Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

PAS Hanya Angguk Penghinaan Patrick Teoh

Sudah ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tampil mengecam kelancangan seorang pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh yang secara sedar telah menghina Al-Quran dan agama Islam. 

Hatta pemimpin dan penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengecam pelakon Cina itu kerana pada awalnya mereka menjangkakan Patrick Teoh adalah penyokong Barisan Nasional (BN). Bila pemimpin dan penyokong PAS menyedari individu tersebut adalah penyokong PR dan kerap turut sama menjayakan pelbagai program politik rakan sepakatan PAS yakni DAP, tak semena-mena PAS mula melembutkan nada kritikan. 

Akhirnya seperti yang dijangkakan, PAS mengambil langkah berhati-hati dengan cuba menjustifikasikan penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh disebabkan ketidakfahaman pelakon itu terhadap Islam. Itu tabiat kebiasaan PAS, sentiasa memilih bulu dalam melakukan kritikan atau kecaman bilamana berlakunya penghinaan terhadap Islam kerana pada PAS kepentingan politik PR dilihat lebih utama berbanding maruah agama. Maka untuk mengendurkan kemarahan orang ramai terhadap PR, tanpa fikir panjang PAS dan pengikutnya menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya telah gagal membentuk pemahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam. 

Mudah betul mereka bersikap lepas tangan dan cuba meletakkan beban kegagalan sendiri mentarbiah rakan sepakatan dalam PR untuk dipikul oleh orang lain pula. Walhal sejak berpuluh tahun BN memerintah negara ini sudah banyak program bercorak pendidikan dan penerangan mengenai Islam disiarkan dalam media massa. Hanya golongan bebal dan keras sikap perkaumannya seperti Patrick Teoh sahaja yang buat tidak endah dan masih berselindung disebalik alasan kurang memahami sensitiviti umat Islam. 
Demi kerana kemaruk undi penyokong Cina DAP, PAS sanggup berlapang dada di atas penghinaan yang dilakukan terhadap Islam, angguk-angguk dan geleng-geleng dengan menjadikan perkiraan politik sebagai pertimbangan.

Jika kekal beginilah gaya tarbiah PAS kepada DAP, nescaya sedikit masa lagi makin bercambah golongan tak sedar diri seperti Patrick Teoh dalam PR.

Thursday, September 13, 2012

Nik Aziz Ahli Mesyuarat Tingkap


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din. Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu. Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS. Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan. Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri. Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara. Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya. Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

Monday, September 10, 2012

PAS Anjing DAP




Ya! selayaknya PAS cocok sekali digelar sebagai anjing DAP. Kenapa tidak? Banyak bukti, fakta dan realiti semasa semuanya menjurus kepada hakikat PAS adalah anjing kepada DAP.

Setianya menurut perintah si tuan dan patuh mendengar arahan lagak seperti anjing kurap hinggakan kawan sendiri pun tergamak diratah dan diterkam.

Malah prinsip perjuangan yang mendasari PAS sekian lama pun sudah tergadai, segalanya kerana mahu sesuaikan dirinya dengan kehendak dan kemahuan DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan lemah kekuatan jatidiri serta kurangnya penghormatan pada agama sendiri, PAS membiarkan saja kalimah suci Allah s.w.t digunapakai oleh penganut Kristian.

Demi kerana DAP dan disebabkan terdesaknya PAS berpaut pada kekuatan tuannya itu, akhirnya dibiarkan saja pub hiburan, rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata pelusuk negeri Selangor dan Kedah.

Demi kerana DAP dan disebabkan bacul dalam mendepani kekuatan palsu DAP, pemimpin PAS mengorbankan Hasan Ali hanya semata-mata Hasan banyak terlibat dalam gerakan membasmi kegiatan maksiat dan rumah pelacuran.

Demi kerana DAP dan disebabkan akal pemimpin PAS hanya sejengkal, satu demi satu orang Islam dibiarkan murtad sedang bila saja Jabatan Agama bertindak untuk membendungnya, jabatan agama itu pula yang PAS balun bertubi-tubi.

Demi kerana DAP dan disebabkan rendahnya sensitiviti dalam diri pemimpin PAS, satu demi satu surau dan masjid menjadi lokasi untuk pemimpin Kristian DAP melaksanakan aktiviti politik termasuklah bersenamrobik dan memberi 'tazkirah' pada orang Islam.

Demi kerana DAP dan disebabkan bangangnya PAS mengalahkan keldai, orang Melayu Islam yang dipecat oleh kerajaan DAP Pualau Pinang dibiarkan sengsara begitu sahaja dek kerana perintah pemimpin DAP dianggap jauh lebih utama berbanding untung rugi nasib saudara seagama dan sebangsa.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS lebih setiakan pada tuannya DAP, di diamkan saja perancangan DAP yang mahu mengecilkan saiz kakitangan awam walau diketahui kesannya buruk pada masa depan ramai insan.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah selesa dibelai mesra oleh si harbi DAP, semua perancangan kerajaan pusat seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA yang bermanfaat untuk rakyat dihentam diperlekehkan semata-mata untuk menggembirakan hati tuannya DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS tidak cakna pemasalahan rakyat, nasib penduduk India Kampung Buah Pala dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan, sedangkan sebelumnya PAS jugalah yang menyokong janji pembelaan yang ditaburi sekutu utamanya.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah kemaruk dengan lamunan mimpi di puncak kuasa, PAS cuba ranapkan keharmonian perancangan FELDA dengan propaganda dan tipu daya fakta demi memenuhi cita-cita DAP yang mahu melihat FELDA hancur berkecai.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS kemaruk mengejar harta duniawi, banyak tanah milik Melayu dan Orang Asli di alibabakan terutama sekali di Kelantan dan Kedah, semata-mata untuk mendapatkan komisyen bagi mengisi tabung parti dari Cina DAP dan Cina Singapura.

Demi kerana DAP dan disebabkan longgarnya semangat persaudaraan sesama Islam, PAS lebih redha bersahabat baik dengan DAP untuk melemahkan kekuatan kuasa politik Melayu Islam yang sekarang ini masih diterajui oleh UMNO yang merupakan saudara seIslam dengan pemimpin PAS.

Demi kerana DAP dan disebabkan taat setianya PAS pada perintah tuannya dari DAP, bekas Timbalan Presidennya sendiri mahu dihentam dan diperlekehkan hanya semata-mata menyuarakan cadangan supaya PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP si harbi.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS hanya berminat memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan akhirnya terpaksa dibakul sampahkan hanya kerana tidak mendapat kelulusan pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah lama sebati mempergunakan kesucian Islam demi parti, akhirnya dasar negara Islam yang berpuluh tahun dikendung keliling kampung di campak ke longkang konon katanya tiada dalam Al-Quran kini diganti dengan negara kebajikan semata-mata untuk memenangi hati pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan hidup mati PAS hanyalah mengejar kuasa duniawi dan bukannya demi ukhrawi, siang malam pagi petang sejak 1998 kerja PAS hanyalah mencuci tahi dan daki bagi menggilap dan membentuk imej suci si harbi DAP pada pandangan orang Melayu Islam.

Segala-galanya demi kerana DAP, ini semua bukannya lagi fantasi atau sekadar halusinasi sebaliknya sesuatu yang hakiki. Bukankah ini semua sudah memadai sebagai bukti PAS adalah anjing DAP.

Masihkah lagi kalian redha memberi undi kepada PAS anjing DAP?

Thursday, April 5, 2012

Ku Li Calon MB Kelantan, Nik Aziz Terancam


Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang
tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran
yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk
merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut
Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab
tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan
anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan
pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula
hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun
tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang
lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti
untuk kemakmuran negeri dan rakyat.

Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri
apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan
menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan
kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang
bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik
untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai
kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa
pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah
membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya
layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz
mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau
hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti
hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO
khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan
ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata
yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai
perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah
dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam
pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan
bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan
mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan
Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin
surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990
bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong
kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li
sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan
PAS di Kelantan.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.