UPSR results out on Nov 19 - Nation | The Star Online
The results of this year's Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) will be announced on Nov 19, the Examinations Syndicate of the Education Ministry said Tuesday.
Pupils can obtain the results at their respective schools after 10 am on that day, it said in a statement.
It also said that an analysis of the results would be announced at the Main Meeting Room, Level 6, Block E8, Government Offices Complex Parcel E, Putrajaya, on the same day.
A total of 517,139 Standard Six pupils sat for the UPSR from Sept 11 to 13, comprising 507,783 candidates of government and government-aided schools, 9,345 candidates of Malay medium private schools and 11 candidates of Chinese medium private schools. - Bernama
Wednesday, November 7, 2012
Monday, November 5, 2012
Nik Aziz Atau Soi Lek Yang Tertekan?
Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.
Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.
Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.
Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.
Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.
Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.
Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?
Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.
Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.
Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.
Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.
Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.
Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.

Nik Aziz Kata Chua Soi Lek Tidak Hina Hudud
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam.
Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.
Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksud pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri.
Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims.
Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam. Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.
Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada PAS, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula.
Cuma peliknya, dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.
Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.
Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?
Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.
Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.
Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek.

Friday, November 2, 2012
Lajim Ukin Bakal TPM?
Baru saja Pakatan Rakyat meraikan 'kemenangan' mereka memancing atau mungkin juga 'membeli' pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.
Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan 'standard' yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba. Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung
Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik. Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja. Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.
Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri. Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah. Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.
Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri. Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba 'tawar-menawar' harga dirinya untuk dijual beli.
Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.
Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang 'standard' juga kepadanya. Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.
Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah&Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.
Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah&Sarawak wajib diambil-kira. Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran, iaitu Jeffrey Kitingan, Parti Reformasi Negeri (STAR). Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang.
Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey. Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas. Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR.
Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu.
Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap 'survivor' dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar. Jeffrey juga difahamkan telah memahami 'isyarat-isyarat' Anwar.
Namun, kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah. Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu, di kalangan rakyat tempatan.
Nampaknya, Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa. Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media.
Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam. Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga. Oleh itu, apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya? Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat?
Dari sudut lain pula, apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata? Apabila umpan sudah mengena, belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana.
Apapun, suka penulis mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, mahupun PR.

Thursday, November 1, 2012
Karnival Orang Muda Melaka 2012@Masjid Tanah Melaka
Karnival Orang Muda Melaka 2012
Tarikh: 1 & 2 Disember 2012
Tempat: Padang Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah, Melaka

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR
Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.
Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.
Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin. Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu. Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor. Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.
Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya. Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini. Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta. Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi. Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.
Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran. Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah. Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu. Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS. Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.
Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010. Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu. Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka. Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK. Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.
Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP. Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.

Khalid Ibrahim Terbaik: Anwar Sahkan Nik Aziz MB Paling Teruk?
Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan 'anugerah Menteri Besar terbaik' yang 'dimenangi' oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai 'politically incorrect', sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas.
Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap. Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain. Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat. Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah. Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali. Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.
Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot. Jadi, siapakah MB PR yang tercorot? Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun. Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad. Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB. Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik. Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus. Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya.
Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini. Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS. Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi 'muka' kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz. Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.