Wednesday, October 30, 2013

PAS Kedah Benci Ulama!

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
 
Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah 'rojak @ pasembor'.
 
Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.
 
Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan. Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan. Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri. Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.  "Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.
 
Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka. Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman. Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.
 
Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama. Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.  "Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah" marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.
 
Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara.

PRK Sg Limau: Pengundi Sungai Limau Mesti Berani Berhijrah

Pekan Sungai Limau di dalam daerah Yan, Kedah sudah begitu sinonim dengan PAS.  Sejak Almarhum Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN tersebut pada 1995, kawasan itu bagai tidak boleh ‘ditembus’ lagi oleh Barisan Nasional.   

Selama itu juga, kawasan itu tidak pernah berubah walaupun secara keseluruhannya, negeri Kedah mengalami pembangunan yang agak rancak.  Sungai Limau berada di sisir perairan Selat Melaka dan mempunyai potensi besar untuk membangun dari segi pelancongan.  Namun, ini tidak berlaku dan penduduk Sungai Limau juga seolah-olah sudah ‘mangli’ dengan kehidupan santai begitu.   Mungkin juga, itulah cara hidup yang dipromosikan PAS sejak dahulu lagi iaitu, hanya mengejar akhirat dan mengtidak-apakan soal dunia.

Sekali imbas, Sungai Limau dilihat menepati mana-mana kampung di Kelantan dari segi mentaliti penduduknya dan juga landskapnya.   Terdapat beberapa sekolah agama dan sekolah pondok di sini tetapi ianya tidak terjaga.  Wujudnya hanya sebagai syarat bagi mengesahkan niat untuk mencari akhirat. Walhal, hanya beberapa puluh kilometer ke Utara atau Selatan Sungai Limau, iaitu di Bandaraya Alor Setar dan juga bandar Sungai Petani, serta kawasan sekeliling yang di bawah Barisan Nasional, kita akan mendapati pembangunan yang menggalakkan. Hubungan  jalanraya antara Sungai Limau dengan kedua bandar ini juga lengkap dan mudah melalui lebuhraya.  Bagaimanapun, segala kemodenan itu terputus sebaik tiba di Sungai Limau.

Penduduk Sungai Limau mungkin merasa selesa dengan kehidupan dan rutin harian yang sama ini.   Malangnya, dunia telah berubah dan manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu.  Penduduk Sungai Limau tidak boleh ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan kemajuan kerana itulah tujuan utama Allah SWT menjadikan manusia. Jika benar penduduk Sungai Limau ingin mencari akhirat, maka mereka perlu terlebih dahulu menurut perintah Allah SWT untuk mencari ilmu, meneroka dunia serta meningkatkan diri ke tahap tertinggi.

Sudah menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan di Malaysia ini hanya boleh dicapai melalui parti Barisan Nasional, bukan PAS.  PAS mempunyai masa yang begitu lama untuk memajukan Sungai Limau, tetapi mereka tidak melakukannya. Mungkin alasan pada mulanya ialah PAS tidak punya kuasa, tetapi alasan ini tidak boleh dipakai lagi apabila PAS berjaya menjadi kerajaan negeri.

Jangankan kemajuan dunia, kemajuan akhirat juga dilakukan PAS secara sambil lewa di Sungai Limau memandangkan sekolah-sekolah agama dan pondok juga tidak terjaga. Seolah-olahnya, PAS benar-benar menyerahkan nasib rakyat Sungai Limau kepada takdir semata-mata. Bagaimanapun, kita sanjung Tan Sri Azizan yang sanggup merendah diri meminta nasihat musuh politiknya di dalam UMNO untuk memajukan negeri.  Malangnya, Allah SWT lebih menyayangi dirinya dan beliau tidak sempat melaksanakan impiannya untuk Kedah amnya, dan Sungai Limau, khasnya.
Kini, penduduk Sungai Limau diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mengubah nasib diri sendiri melalui undi.   Sampai bila Sungai Limau perlu menjadi sebuah kawasan mundur di negeri Kedah?  Bayangkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang mampu tercipta sekiranya UMNO diberi kepercayaan untuk melakukannya.  Bayangkan juga bantuan yang boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pembangunan sekiranya UMNO diberi mandat menerajui kawasan ini.

Apa yang pasti, UMNO mampu membawa kehidupan yang jauh lebih berkualiti dan seimbang antara dunia dan akhirat bagi penduduk Sungai Limau.  Maka, inilah diseru agar pengundi Sungai Limau mengundilah dengan bijak pada 4 November ini kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda selain diri anda sendiri.  Sudah sampai masa untuk anda berhijrah kepada yang lebih baik.

Saturday, October 26, 2013

Kenapa Nurul Izzah Sokong, NGO Yang Memperjuangkan Golongan GAY

Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?
 
Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar.  Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.
 
Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti. Hanya kerana kuasa, mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.  Yang paling menghairankan, mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri 'MUSLIMAH' Nurul Izzah sanggup menyokong Comango? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai 'selera' ayahanda tercinta?
 
Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan 'kesucian' Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.  Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima, ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan.  Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.
 
Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.  Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu, Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam murtad, 'Lina Joy' untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia.  Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah. Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.
 
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.  Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam.  Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan tidak, mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.
 
Natijahnya, tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2/3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan sewenang-wenangnya.  Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.
 
Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini, mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas, sedarlah sebelum terlambat.

BAJET 2014 Oleh PM @NajibRazak

TERAS BAJET 2014:BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN

Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat. Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai. Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan, pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban. Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara.

Pelaksanaan KR1M di bawah program tranformasi kerajaan telah berjaya memperkenalkan skim jualan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. Golongan inilah yang selalunya terkesan daripada sebarang kenaikan barangan atau bahanapi kerana mereka merupakan kelas pengguna atau pembeli yang terbesar dalam ekonomi negara. Oleh kerana itu dalam mana-mana program atau dasar yang digubal dan ingin ilaksanankan, kerajaan tidak pernah melupai golongan marhaen ini. Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan bermacam-macam program seperti memansuhkan yuran sekolah, skim buku teks percuma serta bantuan persiapan persekolahan seperti beg sekolah, kasut, baju kepada murid-murid daripada golongan miskin dan tidak mampu.

Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan diteruskan pada tahun ini dengan pemberian sebanyak RM500 seorang kepada mereka yang layak. Malah kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M pada tahun depan dan tahun seterusnya dengan kemungkinan jumlah yang lebih besar dan kepada bilangan penerima yang lebih ramai. Jumlah dana yang terlibat bukannya sedikit kerana ia membabitkan berbilion ringgit. Pembangkang sentiasa ingin meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan pemberian BR1M adalah satu pembaziran dan bermotifkan politik. Pembangkang seperti pandai berkokok ke sana sini dengan menggunakan modal air liur sahaja tetapi gagal membuktikan kemampuan mereka untuk mewujudkan program atau rancangan yang membangunkan ekonomi rakyat dan juga negara. Jika BR1M adalah satu pembaziran nescaya kerajaan akan mengalami defisit yang mungkin menjejaskan ekonomi negara.

Sebaliknya ekonomi negara tidak terjejas malah bertambah mantap dan kukuh dengan program-program baru ekonomi yang diperkenalkan. Hakikatnya BR1M atau mana-mana program transformasi yang diperkenalkan sudahpun melalui proses saringan dan penilaian yang teliti sebelum ia dilaksanakan. Ia bukannya satu program yang sembrono atau 'tangkap muat' yang hanya difikirkan secara melulu dan terburu-buru. Sebab itulah jumlah dana mencukupi dan berjaya disasarkan kepada golongan yang dikehendaki tanpa sebarang masalah atau risiko kepada ekonomi negara.

Belanjawan kelima yang dibentangkan Datuk Seri Najib sejak menjadi Perdana Menteri akan memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik. Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membangunkan negara terus menerus sejak 56 tahun lalu dan rakyat sentiasa menjadi teras kepada sebarang perancangan negara. Ini kerana negara tidak mengecapi pembangunan yang begitu pesat seperti yang dinikmati sekarang jika taraf sosioekonomi rakyat tidak ditingkatkan juga. Inilah resipi kejayaan kerajaan BN selama ini kerana ia mampu mengimbangi arus pembangunan negara selari dengan pembangunan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada momentum perkembangan ekonomi.

Bajet 2014 akan memberi fokus secara spesifik kepada program-program yang mampu meringankan keperitan kos kehidupan yang meningkat. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi pasaran terbuka tidak terlepas daripada menerima kesan daripada kemelut dan krisis kewangan global. Jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah merosot atau merudum, negara ini juga menerima kesan langsungnya kerana aktiviti perdagangan dua hala akan terjejas. Pada 2009 Amerika mengalami krisis subprima sektor perumahan yang amat kritikal sekali namum ekonomi Malaysia tidak banyak terjejas disebabkan pelaburan modal luar negara tidak banyak terdedah kepada pasaran hartanah negara ini.

Kemampuan negara melindungi ekonomi subprima Amerika adalah hasil daripada tindakan bijak pengurusan kewangan kerajaan yang berhati-hati dalam membuat pelaburan di luar negara.

Friday, October 25, 2013

PRK Sungai Limau: Menghayati Makna ‘Berani Hijrah’

Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan 'Berani Hijrah' dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut.   Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan 'Berani Berubah' yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.
 
Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik.  Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam.  Mungkin ramai yang melihat perkataan 'ubah', 'perubahan', 'transformasi', 'reformasi' atau 'hijrah' adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain.   Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.
 
Namun, 'hijrah' yang dimaksudkan oleh Dato' Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato' Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman.   Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.
 
Dato' Mukhriz tidak pernah 'terlepas laku' sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan 'berjuang'.  Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum.  Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut.  Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.
 
Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi.  Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada.   Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.
 
Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang 'taiko' dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi.  Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja.  Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi 'kasta' antara bangsawan dengan tidak.  Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya.  Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan.  Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.
 
Maka inilah 'Hijrah' yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna 'berebut' perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah.  Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis? 
 
Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato' Mukhriz.  Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun.  Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.
 
Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato' Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato' Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan.  Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.  Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.
 
InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab.  Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.

PRK Sungai Limau: Bukti Kebongkakan Dinasti Lim

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.  Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja 'pergi'.  Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.
 
Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti.  Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.
 
DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar.  Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.
 
Berdasarkan sejarah PAS yang konservatif  hatta ekstrem, kedudukan Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS mengukuhkan 'sifat' keMelayuannya.  Ini kerana PAS suatu ketika dahulu menentang keras orang-orang kafir. Tetapi itu adalah kisah silam.  PAS era ini adalah sebuah parti yang berpendirian separa liberal kerana menerima perjuangan DAP yang menentang kedudukan rasmi agama Islam.  PAS juga menerima pendirian PKR yang bebas mentafsir semula atau menolak hukum hakam agama Islam mengikut nafsu pemimpinnya.  Pendirian liberal ini diambil oleh PAS atas dasar sepakat dalam usaha untuk berkuasa.
 
Oleh itu, PAS tidak jemu-jemu berkorban dengan menyerahkan segala-galanya termasuk maruah dan harga diri bagi menambat hati pengundi India dan Cina.  Isu Kalimah Allah juga menyaksikan bagaimana PAS berdolak dalih dan berpecah belah semata-mata kerana kepimpinan tertinggi PAS cukup bimbang kalau-kalau hati orang-orang Kristian/Cina/DAP terguris.
 
Namun, malang bagi PAS kerana DAP tidak sanggup berkorban walaupun sebesar zarah untuk menjaga hati orang-orang Islam.  Ketiadaan pemimpin DAP ketika penamaan calon di Sungai Limau membuktikan keangkuhan parti itu yang enggan membantu PAS semata-mata ia adalah kawasan majoriti Melayu.
 
Lagipun, DAP tentunya ingin mengelak dari terpaksa berhadapan dengan isu Kalimah Allah yang sedang hangat kini.  Bagi DAP, biarkan sahaja sibodoh dari PAS yang menjawab kepada rakyat Sungai Limau tentang kedegilan mereka untuk menggunakan Kalimah Allah dalam risalah Kristian.  DAP tidak perlu masuk campur dalam apa jua strategi atau penipuan PAS dalam usaha untuk meraih sokongan Melayu.
 
Mungkin bagi DAP, 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau tidak membawa apa-apa makna atas kemenangan atau kekalahan PAS.  Justeru, mereka wajar diabaikan saja.
 
DAP juga mungkin merasa 'cuak' kalau-kalau aura Ustaz Azizan masih terlalu kuat di kawasan itu.  Ini kerana Allahyarham cukup terkenal dengan ketegasan apabila berhadapan dengan DAP.  Pendek kata, Ustaz Azizan cukup arif akan permainan jahat DAP yang ingin menindas orang-orang Melayu dan tidak mustahil arwah telah menerapkan maklumat itu di kalangan masyarakat Sungai Limau.
 
Sebelum ini, kita ada mendengar bahawa DAP telah mempersiapkan Christopher Howard Lim untuk memperdaya pengundi Sungai Limau.  Christopher telah dilantik khas dalam keadaan yang penuh kontroversi sebagai Pengerusi DAP Kedah tanpa menghiraukan Pengerusi lama yang dilantik secara demokrasi.
 
Christopher yang memakai nama Melayu iaitu Zairil dan berbinkan bapa tirinya Khir Johari, dicanang DAP sebagai Melayu semata-mata untuk mengaburi mata orang-orang Melayu.  Dan Sungai Limau dilihat sebagai satu pentas yang paling sesuai untuk menguji kemampuan Christopher berlakon dan menipu. 
 
Namun, dengan kehadiran jentera siber BN yang bersedia dengan maklumat lengkap mengenai Christopher pastinya membuatkan DAP berfikir dua kali.  Justeru, sehingga kini, Christopher belum lagi dilihat di mana-mana di Sungai Limau.  Sekiranya beliau muncul, maka jentera BN juga telah bersedia untuk mendedahkan DNA Cinanya kepada penduduk Sungai Limau yang mana akan menggandakan risiko bagi PAS.  Apa yang berlaku menunjukkan bahawa DAP tidak pernah berjuang kerana rakyat tetapi hanya berjuang untuk merampas kuasa untuk kaum Cina dengan diterajui oleh Dinasti Lim.  Sekiranya jumlah kaum Cina di kawasan itu terlalu kecil dan tidak mampu menjadi tapak untuk berkuasa, maka DAP akan mengabaikan saja mereka.  Jika PAS sanggup ke hulu ke hilir membantu DAP tiap kali pilihanraya kecil atau besar, DAP pula tidak akan membodohkan diri berbuat yang sama untuk PAS.
 
DAP tidak akan menyusahkan diri semata-mata untuk meraih undi Melayu kerana DAP terlalu benci dengan orang-orang Melayu.   Apa perlu DAP bersusah payah berkempen di kawasan majoriti Melayu jika PAS boleh melakukannya bagi pihak mereka?  Biarkan PAS yang mengutip derma untuk kawasan Melayu kerana DAP tidak akan sama sekali membantu.
 
Tetapi, jika PAS menang, DAP juga menang.  Itulah hakikatnya yang pengundi Sungai Limau perlu cernakan sebelum 4 November ini.
 




Wednesday, October 23, 2013

PRK SG LIMAU: Profail Calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim




 
  


Konvensyen DMDI Ke 14 28 & 29 Okt @Melaka. @nizamomar_pb @mohd_ali_rustam @idrisharon66

Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-14. 
Semua dijemput hadir.
Yuran Penyertaan hanya RM100.00 seorang. 
Sebarang Pertanyaan sila hubungi Sekretariat DMDI di talian +606-2323223. 
KESATUAN DAN PERPADUAN.

PRK SG LIMAU: 23 Okt 2013-Suasana Penamaan Calon di Yan, Kedah

MB Kedah @MukhrizMahathir dan YB @khairykj tiba di pusat penamaan calon

MB Kedah @MukhrizMahathir bertemu penyokong BN dan menuju ke Dewan Tok Madi utk sesi penamaan calon 

Pengumuman nama calon BN & PAS




 @HishammuddinH2O @MukhrizMahathir @idrisharon66 @MuhyiddinYassin
Antara penyokong BN yang memberikan sokongan
@azliezaazizan, @emysamsudin, @SabrinaAzizan, @puterispkedah






Pemilihan UMNO Telah Selesai, Masa Untuk Bersatu Mantapkan Parti

Realiti dalam dunia politik dan adat pertandingan. Pasti ada yang akan kalah dan menang. Kepada mereka yang berjaya setinggi-tinggi tahniah diucapkan, namun pada mereka yang gagal diharapkan dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang tabah dan terbuka.
 
Walau apa pun, yang berlaku pemilihan Umno untuk sesi kali ini telah 'selesai' dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.
 
Sebagai generasi perwakilan dan ahli Umno yang menjadi perintis kepada inisiatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam memperkenalkan sistem baru ini, rata-rata di kalangan mereka nampaknya lebih berpuas hati berbanding sistem terdahulu.
 
Sistem yang lebih telus bagi mengelakkan amalan politik wang terus menghantui Umno sedikit sebanyak dilihat bakal membantu Umno untuk menarik minat kumpulan orang muda untuk memberi terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional khususnya Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
 
Apa yang pasti, pemilihan kali ini sudah selesai dengan baik. Sudah tiba masa untuk semua ahli memperkukuhkan jentera dan berhenti bermain politik. Berusahalah untuk menempuh cabaran yang bakal dihadapi melalui Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menjelang 4 November ini.
 
Kekalkan semangat bersatu padu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Melayu kerana sebagai negara yang berbilang kaum, perpaduan merupakan asas untuk membentuk sebuah negara yang terbaik.
 
Walaupun Umno merupakan satu parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu, itu tidak bermakna kepentingan kaum lain akan dipandang sepi. Jadikan lah pemilihan kali ini sebagai satu modul yang paling cantik untuk diikuti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
 
Tiada senioriti mahupun pilih bulu, siapa yang layak untuk dibantu, haruslah diberikan bantuan. Ini dapat memastikan Umno dan juga Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memimpin dapat mengekalkan relevan mereka pada PRU akan datang untuk terus mengemudi negara ke arah yang lebih maju dan aman.
 
Hapuskan budaya politik wang, hapuskan juga budaya kronisme yang kerap disinonimkan dengan Umno. Demokrasi dan ketelusan yang ditawarkan Presiden Umno adalah satu platform yang sangat baik untuk diteruskan.
 
Jelas Najib mengambil berat soal rakyat dan juga parti, oleh itu beliau berusaha keras untuk terus memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman untuk ahlinya.
 
Buktikan kekuatan dan juga semangat perpaduan yang ada pada PRK Sungai Limau ini, sama-sama berganding bahu untuk memastikan rakyat Sungai Limau berhak menerima kemajuan seperti yang lain.
 
Umno perlu mara untuk rakyat Malaysia.


Thursday, October 17, 2013

Puteri UMNO Serah Kepada Perwakilan Pilih Tiga Naib Presiden – @emysamsudin


Puteri UMNO yakin perwakilan pergerakan itu akan menimbangkan sebaiknya dan membuat pilihan bijak calon untuk mengisi tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Sabtu ini.

Ketuanya Mas Emieyati Shamsudin berkata apa yang pasti keutamaan akan diberikan kepada trio yang diyakini mempunyai keserasian untuk bekerja bersama, mampu meneruskan perjuangan parti dan telah berjasa dalam usaha mengukuhkan parti keramat orang Melayu itu.

Beliau percaya mana-mana calon yang dipilih nanti akan berkhidmat dengan cemerlang untuk parti dan seluruh rakyat Malaysia.

“Sudah pasti enam calon (naib presiden) itu sama hebat, tetapi saya (secara peribadi) tidak boleh mewakili mereka (Puteri UMNO) untuk memberikan pandangan kepada siapa yang mereka hendak (pilih jadi naib presiden).

“Saya serah kepada perwakilan kerana saya percaya mereka (perwakilan) bijak memilih dan pertimbangkan sebaiknya…setiap perwakilan punya hak memilih siapa yang layak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Alor Gajah dan Klinik Cure and Care 1Malaysia Alor Gajah di sini, hari ini.

Sabtu ini enam calon bakal berentap merebut jawatan naib presiden UMNO iaitu tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Sementara itu, berhubung pandangan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dalam program ‘Soal Jawab’ terbitan TV3 malam tadi bahawa masih ada yang melihat UMNO sebagai sebuah parti bersifat eksklusif, Mas Emieyati berkata UMNO bukan untuk orang UMNO sahaja tetapi mempunyai peranan penting berkhidmat untuk rakyat.

“Lebih banyak program bagi membantu rakyat perlu diadakan bagi memastikan UMNO ini parti yang ‘inklusif’ bukan ‘eksklusif’,” katanya.

Beliau berkata dengan cara itu kepercayaan rakyat terhadap UMNO dapat dikukuhkan dan usaha menarik lebih ramai rakyat terutama golongan muda menyertai parti itu akan menjadi lebih mudah bagi memastikan UMNO kekal relevan pada masa depan.

Dalam program itu, Zulkefli juga berkata kewujudan sesuatu cawangan UMNO itu perlu dilihat dapat memayungi seluruh penduduk setempat dan apabila UMNO terlalu mengejar perkara lain selain khidmat kepada masyarakat, masyarakat itu akan merasa tersisih daripada parti tersebut.
source: umno-online

IMBASAN FAKTA TENTANG DATUK PADUKA MUKHRIZ MAHATHIR @MukhrizMahathir


IMBASAN FAKTA TENTANG DATUK PADUKA MUKHRIZ MAHATHIR

#BeraniBerubah - #MM4VP - #Vote4MM05

Di dalam dunia ini tiada yang mustahil. Sesuatu yang mungkin kita tertanya-tanya adakah Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir benar-benar bersih?

Adakah apa saja yang diceritakan orang tentang Datuk Paduka Mukhriz adalah satu metafora indah yang sengaja diada-adakan bagi membantu menyakinkan orang lain bahawa Datuk Paduka Mukhriz adalah benar-benar berwibawa?

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah FAKTA YANG BENAR.

Bukan saya sendiri yang secara peribadi sahaja tetapi juga melalui kenalan beliau yang juga merupakan salah seorang yang banyak membantu perjuangan Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir di peringkat Umno cawangan.

Sejarah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir di dalam politik UMNO ini dibawakan khas bagi mengukuhkan lagi beberapa pernyataan Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir bahawa beliau masuk ke dalam UMNO bukan secara mudah.

Dan sejujurnya, Bersih itu adalah sesuatu yang benar-benar berharga.

Oleh yang demikian, mari kita ikuti sejarah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir.

* TAHUN 2000

Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir menjadi ahli UMNO cawangan Jitra pada tahun 16.10.2000.

Beliau di bawa masuk oleh Bendahari UMNO Bahagian Kubang Pasu pada waktu itu iaitu Shahabudin Yusuf.

Kemasukan beliau pada ketika itu hanyalah sebagai ahli biasa, dan di atas kehendak Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sendiri dan setelah mendapat restu dari ayahnya, Tun Mahathir Mohammad yang pada masa itu adalah Presiden UMNO.

Antara kata dua Tun kepada Datuk Mukhriz ialah ‘You boleh masuk UMNO tetapi sebagai ahli biasa sahaja. Tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam UMNO samaada di cawangan mahupun di bahagian.’

Ketua Cawangan Jitra pada waktu itu ialah Encik Hasanudin.

* TAHUN 2003

Pada tahun ini, karier politik Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir mula bergerak setelah 3 tahun secara statik sejak menjadi ahli. Itupun setelah kata dua Tun terhapus dengan sendirinya setelah Tun bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Hishamudin Tun Hussien Onn adalah individu pertama yang menarik Datuk Mukhriz Mahathir ke dalam UMNO secara serius iaitu dengan meminta Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.

Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir menyatakan bahawa apa-apa keputusan bertanding perlu mendapat kebenaran dari Tun Mahathir Mohammad yang ketika itu sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dan Datuk Hishamudin memaklumkan bahawa beliau sudah memaklumkan pada Tun Mahathir dan Tun memberi kebenaran tersebut.

Datuk Paduka Muhkriz Mahathir menyatakan hasrat dengan tegas bahawa sekiranya beliau bertanding, beliau menetapkan untuk bertanding di tempat lahirnya yakni di dalam Umno Bahagian Kubang Pasu.

Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir balik ke Kubang Pasu dan berbincang dengan Norsaid Yusuf yang ketika itu sudah menjadi Ketua Cawangan Jitra dan beberapa rakan yang lain dan membuat keputusan secara serta merta untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Kubang Pasu.

Kiranya tanpa memegang apa-apa jawatan baik AJK Pemuda Bahagian dan sebagainya, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir nekad untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian.

Pada tahun ini juga, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir mula memegang jawatan pertama dalam UMNO iaitu sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Jitra.

Keputusan berani mati tersebut tidak memihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir di mana beliau kalah kepada Datuk Zulkifli Che Ros dengan majoriti undi sebanyak 8 undi kepada Datuk Zulkifli.

Dua faktor utama punca kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir ialah keputusan bertanding dibuat secara tiba-tiba di mana timbulnya masalah untuk mengatur strategi kerana masa agak suntuk. Kedua, sikap ‘over extreme’ penyokong Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir.

Yang dikatakan ‘over extreme’ ini ialah lebih kepada sikap berlagak dan buat orang menyampah.

Pengajaran ini sangat memberi kesan kepada Datuk Muhkriz dan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua calon yang bertanding.

Penyokong rapat memainkan peranan yang penting dan ahamdulillah, perkara ini sudah tak berlaku lagi.

Wujud juga masalah gejala ‘meminta-meminta’ dalam bentuk wang ringgit (rasuah). Impak tegas Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sekali lagi memberikan ‘signal’ bahawa di dalam UMNO memang wujud manusia yang merosakkan bangsa.

Manusia-manusia ini tidak akan menyesal untuk berbuat zalim dengan memilih duit sebagai cerminan nak undi perlu hulur dan masalah minta meminta ini selalunya wujud bukan perlu diasuh dan di ajar.

Keputusannya :- Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah kalah.

Setelah beliau kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Paduka Mukriz Tun Mahathir telah mengisi borang percalonan untuk bertanding sebagai AJK Bahagian Kubang PAS. Dan nasib Datuk Mukhriz Mahathir agak baik di mana beliau berjaya sebagai AJK Bahagian.

Rata-rata ahli UMNO Kubang Pasu melihat bahawa Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai pelapis UMNO dan Kubang Pasu memberi sokongan kepada beliau secara kuat di mana selepas tahun beliau dipilih sebagai AJK Bahagian serta Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sentiasa mendapat tempat pertama sebagai G7. UNDIAN TERTINGGI !!!

* TAHUN 2004

Pada tahun ini, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sekali lagi menempa nama dan mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO setelah mendapat percalonan tertinggi EXCO Pemuda UMNO Pusat, juga di tempat pertama dengan undian tertinggi. Tetapi di peringkat cawangan, jawatan beliau tetap sama iaitu Naib Ketua Cawangan dan AJK Bahagian Kubang Pasu.

* TAHUN 2007

UMNO khususnya telah dikejutkan dengan kegagalan negarawannya Tun Mahathir mendapat percalonan sebagai perwakilan Bahagian ke Perhimpunan Agung tahun tersebut.

Perkara yang cukup menyedihkan di mana UMNO terikat dengan kesetiaan kepada Pemimpin dan dalam masa yang sama UMNO lemah.

UMNO dilihat lebih rela membalas budi dan jasa negarawan dengan cara memalukan dari mendengar perkara-perkara betul yang merosakkan UMNO dan BN ketika itu.

Kita mungkin lupa bahawa pemimpin sentiasa melihat tentang masa depan negaranya dan pada masa itu yang berani hanya di bawah dan yang berani adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Kita lupa bahawa memimpin bukan jalan percuma kita untuk mendapat publisiti, kuasa dan nama tetapi satu tanggungjawab yang cukup berat dari Allah SWT kepada manusia. Tetapi hakikat cerita duka UMNO tetap akan berlaku walau macam mana pun kita cuba menghalangnya.

Berbalik kepada peristiwa yang cukup mendukacitakan ini, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut menerima impak. Dalam G7 kali ini, beliau mendapat tempat ke 5.

Pada pandangan peribadi Datuk Paduka Mukhriz untuk peristiwa ini ialah, beliau kecewa dengan perwakilan UMNO yang sanggup mengenepikan prinsip yang melibatkan seorang negarawan peringkat dunia dimalukan.

* TAHUN 2008

Perjalanan politik Datuk Mukhriz ini adalah perjuangan seorang anak jantan.

Antara peristiwa ayahnya dimalukan dan pada masa yang sama kecintaannya pada UMNO yang cukup banyak nilainya kepada agama, bangsa dan negara.

# Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir terus mara.

Desakan dari peringkat bawahan dan kehendak akar umbi, Datuk Mukhriz Mahathir dinamakan mewakili BN dalam PRU ke 12. Kawasannya bukan di Kubang Pasu tetapi jiran bahagian tersebut iaitu Jerlun.

Akhirnya Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir memenangi kerusi Parlimen di Jerlun.

# Warna warni politik UMNO terus tercorak dengan anak muda ini.

Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir antara yang paling berani bersuara dan yang paling dilihat degil tetapi dikira degil yang bertempat. Beliau juga yang lantang bersuara untuk kebaikan UMNO dan menuntut peralihan kuasa segera dilakukan kerana kedudukan UMNO pada waktu itu benar-benar di hujung tanduk.

UMNO seperti termanggu-manggu. Seperti anak kecil yang memegang payung di dalam hujan lebat menanti ayahnya datang menjemput pulang dan anak kecil itu keseorangan.

Pada tahun ini juga menyaksikan pertandingan yang sangat sengit untuk jawatan Ketua Pemuda Pusat.

Persaingan 3 penjuru antara Datuk Paduka Mukhriz Tun.Mahathir Mohammad, Datuk Seri Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

FAKTA JELAS apabila Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir mendapat percalonan terbanyak tetapi di akhir keputusan, kalah di tempat tercorot.

Gema, laungan dan jeritan yang cukup menggambarkan perasaan sebahagian besar pemerhati dan ahli Pemuda seluruh negara.

Gema yang menyalurkan frekuansi yang cukup dramatik dan masih kedengaran sehingga ke hari ini. Dan terletak kepada kita sejauh mana kita berhadapan dengan gema tesebut.

Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir kalah lagi.

* TAHUN 2009

Peralihan kuasa telah berlaku. Datuk Seri Najib telah mengumumkan barisan kabinetnya sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Datuk Paduka Muhkriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

* TAHUN 2011

Atas desakan akar umbi dan sebagai satu strategi memenangi hati anak muda kembali kepada UMNO, Datuk Paduka Muhkriz telah dilantik sebagi Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bergandingan dengan Datuk Bashah selaku Pengerusi UMNO Negeri.

* TAHUN 2013

Kedah kembali kepada BN. Datuk Mukhriz Mahathir yang bertanding di Dun Ayer Hitam, Jerlun telah diangkat menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Pada tarikh 23/6/2013, secara rasminya Datuk Mukhriz telah menyerahkan borang penukaran cawangan dari Cawangan Jitra ke Cawangan Pida 3 Tunjang.

Beliau telah dipilih sebagai Ketua Cawangan Pida 3, seterusnya bertanding untuk Ketua Bahagian Jerlun. Atas permuafakatan yang erat, Datuk Mukhriz tidak dicabar sekaligus mernjawat Ketua Bahagian Jerlun Kedah.

Dan kini, dari seorang anak muda yang begitu berani berdiri atas prinsip dan diri sendiri ini semakin berani untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Tiada campurtangan dari Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan juga Mantan Presiden UMNO tetapi restu Tun Mahathir sebagai bapa kepada anaknnya sentiasa bersama Datuk Mukhriz.

Aura Tun Mahathir hebat tetapi kehebatan itu telah sedaya upaya disekat oleh Tun dengan tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada keluarganya sendiri.

Doa, semangat serta sokongan Tun Mahathir adalah sama seperti mana-mana bapa kepada anaknya tetapi bukan dengan cara terlibat secara langsung.

# Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir akan terus mengorak langkah di dalam parti UMNO sebagai dirinya sendiri.

Berani Berubah yang dibawa oleh Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir adalah suara generasi dan ahli-ahli yang melihat UMNO perlu berubah untuk terus kekal sebagai parti yang bernilai senilai jasanya.

UMNO perlu bersih. UMNO perlu berani dan UMNO perlu bergerak bersama masa dengan menjunjung tinggi agama, mempertahankan bangsa dan mendaulatkan negara.

# Berani Berubah bersama Datuk Mukhriz Mahathir.

"Selamat bertanding Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir"

Barisan Kepimpinan Perg. Puteri UMNO Malaysia 2013. @emysamsudin @dakidal

Barisan Kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2013 :-
Tahniah kepada YB Mas Ermieyati Samsudin & Zahida Zarik Khan serta Barisan Jawatankuasa yang telah dipilih oleh PERWAKILAN PUTERI UMNO seluruh negara.


Monday, October 14, 2013

Barisan Kepimpinan Baru Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah 2013/2016

Berikut adalah senarai J/kuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah selepas diumumkan pada jam 8.45malam (12 Okt 2013) di Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Melaka (KKTM) di Paya Lebar, Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka:-

Pengerusi Tetap: Mohd Akhir bin Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap: Muhammad Isa bin Hashim

Ketua Pemuda: Hameed M.K. Basheer

Naib Ketua Pemuda: Asrizam bin Mulop

J/kuasa:-

1. Ahmad Warid bin Ismail

2. Azmi bin Wahid

3. Ahmad Muhalim bin Hj Umar

4. Mohd Nizam bin Hj Md Ali

5. Ustaz Jupri bin Amsah

6. Badrul Zamri bin Abd Ghani

7. Mohd Faizal bin Mohd Zin

8. Mohd Khairul Hasezy bin Asni

9. Mohd Jailani bin Deraman

10. Mohd Ferdaus bin Hashim

11. Azlan bin Amid

12. Muhammad Fadhli bin Baharuddin

13. Mohd Nasir bin Mohd

14. Shahrul Azhar bin Amir

15. Mohd Azmady bin Salleh

Perwakilan Ke Persidangan Agung UMNO 2013 (G2):

1. Mohd Farid bin Md Razali

2. Zaidi bin Ibrahim

Friday, October 11, 2013

Wednesday, October 9, 2013

Sesi Pengenalan Calon Calon UMNO Di Melaka Meriah

Sikap Kuku Besi DAP Punca Ketua Pembangkang DUN Melaka Letak Jawatan

Sikap kuku besi pemimpin DAP pusat terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng merupakan punca mendorong Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata peletakan jawatan Goh itu sememangnya telah dijangka kerana Lim dan pemimpin DAP pusat lain sering masuk campur urusan DAP di negeri ini sekaligus menyukarkan Goh menjadi seorang ketua pembangkang yang berkesan di Melaka.


Lanjut, klik SINI.

source: umno-online

Vol.12: Pembangkang Di Halau Keluar Dewan-Isu Jonker Walk @idrisharon66



Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO2013 : Kenyataan YB KJ

Berikut adalah petikan dari laman facebook YB Khairy....

"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

Sumber: www.facebook.com/khairykj

Friday, October 4, 2013

#PemilihanUMNO2013: Elak kempen ikut 'kapal' / 'bakul'



Soal syarat pemilihan parti yang ketat menjadi topik bualan hangat. Ramai calon terutama yang tiada jawatan dalam kerajaan atau hanya bertanding melibatkan ahli jawatankuasa bahagian gusar memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mereka berkempen dan memperkenalkan diri kepada anggota parti.

"Kalau bertanding peringkat tertinggi bolehlah Badan Perhubungan UMNO negeri uruskan sesi perkenalan tetapi bagaimana dengan saya yang hanya bertanding di bahagian, adakah ketua bahagian hendak anjurkan untuk kami semua. Kalau ketua bahagian tidak sealiran dengan saya bagaimana?" demikian luah seorang calon Naib Ketua bahagian di negeri ini.

Calon-calon yang bertanding masing-masing risau terlanggar 'garisan merah' yang ditetapkan parti. Namun, apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana untuk sama-sama merasakan proses transformasi melalui pemilihan terbuka dalam parti kali ini.

Dalam hal ini, kesepakatan yang ditunjukkan oleh satu bahagian UMNO di negeri ini wajar dijadikan contoh. Ketua bahagiannya mengambil sikap mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baharu. Meskipun pada pemilihan kali ini saingan di peringkat ketua bahagian begitu sengit, para pemimpin bahagian tersebut sepakat mengadakan kempen secara lebih sihat. Kalau sebelum ini sudah menjadi kebiasaan, seseorang calon menggunakan pendekatan blok atau istilah kapal atau bakul. Bermula daripada jawatan ketua bahagian hinggalah kepada ahli jawatankuasanya, semuanya berdasarkan susunan awal yang ditetapkan sebelum pemilihan.

"Jika UMNO tidak mahu melihat perpecahan selepas pemilihan, satu pendekatan baharu perlu dilakukan dengan menolak dan meninggalkan cara lama bertanding menggunakan kapal atau bakul," kata seorang aktivis parti.

Ini kerana dengan cara kempen mengikut kapal masing-masing, maka dari awal-awal lagi perpecahan telah tercetus. Kalau ada empat calon ketua bahagian maka akan wujud empat kumpulan berbeza. Dalam satu-satu kapal atau bakul, pasti ada yang menang dan kalah. Yang menang akan menguasai kepimpinan tetapi malangnya, pihak yang kalah bersama-sama pengikut masing-masing mula bersikap menjauhkan diri daripada kepimpinan parti yang baharu. Perpecahan tersebut sudah tentu memberikan kesan kepada ahli biasa yang mungkin pada mulanya akan bosan dengan perbalahan dalam kalangan pemimpin tetapi lama-kelamaan mereka bersikap menjauhi aktiviti parti.

Memandangkan pemilihan parti kali ini menampilkan ramai muka baharu termasuk golongan muda, UMNO sudah menunjukkan peluang untuk menjalani proses meremajakan parti. Darah baharu patut dibiarkan mengalirkan dalam batang tubuh parti. Untuk itu juga parti harus memakmurkan proses demokrasi dengan memberikan peluang kepada calon yang bertanding memperagakan dirinya tanpa sekatan atau halangan dengan tercipta 'kapal' atau 'bakul'. Keadaan yang mana seseorang calon tidak dibenarkan menembusi sesuatu kawasan yang sudah dikuasai oleh pemimpin tertentu tidak wajar berlaku sekiranya kempen benar-benar dilakukan secara bebas.

Ini kerana jika semasa kempen masing-masing tidak mengambil sikap memilih kapal tertentu, maka siapa sahaja yang terpilih menjadi ketua boleh menerima dan bekerjasama dengan siapa sahaja timbalan dan naib serta ahli jawatankuasa yang menang. Seperkara lagi, pemilihan parti sewajarnya tidak dijadikan platform untuk memburuk-burukkan atau membuka pekung calon yang lain dalam usaha meraih sokongan. Jika seorang melakukan begitu, maka sudah pasti orang lain bertindak melakukan perkara yang sama.

Tindakan sedemikian hanya memberikan peluang kepada parti pembangkang atau musuh untuk menghidu kelemahan para pemimpin parti. Tiba ketika pilihan raya umum nanti, pembangkang akan menjadikan perkara itu sebagi modal untuk melemahkan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Thursday, October 3, 2013

DS Mohd Ali Rustam dilantik Senator @mohd_ali_rustam @idrisharon66

 Tahniah kepada Mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara-Senator pada 2 Okt 2013. 
Pemilihan Datuk Seri Mohd Ali Rustam diusul dalam Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke 13 oleh Ketua Menteri, Datuk Wira Ir Idris Haron dan disokong oleh Datuk Ghafaar Atan, BN/DUN Asahan.

Lanjut, klik SINI, SINI & SINI .

Wednesday, October 2, 2013

Barisan Calon Pergerakan Pemuda UMNO Masjid Tanah #PemudaPerkasaPerubahan


Mohon undian dan sokongan daripada semua perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah. 'Pemuda Perkasa Perubahan' ke arah Masjid Tanah Baru. Sila klik SINI & SINI.

#PemilihanUMNO2013 #MGJ4EXCO Mua'mar Ghadafi Jamal @MuaamarGhadafi #vote48




Mohon sokongan dari semua perwakilan.#MGJ4EXCO Calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Lanjut klik SINI .

#PemilihanUMNO2013 #MNO4NKPJasin Mohd Nizam Omar @nizamomar_pb #vote02




Mohon sokongan dari semua perwakilan.
Lanjut mengenai Mohd Nizam Omar sila klik SINI dan SINI .

#PemilihanUMNO2013 #EMY4KPUM Mas Ermieyati Samsudin @emysamsudin #vote01






Mohon sokongan kepada Mas Ermieyati Samsudin, Calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Kenali Calon, klik SINI .
Pautan K7L, KLIK SINI .

#PemilihanUMNO2013 #DAR4NPU #DAR4VP Datuk Seri Mohd Ali Rustam @mohd_ali_rustam



Mohon sokongan kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk #DAR4NPU #DAR4VP Calon Naib Presiden UMNO Malaysia #06

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.