Sunday, November 23, 2014

Persidangan Agung UMNO 2014

Selamat datang dan bersidang kepada semua perwakilan UMNO dari seluruh Malaysia ke PWTC.
25 hingga 29 Nov 2014

Sunday, September 21, 2014

Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Alor Gajah 2014


Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Alor Gajah

Tarikh: 27 & 28 September 2014

Tempat: Kompleks Rakan Muda, Lendu, Alor Gajah

Acara yang dipertandingkan adalah:

1. Bola Keranjang
2. Ping Pong
3. Sepaktakraw
4. Bola Jaring
5. Hoki
6. Bolasepak 9 Sebelah
7. Futsal

Sebarang pertanyaan dan borang penyertaan sila berhubung kepada Pejabat Belia & Sukan Daerah Alor Gajah, Kompleks Rakan Muda Lendu di talian 06-3853282 atau 06-3853800

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 September 2014

Borang penyertaan juga boleh dimuat turun di sini:-

Bola Keranjang
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWNnRjd3RqeDNJM0k/edit

Ping Pong
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWWWdZZEprNEJ4aGM/edit

Sepaktakraw
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWOXlGdVd4QkRES1E/edit

Bola Jaring
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWV3paRlc3VnZPWEU/edit

Hoki
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWSkNzcHR4SktPSVk/edit

Bolasepak 9 Sebelah
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWb1NWR01SaWUwYVE/edit

Futsal
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWeEtNaW9mVkRsS0U/edit

Syarat-syarat penyertaan 
https://docs.google.com/file/d/0BzbNtThAN4SWN01xQmpZZWtBa00/edit


Saturday, September 13, 2014

Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai Parlimen Bukit Katil 2014



1. Tarikh Program : 7 Disember 2014 (Ahad)

2. Lokasi : Dewan Tun Ali, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka
Aturcara Majlis Pernikahan : 9.00 Pagi
Aturcara Majlis Persandingan : 12.00 Tengahari


3. Warganegara Malaysia & Beragama Islam


4. Pasangan Kali Pertama


5. Bayaran : RM 2,000.00 bagi satu pasangan


6. Salah Seorang adalah daftar pemilih dalam Parlimen Bukit Katil


7. Setiap pasangan boleh menjemput 400 orang jemputan sahaja


8. Sila kemukakan salinan sijil nikah semasa penyerahan borang penyertaan







Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian 06-2331221 atau 019-6522572 atau emel ke pbpbkatil2014@gmail.com
Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Oktober 2014

Wednesday, September 10, 2014

Ustaz Hj Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN PRK #PengkalanKubor

CALON PRK DUN #PENGKALANKUBOR

Profil Ustaz/Cikgu Mat Razi:

Nama: MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219 PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.
- Isteri, Khairos bt husin guru sk. simpangan tmpat.

- Kelulusan BA(Hons) Sejarah & persuratn melayu UKM (1999) maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)

- Anak 6 org (3 lelaki 3 perempuan) Ank 1. zamir (uitam kos Art& Design) 2. nur izati(uia bhsa arab) 3. aizat (maahad tmpat) 4. nur zahirah (maahad tahfiz tanah merah) 5. nur maisarah dan zulfahmi (sk smpgn).

-Bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.AJK PEMUDA bermula 2005. AJK BAHAGIAN brmula 2009.

- Mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg. Simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru quran en daud ismail (bekas guru quran zi sndiri). Pondok di sumbg dato noor zahidi 50ribu 2013. Pengajian pelajar percuma makan percuma.

- Mula berkhidmat di 1988 sk bunohan (8 thn)1999 (smk sri kurau perak) 2002 (smk ayer lanas jeli) 2003-2008 (smk geting) guru pemeriksa sejarah.

- Di maktab pernah johan Tilawah Al-quran taranum.

- Mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar (1982 sehingga tuan guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011

Tuesday, September 2, 2014

Perzim rai 18 insan dilahirkan pada 31 Ogos

MELAKA 31 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) hari ini meraikan seramai 18 anak merdeka yang dilahirkan pada tanggal 31 Ogos termasuk dua orang genap berusia 57 tahun.

Pengurus Besarnya, Datuk Khamis Abas berkata, acara julung kali dianjurkan Perzim itu bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada rakyat negeri ini yang lahir pada Hari Merdeka. Menurutnya, sejak promosi acara berkenaan acara dihebahkan sebulan lalu, pihaknya menerima penyertaan daripada 18 individu termasuk sepasang kembar berumur empat tahun serta dua individu yang lahir pada 31 Ogos 1957.

"Perzim berasa sangat bertuah dan berbangga kerana daripada kalangan anak Merdeka ini, ada dua orang yang lahir pada 31 Ogos 1957 dan seusia dengan umur kemerdekaan negara.

Sumber/Source

Plat 'MH 370' adalah hak saya

Alor Gajah: Teka-teki mengenai siapa pemilik sebenar nombor pendaftaran kenderaan MH370 terjawab apabila ia sebenarnya ‘harta’ seorang warga emas dari Melaka. Sebelum ini, gambar sebuah kereta Proton Wira menggunakan nombor plat berkenaan menjadi ‘viral’ dan tersebar di laman sosial, tetapi sebenarnya ia hasil teknik pengubahsuaian gambar.

Gambar itu tersebar berikutan tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Semakan Metro Ahad mendapati nombor plat berkenaan yang didaftar pada sebuah motosikal Honda C70 adalah milik pesara tentera, Othman Ahmad, 68.

“Bertahun-tahun motosikal ini hanya terbiar di dalam bengkel anak sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki dari Merlimau, Jasin mahu membeli motosikal berkenaan dengan harga RM500. “Ketika itu saya tidak sedar nombor pendaftaran motosikal berkenaan sama dengan kod pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. Apabila anak sulung beritahu, baru saya tersedar dan tidak mahu menjualnya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, di sini, baru-baru ini.

source/sumber

Wednesday, August 13, 2014

UMNO Jasin sasar tarik ramai pengundi sertai parti. @idrisharon66 @HishammuddinH2O @umnoonline


9 Ogos 2014 - UMNO Bahagian Jasin menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 44,000 pengundi Melayu dalam bahagian itu menjadi ahli UMNO menjelang hujung tahun ini bagi memperkasakan lagi parti berkenaan dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Datuk Ahmad Hamzah berkata, statistik terkini menunjukkan cuma 46 peratus sahaja dalam kalangan pengundi Melayu mendaftar sebagai ahli UMNO dan jumlah itu dilihat kurang selamat untuk menghadapi PRU walaupun bahagian Jasin dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). Menurutnya, dalam mencapai sasaran itu, beliau telah menetapkan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) kepada setiap UMNO peringkat cawangan untuk mendaftar sekurang-kurangnya empat orang pengundi baharu dan ahli UMNO setiap bulan.

"Matlamat kita adalah untuk menarik semua orang Melayu menjadi ahli UMNO tetapi pada peringkat permulaan ini gerakan kita lebih menumpukan kepada mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah pengundi Melayu dalam bahagian ini mendaftar sebagai ahli UMNO.

"Di peringkat cawangan, usaha ini telah digerakkan dan mereka perlu mencapai KPI yang ditetapkan iaitu mendaftarkan empat orang sebagai pengundi dan ahli UMNO setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Lanjut, klik SINI

source: Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, July 2, 2014

Terkini: Runtuhan Bawah Tanah di Jalan Imbi, KL


Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke stesen Imbi dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan tiang monorel di simpang 4 Jalan Imbi.

Dua ADUN MCA Melaka Dilantik Sebagai Exco Baharu. @idrisharon66

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Lai Men Chong dan ADUN Klebang, Lim Ban Hong mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Melaka yang baharu di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri di sini hari ini.

Kedua-duanya yang juga wakil MCA di bawah Barisan Nasional (BN) Melaka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

YB Datuk Lai Meng Chong - Exco Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna.
YB Encik Lim Bang Hong - Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek

Wednesday, June 25, 2014

'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' tema Hari Kemerdekaan 2014 #merdeka57

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 mengumumkan 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, tema berkenaan dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Tuesday, June 10, 2014

Sesi Teh Tarik Bersama YAB Datuk Seri Ir @idrisharon66, Ketua Menteri Melaka

Sesi Teh Tarik Bersama YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Hj Haron, Ketua Menteri Melaka
Tarikh: 21 Jun 2014
Masa: 8.00 malam
Tempat: Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka

Untuk Pendaftaran sila layari Facebook Page dan daftar menerusi PM Inbox di:-

Thursday, May 29, 2014

Raja Dr. Nazrin Shah Dimahsyurkan Sebagai Sultan Perak Ke-35

RAJA Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam
DAULAT TUANKU

Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah hari ini telah dimahsyurkan sebagai Sultan Perak Ke-35.

Wednesday, May 28, 2014

AlFatihah-DYMM Sultan Perak Mangkat

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Friday, May 23, 2014

Gadis Yang Hilang Ditemui Semula. @pembelabn

 http://aktivismediaperdana.blogspot.com/2014/05/terkini-orang-hilang-di-melaka-pembelabn.html
Seorang gadis yang dilaporkan meninggalkan rumah dipercayai mengikut seorang lelaki dari Sabah berjaya ditemui dengan bantuan pihak polis.

Gadis terbabit, Nur Ain Kamaruddin, 19, dari Rumah Pangsa Sri Siantan, Bukit Baru, ditemui dalam keadaan selamat dan kini berada di bawah jagaan keluarga kepada lelaki terbabit di Sabah.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Masyarakat Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, pihaknya dimaklumkan oleh polis, gadis berkenaan ditemui pada 19 Mei lalu, iaitu kurang 24 jam selepas berita mengenai kehilangannya disiarkan di media tempatan.

"Saya pun sudah dapat menghubunginya dan bercakap dengannya. Nur Ain berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dia kini berada di sebuah daerah di Sabah.

"Usaha untuk membawa dia pulang ke Melaka akan diuruskan oleh Pembela BN dalam tempoh terdekat ini dan saya ingin tegaskan isu ini tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun culik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Kota Cemerlang di sini, semalam.

Amir Hamzah berkata, sebaik isu mengenai kehilangannya tersiar di akhbar, ibunya, Latifah Abd Rahman, 55, ada merujuk masalah anaknya itu di Pejabat Pembela BN.

"Hari ini kita bersyukur dengan bantuan pelbagai pihak terutama polis, akhirnya Nur Ain berjaya ditemui," katanya.

Memori Hitam Melayu Yang Terpadam

Apa kesilapan Tunku? Benarkah ia satu kesilapan ? Tidak boleh dinafikan, mengeluarkan Singapura salah sebuah negeri di bawah Pesekutuan Tanah Melayu telah memberi impak yang besar pada Malaysia sehingga hari ini. Biarpun peristiwa itu sudah berlalu menjangkau 45 tahun, namun Malaysia masih diancam oleh politik ala PAP yang berkiblatkan Singapura yang diamalkan DAP di Malaysia.

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Ramai cendeakiawan Melayu dan pengkaji sejarah melihat bahawa keputusan ini adalah bersifat peribadi tetapi jika Tunku bersabar dan membawa isu ini dalam meja rundingan dan perbincangan bersama kepimpinan persekutuan ketika itu, pasti ada jalan lebih baik yang boleh direncana bagi menyelesaikan masalah pergaduhan kaum di Singapura.

Punca utama kepada pergaduhan kaum ini adalah kerana Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malaysia" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Lanjut, klik SINI .

source: msdkpgpmsm

Thursday, May 22, 2014

PGPF Outreach Programme-Melaka: ''Energising Global Peace'' (Remembering Al-Nakba)


Salam Perjuangan...
Semua dijemput hadir ke Perdana Global Peace Foundation Outreach Programme bertemakan Energising Global Peace sempena Hari Peringatan al-Nakba 15 Mei 1948 pada 24 Mei 2014 (Sabtu) jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan SMK (A) Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka. 

Antara pengisian adalah pencerahan visi & misi Perdana Global Peace, video kesengsaraan & penderitaan rakyat Palestin dan perkongsian pengalaman peristiwa Rachel Corrie & persembahan kebudayaan. Perasmian oleh YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron, Ketua Menteri Melaka. Tetamu kehormat Tan Sri Norian Mai, Pengerusi PGPF. "Palestin Kami BersamaMU"

Wednesday, May 21, 2014

Pendaftaran Sebagai Pemilih Parlimen Belia Malaysia

Proses mengemaskini maklumat emel bagi pemilih yang berdaftar dengan Sistem Parlimen Belia Malaysia telah dibuka.
Tuan/Puan yang ingin mengemaskini maklumat emel terkini, boleh terus ke
http://epbm.parlimenbelia.gov.my
dan klik pada pautan [DISINI] untuk Pertama kali Pemilih daftar masuk.
Sebarang masalah boleh emel kepada pbm@kbs.gov.my atau hubungi 0388713317/3290

Boneka DAP... !!!

Monday, May 19, 2014

Terkini: Orang Hilang di Melaka. @pembelabn

Baru dapat perkhabaran dari Pusat Pembela BN Melaka mengenai kejadian terbaru iaitu kes orang hilang.


Nama mangsa: Adik Nur Ain bte Kamarudin

Umur: 18 Tahun

Pekerjaan: Gedung Family Store, Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

Tinggal: Flat Sri Siantan Bukit Baru, Melaka

Hilang pada awal bulan Mei ini, dipercayai ikut teman lelaki yang berasal dari Sabah. Sebentar tadi (19 Mei 2014) emak mangsa telah datang ke Pejabat Pembela BN Melaka setelah beliau (ibu mangsa) mendapat mesej dan panggilan telefon berunsur ugutan yang dipercayai teman lelaki mangsa (orang Sabah) yang meminta memasukkan duit sebanyak RM 2000.00 ke dalam akaun beliau (teman lelaki), jika duit berkenaan tidak dilaksanakan, mangsa tersebut akan dilacurkan.

Kepada anda semua yang mempunyai maklumat, sila laporkan kepada balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pejabat Pembela BN Negeri Melaka di talian 06-2320220 atau 019-3868888.

Kerjasama anda semua didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad. @DATB53

Pengisian Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad

Permohonan adalah dipelawa daripada Anak Melaka berumur 20 hingga 40 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Syarikat Air Melaka Berhad.

Borang permohonan boleh dimuatturun di SINI .

Semua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama sama salinan sijil kelayakan yang telah diperakui sah sebelum atau pada 21 MEI 2014 (RABU).

Hanya satu salinan Borang Permohonan dikehendaki diisi bagi satu-satu jawatan dan hendaklah disampaikan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Melaka Berhad
Peti Surat 15
75900 Melaka

Permohonan yang lewat diterima selepas dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan

DAP Politikkan Isu SMJK Pulau Sebang @idrisharon66 @umnomasjidtanah @SulaimanmdAli @yasin_mat @emysamsudin


Friday, May 16, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERINGATAN NAKBA 1948 KALI KE-66 TAHUN.

 10 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HARI NAKBA

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin. Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram Palestin.

2. Peristiwa traumatik ini mewujudkan krisis pelarian Palestin. 2/3 daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel. Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang. ‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."


4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah. Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati. Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing. Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel. Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966. Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan. Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.



7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia. Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah. Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".
 
10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika. Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat.
Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

Dan tahukah anda bahawa para tentera Isreal menghapus dan melenyapkan hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta?!

"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

NAKBA, hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL!

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.