Showing posts with label sang saka malaya. Show all posts
Showing posts with label sang saka malaya. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Pemimpin PR Bertelagah Isu Bendera




Tidak sukar untuk kita jangkakan PRU 13 kelak bukan sahaja akan menjadi medan tempur politik yang paling mencabar dan paling mendebarkan untuk dihadapi oleh pihak pakatan pembangkang yang bernaung di bawah PR.

Ditambah pula dengan segala kesilapan strategi dan kontroversi yang sengaja diundang, tak mustahil PRU itu nanti akan menjadi kubur besar noktah penamat untuk kerjaya politik ramai pemimpin PR.

Ketika masih ramai khalayak umum masih tergiang-giang telinganya dengan kontroversi melalut Mat Sabu yang memuja muji Mat Indera Komunis akhir tahun lalu, tahun ini pembangkang mengulangi lagi kontroversi dengan mencabar kehormatan panji negara.

Saat rakyat masih lagi segar ingatannya dengan hinaan YB DAP yang sengaja menghina dan memperlekehkan Jalur Gemilang dan lebih mendaulatkan bendera DAP, kini amarah rakyat dibakar lagi dengan kibaran sang saka Malaya di malam kemerdekaan negara yang ke 55.

Berpuluh tahun panji negara, Jalur Gemilang berkibar megah tanda kedaulatan dan kemerdekaan tanahair tercinta ini, tiba-tiba timbul idea gila si pemuda yang terlalu memuja Ketua Umum PKR tampil mahu mengubah dan menukar panji kebanggaan anak bangsa.

Bukankah ini jelas menonjolkan sikap tidak patriotik dan seperti sengaja dirancang untuk mencabar kehormatan panji serta sejarah kemerdekaan negara?

Bila isu ini semakin menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap pakatan pembangkang, mulalah masing-masing di pihak PR berbelit lidah mencipta alasan demi alasan untuk mengasingkan diri dari terpalit dengan perbuatan biadap dan tidak patriotik tersebut.

Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR dalam satu kenyataan misalnya telah berkata yang rekaan bendera tersebut langsung tiada kaitan dengan AMK mahupun PKR, sedangkan umum mengetahui pencipta asal bendera sang saka Malaya adalah Najwan Halimi yang sekarang ini adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR.

Manakala AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pula dalam pada menafikan hasrat PR untuk menukar bendera Jalur Gemilang, tidak pula secara terbuka berani mengecam tindak tanduk liar yang ditunjukkan oleh peserta Janji Demokrasi yang mengibarkan bendera sang saka Malaya.

Sama ada PKR mahupun PAS, sekarang masing-masing mahu mencuci tangan tidak mahu mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan, walhal idea menukar panji negara untuk diubah kepada 'sang saka Malaya' datangnya anak didik mereka sendiri.

Sekarang mereka saling bertelagah menuding jari tidak mahu mengakui segala kontroversi yang berlaku itu datangnya dari doktrin mereka yang terlalu mendahulukan politiking kepartian sehingga melupakan peri pentingnya mempertahankan kehormatan panji kemerdekaan tanahair.

Justeru itu, janganlah sampai menangis tidak berlagu bila kelak rakyat yang semakin meluat dengan permainan kontroversi yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang akhirnya membulatkan tekad menghumban mereka dalam pilihanraya akan datang.





PAKATAN RAKYAT MAHU ULANGI TRAGEDI 13 MEI


 
Pada perayaan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun, pembangkang benar-benar menampakkan belang mereka sebenar.

Bermula dengan tindakan menolak tema 'Janji Ditepati' dan menukarnya kepada 'Sejiwa Sebangsa Senegara' dan seterusnya menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan secara berasingan dengan menggunakan tema rekaan sendiri, Pakatan Rakyat telah mendedahkan perancangan licik mereka sekiranya berjaya merampas Putrajaya.

Ini dibuktikan dengan tindak tanduk biadap penyokong pembangkang memijak-mijak gambar Perdana Menteri dan melakukan aksi yang sungguh mengaibkan kepada gambar pemimpin utama negara.

Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang yang bertindak liar dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan yang rasional telah menghina gambar isteri Perdana Menteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seperti perhimpunan haram Bersih 1.0 da
n 2.0, himpunan Janji Demokrasi pada ambang 31 Ogos lalu telah dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda untuk bertindak di luar batas undang-undang.

Golongan muda telah dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat s
ebagai balaci untuk menjalankan politik kotor mereka.

Ini termasuk mengibarkan bendera baru bagi Malaysia ciptaan pembangkang yang mereka panggil Sang Saka Malaya.

Tindakan tersebut terang-terang boleh ditakrif sebagai menentang Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung kerana bendera Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan simbol Ketua Negara Malaysia.

Di Selangor, Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lebih tinggi kedudukan daripada Sultan yang bersemayam di takhta.

Tidakkah ini membawa maksud jelas bahawa jika berkuasa antara perkara yang dipertama akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah menghapuskan institusi raja-raja Melayu.

Tindakan tidak menjemput Sultan Selangor pada sambutan kemerdekaan serta membenarkan Anwar berucap walaupun beliau hanya Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1, jelas membayang tragedi ngeri yang bakal menimpa negara jika pembangkang dibenarkan memerintah.

Walaupun pemimpin pembangkang dari PKR, PAS dan DAP berpura-pura kononnya tidak tahu menahu mengenai tindakan peserta Janji Demokrasi serta menafi terbabit, Pakatan Rakyat tidak lagi boleh berselindung bahawa merekalah dalang sebenar.

Pembangkang sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Semua fitnah dan tohmahan tidak memberi apa-apa kesan, malah jika dilihat daripada lebih 150,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Bukit Jalil, pembangkang berada keadaan yang amat tertekan dan panik.

Kini taktik pembangkang hanyalah satu iaitu mencetus kekecohan, rusuhan jalanan dan memporak-perandakan negara.

Mereka bukan sahaja telah menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agung dan Sultan Selangor tetapi juga menanam bibit-bibit kebencian di dalam jiwa anak-anak muda.

Daripada membimbing generasi muda ke arah jalan yang menguntungkan negara, pembangkang memilih untuk merosakkan pemikiran dan minda mereka.

Tidak lain tidak bukan ini semuanya adalah perancangan rapi Anwar untuk mengambil alih pemerintahan negara dengan menukarnya kepada sistem republik.

Anwar mahu mengapi-apikan emosi golongan pelajar dan muda supaya bertindak ganas melakukan revolusi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipinan semasa krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 dahulu.

Bukankah beliau pernah berkata seperti mana 'Arab Spring' yang menjatuhkan pemerintahan di Tunisia, Mesir dan Libya, beliau juga menjangkakan 'Malaysian Spring' akan juga berlaku di negara ini.

Apa yang berlaku di persekitaran Dataran Merdeka pada malam menjelang 31 Ogos lalu adalah amat menakutkan kerana ia menandakan senario yang lebih dahsyat sekiranya perkembangan membimbangkan ini tidak dibendung segera.

Apakah rakyat akan melihat keadaan yang yang lebih kecoh dan huru hara semasa kempen PRU ke 13 nanti?

Pembangkang tahu rakyat kini tidak menyebelahi mereka lagi kerana tembelang busuk mereka telah pecah.

Jadi untuk memastikan impian ke Putrajaya tidak terbantut dan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak terkubur, Anwar dengan bantuan dana serta media asing akan berusaha untuk menggambarkan imej buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun ada rahmat disebalik apa yang berlalu pada malam 31 Ogos tersebut.

Rakyat kini sedar dan insaf sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat pada PRU nanti, tidak ada jaminan pembangkang tidak akan menindas hak-hak mereka pula.

Pembangkang hanya menggunakan rakyat sebagai jalan pintas ke Putrajaya namun ingatlah pepatah Melayu, habis madu sepah dibuang.







Apa Motif PR Cadangkan Bendera Mirip Komunis?




Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut.  Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi. 

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007.  Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini. Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun.  Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945. PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis. Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya.  Gabungan ini  bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.


    Sang Saka Merah Putih

Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa.  Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning.  Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa?  Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme? Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.

Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini.  Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula. 

Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?
Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita  sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah?  Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia.  

Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini.  PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku.  Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.






Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.