Friday, May 18, 2012

Ariff Sabri Ganti Tunku Aziz?



Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia yang sejak 2008 bersama DAP kerana yakin parti tersebut benar-benar telus, adil dan ikhlas memperjuangkan demokrasi berparlimen akhirnya terpaksa mengundur diri.

Semuanya gara-gara perbezaan pandangannya dalam isu penganjuran demonstrasi BERSIH 3.0 yang tidak dipersetujuinya kemudian membawa kepada bantahan pemimpin atasan DAP yang menyifatkan Tunku Aziz telah melanggar prinsip kepimpinan DAP selain memalukan parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP yang meningkat naik dalam hierarki kepimpinan parti hasil hubungan kekeluargaan dengan Lim Kit Siang (anak & ayah) merupakan antara pemimpin utama DAP yang mengkritik teguran Tunku Aziz berkaitan BERSIH 3.0.

Ringkasnya, apa yang menimpa Tunku Aziz menambahkan lagi koleksi bukti dan kebenaran betapa tempangnya amalan demokrasi dalam kepimpinan DAP. Demokrasi dan kebebasan yang dilaungkan tidak lebih sekadar retorik politik.

Persoalan sekarang, siapakah lagi yang akan menggantikan kekosongan dan kemudian bakal menjadi mangsa 'ketelusan dan kebebasan ala DAP' selepas Tunku Aziz mengundur diri?

Adakah benar ura-ura sumber dalaman DAP yang mahu mengangkat naik bekas ahli UMNO, Ariff Sabri sebagai galang ganti kepada Tunku Aziz benar-benar akan menjadi kenyataan bagi menampakkan betapa multiracialnya DAP selain melanjutkan satu lagi episod 'ketelusan ala DAP'?

Jika diambil kira dari segi strategik kepartian, Ariff Sabri boleh dikira cukup layak memandang pengalaman luasnya sebagai pemimpin pertengahan UMNO suatu ketika dulu yang jika pandai dimanfaatkan oleh DAP tentu saja memberi keuntungan politik.

Pun begitu, seorang lagi Melayu liberal & berfikiran 'terbuka' iaitu Hatta Watari yang juga bekas wartawan Utusan walaupun tidak termasuk dalam senarai, juga berpeluang mengisi kekosongan jawatan 'dummy' yang ditinggalkan oleh Tunku Aziz.

Siapa saja yang bakal menggantikan Tunku Aziz, keputusan muktamadnya hanya akan diketahui beberapa ketika nanti. Yang pastinya pemusatan kuasa kepimpinan sama sekali tidak akan beredar dari tangan Dinasti Lim.

POLEMIK NEGARA ISLAM PAS-DAP AKAN KUBURKAN PAKATAN


Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu negara Islam akan timbul semula.

Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.

Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah a ala acuan politiknya, DAP akan segera menghentam.

Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.

Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.

Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak, impian itu akan menjadi realiti.

Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Bagi DAP, negara Islam versi PAS akan bermakna berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' - satu perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.

PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Rakyat atas peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Tanpa Anwar, tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk semeja apatah lagi tidur sebantal.

Dengan masalah dalaman  melanda PKR yang semakin parah dan kucar kacir, ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan perkahwinan antara PAS dan DAP.

Tambahan lagi, Anwar yang dibebankan dengan skandal seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah,  moral dan kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.

Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam pakatan pembangkang.

Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.

PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat daripada PKR.

PKR dilihat sebagai parti ang tidak boleh diharap untuk memimpin pakatan pembangkang kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.

Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu negara Islam, mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar, dan tidak mustahil mengambil haluan masing-masing.

Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan, sementara DAP yakin kekal memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah dan Sarawak.

Natijahnya, akan berlaku perebutan kuasa hebat antara PKR, PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap.








EGM Majlis Peguam Tidak Sah: Rusuhan di Rumah Lim Chee Wee Pula?

 

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir. 

Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah  menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan.  Dalam mesyuarat tersebut, hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.

Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu, Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis.  Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira. 

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar 'chambering' di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi.   Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah. 

Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.  Alasan beliau, ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat.  Dalam ertikata lain, Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah.

Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang, atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang?  

Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat. 

Justeru, tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka memerintah. 

Dalam undang-undang PR ini, mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja, mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi  menyatakan ketidakpuasan hati mereka.  Jika dihalang oleh pihak berkuasa, maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka. 

Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka.  Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. 

Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini, serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti. 

Mungkin Majlis Peguam perlu 'merasa ubat mereka sendiri' (a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga, bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini.  

Apabila Ambiga 'disuapkan' dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya, beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta. 

Justeru, kita agak, mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula.  Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok, mencabar, menghamun, mencacinya, dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya. 

Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai 'keganasan polis'.  Apa kata Lim Chee Wee?



Monday, May 14, 2012

Irene Fernandez Dan Mentaliti Pendatang



Kita tidak tahu apa motif Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memburuk-burukkan negara sendiri di dalam temubual dengan akhbar Indonesia.  Tajuk temubual tersebut iaitu, "Malaysia Not Safe For Indonesian Migrant Workers' yang merupakan lanjutan kepada kes tiga rakyat Indonesia yang disyaki penjenayah ditembak mati oleh PDRM pada Mac lalu, sudah cukup untuk menyatakan segala-galanya.

Dakwaan Irene jelas berupa 'sembrono' iaitu tanpa berasaskan fakta dan angka, tetapi hanya berasaskan sifat khianat terhadap negara sendiri.   Katanya, wanita asing yang ke Malaysia berisiko menjadi objek eksploitasi, penderaan fizikal dan keganasan seksual oleh majikan yang kemudiannya membayar rasuah kepada polis dan kerajaan agar tidak dikenakan tindakan.  Kerajaan Malaysia pula dikatakannya mengamalkan diskriminasi dengan mengecualikan sektor buruh dan pembantu rumah daripada pengenalan upah gaji minimum.

Pendek kata, Irene cuba sedaya upaya menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dengan rakyat yang kejam, polis yang korup dan kerajaan yang zalim.   Dia kemudiannya menggesa agar pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala membaca kenyataan Irene, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi rakyat Indonesia juga.   Kita hairan melihat betapa Irene langsung tidak punya semangat patriotik terhadap negaranya sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan segala-galanya mengenai negara sendiri. 

Bukan sukar untuk menangkis fitnah Irene, malah Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa sendiri menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak melanggar undang-undang malah langsung tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat Indonesia yang ditembak akibat disyaki penjenayah tersebut.   Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) juga menyangkal dakwaan Irene dengan menyatakan bahawa Malaysia adalah lubuk emas kepada warga Indonesia dan buktinya, pada hari ini, terdapat 200,000 pembantu rumah warga itu di negara ini.   Itu belum lagi dicampur dengan pendatang tanpa izin.   Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa kes penderaan yang melibatkan warga tersebut di negara ini adalah kes terpencil dan sangat kecil.

Kerana itu, saban tahun terdapat beribu-ribu rakyat Indonesia yang sanggup bergadai nyawa hanya untuk datang ke Malaysia.   Jika Malaysia seburuk yang digambarkan Irene, kenapakah Malaysia masih lagi menjadi destinasi utama bagi rakyat Indonesia mencari rezeki?  Apakah rakan-rakan dan sanak-saudara mereka yang pernah ke sini tidak memberi amaran kepada mereka agar tidak ke mari?  Kenapakah warga mereka yang berada di sini, majoritinya enggan pulang kembali ke sana malah bercita-cita untuk mengangkut kesemua sanak saudara mereka ke sini?

Justeru, di manakah rasionalnya dakwaan Irene?

Sukar untuk kita membincangkan motif Irene dalam hal ini, tetapi jika kita tidak tahu siapa dirinya, mungkin kita akan menyangka yang beliau adalah bekas pembantu rumah yang pernah melalui pengalaman didera secara seksual, fizikal serta menjadi mangsa penipuan majikan yang tidak bertanggungjawab.   Hanya itulah saja penjelasan yang logik tentang kenapa beliau menyimpan dendam yang membara sehingga tidak mampu lagi melihat fakta dan angka.

Sama ada ini benar, atau Irene hanyalah salah seorang dari segelintir rakyat Malaysia yang bermentaliti pendatang iaitu yang tidak langsung mempunyai taat setia dan cinta kepada negara ini.   Selalunya yang bermentaliti pendatang ini adalah kaum Cina yang tidak dapat memisahkan diri dari akar umbi negara asal nenek moyang mereka.  Namun, akhir-akhir ini muncul golongan liberal India dan juga Melayu yang juga mempunyai mentaliti yang sama walaupun tidak berakar umbi dari negara asal mana-mana.

Bagi yang bermentaliti pendatang, sudah menjadi pegangan mereka bahawa segala-galanya tentang Malaysia adalah buruk, walaupun pada hakikatnya mereka tergolong dalam golongan yang senang lenang atau mewah.   Mereka sering melaung-laungkan yang diri mereka ditindas walaupun di masa yang sama mendabik dada penuh bongkak kerana menjadi golongan penyumbang terbesar kepada cukai negara.   Bagaimana minda mereka menjustifikasi konsistensi antara orang yang tertindas tetapi kaya dan bongkak, tidaklah dapat dipastikan.

Yang pasti, bagi Irene Fernandez dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya iaitu yang bermentaliti pendatang, Malaysia adalah neraka. 

Malang bagi Malaysia kerana hari ini, manusia seperti Irene mendapat lebih kekuatan untuk terus mengkhianati negara ini akibat terdapatnya sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi dari parti politik pembangkang kita.  Kini, Irene, Anwar Ibrahim, Ambiga, Nurul Izzah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang semuanya berdendang bersama lagu 'Malaysia Neraka Dunia'.   Malah, mereka juga tidak jemu-jemu berusaha untuk menjadikan Malaysia neraka yang sebenar dengan mengsabotaj ekonomi melalui rusuhan jalanan selain usaha berterusan memburukkan imej dan nama negara di serata dunia seperti yang dilakukan Irene.

Apa yang orang luar tidak tahu ialah Malaysia adalah satu-satunya neraka dunia di mana mereka yang 'tertindas' ini boleh bermaharajalela mengutuk dan menghentam kerajaan sesuka hati, menunjuk angkuh serta menghina penduduk asal sambil bersantai minum petang di hotel lima bintang setelah habis membeli belah di Harrods, London atau Emporio Armani, Paris kalau pun tidak di Isetan, KLCC, sebelum pulang berehat di rumah agam mereka masing-masing. 

Mungkin juga mengikut kepercayaan golongan bermentaliti pendatang ini, inilah kehidupan di neraka yang sebenar.  Dan kerana itu mereka berusaha melakukan penipuan, menyebar fitnah, pengkhianatan dan kerosakan di muka bumi semata-mata kerana ingin sangat ke neraka bila mati nanti.

Siapa Nik Aziz Berbanding Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa?


 

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, "…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata."  Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.  Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.
 

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.  Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH?


Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa.


Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa. Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri.

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. Nik Aziz harus sedar bahawa di luar 'dunia PAS' yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali.


Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya.

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa.
 

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.  

Tuesday, May 8, 2012

Umi Hafilda Mengesahkan 'Aiskrim' Azmin Ali Di Cemari Bakteria E-Coli?



Mengikut satu kenyataan rasmi Azmin Ali sehari lepas, dia menafikan yang dirinya terlibat dalam 'projek aiskrim' sepertimana yang tersiar dalam banyak blog tika ini. Logik jugalah penafian tersebut, selaku Timbalan Presiden PKR merangkap wakil rakyat bergelar Yang Berhormat tentu sahaja jatuh 'kemaluannya' bila terdedah foto-foto sedang 'jual beli aiskrim' sambil mengukur baju dan seluar dalam tandas.

Dalam tandas pula macam-macam bakteria ada; salmonella, serratia, shigella juga e.coli (sebutan: e-kolai, jangan salah sebut :)). Takkanlah seorang yang berprestij, berpendidikan dan berjawatan tinggi seperti Azmin Ali tak pernah mengambil tahu soal kebersihan, ye tak? Masalahnya sekarang, rupa paras dari bawah sampai ke atas dah sahih serupa dengan tuan badan yang menafikannya. Tengok kot manapun sama tiada beza walau sekelumit pun. Alasan segelintir pihak yang mendakwa ianya babun dua serupa, payah nak diterima akal. Kalau nak dikata fitnah, dari segi mana? Superimposed? Barang tentu mustahil disebabkan foto tersebut asal usulnya di ekstrak (screen capture) dari beberapa video.

Video pula diperolehi dari beberapa rakaman kamera tersembunyi yang tentu sahaja sengaja diletakkan oleh orang yang rapat dengan si empunya diri ataupun perempuan tersebut. Maknanya, fikir kot manapun ianya melibatkan orang dalam yang mereka kenali.

Bagaimanapun satu kepastian yang kita perolehi hari ini, pengesahan rasmi adik kandung Azmin Ali yang mengakui lelaki tersebut adalah abang kandungnya. Perakuan Umi Hafilda ada meritnya. Adik kandung sendiri dah tentu mengenali abangnya. Jadi tinggal lagi sekarang yang ingin diketahui ramai adakah 'urusan jual belia aiskrim' itu berlandaskan hubungan halal ataupun haram. Maksudnya suami isteri atau sebaliknya. Ikut pada logik, kalau dah laki bini buat apa bercemolot dalam tandas yang diketahui penuh dengan pelbagai bakteria yang membahayakan kesihatan. Tak gitu?

Apa-apa halpun kita tunggu ajalah apa langkah seterusnya dari Azmin Ali. Manalah tahu kot tetiba nanti dia buat sidang akhbar kata perutnya tak boroi, telinganya tak capang semata-mata untuk pertahankan diri - jangan pula ada yang gelak besar, cukuplah menerima hakikat 'jual beli aiskrim' dan 'makan aiskrim' dah sinonim dengan PKR.

Friday, May 4, 2012

Ketua Wanita MCA Melaka Pertahan Tindakan Hadir Perhimpunan Di Melaka

Ketua Wanita MCA Melaka Pertahan Tindakan Hadir Perhimpunan Di Melaka




MELAKA, 2 Mei (Bernama) — Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Sabtu lepas.
Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.
“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan pada perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih. “Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong,” katanya ketika dihubungi di sini.
Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.
– BERNAMA

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.