Thursday, February 28, 2013

ASLI Ramal BN Terus Berkuasa

Pilihan Raya Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR.
 
Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU 13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN.

Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul sebagai juara dalam PRU 13.

Dalam pada itu, ASLI melalui laporan analisisnya menjangkakan sekurang-kurangnya 123 hingga 135 kerusi Parlimen sudah pasti menjadi milik BN, manakala Kedah dan Selangor juga akan turut dikuasai BN.

Jika kena gaya percaturannya, angka tersebut akan melonjak mencecah 150 kerusi Parlimen bergantung pada keupayaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memikat lebih ramai pengundi India di samping mengembalikan kepercayaan sebahagian besar pengundi Cina yang berada atas pagar untuk mengundi BN.

Di Sarawak juga ASLI menjangkakan parti komponen utama BN Negeri iaitu PBB yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi menang di semua kerusi yang dipertandingkan, sementara di Sabah pula BN akan terus menjadi Kerajaan Negeri.

Menurut badan pemikir itu lagi senario di Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada PR, bagaimana pun Pulau Pinang berkemungkinan masih berpeluang dikuasai BN seandainya UMNO berupaya meraih sokongan mantap dari pengundi Melayu Islam.

Kecuali Kelantan, hampir semua yang dijangkakan oleh ASLI ada banyak persamaan dengan kajian intensif terkini yang dilakukan oleh BN di semua peringkat cuma sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN di peringkat Parlimen.

Berdasarkan kajian intensif  BN itu, pada PRU 13 nanti BN dijangkakan menang di 160 kerusi Parlimen manakala di Kelantan akan menyaksikan peralihan Kerajaan Negeri dengan jangkaan minima 25 kerusi DUN pasti milik UMNO, manakala PAS pula hanya selesa di 17 kerusi yang lain. Baki 3 kerusi DUN lagi bergantung pada strategi saat akhir kedua-dua pihak.

Pastinya semua kenyataan ini agak pahit untuk diterima PR, namun tidaklah sepahit mana jika mereka menyedari kejayaan PR dalam PRU 12 2008 dulu hakikatnya adalah hasil sumbangan undi protes oleh sejumlah besar pengundi-pengundi BN.

Walau apa pun, para pemimpin BN dan jenteranya tetap tidak boleh mengambil mudah dengan trend semasa yang semakin memihak kepada BN sekarang. Senario boleh berubah sekiranya sesaat sahaja BN terleka, justeru itu terus gandakan usaha supaya matlamat kemenangan dua pertiga dapat direalisasikan.

Bait-bait Doa PAS Kepada UMNO...

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya (ulang 3 kali)
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN (ulang 3 kali)
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.
Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.
Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami. (ulang 3 kali)
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.
Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.
Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.
Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke – 13 ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.
Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke – 13.
Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah …
HANCUR UMNO.. TUMBANG BN..

Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?

Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.

Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.

Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?

Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.

Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.

Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.

Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.

Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.

Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.

Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?

Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.

Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka 'menyejuk bekukan' kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.

Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?

Wednesday, February 27, 2013

Pakatan Rakyat Mahu Tentera Sultan Sulu Dibunuh

Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.

Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.

Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.

PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.

Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.

PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.

Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.

Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.

Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.

Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.

Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.

Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.

Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?
 
Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.

Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah.

Mana Bala Sorok Duit Altantuya Yang Di Curi?

PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.

Thursday, February 21, 2013

Hasil negeri gawat, Pas kian terdesak

TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.

?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,
Utusan Malaysia.

Wednesday, February 20, 2013

Nurul Izzah Pasti Menang Lawan Utusan Malaysia

Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013.  Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau. 

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan.  Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.  Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah. 

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara.  Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita. 

Sikap 'tidak serupa bikin' pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara.  Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus. 

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri.  Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah.  Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.  Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya. 

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat.  Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka.  Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia.  Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu.  Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas. 

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah.  Antaranya:   

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.
 
2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.  Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).  Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.
 
3.      Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011  melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya.  Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah. 

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT.  Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita. 

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.  

 




ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalau dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat. Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional. Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda. Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara. Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur. Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan. Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.  Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjayakan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini. Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahanya ditolak mentah-mentah. Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang. Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis. Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing. Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub. Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini. Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan. Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk. Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH. Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar  atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap. Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan  Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Monday, February 18, 2013

Mengapa Deepak Masih Bujang?

Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.

Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut. Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak Baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.

Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM? Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak. Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.

Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia menyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion. Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.

Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun. Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang. 

Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri. Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra  telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.

Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang. 

Friday, February 15, 2013

'Benar! beri undi kepada Pas haram'

KOTA BHARU : "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.

"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

"Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran," katanya.

Deepak Atau Razak Baginda Yang Mati Pucuk?

Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.

Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.

Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung. Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.

Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya. Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya, malah Dato' Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya.

Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah s.w.t pastinya telah menimpa PM. Dalam versi yang lain pula, isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4.

Sedangkan ketika kejadian berlaku, Datin Seri Rosmah berda di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur, sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka. Hakikatnya, pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda. Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah. Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Dato' Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya. Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.

Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM. Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda. Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain. Biasanya hanya isteri, rakan seksualnya (gay? pelacur? kekasih gelap?) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.

Deepak bukannya isteri Razak Baginda, bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda. Atau sebenarnya, Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak. Atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini, sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka. Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.

Apapun, dalam bak mencipta kisah fiksyen, fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR, tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga, memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.

Thursday, February 14, 2013

Deepak Akhirnya Menceritakan 'Hal Sebenar' Tetapi Masih Kabur

Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung.

Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM.

Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala. Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju.

Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa? Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'.

Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya.
Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato' Seri Najib sedang memegang jawatan DPM?
Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.

Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian. Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang.
Selain itu, terdapat gambar yang di'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.

Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya. Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas DPM.
Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini.

Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur. Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak. SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal. Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.

Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato' Zulkefli Nordin's, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato' Zulkefli Nordin pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut. Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh. 

Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut! Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?
 




Perangai Kiasu Singapura Penjarakan Pei Koe

Syabas kita ucapkan kepada Majistret Muhamad Hidayat Wahab kerana menghukum dengan setimpal, Leong Pei Koe seorang warga Malaysia yang baru saja mendapat status penduduk tetap di Singapura atas kesalahan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, pada 13 Februari lalu, serta melakukan perbuatan yang sama kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Leong Pei Koe dijatuhi hukuman penjara  30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan pertama, dan penjara 7 hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda , bagi pertuduhan kedua.

Leong Pei Koe, bukan anak-anak kecil atau remaja, tetapi telah pun berusia 29 tahun.   Namun, Pei Koe seperti kebanyakan warga Malaysia sebangsa dengannya, iaitu Cina, tidak mampu mencurahkan kesetiaan kepada negara ini kerana jiwa dan raga mereka masih membawa semangat perkauman yang datang bersamanya sikap 'kiasu'.  

'Kiasu' bermakna tidak mahu kalah, dan penubuhan Singapura adalah bertitik-tolak dari sikap ini di mana kaum Cina enggan menerima hakikat yang mereka berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu.  Dari sifat kiasu ini jugalah, lahirnya komunis yang tidak berhati perut. 

Sikap 'kiasu' yang keterlaluan dengan sendirinya menghapuskan sifat kemanusiaan.  Nilai-nilai murni seperti merendah diri dan menghormati orang lain tidak wujud sama sekali dalam diri seorang 'kiasu' tulen.   Dalam erti kata lain, seorang kiasu juga seorang yang biadap.  Maka tidak hairanlah Pei Koe terus menunjukkan isyarat lucah beberapa kali walaupun setelah diberi amaran dan didekati oleh pihak polis.  Beliau juga turut berkata, 'Melayu tiada kuasa di Pulau Pinang, kerana negeri ini milik Cina'. 

Pei Koe seolah-olah membawa semangat dan kebencian yang sama yang ditunjukkan oleh DAP ketika kejadian 13 Mei 1969.  Jelas, bahawa semangat dan  kebencian itu tidak pernah padam dan bahawa segala yang diperkatakan mengenai sifat perkauman DAP yang menebal adalah benar. 

Sebenarnya, jika anda pernah bergaul dengan kaum Cina dari negara Cina ataupun kaum Cina di negara lain yang masih kukuh sikap kiasunya, anda akan mendapati bahawa 'biadap' adalah sesuatu yang normal bagi mereka.  Meludah di dalam tong sampah, menghembuskan hingus di khalayak, membuang sampah merata-rata, makan dengan lahap adalah budaya bagi mereka. 

Jika anda bergaul lebih dekat lagi, anda akan mendapati bahawa mereka hampir tidak pernah mengucapkan 'maaf', 'terima kasih' atau 'tumpang lalu' dalam pergaulan seharian.   Malah, mereka juga tidak akan sama sekali mengaku kesilapan atau kesalahan sendiri, dan kaumnya, walaupun anda punya bukti untuk menghukum mereka, selagi tidak berada dalam keadaan terpaksa seperti si Pei Koe tadi.   Mereka juga tidak tahu malu jika penipuan mereka terbongkar kerana bagi mereka, mereka adalah jauh lebih bijak dari bangsa lain dan dunia ini adalah hak kaum mereka. 

Ingatkah anda bagaimana Singapura membisu apabila laman web Wikileaks mendedahkan perbualan sulit pemimpin mereka dengan Amerika di mana pemimpin Singapura menggelarkan beberapa pemimpin negara lain sebagai 'bodoh', 'lembab', 'tiada kredibiliti' dan bermacam-macam lagi?   Sehingga kini, Singapura tidak pernah pun meminta maaf, tetapi mengambil sikap 'selamba' sahaja seolah-olah tidak pernah berbuat kesalahan. 

Justeru, tidak hairanlah jika ada yang menggelar kaum Cina kiasu ini sebagai Yahudi Asia, iaitu kerana kedua-dua bangsa ini berkongsi keangkuhan dan ketidakberperikemanusiaan yang sama. 

Namun, kita tidak boleh menafikan bahawa bukan semua kaum Cina begitu, seperti juga bukan semua kaum Yahudi itu jahat.   Kaum Cina di Malaysia, terutama di luar bandar dan di kawasan majoriti Melayu telah pun menghayati nilai-nilai peradaban dan  kemanusiaan, sekali gus meninggalkan sikap kiasu. 

Yang lainnya, terutama kaum Cina Singapura, bagaimanapun, majoritinya cukup tegar berpegang kepada sikap dan prinsip seorang kiasu.  Mereka memandang rendah kepada bangsa lain dan tidak mungkin akan memberi peluang kepada bangsa lain untuk menyaingi mereka.  Keikhlasan adalah sesuatu yang hampir mustahil dalam hubungan mereka dengan bangsa lain.  

Malangnya, kaum Melayu di Singapura masih lagi berada di dalam keadaan 'denial' atau penafian bahawa sahabat Cina mereka bukanlah sahabat sejati malah, dalam sesetengah kes, kita lihat kaum Melayu Singapura seolah-olah benar-benar percaya bahawa mereka dilahirkan sebagai bangsa kelas dua iaitu kurang bijak, kurang berkebolehan dan kurang segala-galanya, berbanding kaum Cina. 

Masih ramai dari kita terlepas pandang  bahawa walaupun bukan semua kaum Cina bersifat kiasu, namun, satu perkara yang tetap dipegang oleh mereka ialah, mereka tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada kaum lain dalam pekerjaan atau perniagaan tidak kira betapa baik hati, tolong menolong, menghormati dan mempunyai adab sopan yang tinggi dalam persabahatan mereka dengan dengan kita.   Oleh itu, sekiranya mereka sanggup membuka peluang untuk kita, seperti menjadi rakan perniagaan, itu adalah kerana mereka ingin menggunakan kita dari segi 'kenalan' atau 'pengetahuan' dan bukan sekali-kali kerana persahabatan.  

Dan Pei Koe adalah cerminan seorang Cina kiasu yang tulen di dalam DAP dan juga PAP sekali gus. 

Namun, soalan yang perlu dikemukakan di sini ialah, kenapakah Pei Koe boleh menjadi begitu berani?  Adakah kerana beliau menyangka akan diberi peluang serta ruang untuk berjumpa Menteri dan kemudiannya mendapat keuntungan serta dilayan bagai anak angkat kerajaan selepas episod ini?

Masyarakat Cina Boikot Kempen Provokasi DAP

Harapan PR khususnya DAP untuk melihat penduduk Pulau Pinang memboikot majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN nampaknya tidak kesampaian walaupun berhari-hari sebelumnya jentera propaganda DAP kerap memainkan isu pembaziran wang rakyat.

Hatta cubaan DAP dan PR untuk memalukan PM kononnya rakyat Pulau Pinang dan orang ramai yang hadir menolak kehadiran BN juga menemui kehampaan bila mana ketika PM mengajukan soalan "Are you ready for BN" sebahagian besar hadirin menjawab "Yes" dan "Ready" manakala pekikan "No" hanya datang dari segelintir penyokong PR yang berada berdekatan jururakam video itu sahaja.

Dianggarkan lebih 80,000 orang hadirin yang majoritinya keturunan Tionghua dan selebihnya dari kaum Melayu dan India tetap membanjiri lokasi sambutan perayaan, sekaligus mengatasi jangkaan awal yang majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang sahaja.

Mereka bukan sahaja datang untuk mengikuti persembahan hiburan dari superstar Korea, Psy dan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style tetapi yang lebih penting masing-masing mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Ternyata makin lama propaganda DAP dan PR kian hilang bisanya apabila khalayak umum tidak lagi menerima bulat-bulat tohmahan DAP kononnya penganjuran majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan Psy telah menyebabkan pembaziran berjuta ringgit duit rakyat.

Walhal, jika benar penganjuran majlis perayaan sempena Tahun Baru Cina ini dianggap satu pembaziran sebagaimana didakwa oleh DAP, bukankah kehadiran sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di majlis tersebut boleh diumpamakan sebagai bersekongkol menyokong pembaziran?

Tak terdetik rasa malukah dalam diri Setiausaha Agung DAP itu terhegeh-hegeh hadir menyaksikan sama persembahan Psy tatkala parti sendiri sibuk mencanangkan propaganda kehadiran artis popular Korea itu adalah satu pembaziran dan tidak berfaedah?

Hakikatnya majoriti rakyat tahu segala urusan perbelanjaan langsung tidak melibatkan wang rakyat atau wang pembayar cukai. Sebaliknya keseluruhan kos penganjuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta yang kemudiannya akan beroleh kelebihan dari segi rebet percukaian kerana program yang ditaja turut melibatkan kepentingan umum.

Bayaran kepada Psy yang mencecah RM2.3 juta untuk persembahan selama lebih kurang 15 minit mungkin mahal, tapi kehadirannya nyata memberi impak positif kepada industri perlancongan Pulau Pinang apabila ia turut menggamit kehadiran orang ramai dari seluruh negara.

Ia nyata berbaloi dan jauh lebih bermanfaat berbanding dengan program hiburan larut malam dan memabukkan di Batu Feringgi yang pernah dianjurkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat arak, Carlsberg pada November 2012 yang lalu yang menelan belanja RM3 juta.

Dalam pada itu, gesaan Lim Guan Eng supaya penyokong PR hadir dengan pakaian berwarna merah, kuning, hijau dan oren juga tidak mendapat sambutan seperti diboikot penyokong sendiri apabila hanya segelintir sahaja yang sanggup meneruskan provokasi politik busuk sedemikian di majlis perayaan itu.

Jelas sekali penyokong PR sendiri agak segan untuk menjayakan provokasi politik itu, barangkali mereka keliru dengan mainan propaganda DAP dan PR yang mencemuh majlis tersebut atas alasan pembaziran tapi di masa yang sama mengarahkan pula penyokong PR hadir seumpama menyokong pula pembaziran yang didakwa.

Melihatkan senario ini, tampak jelas majoriti rakyat kian jauh dari jangkauan PR. Malang benar nasib PR, bukan sahaja kempen provokasi dan propaganda mereka telah diboikot oleh penyokong sendiri malah masyarakat Cina juga kian hari cuba menjarakkan diri dari terus dikaitkan dengan DAP & PR.

Skandal Tanah: Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?

Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.

Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.

Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura. Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain. Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar.

Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya. Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan. Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah. Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata. Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri. Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang. Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera. Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh. Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun. Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.

Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun. Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit.

Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya. Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku.

Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri? Tepuk kepala tanya akal yang waras!!!

Wednesday, February 13, 2013

DAP Bertanggungjawab ke Atas Peningkatan Kadar Jenayah?

Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih timah di Perak, turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah tersusun.  Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).  

Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.  Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes jenayah.  Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina. 

Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.

 Selepas tahun 1867, beberapa langkah telah diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap ini antaranya: 

a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

 
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.

 c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

 d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan

 e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain. 

 Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.   Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini, pesalah jenayah dan kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun. 

 Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang.   Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan.  Malah, pembangkang juga seolah-olah 'meraikan' pembebasan tahanan Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.  2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan India.  Pembebasan ini diterima oleh rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang.   

Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus, menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas tahanan Simpang Renggam dibunuh, bermotifkan dendam jenayah lama.  Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga lagi kes samun.  Di masa yang sama, kes-kes samun, ragut, rompak, bunuh yang berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.  Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung.  Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi gelap sudah menjadi 'budaya' masyarakat mereka.  Kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap, pelacuran, along dan sebagainya. 

Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui Pakatan Rakyat, dan menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela.  Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja sejak 6 Februari lalu.  Hakikatnya, hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya.  Namun, malangnya, terdapat juga di kalangan kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil. 

Hari ini, PR / DAP telah 'berjaya membebaskan' tahanan Simpang Renggam, dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta.  Bayangkan, entah siapa lagi yang akan mereka bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa, dan kadar jenayah juga pastinya akan meningkat berkali ganda.

ANWAR KENA 'MAIN' DI SABAH SEBAB TAMAK KERUSI

Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.

Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963. Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.

Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung. Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha. Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia. Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO. Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu.

Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah. Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah. Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia. BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan. Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya. Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti. Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad. Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim.

Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat. Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut. Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu. Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.

Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee. Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan. Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.

Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13.

Friday, February 8, 2013

Gangnam Style Bikin PR Kelam Kabut

Jika ditanya siapa sahaja rakyat Malaysia generasi muda dari keturunan Cina, masing-masing meluahkan keterujaan mereka dan agak tidak sabar lagi untuk menantikan persembahan superstar Korea, Psy yang cukup popular dengan lagu "Oppa Gangnam Style".

Psy dijadualkan akan tampil membuat persembahan khas sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 nanti dan dijangkakan lebih 60,000 orang terutama golongan muda akan membanjiri majlis tersebut.

DAP yang menyedari kehadiran Psy kelak bakal memberi impak positif kepada saingannya MCA yang merupakan penganjur majlis tersebut, awal-awal lagi mempertikaikan kos perbelanjaan untuk membawa artis itu yang mencecah RM3 juta.

Melalui pendekatan sedemikian, DAP dan PR cuba memfokuskan pandangan umum kepada pembaziran yang kononnya telah dilakukan oleh BN yang memerintah kerajaan Pusat.

Diam tak diam khalayak umum didedahkan pula dengan khabar berita yang Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat arak untuk menjayakan sebuah konsert hiburan larut malam yang juga menelan kos RM3 juta di Batu Feringgi pada akhir tahun lepas.

Logiknya jika persembahan konsert oleh Psy dianggap satu pembaziran walau sebenarnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan di Pulau Mutiara itu, kenapa pula soal pembaziran dalam konsert hiburan anjuran Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak ditimbulkan sama?

Dalam pada itu, bila mana kebenaran diketahui umum yang segala kos perbelanjaan termasuk bayaran kepada Psy berjumlah RM2.3 juta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta dan langsung tidak melibatkan wang rakyat, DAP beralih pula kepada taktik provokasi menggalakkan penyokong PR menyertai majlis itu dengan memakai baju merah, hijau, kuning dan oren.

Di masa yang sama, para penyokong PR khususnya dari DAP turut mengambil langkah lain termasuk beramai-ramai menghujani akaun sosial Facebook penyanyi Korea itu mendesak Psy membatalkan persembahannya di Malaysia dengan pelbagai alasan berunsur propaganda politik.

Ternampak jelas ketidakmatangan penyokong PR dalam mendepani isu ini, sedar tak sedar mereka sebenarnya menggali kubur sendiri kerana membangkitkan kemarahan para peminat Psy gara-gara bertindak sedemikian.

Dalam pada itu, dikalangan penyokong dan pemimpin PAS serta PKR yang berbangsa Melayu beragama Islam pula meneruskan kaedah tradisi mempertikaikan persembahan hiburan itu yang dikatakan akan melalaikan generasi muda.

Faktor hiburan itu akan mendekatkan diri kepada maksiat diulang-ulang saban waktu, sedangkan ketika ramai remaja Cina, India dan Melayu tunggang terbalik mabuk sakan ketika berhibur di konsert yang dianjurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di Batu Feringgi tempohari semuanya senyap sunyi tanpa bantahan.

Dilihat pada reaksi kelam kabut dalam PR berhubung ini, jelas sekali wujud kebimbangan besar dikalangan pemimpin dan penyokong PR kalau-kalau gara-gara demam Oppa Gangnam Style akan menghakis sokongan golongan muda kepada mereka.

PANAS… ADUN Pas Ladang Mengurut Dengan Isteri Orang

http://terengganutoday.com/politik/panas-adun-pas-ladang-mengurut-dengan-isteri-orang
ADUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.

Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.
Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato' Tengku Hassan.
Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida. ikuti pendedahan seterusnya bermula esok.



Thursday, February 7, 2013

‘Malaysia Spring’: Ancaman Anwar untuk ‘Membunuh’ Demokrasi

 Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau 'Arab Spring' dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.  Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

 Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi 'hobi'nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974.   Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya. 

Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam.  Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya.  Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan 'contoh teladan' yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim. 

Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala 'Arab Spring' di Malaysia. 

Antara kata-katanya ialah "Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,"  dan "…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang.  Apa yang mereka di 'Arab Spring' dan 'Occupy Wall Street Movement' katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja." 

 Beliau juga berkata, "…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, 'Arab Spring' adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi."


Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran.  Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus 'Dataran Tahrir' di Malaysia. 

 Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya 'hobi' memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam.   Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat. 

 Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu 'Arab Spring' atau 'Dataran Tahrir' atau 'Occupy Wall Street' yang menjadi obsesi Anwar ini.  Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa. 

 Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu.  Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

 Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca 'Arab Spring' adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.  Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

 Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri.  Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan.  Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri.  Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

 Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik.  Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak.  Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian. 

 Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan. 

 Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.

 Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan.  Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya.  Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu. 

 Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi.  Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir.  Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan. 

 Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.

 Apa yang pasti, kesemua negara-negara 'Arab Spring' ini berada dalam keadaan 'gelap-gulita', sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya. 

 Sekiranya, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. 

 Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya.  Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya.   Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya. 

 



Wednesday, February 6, 2013

Kalimah Allah: PAS Gagal Mengubah Pendirian Rasmi PR

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan media pada 17 Januari 2013 berpendapat isu kalimah Allah s.w.t telah pun selesai berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS empat hari sebelumnya menolak penggunaan kalimah suci itu dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Jika Menteri Besar Kelantan itu terus beranggapan sedemikian, namun realiti semasa tidak pun memihak kepada kehendaknya itu sementelah lagi  Pakatan Rakyat (PR) tetap utuh dengan pendirian rasminya yang dicapai pada 8 Januari 2013.

Masih segar dalam ingatan ramai, pada tarikh tersebut PR yang turut dianggotai PAS selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan itu telah sebulat suara bersetuju membenarkan kalimah suci Allah s.w.t diguna pakai dalam kitab Bible.

Malah sehari selepas PR memuktamadkan pendirian mereka, Nik Aziz sendiri menyatakan sokongan terbuka sambil menyifatkan keputusan PR itu akan membuka ruang dakwah Islam kepada penganut agama lain.

Paling penting, persetujuan PR itu juga adalah penegasan ulangan bagi keputusan bersama yang pernah mereka capai pada tahun 2010 yang bukan sahaja disokong oleh PAS, tetapi juga turut dukungan kuat daripada Nik Aziz.

Walaupun sekarang PAS cuba menonjolkan pendirian baru parti itu dengan bersandarkan keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013, hakikatnya ia tidak pun mengubah pendirian rasmi PR.

Ini bermakna gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mendesak PAS mematuhi persetujuan bersama sebelum ini mempunyai merit yang tidak boleh dipertikaikan kerana selagi PAS kekal bersama PR, selagi itulah PAS perlu patuh pada keputusan yang telah menjadi dasar rasmi PR.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas. Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya," demikian kata pemimpin veteran DAP itu sekaligus menafikan kenyataan awal oleh Mursyidul Am PAS.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal itu memang benar. Soal Majlis Syura Ulama PAS telah membuat pendirian berbeza dengan PR tidak pun menjejaskan dasar PR yang secara rasminya telah menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam untuk dimasukkan dalam kitab Bible.

Disebabkan berpegang teguh pada asas itulah hingga saat ini PR kekal dengan pendirian asalnya, tidak tergugat dengan tindakan drastik PAS yang telah mengubah pendiriannya. Sekaligus membuktikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak memberi sebarang impak dalam menentukan hala tuju gabungan tersebut.

Justeru itu, Nik Aziz mahupun PAS sendiri tidak layak untuk mendabik dada mengumumkan isu kalimah Allah s.w.t telah selesai sepenuhnya. Dan dalam tempoh singkat menjelang PRU 13 ini, isu kesucian kalimah Allah s.w.t yang cuba dinodai PR akan terus menghantui PAS.
 



Anwar Sumbang USD700,000 Bina Masjid di Palestine Untuk DiRoboh Oleh Israel

Kata-kata Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." (saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) masih lagi terngiang-ngiang di telinga seluruh umat Islam, dan pastinya masih menghantui penduduk Palestine.  Kata-kata itu begitu jelas, sama ada di ambil dalam keseluruhan ayat, mahupun separuh, ia tetap tidak mengubah maknanya. 

Justeru, percubaan Anwar untuk menafi dan memutarbelit kenyataannya sendiri bagi mengelak dituduh sebagai talibarut Yahudi, telah tidak berjaya.  Namun begitu, Anwar mengambil sikap selamba dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan serta masih lagi cuba membawa imej Islam, sekali sekala, demi untuk memastikan sokongan Melayu Islam terhadapnya berterusan. 

Walaupun rangkaian penyamaran yang digunakan Anwar seperti, SUARAM dan BERSIH telah terbukti ada menerima dana dari pertubuhan-pertubuhan asing yang terlibat dengan misi pertukaran rejim yang didalangi Yahudi, tetapi ini tidak menghalang Anwar untuk terus berpura-pura berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam keseluruhan dalam isu Palestine.

Oleh itu, apabila Dato' Seri Najib Tun Razak menerima jemputan ke Gaza, bersama Datin Seri Rosmah, berpeluh-peluhlah Anwar cuba menyaingi publisiti tersebut.  Sedangkan, lawatan Dato' Seri Najib adalah bersifat persaudaraan sesama Islam, bukannya politik mahupun publisiti, walaupun publisiti tidak dapat dielakkan kerana beliau adalah ketua negara dan ahli politik.  

Justeru, Anwar juga tidak mahu kalah dan pantas iaitu dalam sehari dua sahaja telah menyediakan sejumlah RM2.1 juta atau USD700,000 untuk didermakan kepada Hamas, bagi pembinaan sebuah masjid di Palestine pada 1 Februari lalu.  Kelam kabut Anwar memanggil pemberita untuk memastikan berita dan gambarnya menderma kepada Palestine dilihat oleh penyokong-penyokongnya bagi mengaburi publisiti lawatan Dato' Seri Najib. 

Entah dari mana dan bagaimana beliau menyediakan wang sebegitu banyak dengan sebegitu cepat tidak dapat dipastikan.  Malah, personaliti wakil Hamas yang menerima cek tersebut juga tidak dapat dipastikan kerana segala-galanya diadakan dengan tergesa-gesa di ibu pejabat PKR di Tropicana. 

Bagi berlaku adil kepada Anwar, tak apalah kalau tak turun ke medan perang sekali pun, dapat menderma pun kira sudah cukup baik memandangkan Anwar sebenarnya menyokong Israel. 

Benar, kita tidak dapat mengukur keikhlasan Anwar menderma, tetapi kita masih boleh bertanya dari mana wang itu datang.  Dan rasanya tidak salah juga untuk kita menghukum Anwar sebagai hipokrit serta pengkhianat terhadap rakyat Palestine. 

Ini kerana, walaupun jumlah RM1.2 juta adalah besar, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan tandatangan yang diturunkan Anwar dalam Sidang Kemuncak Annapolis 2007 yang menyokong penyelesaian dua negara dengan mengiktiraf negara Israel. 

Apalah sangat USD700,000 berbanding beribu-ribu ekar tanah Palestine yang telah diceroboh dan rumah rakyatnya yang telah diroboh kerana memberi 'ruang' untuk negara Israel yang dipersetujui Anwar itu. 

Apalah sangat wang berbanding nyawa rakyat Palestine yang dibunuh kejam sejak berdekad-dekad lalu demi memastikan keselematan negara Israel yang disokong oleh Anwar. 

Apalah sangat memberi sumbangan untuk pembinaan masjid atau apa jua jika Anwar juga menyokong pihak yang bersedia pada bila-bila masa untuk menceroboh dan merobohkannya? 

Kesimpulannya, pembinaan masjid itu baik, namun ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada perjuangan Palestine, kerana rakyat Palestine tetap bersolat dan berdoa di mana saja walaupun tanpa sumbangan Anwar.  Dalam keadaan darurat seperti Palestine, kos pembinaan sebuah masjid adalah tidak penting tetapi apa yang lebih penting ialah memulihkan keadaan bagi membolehkan mereka hidup dan beribadah dalam keadaan selamat. 

Justeru, apa yang Dato' Seri Najib lakukan iaitu untuk mengusahakan perdamaian antara Hamas dan Fatah adalah jauh lebih signifikan lagi.  Apa yang dilakukan oleh pihak lain seperti Aman Malaysia dan lain-lain iaitu membekalkan bahan binaan untuk sekolah, hospital termasuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan juga adalah lebih signifikan lagi. 

Lebih dari itu, sebanyak mana pun wang yang Anwar dermakan dari dalam dewan berhawa dingin di ibu pejabatnya di Tropicana, ia tidak mungkin terbanding dengan kesediaan Dato' Seri Najib mengambil risiko ke atas keselamatan dan nyawanya serta isteri, untuk ke sana.  

Oleh itu, nasihat penulis untuk Anwar, sebelum mencari publisiti, jelaskan dahulu di pihak mana anda berada - Israel atau Palestine?  Apapun, setakat ini, penulis masih menunggu berita kalau-kalau Anwar akan mengadakan satu lagi 'apology tour' menyembah pemimpin zionis kerana telah terpaksa menderma kepada Hamas. 

Tetapi, melihat dari sudut lain pula, sudah tentu  zionis lebih rela membantu menaikkan nama Anwar dengan membina masjid di Palestine daripada membiarkan ketokohan Dato' Seri Najib menyerlah dan berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.