Thursday, March 5, 2020

PN Melaka tarik balik kerjasama 2 ADUN BERSATU

5 Mac 2020 - Perikatan Nasional (PN) Melaka menarik balik kerjasama dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata ia membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.


Sumber : Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/662146/pn-melaka-tarik-balik-kerjasama-2-adun-bersatu

Tuesday, March 3, 2020

Kerajaan PH Melaka Tumbang, Gabungan Baru Dijangka Bentuk Kerajaan

Kerajaan PH Melaka Tumbang, Gabungan Baru Dijangka Bentuk Kerajaan



Kerajaan Pakatan Harapan negeri Melaka tumbang apabila Barisan Nasional (BN) negeri itu mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan perkara itu, berkata gabungan itu hari ini mendapat 17 kerusi DUN sekaligus mereka akan sama-sama membentuk kerajaan negeri yang baru.

Kerajaan Pakatan Harapan negeri Melaka TUMBANG


2 Mac – Pengerusi Barisan Nasional Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Dato' Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan negeri Melaka tumbang apabila Barisan Nasional (BN) negeri itu mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain. ketika mengumumkan perkara itu, berkata gabungan itu hari ini mendapat 17 kerusi DUN sekaligus mereka akan sama-sama membentuk kerajaan negeri yang baru.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.