Showing posts with label maksiat. Show all posts
Showing posts with label maksiat. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

DAP Bela Cina Biadap, Sing Yee Tak Tahu Cakap Bahasa Kebangsaan?


Sudah menjadi satu kewajipan bagi parti pembangkang, nampaknya, untuk membela penjenayah, pengkhianat, penderhaka, perlakuan tak senonoh dan juga biadap.  

Lihat sahaja bagaimana kerajaan PR Selangor sanggup menggunakan wang negeri untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang didakwa di mahkamah.   Sedangkan, kes-kes tersebut melibatkan individu dan bukannya kerajaan negeri.  Dan lihatlah bagaimana sehingga kini, PR tidak pernah mengambil tindakan ke atas pemimpin mereka yang terbukti rasuah, atau berkelakuan sumbang, termasuk zina, liwat, khalwat dan sebagainya, sebaliknya membela dan menutup skandal-skandal tersebut seolah-olah ia tidak pernah berlaku. 

Prinsip membela orang salah di dalam PR bagaimanapun, berada di satu tahap yang lebih tinggi bagi parti DAP.   Ini kerana DAP bukan sahaja membela orang yang bersalah atas dasar parti atau politik, tetapi juga atas dasar kaum.   Bagi DAP, jika kaum Cina yang berbuat kesalahan, mereka perlu dibela habis-habisan.  Pendek kata, walaupun individu tersebut benar-benar bersalah, dia adalah tidak bersalah selagi dia berbangsa Cina. 

Atas dasar itu, maka Ong Sing Yee yang ditangkap dan digari atas kesalahan memijak gambar Perdana Menteri dalam himpunan Janji Demokrasi anjuran PR kini menjadi 'artis baru' DAP.   Sepertimana DAP menangani kes rasuah pemimpin mereka dengan mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock dan menutup isu sebenar, seperti itu jugalah DAP sedang menangani kes kebiadapan Sing Yee.  Iaitu dengan memainkan isu bahawa pihak polis bersikap keterlaluan dan kejam kerana menggari Sing Yee yang baru berumur 19 tahun dan masih keanak-anakan. 

Menurut laporan mereka juga, Sing Yee dikatakan menangani pengakuan bersalah tanpa memahami kandungan kenyataan.  Beliau juga kemudiannya membuat permohonan maaf secara umum dalam Bahasa Mandarin.  Sama ada Sing Yee adalah seorang yang bodoh-bodoh alang atau berpura-pura tidak faham Bahasa Malaysia atau sememangnya bukan warganegara yang baik kerana tidak tahu berbahasa kebangsaan, tidak dapat dipastikan. 

Bagaimanapun kita tidak hairan jika Sing Yee benar-benar tidak faham Bahasa Malaysia kerana telah menjadi satu fenomena di mana rakyat Malaysia berbangsa Cina semakin ramai yang tidak tahu berbahasa kebangsaan. 

Ini juga merupakan bukti bahawa Sing Yee bukanlah seorang warganegara yang baik dan tidak wajar diberi muka oleh kerajaan dan pihak berkuasa negara ini.  Beliau bukan sahaja biadap dan tidak tahu menghormati pemimpin negara tetapi juga pengkhianat kerana tidak menghargai kemerdekaan negara serta tidak tahu bertutur, membaca dan memahami bahasa rasmi negara ini.   Jelas, Sing Yee langsung tidak menepati kelima-lima prinsip Rukunegara. 

Jika benar laungan DAP bahawa kaum Cina juga adalah warganegara yang setia, maka DAP wajar mengecam warganegara seperti Sing Yee.  Tetapi ini tidak berlaku kerana sememangnya, Sing Yee adalah produk DAP tulin.  Kerana itu beliau terlebih dahulu mengadu kepada DAP sebelum ibu bapanya sendiri apabila menghadapi masalah akibat perbuatannya memijak gambar Perdana Menteri.  

DAP sentiasa mengajar kaum Cina bersikap biadap terhadap kerajaan dan pihak berkuasa yang diterajui Melayu.  DAP langsung tidak kesal, jauh sekali malu apabila anak-anak kaum mereka biadap.  Malah, mereka bangga kerana anak-anak mereka berani bersikap biadap terhadap Melayu.  DAP langsung tidak berminat untuk menunjukkan keinsafan Sing Yee, sebaliknya, menunjuk angkuh dengan tidak berusaha untuk meminta maaf secara rasmi iaitu secara langsung dan bersemuka dengan Perdana Menteri.

Sedangkan, difahamkan, ibu bapa Mohamad Amar, remaja yang juga ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh ke atas gambar Perdana Menteri dalam himpunan yang sama, sedang giat berusaha untuk menemui Perdana Menteri.  Tujuan mereka ialah untuk memohon maaf secara rasmi sebagai tanda kesungguhan, keikhlasan dan keinsafan bagi pihak anak mereka. 

Lihatlah bagaimana orang Melayu mendidik anak, iaitu agar bersopan dan tahu bertanggungjawab ke atas kesalahan sendiri tanpa berdolak dalih. 

Tetapi DAP mendidik anak-anak Cina agar menafikan kesalahan, menutup kesalahan malah menuding jari kepada orang lain atas prinsip kiasu iaitu  'kaum Cina' tidak akan tunduk pada sesiapa.  

Soal moral dan nilai murni kemanusiaan adalah tidak bererti bagi puak-puak DAP yang angkuh dan tidak  berperikemanusiaan ini.   Untuk kita memahami hati perut DAP, kita boleh saja merujuk kepada insiden yang berlaku di negara asal nenek moyang mereka, China  tidak berapa lama dahulu, di mana rakyat di sana sanggup membiarkan anak kecil yang dilanggar kereta terbiar di tengah jalan.   Si kecil itu pula dilanggar bukan sekali, tetapi berkali-kali tanpa siapa peduli.   Insiden ini dimuat naik ke youtube, sekali gus menjadi gempar ke seluruh dunia.  

Begitulah juga 'keringnya' hati DAP, yang begitu berdegil untuk terus 'berkiblatkan' China sebagai tanahair mereka.  Sama seperti keringnya hati nenek moyang mereka, pengganas-pengganas komunis yang menyiksa dan membunuh anggota keselamatan negara, rakyat yang tidak berdosa termasuk anak-anak kecil tanpa belas kasihan.  

Oleh itu, kita percaya yang Sing Yee tidak pernah dan tidak akan meminta maaf kepada Dato' Seri Najib secara ikhlas kerana beliau tidak pernah insaf atau rasa bersalah.   Malah, Sing Yee kini menjadi wira anak-anak muda DAP yang berani 'menentang' kerajaan.  Mengikut ajaran DAP, biadap itu adalah baik, khianat itu adalah baik selagi ia ditujukan kepada orang Melayu. 

Justeru, di harap Perdana Menteri kita tidak akan memberikan maaf kepada Sing Yee.   Umur belasan tahun bukan alasan untuk lepas dari kesalahan.  Jika di umur ini juga masih tidak diajar agar bertanggungjawab dan memikul kesalahan sendiri, maka bila lagi?   Sing Yee adalah barah kepada negara dan siapa tahu berapa ramai lagi yang sepertinya. 

Kerajaan, khasnya pihak MCA perlu berusaha agar minda anak-anak muda Cina yang telah dipengaruhi ajaran DAP kembali menghayati Rukunegara yang lima jika kita tidak ingin melihat Malaysia huru-hara di masa hadapan.  

Friday, September 7, 2012

Maksiat Malam Janji Bersih


Selama ini, pemimpim pembangkang terutama sekali PAS acapkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi.
Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS.

Walhal dalam program termasuk ramai anak
gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran.

Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada seset
engahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakkan punggung berisi.
Agaknya, dalam program malam hari yang melibatkan campur gaul lelaki dan wanita tidak menjadi haram dan tidak dianggap sebagai maksiat selagi ianya membabitkan PAS atau sekutunya. Halal untuk mereka tapi haram pula untuk orang lain. Double standard.

Wednesday, September 5, 2012

Demokrasi ala PR ialah ‘berak atas gambar PM’


Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.
Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.
Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.
Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.
Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.
Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.
Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.
Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.
Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.
Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.
Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.
Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.
Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.
Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.
Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.
Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.  



Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.