Monday, April 26, 2010

Tahniah kepada YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor

Walaupun hujan telah turun di awal petang, ini tidak membantutkan sama sekali jentera-jentera dan penyokong yang datang untuk memenuhi Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baru untuk sama-sama mendengar keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Keputusan ini juga memberikan isyarat bahawa parti tunggak dalam BN, UMNO telah hampir pulih dan rakyat telah kembali semula memberikan sokongan atas kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti.


Ketika pengumuman keputusan PRK P094 semalam, kita tertanya-tanya kemana menghilangnya calon sebelah sana? Tidak mau kah dia mengucapkan tahniah kepada pemenang? Mungkin dia tidak menemui jalan untuk majlis pengumuman keputusan itu (kerana kakinya tesepak botol), atau kudanya sudah tidak mampu berlari?

Kini BN kembali menegakkan panji-panji di Hulu Selangor manakala bagi parti pembangkang pula, sudah pasti selepas ini pelbagai tuduhan akan dilemparkan berikutan kejayaan BN. Apa pun rakyat sudah membuat keputusan, maka hormatilah.

Akhirnya kejayaan P094 PRK Hulu Selangor milik Barisan Nasional



Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat awal kebangkitan semula parti itu di Selangor apabila menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 25 April 2010.

Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.


Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kali terakhir BN menguasai kerusi Parlimen tersebut ialah pada tahun 2004 juga melalui Palanivel.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dicapai oleh BN dalam sepuluh pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Friday, April 23, 2010

Lompat Si Katak Lompat !!!


LOMPAT SI KATAK LOMPAT.. LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI... CEPAT LAH KATAK CEPAT, ANWAR SUDAH KANCING GIGI!!!

Pelbagai percubaan pembangkang untuk mengusik kerajaan barisan nasional, contoh terbaru bila mereka melancarkan buku grene kartun yang ditulis dan dilukis oleh kartunis pro-pembangkang... pelbagai watak digambarkan... ada katak gemuk... katak pendek... hidung besar.. hidung panjang... budak kaca mata (bukan band penyanyi) dan banyak lagi..

buku tersebut sememangnya bertujuan nak menyindir mereka yang dok lompat parti meninggalkan budak kaca mata @ Anwar "si pengkhianat bangsa" namun dilihat telah menganjak hala tuju tersebut kearah lain.. dari sudut pandangan berbeza sebenarnya memperlihat betapa Anwar gagal menjaga kroninya menyebabkan hari ini beliai hidup dalam ketakutan akibat rahsia2 beliau semakin dibongkar oleh katak yang melompat..

Dengan sinis ada diselitkan katak melompat kedalam tong najis.. jika dilihat dari sudut lain... pada dekad 60an.. Abu Bakar Hamzah selaku Naib Presiden PAS telah mengatakan bahawa UMNO ialah Tong Najis.. dan dua dekat kemudian.. CIFU BABI: Anwar Ibrahim telah melompat masuk ke dalam UMNO... rupanya secara tak langsung kartun tersebut bukan menyindir katak2 tadi ... tetapi secara hakikat menyindir si CIFU BABI...

Rahman Shaari:

" Dalam pemerhatian saya, terbitnya kata2 sarkastik, baik 'tong taik' manupun 'barua politik'. adalah hasil dorongan tokoh yang bercita2 untuk menduduki tempat tertinggi. malah tempat tertinggi dalam pentadbiran negara. karyawan ini menggunakan kata2 itu seakan2 lahir dari jiwa yang murni, padahal berlaku di sebalik gangguan pengaruh dan hasutan bertalu2. tanpa gangguan itu, kita tahu, Pyan Habib sebenarnya jauh lebih sopan, apatah lagi beliau adalah penyair yang berjaya.."

sebenarnya banyak penulisan dan karya didalam bukut tersebut yang mempunyai makna yang menganjak... kadangkala bila kaduk naik junjung... dia lupa akan jungjung juga yang akan menjatuhkan beliau.

source: http://umbmelaka.blogspot.com/

NIK MELARANG UMAT ISLAM P94 BERSALAM DENGAN KAMALANATHAN


Nik Aziz bersalam dengan si kafir Lim Kit Siang
ok je..kenapa pulak hari ni PAS kata HARAM org Islam (khususnya di Hulu Selangor) bersalam dengan calon BN iaitu Kamalanatan?? Adakah Kit Siang adalah muslim??

Thursday, April 22, 2010

Akibat Menurut Rasa Amarah Fariz Di Tahan



Fariz dan skuad AMK ditahan dilokap polis Kuala Kubu Baru. Mereka akan direman 4 hari kerana mensabotaj bahan kempen BN semalam.

Kumpulan ini juga didapati membawa senjata tajam bersama mereka dengan alasan untuk memotong banner dan poster. Apa kejadahnya bawak pisau lipat besar untuk potong poster dan banner? Pisau seposen kan dah cukup..

Khalid Minta Ahli dan Pemimpin Tinggalkan PKR


Khalid Ibrahim nampaknya semakin tertekan dengan situasi pari mereka dan kegagalan beliau dalam menangani isu keluar parti dalam PKR.. kenyataan beliau semalam menampakan beliau semakin tertekan kerana satu demi satu kepimpinan PKR dan ahli keluar parti.. Bukan seorang tetapi sekurang-kurangnya 34 orang pemimpin PKR telah meninggalkan PKR tersebut termasuk mereka yang telah mengasaskan PKR.. Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti


SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika mendapatinya tidak sesuai lagi. Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu. "Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya galakkan.


Ini menunjukan PKR tidak lagi releven kepada masyarakat... Kepimpinan PKR dibawah Khalid yang meneraju negeri selangor nampaknya tidak lagi telus.. antara kepincangan Khalid: Gagalan melaksanakan menifesto Pakatan Rakyat di SelangorBerjaya menjadikan meletakan 'Babi' lebih selesa (dalam aircond) daripada rakyat miskin di SelangorGagal menunaikan janji memungut kutipan jualan pasir negeri yang kononnya RM150juta.. Berjaya membawa calon bermoral rendah sebagai pemimpin.Berjaya melantik kroni beliau sendiri secara runding terus dan bukan menerusi tender terbuka.Berjaya melahirkan kroni-kroni PKR yang sentiasa menuntut habuan atas projek2 di negeri selangor ni baru sedikit.. sedangkan banyak lagi kepincangan beliau dalam menerajui PKR selangor

BN MEMANG TOLAK... PAS JUGA PATUT TOLAK... ZAID SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT...



Zaid Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin... sudah tentu tidak akan disokong oleh penyokong Barisan Nasional... hatta penyokong PAS juga seharusnya memikirkan perkara ini sebagai satu topik serius... Mengapa??


Zaid adalah seorang peminum arak. Biarpun ada yang mempersoalkan sama ada gambar itu superimposed atau tidak, tidak ada mana-mana pihak yang berani menafikan bahawa Zaid seorang peminum arak. Sila lihat di sini untuk gambar Ziad dalam satu majlis (klik) dan artikel dari Jocelyn Tan (klik).Zaid adalah seorang penjudi kuda (klik).Pegangan agama Zaid adalah tipis sehingga mencadangkan loteri untuk sukan (klik) sehingga menyebabkan Pas memusuhinyaPandangan Zaid tentang murtad tidak selari dengan pandangan ulama (klik)Zaid menolak hudud (klik)Inilah manusia munafik yang tidak layak menjadi pemimpin... SO APA LAGI... UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL!!!!

Undilah Barisan Nasional PRK Hulu Selangor



Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dari dulu lagi mengamalkan semangat 1 Malaysia.

Haram salam Kamalanathan?


PAS ketika ini bersungguh-sungguh memperkenalkan slogan ‘Pas for All’ atau ‘Pas untuk semua.’ Ia bertujuan menarik sokongan daripada masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun apa yang berlaku di sebuah restoran berhampiran pasar Bukit Beruntung, semalam ketika calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan melakukan walkabout bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik Pas tetapi juga boleh memalukan umat Islam.

Ia kerana ketika menghampiri sebuah meja untuk bersalaman, seorang lelaki berkopiah enggan menghulurkan tangannya kepada Kamalanathan. Tanpa memandang ke wajah calon BN itu, lelaki berkenaan berkata, ‘‘Sokong Pas, haram salam”.

Namun tiada riak marah di wajah Kamalanathan sebaliknya dengan senyuman terukir, Kamalanathan memohon maaf dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar.

Kata-kata itu bermaksud oleh kerana menyokong Pas maka haram baginya untuk bersalaman dengan Kamalanathan, bukan kerana Kamalanathan berketurunan India tetapi disebabkan beliau mewakili BN.

Malang sekali Pas masih mempunyai penyokong yang berfikiran jumud seperti itu. Takkanlah kerana berbeza fahaman politik hendak bersalam pun tak boleh atau mungkin juga dia berbuat demikian kerana marah memandangkan calon BN itu dilihat lebih berpeluang menang berbanding calon PKR yang disokong oleh Pas.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.