Monday, April 19, 2021

Pokok Batai Laut Telah Selesai Ditanam Ganti

 

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah sempurna menanam ganti pokok Batai Laut berikutan pokok Batai Laut berusia 127 tahun yang telah tumbang pada 17 Mac 2021 yang lalu akibat akar yang telah reput dan faktor cuaca yang tidak menentu.

http://aktivismediasiber.blogspot.com/2021/03/pokok-batai-laut-berusia-lebih-100.html



Sunday, April 18, 2021

Feri Malaysia


Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia. 

Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari. 

Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang).

Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain. 


Credit: datoensem.

Saturday, April 17, 2021

Jom Tonton Bola Boleh Dapat Motorsikal


Jom kita kasi gegau stadium Stadium Hang Jebat, pada 18 April 2021, Ahad ini. Melaka United FC menentang Selangor FC, penonton bertuah yang membeli tiket secara online dan hadir menonton di stadium berpeluang memenangi sebuah motosikal jenis Honda RS150 tajaan KenTeam Sdn Bhd melalui cabutan bertuah yang diadakan.

Inisiatif promosi ‘Jom Tengok Bola Di Stadium’ anjuran MUSA dan Melaka United FC diadakan bertujuan menggalakkan kehadiran peminat bola sepak Melaka ke stadium. Ini barulah Demi Kebanggaan Melaka! 

Harga tiket juga masih dikekalkan iaitu bagi tempat duduk berbumbung, RM20.00 dan tempat duduk terbuka, RM15.00. Bagi perlawanan pada Ahad ini, had maksimum bilangan penonton yang dibenarkan adalah seramai 4,000 orang. Apa lagi, jomlah kita kasi gegau Stadium Hang Jebat! Namun, ingat patuhi juga SOP! #KitaJagaKita 

Wednesday, March 17, 2021

Pokok Batai Laut Berusia Lebih 100 Tahun Kini Dalam Kenangan

17 Mac, Banda Hilir, Melaka - Berikutan cuaca hujan lebat diikuti kelajuan angin 6 km/j malam tadi, sebatang pokok besar yang diberi nama Batai Laut atau nama saintifiknya ‘Peltophorum Pterocarpum’ yang berusia dalam lingkungan 100 - 120 tahun berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter yang ditanam berhampiran Jam Besar, Bangunan Stadhuys, Banda Hilir Melaka telah tumbang pagi tadi.

Untuk makluman semua, sebelum kawasan Bandaraya Melaka ditambak, Pokok Batai Laut ini ditanam di sepanjang gigi air Selat Melaka sebagai simbolik sempadan kawasan.

Pihak MBMB dalam tindakan membuat kerja-kerja pembersihan dan dijangka siap petang ini. Kerja-kerja penanaman semula dari pokok jenis yang sama juga akan dibuat bagi menggantikan pokok yang telah tumbang ini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit F.RON.T MBMB telah berada di tapak bagi tujuan keselamatan awam dan kawalan lalulintas.

Rata-rata warga bandaraya menyatakan perasaan sedih di atas kehilangan pokok warisan yang banyak sejarah dan nostalgia ini.

Kredit gambar : Jabatan Landskap MBMB

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.