Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Cermin Diri Sebelum Laung Kelas Demokrasi !

Blog lidah rasmi DAP mula menemplak hasil pandangan pemimpin GPMS Kedah meminta "Sekolah Demokrasi " di pantau oleh kerajaan. Adakah itu demokrasi apabila membidas kebebasan NGO bersuara dalam memberi pandangan ? Adakah DAP demokrasi jika mesyuarat agung sendiri menimbulkan pelbagai persoalan ? Adakah demokrasi jika kepimpinan kanan PAS memberi ucapan membidas DAP di muktamar PAS akhirnya di arahkan berhenti di Penang ?

Michael Rush dan Phillip Althoff merupakan dua orang yang memperkenalkan teori sosiopolitik melalui buku Pengantar Sosiologi Politik. Dalam buku tersebut, Rush dan Althoff menerbitkan terminologi baru dalam menganalisis perilaku politik tingkat individu melalui sosio politik.

Sosiologi politik adalah proses oleh pengaruh mana seorang individu untuk mengenali sistem politik yang kemudian menentukan persepsi serta reaksinya terhadap gejala-gejala politik. Sistem politik dari input dan output politik kerajaan yang memerintah.

Lanjut, klik SINI

Friday, May 23, 2014

Memori Hitam Melayu Yang Terpadam

Apa kesilapan Tunku? Benarkah ia satu kesilapan ? Tidak boleh dinafikan, mengeluarkan Singapura salah sebuah negeri di bawah Pesekutuan Tanah Melayu telah memberi impak yang besar pada Malaysia sehingga hari ini. Biarpun peristiwa itu sudah berlalu menjangkau 45 tahun, namun Malaysia masih diancam oleh politik ala PAP yang berkiblatkan Singapura yang diamalkan DAP di Malaysia.

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Ramai cendeakiawan Melayu dan pengkaji sejarah melihat bahawa keputusan ini adalah bersifat peribadi tetapi jika Tunku bersabar dan membawa isu ini dalam meja rundingan dan perbincangan bersama kepimpinan persekutuan ketika itu, pasti ada jalan lebih baik yang boleh direncana bagi menyelesaikan masalah pergaduhan kaum di Singapura.

Punca utama kepada pergaduhan kaum ini adalah kerana Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malaysia" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Lanjut, klik SINI .

source: msdkpgpmsm

Friday, March 7, 2014

ADUN Pembangkang DAP Adalah Pengkhianat! @idrisharon66


Yakin Melaka Gateway Mampu Dilaksana Ikut Perancangan. @idrisharon66 @NajibRazak


MELAKA 4 Mac - Kerajaan negeri yakin projek pembangunan Melaka Gateway bernilai RM40 bilion yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Februari lalu mampu dilaksanakan mengikut perancangan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri juga yakin projek yang dimajukan syarikat KAJ Development Sdn. Bhd. itu berupaya menarik minat pelabur untuk melabur dalam pembangunan berkenaan. Menurutnya, syarikat tersebut telah meletakkan harapan serta cita-cita besar untuk membangunkan Pulau Melaka dan kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikannya.

"Jika setiap kali ada pihak yang datang melabur dan kita tidak memberi peluang untuk mereka melaksanakannya, ini akan memberi kesan kepada masa depan negeri ini," katanya.

Idris (BN-Sungai Udang) berkata demikian dalam sidang Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Goh Leong San (DAP-Duyong) berkaitan keyakinan kerajaan terhadap projek tersebut yang dikendalikan sebuah syarikat yang dikatakan tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2010.

Jelas Idris, projek melibatkan tiga pulau terletak bersebelahan Pulau Melaka, seluas 246 hektar itu mendapat sokongan kerajaan Pusat, malah telah diangkat sebagai projek nasional. Tambahnya, seba-nyak lima syarikat dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Si-ngapura dan telah me-nyatakan minat untuk melabur dalam projek tersebut. Idris yang sebelum itu menjawab soalan Leong San tentang perincian tapak pembangunan tersebut berkata, pembangunan tiga pulau baharu buatan manusia itu bakal melengkapi Terminal Kapal Persiaran dan Feri Antarabangsa Melaka, Melaka Gateway Marina dan International Designer Street.

Tambahnya, projek berkenaan dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 pelancong sebulan serta menyediakan 15,000 peluang pekerjaan, khususnya bagi penduduk negeri ini. "Projek berimpak tinggi ini juga bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitar Pulau Melaka," ujarnya.
source: utusanonline

Wednesday, September 12, 2012

Andai Sin Yee yang 'Buka Seluar'….


PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari.  Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?

Tentu semakin meriah dan 'bersemangat' jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu.  Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar.   Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.  


Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato' Seri Najib, tanpa membukanya.  Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.

Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah 'keberatan' untuk turut mengecam tindakan tersebut.   Kebanyakan mereka mengambil sikap 'malu alah' dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar.  Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.

Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara.   Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.

Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa. 

Ini adalah s
ama seperti yang berlaku dalam kes 'mencarut' apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara.   Alasan Nik Aziz ketika itu ialah 'Allah juga mencarut', dan diberikan contoh iaitu ungkapan 'celakalah mereka' di dalam Al-Quran.

Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh
Nik Aziz kerana kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat membezakan 'mencarut' dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran.

Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar tetapi mengecamnya.  Nasib baik sekali lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa pendirian Nik Aziz mengenainya.  Mana tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?

Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock?  Sin Yee kini cuba dijadikan 'hero' hanya kerana tangannya digari ketika ditangkap. 

Apakah Nik Aziz akan turut meng'hero'kan Sin Yee?


Monday, September 10, 2012

PR Punca Malaysia DiKategorikan Sebagai Negara Paling Biadab


Sekali lagi, majalah popular Reader's Digest telah mengadakan kajiselidik berkenaan adab dan kesopanan di 36 buah negara di dunia. Hasilnya, Malaysia yang mana 'kesopanan dan kesusilaan' termaktub di dalam Rukunegara, berada di tempat ke 34 sebagai negara paling tidak beradab.

Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak terkejut dengan hasil kajiselidik tersebut.   Yang menjadi persoalannya ialah sama ada kita merasa malu atau mengambil ringan akan perkara ini adalah sesuatu yang wajar diperbahaskan. 

Melayu yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebelum ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun.  Bahasanya beralun indah, marahnya berlapik, peribadinya merendah, geraknya berlenggok lembut.  Itulah Melayu – dahulu.  Namun, semua ini hanya tinggal kenangan. 

Alasan yang diberi apabila perkara ini dibangkitkan ialah 'survival' di era yang serba pantas dan canggih menjadikan sikap lemah lembut dan sopan santun tidak relevan lagi.  

Hujah ini tentulah tidak benar kerana bandar yang terpilih sebagai paling sopan di dunia ialah New York yang mana jauh lebih canggih, pantas dan maju.   Kenapa New York iaitu sebuah bandar di negara Mat Saleh yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan budaya kuning masih mampu mempertahankan kesopanan dan kesusilaan penduduknya?

Apa yang lebih memalukan bagi Malaysia ialah kerana negara dikenali sebagai negara Islam contoh.  Islam telah mengeluarkan manusia dari kehidupan jahiliah, membawa ketamadunan iaitu kesopanan, adat dan peraturan.  Namun, semua ini langsung tidak terserlah dalam diri rakyat Malaysia, termasuk yang beragama Islam itu sendiri.  

Masalah adab sopan mungkin tidak wajar dikaitkan dengan politik.  Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa dalam keadaan di mana hampir 80% perkara yang berlaku di dalam negara ini pasti dikaitkan dengan politik oleh rakyatnya, maka pemimpin politik memainkan peranan penting dalam mewarnai sikap rakyat. 

Tiada siapa dapat menafikan bahawa kepimpinan negara, Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai peribadi yang terpuji.  Lahir dari keluarga yang terhormat, dididik dengan penuh adab sopan dan kesusilaan.  Sifat terpuji beliau terserlah jelas dalam tutur kata dan gerak gerinya.  Begitu juga dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia atau pemimpin tertinggi UMNO yang terdahulu.    Kesemua mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, dari keturunan yang baik-baik dan mempunyai keperibadian terpuji.   Ini dapat dilihat dalam percakapan mereka yang lembut dan tenang tak kira di pentas politik, di persada dunia mahupun bersama rakyat jelata.  

Pendek kata, peribadi sopan santun rakyat Malaysia yang sebelum ini kita amat banggakan, adalah diteladani dari pemimpin kita.   Dan sikap biadab rakyat hari ini tidak boleh dipersalahkan ke atas bahu kepimpinan negara, kerana Perdana Menteri kita jelas mewarisi kesopanan dan kesusilaan yang sama hebat dengan kepimpinan terdahulu dan dari susur galur keluarganya. 

Justeru, kita wajar mencari di mana puncanya kebiadapan rakyat Malaysia. 

Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya 'Reformasi' yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban.    Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah.  Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat.  

Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.  

DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.  

Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula.   Pihak berkuasa diperlekeh.  Kepimpinan negara diperleceh.  Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali. 

Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam.   Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadap yang sama. 

Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk 'anu' kepada Puteri UMNO.   Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi? 

Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.   

Akhirnya, biadab pun menjadi budaya.  Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.  Rakyat kononnya diseru mereka agar 'mengekspresi' diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang. 

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.  

Sekiranya Malaysia ingin menebus malu berkaitan kajiselidik Readers' Digest yang menampilkan kita sebagai negara paling biadab, maka PR perlulah ditenggelamkan agar kemurnian budaya beradab sopan rakyat Malaysia dapat dipulihkan.

PAS Anjing DAP




Ya! selayaknya PAS cocok sekali digelar sebagai anjing DAP. Kenapa tidak? Banyak bukti, fakta dan realiti semasa semuanya menjurus kepada hakikat PAS adalah anjing kepada DAP.

Setianya menurut perintah si tuan dan patuh mendengar arahan lagak seperti anjing kurap hinggakan kawan sendiri pun tergamak diratah dan diterkam.

Malah prinsip perjuangan yang mendasari PAS sekian lama pun sudah tergadai, segalanya kerana mahu sesuaikan dirinya dengan kehendak dan kemahuan DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan lemah kekuatan jatidiri serta kurangnya penghormatan pada agama sendiri, PAS membiarkan saja kalimah suci Allah s.w.t digunapakai oleh penganut Kristian.

Demi kerana DAP dan disebabkan terdesaknya PAS berpaut pada kekuatan tuannya itu, akhirnya dibiarkan saja pub hiburan, rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata pelusuk negeri Selangor dan Kedah.

Demi kerana DAP dan disebabkan bacul dalam mendepani kekuatan palsu DAP, pemimpin PAS mengorbankan Hasan Ali hanya semata-mata Hasan banyak terlibat dalam gerakan membasmi kegiatan maksiat dan rumah pelacuran.

Demi kerana DAP dan disebabkan akal pemimpin PAS hanya sejengkal, satu demi satu orang Islam dibiarkan murtad sedang bila saja Jabatan Agama bertindak untuk membendungnya, jabatan agama itu pula yang PAS balun bertubi-tubi.

Demi kerana DAP dan disebabkan rendahnya sensitiviti dalam diri pemimpin PAS, satu demi satu surau dan masjid menjadi lokasi untuk pemimpin Kristian DAP melaksanakan aktiviti politik termasuklah bersenamrobik dan memberi 'tazkirah' pada orang Islam.

Demi kerana DAP dan disebabkan bangangnya PAS mengalahkan keldai, orang Melayu Islam yang dipecat oleh kerajaan DAP Pualau Pinang dibiarkan sengsara begitu sahaja dek kerana perintah pemimpin DAP dianggap jauh lebih utama berbanding untung rugi nasib saudara seagama dan sebangsa.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS lebih setiakan pada tuannya DAP, di diamkan saja perancangan DAP yang mahu mengecilkan saiz kakitangan awam walau diketahui kesannya buruk pada masa depan ramai insan.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah selesa dibelai mesra oleh si harbi DAP, semua perancangan kerajaan pusat seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA yang bermanfaat untuk rakyat dihentam diperlekehkan semata-mata untuk menggembirakan hati tuannya DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS tidak cakna pemasalahan rakyat, nasib penduduk India Kampung Buah Pala dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan, sedangkan sebelumnya PAS jugalah yang menyokong janji pembelaan yang ditaburi sekutu utamanya.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah kemaruk dengan lamunan mimpi di puncak kuasa, PAS cuba ranapkan keharmonian perancangan FELDA dengan propaganda dan tipu daya fakta demi memenuhi cita-cita DAP yang mahu melihat FELDA hancur berkecai.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS kemaruk mengejar harta duniawi, banyak tanah milik Melayu dan Orang Asli di alibabakan terutama sekali di Kelantan dan Kedah, semata-mata untuk mendapatkan komisyen bagi mengisi tabung parti dari Cina DAP dan Cina Singapura.

Demi kerana DAP dan disebabkan longgarnya semangat persaudaraan sesama Islam, PAS lebih redha bersahabat baik dengan DAP untuk melemahkan kekuatan kuasa politik Melayu Islam yang sekarang ini masih diterajui oleh UMNO yang merupakan saudara seIslam dengan pemimpin PAS.

Demi kerana DAP dan disebabkan taat setianya PAS pada perintah tuannya dari DAP, bekas Timbalan Presidennya sendiri mahu dihentam dan diperlekehkan hanya semata-mata menyuarakan cadangan supaya PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP si harbi.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS hanya berminat memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan akhirnya terpaksa dibakul sampahkan hanya kerana tidak mendapat kelulusan pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah lama sebati mempergunakan kesucian Islam demi parti, akhirnya dasar negara Islam yang berpuluh tahun dikendung keliling kampung di campak ke longkang konon katanya tiada dalam Al-Quran kini diganti dengan negara kebajikan semata-mata untuk memenangi hati pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan hidup mati PAS hanyalah mengejar kuasa duniawi dan bukannya demi ukhrawi, siang malam pagi petang sejak 1998 kerja PAS hanyalah mencuci tahi dan daki bagi menggilap dan membentuk imej suci si harbi DAP pada pandangan orang Melayu Islam.

Segala-galanya demi kerana DAP, ini semua bukannya lagi fantasi atau sekadar halusinasi sebaliknya sesuatu yang hakiki. Bukankah ini semua sudah memadai sebagai bukti PAS adalah anjing DAP.

Masihkah lagi kalian redha memberi undi kepada PAS anjing DAP?

Friday, September 7, 2012

PR Sedia RM1 Juta Untuk Penderhaka



Sehingga kini pihak polis telahpun mengedarkan 11 keping gambar yang memaparkan wajah 11 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.

Antara individu yang dikehendaki polis itu termasuklah seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai serta beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.

Menurut laporan terbaru pemuda yang menonjolkan punggung sendiri itu telahpun ditahan oleh polis beberapa jam lalu. Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar, lelaki tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.

Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda tersebut dan baki 10 orang lagi soldadu pembangkang merangkap penderhaka negara yang masih bebas.

Melalui sumber dalaman PR yang baru diperolehi, dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM 1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut dari disabitkan dengan kesalahan.

Dengan mengambil kira saiz dana tersebut, bukan satu masalah untuk PR mengupah beberapa orang peguam handalan yang pakar memutar belit fakta kes seterusnya melencongkan fokus perbicaraan mahkamah kepada isu teknikal semata-mata.

Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pembangkang berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pembangkang mahupun penjenayah tegar yang lain.

Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri. Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.

Manakala bagi PR pula, soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.

Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok, sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu beratnggungjawab.

Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai, jadinya logiklah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara, merompak, meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai.



Bila Cina Tunjuk Anti Melayu!!!


Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang.  Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali sejarah negara dengan mengwirakan komunis.   Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu.
Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya.  
Bermula dari Namewee yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir dengan 'keuntungan', kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam.   Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit pun merasa bersalah atau takut.   Walaupun mereka ini kebanyakannya menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan PKR tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.   

DAP hanya sanggup bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh 'diper-anjing'kan untuk kepentingan mereka.  Kerana itu, mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka.  Walaupun DAP-PAS-PKR kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila masa.  Kita telah mencuba mengingatkan saudara-saudara kita ini mengenai sikap DAP di belakang mereka tetapi malangnya, Melayu PAS dan PKR memilih untuk membela DAP dari mempercayai saudara seagamanya, sekali gus membuktikan bahawa penghinaan DAP terhadap mereka tadi sememangnya berasas.  

Lihat saja bagaimana anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak malah melakukan lebih lagi dari mereka, iaitu menunjukkan ponggong ke atas gambar Dato' Seri Najib, Perdana Menteri kita.   Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada maruah, maka apakah ia?
Hakikatnya, kebencian DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas.  Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei. Percayalah, kebencian ini masih terus membara dan tertulis kemas di dalam prinsip mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Ingatlah, bagaimana mereka tidak segan silu menyerlahkan kebencian ini dengan enggan memakai pakaian adat dalam satu sidang dewan di Sabah atas alasan pakaian tersebut bercirikan Melayu Islam.  

Ingat juga bagaimana Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dianggap tidak penting dan perlu diabaikan oleh mereka.  Sebaliknya, kaum Cina ini berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Mandarin di Malaysia.   Strategi ini pastinya untuk menutup terus peluang pekerjaan bagi umat Melayu di sektor-sektor swasta yang sedia dikuasai kaum Cina suatu hari nanti.  Namun, Melayu-melayu totok PAS dan PKR yang dungu dan khianat langsung tidak mampu membaca strategi atau akibat dari bekerjasama dengan DAP.  Kerana itu, PAS/PKR hari ini sanggup  memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa.  Langsung mereka tidak sedar, andainya, PR menang PRU nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.  

Wednesday, March 14, 2012

Gajah Putih Tiada...Gajah Berang Ada...


YAB Ketua Menteri Melaka menyatakan DAP memang dari dahulu lagi cemburukan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Melaka.
Kerajaan negeri buat projek ini salah, projek itu salah...apatah lagi projek-projek yang berstatus mega gamaknya... DAP menambah lagi, buat projek besar-besar yang berstatus Gajah Putih hanya membazir sahaja...YAB KM dengan nada sinis bercampur gurau... Kita mana ada buat Projek Gajah Putih, takde...yang ada Gajah Berang (perkampungan Chetty)....



Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.