Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Ku Li Calon MB Kelantan, Nik Aziz Terancam


Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang
tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran
yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk
merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut
Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab
tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan
anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan
pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula
hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun
tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang
lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti
untuk kemakmuran negeri dan rakyat.

Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri
apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan
menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan
kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang
bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik
untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai
kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa
pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah
membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya
layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz
mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau
hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti
hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO
khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan
ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata
yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai
perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah
dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam
pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan
bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan
mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan
Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin
surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990
bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong
kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li
sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan
PAS di Kelantan.

Wednesday, April 4, 2012

PRU 13: BN Ada Peluang Menang Besar

Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai. Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka.

Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah.
Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.
Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan. Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.

Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.

Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat. Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun. Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara.

Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air. Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi?

Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi. Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.

Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.

Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum. Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.

Monday, April 2, 2012

PANASS!!! PAKATAN PENIPU AKUI PTPTN TIDAK AKAN DI HAPUSKAN JIKA MEREKA BERKUASA !!!


Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat.
Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading.
Niat pakatan untuk memansuhkan PTPTN sebelum ni satu pembohongan semata mata,tujuan mereka hanyalah untuk memancing pengundi muda yang kali ini menjadi mojoriti pengundi untuk pru13.Pekara ini dijelaskan sendiri oleh yusmadi apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading.

Jadi sudah pasti isu PTPTN ini sengaja ditimbulkan supaya mereka dapat menarik lebih ramai pelajar yang masih berhutang dengan PTPTN menyokong mereka. Mereka juga menuntut kerajaan menghapuskan hutang PTPTN sebelum menjelangnya PRU13 jika berjaya ianya akan dijadikan modal untuk mereka seolah mereka berjaya menekan kerajaan untuk menghapuskan hutang tertunggak PTPTN.

Jika mereka berjaya ke putrajaya sekali pun,PTPTN tetap tidak dihapuskan kerana ianya masih berguna untuk anak anak Melayu untuk menyambung pelajaran..

Jadi semua ini hanya pembohongan
pakatan untuk musim PRU.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.