Tuesday, May 4, 2010

Pilihan Raya Kecil - P212 Parlimen Sibu

Tarikh Penamaan Calon : 8 Mei 2010
Tarikh Pengundian : 16 Mei 2010

Pendapat ramai menyatakan yang PRK 212 Sibu adalah yang paling sengit. Sebab pertembungan antara 2 wakil parti dari kaum Cina iaitu MCA dan DAP. Jika suara pengundi Cina di Hulu Selangor lebih memihak kepada pembangkang adakah di Sibu situasinya pun turut sama. Ada pandangan mengatakan keadaan di Sibu berbeza dengan Semenanjung. Nampaknya jika DAP kalah maka ianya adalah rekod untuk Barisan Nasional setelah berjaya menewaskan calon PAS di Bagan Pinang, calon PKR di Hulu Selangor dan kini calon DAP dari Pakatan Rakyat. Maka lengkaplah pakej Barisan Nasional untuk menundukkan PKR.

Jadikan UMNO lebih terbuka


PUTRAJAYA 3 Mei - Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Sabtu lalu dan akan berakhir 15 Jun depan merupakan masa terbaik bagi menunjukkan bahawa transformasi dalam parti untuk menjadi lebih terbuka, inklusif dan demokratik telah mula berlaku.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap platform itu akan digunakan sepenuhnya untuk pemimpin cawangan menyampaikan misi, visi dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.

''Pindaan-pindaan yang telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 telah mula dilaksanakan.

''Ini bermaksud dari aspek transformasi melalui pindaan perlembagaan, UMNO adalah jauh lebih terkehadapan berbanding parti-parti pembangkang.

''Rakyat sememangnya menunggu-nunggu perubahan ini malah dalam pertemuan saya di peringkat akar umbi sejak akhir-akhir ini semangat perubahan di dalam parti kini amat terasa kerana ahli-ahli kita di akar umbi amat sayangkan perjuangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

UMNO yang dianggotai 3,478,393 orang mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara.

Menurut Hishammuddin, antara perubahan dalam parti yang telah berlaku ialah:

n Memberikan lebih ruang dan tempat kepada Wanita iaitu dengan penambahan seorang ahli Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi.

n Mempermudahkan keahlian dengan menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan RM2 sebagai yuran seumur hidup.

n Menghakupayakan ketua-ketua sayap untuk membolehkan mereka menerima keahlian baru.

Hishammuddin berkata, perubahan yang berkaitan dengan pemilihan dalam parti akan dilaksanakan secara berperingkat dari sekarang hingga tahun pemilihan.

Tegas beliau, apa yang penting ialah agenda transformasi dalam UMNO telah bermula dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli akar umbi bagi mengukuhkan parti serta merealisasikan hasrat rakyat dan Presiden.

Kata beliau: ''Saya berpandangan bahawa perkara yang sama juga perlu dilaksanakan secara bersama-sama oleh seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana di dalam perubahan landskap semasa ini rakyat akan lebih yakin dengan perjuangan kita jika mereka dapat melihat perubahan ini berlaku secara menyeluruh oleh semua parti.

''Kita perlu bergerak seiring dan senada. Kita tidak ada pilihan kerana ini adalah kehendak rakyat dan BN wajar menjadi parti yang menerajui perubahan tersebut."

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.