Wednesday, June 6, 2012

Nik Abduh Bukti Kronisme & Nepostisme PAS



Pilihanraya ke 13 yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi pastinya menjanjikan banyak peristiwa menarik, antara yang akan menjadi tumpuan ramai ialah politik dinasti. Apabila disebut politik dinasti ia berkait langsung dengan isu kronisme dan nepotisme ataupun boleh juga dikenali sebagai politik suku sakat.

Suatu ketika dulu, isu sebegini kerap dipalitkan pada batang tubuh UMNO khususnya di era kegawatan emosi 1998. Antara tuduhan popular tika itu ialah pemimpin UMNO banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri. Tukang rintis mempopularkan isu pula tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Kebetulannya, tatkala Anwar menikmati puncak kuasa sewaktu bersama UMNO, dialah orangnya yang banyak mempelopori mencipta kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma, jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak termasuklah berjaya menjadikan abang kandung dan ayahnya jutawan segera dalam sekelip mata.

Kini, Anwar terus mengekalkan reputasinya sebagai pelopor kronisme dan nepotisme sekalipun sudah bertukar sikap menjadi pembangkang tegar. Parti yang di dukungnya, PKR lebih dikenali sebagai parti keluarga berbanding parti untuk rakyat. Anwar adalah Ketua Umum, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden, anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.

Dalam pada itu, PAS juga tidak lepas dari terjebak dengan masalah kroni dan nepotisme, saling tak tumpah dengan PKR. Ura-ura terbaru dari Kelantan menyebut, ramai pemimpin PAS sedang berusaha mengangkat anak Menteri Besar, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.

Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah merasa empuknya kerus sebagai Ahli Majlis MPKB selama bertahun-tahun sebelum meletakkan jawatan kira-kira 3 tahun lalu.

Tika ini Nik Abduh adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua tahun lalu Nik Abduh pernah merasa penangan sepak terajang politik apabila terpelanting seketika selepas gagal merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan hasil permainan politik Husam Musa dan penyokongnya. Walau dari kem yang kelihatan sama tapi masing-masing ada fokus dan matlamatnya yang tersendiri.

Sekiranya pencalonan Nik Abduh dalam pilihanraya nanti menjadi kenyataan, bermakna Naib Presiden PAS, Husam Musa yang juga anak didik Nik Aziz dan satu ketika dulu pernah di war-warkan bakal menjadi MB mengantikan Nik Aziz sekali lagi terpaksa menjelajah setiap PAS Kawasan untuk mencari kerusi kosong dan selamat.

Umum mengetahui jatuh bangun Husam Musa berkait rapat dengan Nik Aziz manakala sinar politik Nik Abduh juga hasil dari darah keturunan yang mengalir dalam batang tubuhnya. Dengan kata lain kroni dan nepotisme dah lama mendarah daging bersama PAS, bezanya ia kurang diperkatakan ramai kerana dikaburi dengan label "Islam" yang tercatat pada nama PAS.


Nizar Membawa PAS Meniti Zaman Kejatuhan



Entah di mana silapnya, malang yang terhempuk di kepala bekas MB Perak, Nizar Jamaludin terus bertimpa-timpa mengalahkan jatuh di timpa tangga.

Jika ditanya pada khalayak PAS persoalan siapakah paling dibenci ketika ini, tidak dapat tidak mulut mereka akan terjuih tuju kepada Nizar. Bagi mereka sialnya mulut dan sikap Nizar menyebabkan PAS tak dapat duduk diam dari menerima hentaman dan kritikan umum.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya misalnya yang patutnya menjadi medan penting mengembalikan PAS ke posisi terbaik untuk tawar menawar kerusi dengan rakan sepakatan dalam pembangkang tiba-tiba dicemari dengan ucapan pengharapan Nizar yang mahu melihat kejatuhan PAS serta pembangkang di semua peringkat.

Lumrah untuk kita sesekali tersasul namun biasanya kita akan diberi ilham oleh Allah s.w.t untuk tersedar kemudian memperbetulkannya beberapa ketika selepas ucap kata yang tersilap kita sebut sebelumnya. Tapi hingga kini baik Nizar mahupun media maya pro PAS enggan mengulas atau memperbetulkannya, barangkali masing-masing berasa malu.

Kebetulan yang menarik dalam salah satu rakaman video yang memaparkan Nizar sedang berucap di majlis himpunan itu terpampang jelas beberapa penghadang kayu yang kelihatan seperti salib secara tidak sengaja. Tak semena-semana peristiwa kalimah Allah s.w.t dijadikan gadaian oleh PAS bergema kembali.

Beberapa hari lepas pula, Nizar jugalah yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai apabila sengaja mengkritik pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor. Akibatnya panas punggung pemimpin PAS untuk mengatur buah silat untuk menepis kritikan bertali arus.

Kira-kira dua tiga minggu sebelum ini, dek kerana ingin menarik perhatian ramai, Nizar telah dengan sengaja 'menceroboh' ceramah UMNO dengan hasrat mahu bikin gempak supaya pemimpin UMNO di majlis tersebut akan kelihatan terkejut, takut dan pucat.

Akhirnya apa yang terjadi malu yang dapat apabila rakaman video yang dimuatturunkan menunjukkan aksi sebaliknya. Tayangan video pembohongan Nizar dipertontonkan ramai dan sifat gemar membohong Nizar terus dibalun hinggalah Nizar tersipu-sipu malu meninggalkan majlis.

Sejak dirinya terbabit berkonspirasi untuk cuba menjatuhkan Husam Musa dalam pertandingan Naib Presiden PAS setahun lalu, imej dan kredibilitinya yang sudah jatuh semakin menjunam ke bawah. Di tambah lagi dengan isu-isu terkini yang menyelubungi dirinya, lebih ramai penyokong PAS yang menyampah berbanding menyanjung dirinya.

Tidak syak lagi jika situasi ini berkekalan dan usaha meningkatkan kembali imej Nizar dan PAS gagal ditangani oleh parti itu, besar kemungkinan PRU 13 kelak harapan permulaan zaman kejatuhan PAS seperti diucapkan oleh Nizar bakal menjadi kenyataan

Tuesday, June 5, 2012

Jemputan & Daftar ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2012

Kepada anda semua pengiat2 Media Sosial & Media Baru...anda semua dijemput utk berhimpun di MITC Melaka pada 10 Jun 12 (Ahad), jam 8.00 pagi untuk menghadiri dan meraikan penggiat2 maya di perhimpunan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Melaka... Utk menyertai sila klik link di SINI










Kapal Selam: Siapa Biaya SUARAM Untuk Menipu?




Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene.  Kes kapal selam ini 'timbul' lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis.  Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh!

Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun.  Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan?  Kenapa mesti ada kenyataan akhbar?  Kenapa perlukan publisiti?  Kenapa sekarang?

Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM.  Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM 'membangkitkan orang mati' adalah jelas. 

SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan.  Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA.  Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan.  Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya. 

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan 'aman' di mahkamah. 

Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam.  Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya.  Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah. Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene. 

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah.  Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK).  Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan 'dengar cakap' setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang. 

Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta.  Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.  Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK.

PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta.  Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu.  Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali.  Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah.

Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan.  Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris. 

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM.

SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut.  Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan.  Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.

Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata. 

Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya.  Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara?  Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat?  Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang.  Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?.  Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah?  Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti.  Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama?  Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya?

Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia.  Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini? 

Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan.

Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter

 

Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi. 

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar? 

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?





Saturday, June 2, 2012

Air Selangor: Khalid Cakap Tak Guna Otak




RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.

Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas.  Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang 'meletus-meletus' di atas, dan apa yang tertinggal dibawah?  Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.

Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang.  Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda 'kemarau air terawat', waima dimusim hujan.

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan. 

Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya.  Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.

Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini.  Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.  Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid?

Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat. 

Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan.  Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan N semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.

DAP Pun Tidak Bebas Dari Salahguna Kuasa Dan Korupsi



HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini.  Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman.  Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.

Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.

Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM 5,000.  Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.  Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.  Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat.  Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu.

Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti.  Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi 'jasa' Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor.  Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.

Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa.  Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP.  Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah.  Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak? 

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut.  Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.