Friday, May 29, 2015

Vote For Melaka - Bot Berhias Negeri Melaka 2015 (Magic Of The Night 2015‬). @Idris_Haron @ppspmmrc @aasmaliana @nizam_pb @kerajaanmelaka


VOTE FOR MELAKA!

Flotilla from our historical state, Malacca with the tagline 'Incomplete Visit Melaka Without Cruising Melaka River'.

VOTING STARTS NOW!

Let's vote for your favourite boat to win the Most Popular Boat Award.
Results will be announced on 31 May 2015, Sunday.
Like and share as much as you can!
‪#‎MagicOfTheNight2015‬ ‪#‎MOTNSelfie2015‬ ‪#‎MyFest2015‬

Sila klik link di bawah utk Undi Bot Berhias Negeri Melaka...
Vote For Melaka...
https://www.facebook.com/mymotac/photos/a.498869003516242.1073741879.486269461442863/839967726073033/?type=1&theater


Hebahan: Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015. @Idris_Haron @ppspmmrc @aasmaliana @nizam_pb @kerajaanmelaka

Festival Antarabangsa Sungai Melaka kembali lagi pada tahun ini dan akan bermula pada 30 Mei hingga 14 Jun 2015. Marilah beramai-ramai hadir bagi menambahkan kemeriahan & kecerian Majlis Perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 pada 30 Mei 2015 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Dataran Muara Sungai Melaka.
Maklumat lanjut, sila klik: https://www.facebook.com/melaka.rif

Thursday, May 28, 2015

Halatuju Belia Islam

-Gambar Hiasan-
BELIA adalah tonggak dan penerus generasi sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai keupayaan luar biasa memandangkan dari segi tenaga, mereka sangat kuat dan keupayaan yang cukup jauh untuk mereka membina kekuatan.

Di samping itu, golongan belia mudah dipengaruhi cara berfikir dan corak hidup sesebuah masyarakat yang di anggap mereka sebagai masyarakat maju dan berjaya. Asas penilaian itu disandarkan kepada kemajuan ekonomi semata-mata. Rata-rata masyarakat terbabit adalah masyarakat luar dimana cara hidup mereka berbudayakan corak hidup ‘hedonisme’, iaitu corak hidup yang mengutamakan kepuasan hawa nafsu. Corak hidup demikian memberi keutamaan dan keluasan kebebasan mutlak kepada individu untuk berperanan dalam kehidupan masyarakat.

Pendekatan kepada corak kehidupan sedemikian akan mengundang banyak permasalahan kepada kestabilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.
Dalam lingkungan usia yang suka mencuba, belia tanpa asas pandangan hidup yang luhur dan meyakinkan, mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya ‘hedonisme’.

Lanjut, klik SINI.

Wednesday, May 27, 2015

Hebahan: Fiesta Riuh Sakan Utusan/Mingguan/Kosmo 29~31 Mei 2015. @Idris_Haron @ppspmmrc @aasmaliana @nizam_pb @kerajaanmelaka @DatukDrAbuBakar



FIESTA RIUH SAKAN UTUSAN/MINGGUAN/KOSMO!
29 – 31 MEI 2015 (JUMAAT ~ AHAD)
DATARAN 1 MALAYSIA, PANTAI KLEBANG, MELAKA


29 MEI 2015 (JUMAAT)

10.00 pagi - Persiapan
- Aktiviti bermula
- Gerai Jualan
- Cabutan Menang Sakan UOLS!
- Klik2 Pose - Studio Utusan
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Kaunter JPJ
- Lukisan Karikatur
- Bestnyer! – Aktiviti sampingan
- Lelong / Harga Runtuh Produk Utusan
- Penebusan Kupon Kosmo! / Utusan / Julie’s

8.30 malam - Perasmian Fiesta Riuh Sakan
UM/MM/Kosmo!

- Konsert Riuh Sakan!
Cabutan Menang Sakan UOLS

30 MEI 2015 (SABTU)

9.00 pagi - Moh Kaler!
(Pertandingan Mewarna Kanak- Kanak)

10.00 pagi - Aktiviti bermula

- Gerai Jualan
- Cabutan Menang Sakan UOLS!
- Klik2 Pose - Studio Utusan
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Kaunter JPJ
- Lukisan Karikatur
- Bestnyer! – Aktiviti sampingan
- Lelong / Harga Runtuh Produk Utusan
- Jom Karok! (Saringan)
- Pameran Auto
- Penebusan Kupon Kosmo! / Utusan / Julie’s

3.00 petang - Suka Suki Telematch

4.00 petang - Syok Abis! Jumpa Selebriti

8.00 malam - Rileks Santai Bersama Penceramah dan
Selebriti Jemputan

- Cabutan Menang Sakan UOLS

31 MEI 2015 (AHAD)

9.00 pagi - Zumba bersama Puteri UMNO

- Pertandingan Bola Sepak Pantai

10.00 pagi - Aktiviti bermula
- Gerai Jualan
- Cabutan Menang Sakan UOLS!
- Klik2 Pose - Studio Utusan
- Pameran Auto
- Lelong / Harga Runtuh produk Utusan
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Lukisan Karikatur
- Kaunter JPJ
- Bestnyer! – Aktiviti Sampingan
- Penebusan Kupon Utusan / Kosmo / Julie’s
- Wow! Magik
- Jom Karok!
(Peringkat Saringan dan Peringkat Akhir)

3.00 petang - Suka – Suki Telematch
- Mini Explorace

4.00 petang - Syok Abis! Jumpa Selebriti
Cabutan Utama Menang Sakan UOLS!

5.00 petang - Penyampaian Hadiah
- Jom Karok!

- Peraduan Namakan Saya E-paper

Thursday, May 14, 2015

Pertandingan Memancing Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Pertandingan Memancing Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.

Saksikan Kejohanan Muaythai SMD Melaka Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Saksikan Kejohanan Muaythai Seni Mempertahankan Diri Melaka 2015 Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka & Kelab Muaythai Kala Merah.

Penampilan Artis-Jom Gegau Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Temui Lela, Noh Hujan, CaliphBusker's, Ekin AF3 dan ramai lagi pada 16 Mei 20015 (Sabtu), jam 9.00 malam di pentas utama HBN Melaka, Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka.

Pertandingan Fotografi Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

"PERTANDINGAN FOTOGRAFI" Sempena Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2015
Bermula 15 - 17 Mei 2015 (sila baca terma & syarat)
Pelbagai hadiah menarik menanti anda
Anjuran Gerakan Belia Bukit Durian Melaka Dengan Kerjasama PBSD Melaka Tengah

Wednesday, May 13, 2015

Jadual Penuh Aktiviti Dan Acara Sambutan HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron


Jadual Pelaksanaan Program & Aktiviti

 SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) 2015 PERINGKAT NEGERI MELAKA
(KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1 MALAYSIA – JOM KE PUTRAJAYA 2015)
Bertempat: Di Dataran 1MALAYSIA Klebang, Melaka
Tarikh: 14 Mei 2015 – 17 Mei 2015

14 MEI 2015 (KHAMIS)
Jam 8.00 malam
1).Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat HBN Melaka 2015
Masjid Klebang, Melaka

15 MEI 2015 (JUMAAT)
Jam 2.00 petang
1).Solat Hajat Sempena HBN Melaka 2015
Masjid Klebang, Melaka

Jam 3.00 petang
2). Majlis Perasmian “Melaka Youth Exhibition Festival” HBN 2015
Datuk Lim Ban Hong (Adun Klebang)
Pentas Utama HBN Melaka 2015 (Dataran 1 Malaysia, Klebang)
MGBD/PBSD

Jam 4.00 petang
3). Walkabout “ Melaka Youth Exhibition Festival” HBN 2015
Area 01 Dataran 1 Malaysia, Klebang

Jam 7.00 malam
4). Solat Magrib Berjemaah
Melaka Youth Islamic Night Malam Cinta Allah Dan Rasul
Masjid Klebang, Melaka

Jam 8.00 malam
5). Maulid Di’ Baie (Kumpulan Ar- Rayyan)
Melaka Youth Islamic Night Malam Cinta Allah Dan Rasul
Pentas Utama HBN Melaka 2015
Dataran 1 Malaysia

6). Halaman Ilmu Bersama Ustaz Dzulkarnain Hamzah dan Iwan Syahman
Melaka Youth Islamic Night Malam Cinta Allah Dan Rasul
Pentas Utama HBN Melaka 2015
Dataran 1 Malaysia

16 MEI 2015 (Sabtu)
Jam 7.00 pagi
1). Zombie Run
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Fikri 013-3333851

2). Jopana Fun Ride
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Sahadah 013-2030000
hingga petang

3). KBS Cup 2015
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Mohsein 012-5989559
Sehingga petang

4). Beach Soccer
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Arena Fm 019-9825295
hingga petang

5). Extreme Sport Comp
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Kelab Sukan Lasak MAGS
012-3265064
hingga petang

6). 3 On 3 Street Basketball
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Persatuan Bola Keranjang Melaka 019-6658810

Jam 8.00 pagi
7). Aerobikthon Fest
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Maia 012-6180573

Jam 9.00 pagi
8). Tempatan Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
Seir 017-3696809
hingga malam

9. Melaka Food Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
MGBM 010-7662560
hingga malam

10). Gadget World Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
JBS
hingga malam

11). Soopa Doopa Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
Dod Event 017-3696809
hingga malam

12). Pavilillion Showcase
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
MGBD/PBSD
hingga malam

13). Eh Eh Bazar
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
EH EH Bazar 016-6264946
hingga petang

14). Pancing Fiesta
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Ae Event
019-6223877

Jam 10.00 pagi
15). Melaka Sprint Race
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
1MIM 017-3592909

16). Perasmian Pavillion Daerah Melaka Tengah
Dirasmikan oleh YB Senator Tuan Zali Bin Mat Yasin
Dataran 1 Malaysia
En. Mohd Jazwin Bin Abd Rahman

Jam 11.00 pagi
17). Warna Warni 1 Malaysia
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Dinesh 012-2507068

Jam 12.00 tengahari
18). Perasmian Pavillion Daerah Jasin
Dirasmikan olehYB Datuk Wira Ahmad Bin Hamzah
Dataran 1 Malaysia
En. Mohd Syahmi Bin Md Lasa

Jam 2.00 petang
19). Perasmian Pavillion Daerah Alor Gajah
Dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Mas Ermieyati
Dataran 1 Malaysia
En. Sodikin Bin Ali

Jam 3.00 petang
20). Youth Music Fest
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Rasyid 017-3626790

Jam 5.00 petang

20). Satria At HBN
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Fitri 017-6012920
hingga malam

21). Superbike Parede
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
TMC 019-6844133
hingga malam

22). Supercar Parade
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
1MIM 017-3592909
hingga malam

23). The Tarik Session (Car Showcase)
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
1MIM 017-3592909

Jam 7.00 malam

24). Majlis Perasmian HBN 2015
Oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Seketeriat

Jam 8.00 malam
25). Soup Kitchen Project
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
MGBM 012-2923025

Jam 9.00 malam
26). Konsert HBN 2015
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Seketeriat

17 MEI 2015 (Ahad)
Jam 7.00 pagi
1). Zumba Festival
Melaka Youth Exhibition Festival
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Body Rock 016-6625083
hingga petang

2). KBS Cup 2015
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Mohsein 012-5989559
hingga petang

3). Beach Soccer
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Arena Fm 019-9825295
hingga petang

4). Extreme Sport Comp
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Kelab Sukan Lasak MAGS
012-3265064
hingga petang

5). 3 On 3 Street Basketball
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Persatuan Bola Keranjang Melaka 019-6658810

Jam 8.00 pagi
6).Kid’s Colouring Contest
Melaka Youth Day Out
Dataran 1 Malaysia
Pn Amy Kristina
011-23690178

Jam 9.00 pagi
7). Poco-Poco Showcase
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
DOD Event
017-3696809

8). Tempatan Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
Seir 017-3696809
hingga malam

9). Melaka Food Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
MGBM 011-7662560
hingga malam

10). Gadget World Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
JBS
hingga malam

11). Soopa Doopa Fest
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
DOD Event
017-3696809
hingga malam

12). Pavilillion Showcase
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
MGBD/PBSD
hingga malam

13). Eh Eh Bazar
Melaka Youth Exhibition Festival
Dataran 1 Malaysia
EH EH Bazar 016-6264946

Jam 10.00 pagi
14). Tarik Tali Battle
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Persatuan Tarik Tali
012-6134198

Jam 11.00 pagi
15). Arm Wrestling Battle
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Lee 012-2276511
hingga petang

16). Muaythai Battle
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
Mohsein 012-5989559

Jam 2.00 petang
17). The Tarik Session (Car Showcase)
Melaka Youth Get Active Festival
Dataran 1 Malaysia
1MIM 017-3592909

Jam 3.00 petang
18). Most Wanted (beauty Body)
Melaka Youth Get Active Festival
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
Persatuan Bina Badan Negeri Melaka
012-7680874

Jam 8.00 malam
1). Soup Kitchen Project
Melaka Youth Day Out
Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia
MGBM 012-2923025

SEBARANG PERUBAHAN JADUAL HARI BELIA NEGARA 2015 TERTAKLUK KEPADA SEKRETARIAT.

Melaka Youth Get Active Festival Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Pelbagai aktiviti lasak dan pertandingan menanti anda pada 15, 16 & 17 Mei di HBN Melaka 2015.
Jangan lupa hadir...

Melaka Youth Day Out Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Pelbagai acara dan aktiviti menanti anda di HBN Melaka 2015. Jangan lupa janjitemu anda bersama HBN Melaka...

Melaka Youth Exhibition Festival Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Pelbagai gerai semasa HBN Melaka, pada 16 & 17 Mei 2015 daripada jam 9 pagi hingga 10 malam.
Jangan lupa hadir...
1. Youth Uptown
2. Food Festival
3. Eh Eh Bazar
4. Pavilion Showcase
5. Food Truck Festival
6. Car Showroom
7. Gadget World Festival
8. Tempatan Fest
9. Soopa Doopa Festival



Stock Car Race Challenge Melaka Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Kejohanan Y-Centre @KBS Tamiya Mini 4WD Basic 2015
Stock Car Race Challenge Melaka Sempena Hari Belia Negara Peringkat Melaka 2015.


Melaka Youth Islamic Night Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron


MELAKA YOUTH ISLAMIC NIGHT
Majlis Halaman Ilmu Yang Penuh Pengisian Dengan Jemputan Khas :-
Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Iwan Syahman & Imam Muda Ustaz Aran.
Bertempat: Di Pentas Utama HBN Melaka 2015 Dataran 1 Malaysia Klebang.
Tarikh: Pada Hari Jumaat 15 Mei 2015
Masa: Bermula Jam 7.00 Malam.
Semua dijemput hadir

Monday, May 11, 2015

Zumba Fever Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Kepada anda yang berminat boleh daftar secara online di:
http://www.studiobodyrock.com/registration.php 

Zombie Invasion 2015 Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:-
Nadia 0145005717
Ahlam 0173575982

Melaka Aerobikton Fest 2015 Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron


Y-Centre BootCamp Challenge Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Kategori yang akan dipertandingkan secara Individu lelaki/perempuan & berkumpulan.
1. Demo Challenge pada 15 Mei 9.00 malam
2. Acara INDIVIDU bermula 16 Mei 9 pagi - 12 tghari.(pendaftaran di booth)
3. Acara BERKUMPULAN (4 org- Mix) bermula 17 Mei 9 pagi- 12 tghari (pendaftaran di booth)
4. 50 pendaftaran terawal akan menerima cenderahati

Kepada anda yang berminat dan ingin mendaftar untuk Challenge & sesi taklimat Challenge, sila hadir pada 15.05.15 jam 9.00 malam di pentas utama program tersebut.

Pertanyaan lanjut sila hubungi:
Che Yam 019-6904934
Mido Kent 012-2930588
Zul Cebi 013-3534567
Amieyflexx 013-6839484

Jopana Fun Ride Sempena HBN Melaka 2015. @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

• Date : 16 Mei 2015
• Flag Off Location: Dataran 1 Malaysia, Klebang Melaka
• Distance : +-20km
• Flag Off : 8.00AM
• Fee: RM15 per participant
• Pay to: 163019487133 (Maybank Nasyrul Athhar Haron)

For any enquiries :
Nasyrul Haron : 013-3330457
Mohamad Faizol : 014-7751060
Mohd Fairuz AK: 017 - 2099920

Selamat Menyambut Hari UMNO Ke-69, 11 Mei 1946 - 11 Mei 2015.


Kukuhkan Tunjang Solidariti Dan Semangat Transformasi UMNO. @emysamsudin

Kenyataan media Ketua Pergerakan Puteri UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-69.

UMNO sejak dahulu tidak pernah terlupa baris frasa di dalam Perlembagaan parti untuk terus memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera . Pada masa yang sama tetap menghormati kaum dan agama yang lain.

Kerana itu, Pergerakan Puteri UMNO melihat, sambutan tahun ini merupakan anjakan fasa penyatuan ahli di dalam parti dan menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersoladiriti seperti yang dilaungkan di hadapan kira-kira 2,752 perwakilan UMNO pada perhimpunan agung tahun lepas.

Difinisi penyatuan harus sentiasa tersemat di dalam setiap ahlinya, dari akar umbi sehingga ke kepimpinan tertinggi, maksudnya harus jelas dengan semangat untuk memastikan keutuhannya. Ia menjadi lambang solidariti yang tidak akan tergugat dengan apa juga anasir luar serta gangguan yang cuba memecahbelahkan parti. Ia semangat muafakat yang perlu difahami dari asas sehingga pelaksanaan demi memastikan kekuatan solidariti serta sentiasa muhasabat diri yang menjadi ramuan serta resipi rahsia parti untuk terus mengemudi negara.

Pergerakan Puteri juga menyedari pelbagai cubaan dan dugaan dalam landskap politik negara hari ini yang mensasarkan untuk melunturkan tahap kepercayaan masyarakat kepada UMNO secara keseluruhannya. Namun Pergerakan Puteri melihat apa juga bentuk rintangan dapat diatasi dengan kematangan fikiran kepimpinan tertinggi parti dalam memastikan perjuangan parti tidak pernah tersasar daripada landasan asal. Sambutan Hari UMNO kali ini merupakan signifikan kepada usaha berterusan setiap ahlinya untuk mengukuhkan tunjang utama dalam survival Melayu serta rakyat negara ini secara keseluruhannya. Pergerakan Puteri melihat maksud angka 69 kali ini boleh diumpamakan atau digambarkan sebagai perlambangan satu konsep dalam falsafah Cina iaitu 'yin dan yang' yang membawa maksud saling bergantungan dan berkait rapat di antara satu sama lain.

Pergerakan Puteri membawa difinisi 'yin dan yang' ini dalam skop serta dimensi yang lebih luas, iaitu membawa parti dalam aliran yang mengikut peredaran zaman sejak dahulu serta corak politik
terkini selaras dengan pembangunan teknologi. Tidak dapat dinafikan kemajuan teknologi menjadi pemangkin dalam unsur transformasi parti. Sehubungan itu Pergerakan Puteri melihat corak pentadbiran di dalam kepimpinan juga harus digembeling agar tidak berada di takuk lama dan tradisional. Pada usia UMNO hari ini, parti tidak lagi boleh dilihat berpegang kepada dan percaya dengan taktik mencari sokongan dengan cara yang digunakan sejak zaman dahulu. Anjakan di dalam cara menarik sokongan harus diterap dalam gaya kontemporari. Strategi menawan pengundi dan rakyat harus diberi nafas baharu sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat untuk bersama UMNO. Oleh sebab itu, pelapis Puteri UMNO sentiasa bersedia belajar dan menuntut ilmu daripada tokoh dan ikon parti untuk berdiri di barisan hadapan jika parti diganggu, menyerang jika parti diancam selain berada di hati rakyat sebagai pembela sepanjang zaman.

Ulang tahun UMNO adalah simbolik parti tidak pernah melupakan orang-orang lama yang selama ini menabur jasa serta bakti dalam usaha mengangkat parti sehingga berada di tahap ini. Mungkin ada yang sudah pergi meninggalkan kita, namun semangat dan inspirasi tetap tersemat dan menjadi kitab suci rujukan kepada mana-mana ahli yang baharu belajar bertatih, berjalan dan menyerahkan sepenuh jiwa kepada sebuah parti keramat orang Melayu yang bernama UMNO.

Semoga UMNO terus menjadi parti teras orang Melayu dan menjadi pohon dengan dedaun merimbun serta memayungi rakyat negara ini untuk zaman berzaman.

Selamat ulang tahun ke-69 UMNO

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Puteri UMNO Malaysia

Sunday, May 10, 2015

Tabung Haji Seharusnya Lebih Sensitif Dari Awal Urusniaga. @emysamsudin

Kenyataan Media Pergerakan Puteri UMNO

Pergerakan Puteri UMNO meminta Tabung Haji (TH) bersikap lebih sensitif dari awal urusan jual beli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)

Pelbagai isu mengenai pengurusan risiko harus dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan membabitkan dana awam diputuskan walaupun disifatkan dapat memberi keuntungan kepada rakyat untuk jangka masa panjang. Puteri UMNO tidak mahu sebarang kes 'sudah terhantuk baharu tengadah' seperti yang berlaku dalam isu pembelian tanah ini berulang pada masa hadapan yang dilihat boleh mengurangkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Seperti sedia maklum, pada tengah hari Sabtu, Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim memaklumkan mendapat nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjual balik tanah TRX yang dibeli dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta ekoran kontroversi. Bagaimanapun, kenyataan Azeez bahawa kini sudah ada tiga pembeli yang berninat dan TH dijangka akan mengaut keuntungan melalui transaksi tersebut disifatkan melegakan dan menguatkan hujah Azeez untuk mengelakkan fitnah pembelian itu yang didakwa demi menyelamatkan 1MDB. Pergerakan Puteri UMNO juga tetap bertegas tidak akan bertoleransi dengan sebarang usaha atau langkah pembelian apa sahaja hartanah dan aset oleh mana-mana agensi berkepentingan rakyat dan kerajaan dengan menggunakan dana awam tanpa penerangan terperinci kepada masyarakat.

Bagaimanapun, Puteri UMNO tetap mahu pihak mana-mana berkenaan memberi penjelasan terperinci terhadap apa juga alasan yang diberi walaupun pada awalnya ia dikatakan pelaburan jangka masa panjang sekali gus menguntungkan pendeposit serta TH sendiri di dalam operasi mereka. Pembabitan 1MBD didalam transaksi ini sebenarnya masih menimbulkan tanda tanya pada saat syarikat itu sendiri masih dibelenggu kemelut dan di dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Puteri UMNO menggesa satu kajian komprensif terhadap sebarang urusniaga dengan agensi kerajaan melibatkan dana awam membabitkan 1MDB yang mungkin diteruskan pada saat ia masih di dalam siasatan PAC selain banyak dikritik serta dipersoal masyarakat termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Puteri UMNO tidak mahu transaksi urus niaga di antara TH dan 1MDB ini menjadi faktor pengurangan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN, kerana itu bukan sahaja TH, namun kedua-dua agensi perlu memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat terhadap tindakan mereka sebelum ini.

Seperti diketahui juga, beberapa nama di dalam pengurusan tertinggi TH yang mempunyai kaitan dengan 1MDB turut menjadi persoalan. Dalam isu berkaitan, Puteri UMNO mahu mana-mana individu yang mempunyai kepentingan di dua syarikat melibatkan kerajaan dan dana awam dikaji semula untuk mengelakkan konflik kepentingan dan sikap bias individu yang berkenaan dalam membuat keputusan. Umum juga sedia maklum proses penyiasatan terhadap 1MBD sudah berada di fasa terakhir dan sebarang isu yang timbul hanya akan mengganggu siasatan selain memburukkan persepsi terhadap agensi berkenaan. Sebagai cadangan, Puteri UMNO melihat TH seharusnya perlu memberi sedikit masa dan menunggu siasatan PAC terhadap 1MDB selesai sebelum mengambil keputusan mengumumkan pembelian tanah yang dikatakan membawa keuntungan jangka masa panjang berkenaan.

TH perlu memaklumkan alasan tidak mengumumkan keputusan mereka yang tidak mengumumkan pembelian tanah TRX pada awal urusniaga agar masyarakat mempunyai kefahaman terhadap keputusan TH itu selari dengan agensi pelaburan seumpamanya di negara ini. Pada pemikiran saya, pendeposit harus memberi kepercayaan kpd tabung haji apabila organisai tersebut telah mentadbir TH dgn baik sebelum ini. Pendeposit akan mendapat dividen yg tinggi. Namun dalam usaha meraih semula kepercayaan pendeposit, TH harus memberikan penjelasan yg lebih meyakinkan dalan isu urusniaga pembelian tanah tersebut.

Bagaimanapun, sedikit persoalan mengenai kadar semasa tanah juga perlu diberi penjelasan kerana pendeposit merasakan dana pembelian itu melibatkan wang mereka sendiri agar situasi menang-menang diterima daripada pihak kerajaan, agensi terlibat dan sentiasa mengutamakan isi hati rakyat pada akhirnya.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Ahli Parlimen Masjid Tanah

'Road Tour' HBN Melaka 2015 Peringkat Daerah Alor Gajah. @Mod_nadzri @nizam_pb @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

 

9 Mei 201, Alor Gajah - Sekitar 'Road Tour' Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015 peringkat Daerah Alor Gajah telah diadakan di bandar Alor Gajah dan pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka sempena Hari RTM & Japerun Tanjung Bidara.

 
Program ini diadakan sempena promosi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015 yang bakal diadakan di Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka bermula dari 15 hingga 17 Mei 2015. Semua dijemput hadir.


Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.