Showing posts with label dap rasis. Show all posts
Showing posts with label dap rasis. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Bukti DAP Rasis: Lantik Cina Jaga Hal Ehwal Melayu


Sejauh mana agaknya DAP menyangka mereka mampu menipu orang-orang PAS atau orang-orang Melayu kononnya parti itu bersifat terbuka dan menerima berbagai kaum secara sama rata?  Sebodoh-sombong manakah DAP sehingga menyangka yang orang Melayu semuanya bodoh seperti mereka juga?  

Jika DAP tidak bodoh, maka, apa ke jadahnya parti itu melantik seorang Cina untuk menjaga hal-ehwal Melayu?  

Inilah yang berlaku dalam Kongres DAP 2012 yang lalu di mana setelah semua Melayu yang bertanding untuk Jawatankuasa Kerja Pusat DAP (CEC) kalah, maka parti itu cuba menutup sifat rasis mereka melalui lantikan di bawah kuota Melayu.  

Antara yang dilantik ialah Zairil Khir Johari iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.  Untuk pengetahuan semua, Zairil juga adalah CEO Penang Institute (badan pemikir DAP).  

Tentu ramai yang hairan dan tidak percaya bagaimana Guan Eng atau DAP boleh melantik seorang Melayu bagi jawatan-jawatan penting ini sedangkan di mana-mana syarikat yang dikuasai Cina, untuk menaikkan pangkat seorang Melayu yang layak ke tahap pengurusan atasan juga adalah sesuatu yang mustahil.  

Setelah mengkaji latarbelakang Zairil maka kehairanan ini pun terjawab.  Dan jawapan yang didapati pula disahkan sendiri oleh laman pro-pembangkang iaitu Suara PR.    

Jawapannya ialah kerana Zairil bukan seorang Melayu tetapi Cina.  

Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah.  Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.   Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga.  Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun.  Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil.  

Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya.   

Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP.

Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu.   Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum.  

Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu.  

Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita?   Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita.  Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan 'orangnya'.  

Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan 'orang-orangnya'.  

Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP?  

Tidak ada tafsiran lain lagi yang lebih tepat selain dari DAP terlalu angkuh dan terlalu membenci Melayu untuk meletakkan seorang Melayu sebagai wakil Melayu.   Dan selagi boleh, DAP akan cuba mengelak, menipu dan memanipulasi keadaan bagi memastikan Melayu terus dibelakangkan dalam parti, dalam ekonomi dan dalam segala-galanya.   

Laman Suara PR boleh cuba membentangkan berbagai alasan berbentuk undang-undang dan perlembagaan untuk menjustifikasikan perlantikan Zairil, namun ia tidak akan dapat menutup hakikat keangkuhan dan sifat perkauman DAP yang tiada taranya.  

Tuesday, October 23, 2012

Melayu Muak Penghinaan DAP

Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu.

"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).  "Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu. Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.

"Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. "Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP. "Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz. Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta. Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera. Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu. Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan. Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.

Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud. "DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz. Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaan dan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china. Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan. Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.

Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja. Menurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin melampaui batas. "Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini. "Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap  hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim. Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.

"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim. Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina? Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan. Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.

DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis. DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum minoriti? Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti. Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau. Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan. source: utusan malaysia

Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.