Showing posts with label pijak gambar muka PM. Show all posts
Showing posts with label pijak gambar muka PM. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Isu Bendera: PR Cuba Kelirukan Rakyat


Setelah kantoi ingin menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera yang seakan-akan Indonesia, Singapura dan komunis, Pakatan Rakyat kini terkebil-kebil cuba mencari alasan yang masuk akal untuk menjelaskan isu ini. 

Mulanya mereka pantas menafikan yang mereka punya rancangan untuk menukar bendera Malaysia tetapi di masa yang sama, mereka langsung tidak mengecam tindakan membawa bendera yang lain dari bendera Malaysia ke sambutan Hari Merdeka.  Malah, Anwar sendiri bertindak membela tindakan tersebut sebagai tiada salahnya kerana ia adalah bendera Sang Saka Malaya. 

Bagi seorang pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri untuk mengtidak-apakan perbuatan mengibar bendera lain selain bendera Malaysia di Hari sambutan Hari Kemerdekaan Negara adalah pelik sekali.  Hari Kemerdekaan adalah hari keramat di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat secara rasminya.  

Apa lagi yang boleh menjadi simbol utama kedaulatan itu selain dari bendera negara?   Jika bendera negara sudah diketepikan dan terdapat pula risalah menolaknya diedarkan, bagaimana ia masih dianggap tidak apa oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin PR? 

Persoalannya kini ialah, kenapa Anwar atau PR cuba menafikan niat sebenar mereka untuk menukar bendera Malaysia?  Kenapa mereka tidak mengakuinya saja sedangkan seluruh rakyat sedia maklum akan niat tersebut melalui tindakan pemimpin mereka sebelum ini yang menghina bendera Jalur Gemilang.  

Kenapa PR perlu gusar apabila bendera tersebut dikaitkan dengan komunis, Indonesia dan Singapura?  Sedangkan seluruh rakyat tahu bagaimana pemimpin mereka membela Mat Indera, malah Chin Peng sebagai wira. 

Nampaknya PR ingin terus berdolak dalih mengenai agenda mereka sendiri.  Seharusnya, mereka berani menyatakan secara terus terang niat sebenar mengenai rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia.   PR wajib menyatakan ideologi dan hala tuju sebenar perjuangan mereka sebagai anak jantan dan tidak perlu lagi berselindung di sebalik perjuangan 'hak asasi', 'kesamarataan' atau pun 'Negara Islam', 

Tetapi ini tidak berlaku.  Apakah yang pemimpin PR takutkan? 

Mungkin alasannya ialah takut ditangkap dan dipenjarakan atas akta hasutan atau ancaman kepada keselamatan negara. 

Namun, bukankah perjuangan itu memerlukan pengorbanan?  Bukankah Anwar juga yang sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyi yang ditangkap kerana mempertahankan perjuangan? 

Pastinya kerana Anwar bukan pemimpin yang setaraf dengan mereka-mereka itu walaupun benar beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan. 

Bezanya, Anwar ditangkap kerana meliwat dan salahguna kuasa bukan kerana mempertahankan ideologi atau apa-apa perjuangan.  Malah Anwar tidak ada masalah dengan sistem pemerintahan negara pada ketika beliau ditangkap serta berjaya mengumpul kroni dan harta yang bertimbun melalui sistem yang sama.  Segala-gala tentang negara ini hanya menjadi tidak betul selepas beliau dipecat. 

Dan tentu sekali, sebagai biseksual tegar, Anwar tidak cukup jantan untuk mengakui perjuangannya yang sebenar iaitu ke arah menubuhkan Republik Malaysia serta menghapuskan Raja-raja.  Anwar takut masuk penjara lagi kerana beliau sebenarnya seorang pengecut dan tidak sanggup meninggalkan kemewahan dan keselesaan yang dinikmatinya di luar penjara.  

Kerana itu, Anwar membiarkan Najwan Hilmi sendirian menjawab isu mencipta bendera baru sedangkan beliau dan pemimpin-pemimpin lain menafikan sebarang hubungkait dengannya. 

Walaubagaimanapun, hakikatnya, Anwar dan PR telah pun kantoi dan mereka sendiri tahu bahawa penafian mereka tidak lagi bermakna. 

Kini, Anwar dan DAP pastinya jenuh memikirkan strategi baru untuk menutup niat sebenar mereka manakala PAS pula jenuh memikirkan hujah dan mencari dalil untuk membela apa jua penjelasan DAP dan PKR mengenai isu bendera, hatta mengenai Republik Malaysia, jika perlu. 

Sampai bila PR akan mengelirukan rakyat?  Dan apakah masih ada rakyat yang terus keliru dengan agenda sebenar PR setelah segalanya kini terbongkar? 




Wednesday, September 5, 2012

Demokrasi ala PR ialah ‘berak atas gambar PM’


Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.
Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.
Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.
Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.
Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.
Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.
Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.
Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.
Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.
Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.
Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.
Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.
Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.
Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.
Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.
Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.  



Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.