Mas Ermieyati turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan jentera siber Puteri UMNO kerana menyedari ia antara medium utama memberi penerangan mengenai sesuatu isu kepada kumpulan sasar.

Pergerakan tersebut tidak akan putus asa memberi latihan kepada jentera siber mereka dalam usaha mematahkan dakyah serta tohmahan pembangkang terhadap kerajaan amnya dan UMNO khususnya.

"Kami memang memberi penekanan serius untuk menangani 'perang' media siber ini. Kami mempunyai jentera sendiri tetapi berpendapat dalam isu ini penyelarasan harus dilaksanakan oleh semua sayap UMNO, bukan hanya Puteri sahaja supaya kesannya lebih efektif," katanya.

Apabila diajukan soalan mengenai pergerakan itu yang dilihat lesu di bawah kepimpinan beliau, Mas Ermieyati berharap pandangan itu dilihat daripada sudut positif.

Hakikatnya kata beliau, Puteri UMNO sentiasa ke hadapan dalam membantu rakyat, cuma kurang liputan media kerana berpendapat mereka perlu lebih banyak lagi belajar.

"Saya terima kritikan itu dan seperti saya katakan, barisan kepimpinan kali ini terdiri daripada 75 peratus muka baharu. Kami akui banyak perkara perlu dipertingkat serta diperkemaskan dan dari semasa ke semasa kami berusaha mengatasi kekurangan kami, lagi pun baru 100 hari saya jadi Ketua Puteri, masih banyak program belum dilaksanakan lagi," ujarnya.

Mas Ermieyati turut mengakui pergerakan di bawah pimpinannya tidak menonjol dalam memperjuangkan isu-isu semasa seperti kalimah Allah, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya tetapi menafikan tiada tindakan diambil oleh pihaknya.

Sebaliknya, pergerakan tersebut lebih gemar mengadakan diskusi ilmiah dengan pihak-pihak terbabit dalam sesuatu isu.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, February 3, 2014

Laporan polis GPMS terhadap Teresa Kok, Onederful Malaysia



Bandar MITC, 3 Feb 2014 - Pada jam 1.00 petang bertempat di Balai Polis Ayer Keroh satu laporan polis telah dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Melaka (GPMS Negeri Melaka) dan beberapa NGO-NGO yang lain.
Mewakili kesemua NGO tersebut, GPMS Negeri Melaka yang diketuai oleh Presidennya iaitu Saudara Marwan Abu Kasim mendesak supaya pihak polis mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk Onederful Malaysia sempena CNY yang dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman Youtube sejak beberapa hari yang lepas.
Kepada anda yang masih belum melihat video klip tersebut, sila klik SINI.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.