Thursday, March 10, 2016

Tidak Lengkap Melawat Melaka Jika Tidak Menyusuri Sungai Melaka-ITB Berlin 2016

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron diwawancara oleh Mr Sebastian Bischert, Senior Manager, Creation & Projects SkyMedia untuk Skynews Berlin sempena pameran perdagangan pelancongan dunia International Tourismus Borse (ITB) 2016 yang bermula pada 9 hingga 13 Mac 2016 di Messe Berlin, Jerman.


Monday, March 7, 2016

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BARISAN NASIONAL MELAKA/KETUA MENTERI MELAKA SOKONGAN PADU KEPADA YAB PRESIDEN UMNO/PERDANA MENTERI MALAYSIA. @Idris_Haron @nizam_pb

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI BARISAN NASIONAL MELAKA / KETUA MENTERI MELAKA
SOKONGAN PADU KEPADA Y.A.B. PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI MALAYSIA SEJURUS SELEPAS MESYUARAT KHAS BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA PADA 6 MAC 2016 DI SERI BENDAHARA, AYER KEROH MELAKA.
1. BN Melaka sejak dulu, kini dan selamanya berpegang teguh kepada tuntutan ajaran mentaati ulul amri. Justeru pendirian kami dan seluruh ahli BN Melaka memberikan SOKONGAN PADU kepada Presiden Parti dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, adalah sentiasa konsisten dan mantap.

2. Kami menghormati hak individu untuk masuk dan keluar parti atau mana-mana organisasi. Kita juga menghormati dan menghargai sumbangan dan jasa para pemimpin parti dulu dan masa kini. Namun kami menolak dengan sekeras-kerasnya tindakan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mahyuddin Md Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain yang merupakan perbuatan derhaka terhadap BN dan perjuangan ahli parti.

3. BN Melaka sebulat suara mendesak agar tindakan segera dan sekeras-kerasnya terhadap semua mereka yang sekongkol dengan Deklarasi Rakyat. Di samping meminta semua pucuk pimpinan parti komponen BN mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli yang turut bersama.

4. Wajar diingat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara penyebab utama BN kalah di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen. Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan political monster dan pengkhianat kepada BN, UMNO dan negara.

5. Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih peranan unifying factor Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang yang menyatukan pembangkang di atas satu pentas untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui system demokrasi.

6. Kami telah mempelajari dari sejarah getir perselisihan antara pemimpin sehingga menyebabkan UMNO berpecah pada awal tahun 1950an dan diharamkan pada tahun 1988. Lantaran untuk mengelakkan sejarah pahit itu dari berulang lagi maka BN Melaka menolak sebarang usaha yang boleh mengundang perpecahan serta melemahkan kepimpinan parti tanpa menghormati semangat bermesyuwarah dan setiakawan.

7. Kami amatlah kesal dengan gelagat beberapa orang pemimpin UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak pembangkang yang pernah memijak gambar pemimpin BN dan menghina, mencarut, mencaci serta menghalau orang Melayu supaya balik ke hutan pada tahun 1969 semata-mata untuk memuaskan nafsu politik mereka.

8. Tindakan 58 individu ini melalui Deklarasi Rakyat yang mendesak supaya YAB Dato’ Sri Mohd Najib meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri bukan sahaja tidak mewakili hasrat majoriti 31 juta penduduk Malaysia bahkan juga tidak menghayati prinsip demokrasi serta memperlekehkan pula mandat yang telah diberikan oleh majoriti rakyat kepada beliau pada tahun 2013 lalu.
Sesungguhnya tindakan mereka itu bukanlah untuk kepentingan rakyat. Ianya adalah untuk memuaskan nafsu mereka sendiri yang tidur sebantal tetapi bermimpi lain-lain.

9. Kami fahami tuntutan rakyat masa kini ialah inginkan kerajaan menangani dengan berkesan global headwinds dalam persekitaran geo-politik dan sosio-ekonomi yang amat mencabar agar kesejahteraan hidup mereka akan terus meningkat.

10. BN Melaka mengajak semua rakyat agar bersatu padu dan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri atas semangat setiakawan BN. Beliau masih mampu dan bersedia meneruskan mandat, amanah dan tanggungjawab untuk menerajui negara ini bagi merealisasikan tuntutan serta aspirasi rakyat.

11. BN negeri Melaka mengesyorkan agar dilucutkan semua jawatan kerajaan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Penasihat PETRONAS, Pengerusi PROTON dan Pengerusi Yayasan Pemimpin Perdana.

12. BN Melaka menyeru kepada semua ahli BN dan rakyat Malaysia agar terus memantapkan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadidan kekal beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan berpegang kepada cogan kata UMNO: BERSATU, BERSETIA , BERKHIDMAT.

BN Melaka
6 MAC 2016

Tuesday, March 1, 2016

Raptor Watch 2016, 12 March 2016. @Tourism_Melaka @Idris_Haron @aasmaliana @misrommatleham @SahabatMediaMka

Raptor Watch 2016 is flying back to the shores of Tanjung Tuan!  It will be held on March 12th, 2016 (Saturday) at the Tanjung Tuan Forest Reserve.  Staple favourite activities including guided walks/arts & craft/games will be featured, but don’t forget to visit the main stars of the event – our majestic raptors who will be circling around the iconic Cape Rachado lighthouse at the top of the hill!

https://mnsraptorwatch.wordpress.com/2016/01/27/raptor-watch-2016/

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.