Showing posts with label lim guan eng. Show all posts
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Melayu Muak Penghinaan DAP

Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu.

"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).  "Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu. Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.

"Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. "Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP. "Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz. Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta. Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera. Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu. Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan. Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.

Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud. "DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz. Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaan dan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china. Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan. Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.

Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja. Menurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin melampaui batas. "Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini. "Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap  hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim. Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.

"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim. Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina? Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan. Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.

DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis. DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum minoriti? Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti. Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau. Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan. source: utusan malaysia

Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

Monday, September 10, 2012

Penjaja Tertindas 'Serbu' Majlis Hari Raya DAP


 
PULAU PINANG : Berang dengan layanan acuh tidak acuh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap mereka, sekumpulan penjaja di Padang Kota Lama nekad 'menyerbu' majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP malam tadi.

Kira-kira 20 penjaja termasuk ahli keluarga mereka berhimpun di luar Balai Rakyat Jalan Patani di sini bermula pukul 8 malam sambil membawa kad-kad yang antaranya tertera perkataan 'Lim Guan Eng pembohong', 'Mana janji Lim Guan Eng nak tolong nasib peniaga?' dan 'Mana Exco Melayu? Mana janji PRU-12'.

Mereka turut berteriak memanggil Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya keluar untuk bersemuka.

Mereka juga meminta penganjur menyampaikan permintaan tersebut selepas tiada respons diberikan oleh Abdul Malik. Namun permintaan mereka seperti tidak diendahkan terus oleh Abdul Malik yang terus menjamu selera dengan para tetamu.

Kecewa dengan keadaan tersebut, mereka cuba memasuki dewan berkenaan tetapi dihalang oleh beberapa ahli jawatankuasa penganjur sehingga mencetuskan suasana tegang dan hampir berlaku pergaduhan.

Kumpulan penjaja itu kemudian berkumpul di pintu pagar untuk menunggu Abdul Malik keluar dari kawasan tersebut.

Melihat keadaan itu, berpuluh-puluh penyokong pembangkang terpaksa membuat formasi rantaian di sekeliling kenderaan Abdul Malik bagi menghalang kumpulan penjaja tersebut merempuhnya.

Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana sebelum itu kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik dihalang dan ada di antara penjaja tersebut yang melompat ke atasnya.

Suasana kecoh tersebut akhirnya selesai kira-kira sejam kemudian apabila sepasukan polis tiba dan menempatkan balai bergerak di situ bagi mengawal keadaan.

Wakil kumpulan penjaja, M. Balakrishnan, 55, berkata, mereka terpaksa berbuat demikian kerana itu sahaja cara untuk bertemu para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang terutama yang menjaga kebajikan peniaga kecil.

Dia yang menyediakan khidmat refleksologi di Padang Kota Lama menjelaskan, sejak enam bulan lalu pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sering menghalau mereka daripada berniaga dari lokasi tumpuan pelancong itu kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Menurutnya mereka ada memohon lesen tetapi sehingga kini tidak diberi malah aduan mereka kepada pemimpin kerajaan negeri juga seolah-olah tidak dilayan.

"Kami hanya mencari makan di situ dan selama ini kamilah yang menjadi tumpuan para pelancong. Kami mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turun padang dan selesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari dan jika tidak kami akan mengadakan demonstrasi besar-besaran," katanya yang berniaga di Padang Kota Lama sejak lapan tahun lalu.



Friday, September 7, 2012

Bila Cina Tunjuk Anti Melayu!!!


Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang.  Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali sejarah negara dengan mengwirakan komunis.   Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu.
Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya.  
Bermula dari Namewee yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir dengan 'keuntungan', kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam.   Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit pun merasa bersalah atau takut.   Walaupun mereka ini kebanyakannya menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan PKR tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.   

DAP hanya sanggup bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh 'diper-anjing'kan untuk kepentingan mereka.  Kerana itu, mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka.  Walaupun DAP-PAS-PKR kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila masa.  Kita telah mencuba mengingatkan saudara-saudara kita ini mengenai sikap DAP di belakang mereka tetapi malangnya, Melayu PAS dan PKR memilih untuk membela DAP dari mempercayai saudara seagamanya, sekali gus membuktikan bahawa penghinaan DAP terhadap mereka tadi sememangnya berasas.  

Lihat saja bagaimana anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak malah melakukan lebih lagi dari mereka, iaitu menunjukkan ponggong ke atas gambar Dato' Seri Najib, Perdana Menteri kita.   Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada maruah, maka apakah ia?
Hakikatnya, kebencian DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas.  Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei. Percayalah, kebencian ini masih terus membara dan tertulis kemas di dalam prinsip mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Ingatlah, bagaimana mereka tidak segan silu menyerlahkan kebencian ini dengan enggan memakai pakaian adat dalam satu sidang dewan di Sabah atas alasan pakaian tersebut bercirikan Melayu Islam.  

Ingat juga bagaimana Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dianggap tidak penting dan perlu diabaikan oleh mereka.  Sebaliknya, kaum Cina ini berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Mandarin di Malaysia.   Strategi ini pastinya untuk menutup terus peluang pekerjaan bagi umat Melayu di sektor-sektor swasta yang sedia dikuasai kaum Cina suatu hari nanti.  Namun, Melayu-melayu totok PAS dan PKR yang dungu dan khianat langsung tidak mampu membaca strategi atau akibat dari bekerjasama dengan DAP.  Kerana itu, PAS/PKR hari ini sanggup  memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa.  Langsung mereka tidak sedar, andainya, PR menang PRU nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.  

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.