Friday, February 17, 2017

'9 Ahli Parlimen Pakatan Harapan "Curi" RM10 Juta Duit Khairat Kematian





Apa sudah jadi? Tidak cukupkah lagi dengan caj plastik 20 sen? Tidak cukupkah lagi duit rumah urut dan kilang babi haram di Selangor? Tidak cukupkah lagi? Sampai duit orang mati pun hendak dicuri.

Sudah 2 hari, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan protes di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selasa lepas berkaitan dakwaan salah guna kuasa dana khairat kematian. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak pun menjawab apa yang dibangkitkan.

Dalam protes itu, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dikatakan menyalahguna dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor dengan jumlah RM200 juta.

Dikhabarkan, semalam Jamal datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membawa bukti berkaitan salah guna kuasa ini yang didakwa beliau mendapat bukti berkenaan dari Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

“Kamu nak tahu mana saya dapat bukti ini? Saya dapat dari rakan baik saya YB Rafizi Ramli,” kata Jamal kepada pengamal media di pejabat SPRM.

Dalam dokumen bukti itu, ada sembilan Ahli Parlimen yang bukan dari dalam negeri Selangor mendapat peruntukan dana melalui dana SMUE yang disalurkan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Dalam bukti iaitu sepucuk surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus cawangan Ambank memohon membuka akaun SMUE. 9 ahli parlimen pembangkang itu adalah :

1) Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai,
2) Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw,
3) Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
4) Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong.
5) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,
6) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
7) Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzh Anwar,
8) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
9) Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Kesemua mereka dikatakan ada kaitan dengan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta.

"Mengapa wakil rakyat bukan dari Selangor tapi Wilayah Persekutuan yang mendapat dana ini?" soal Jamal.

Selain itu, ketika protes di Shah Alam, ada keraguan timbul tentang penggunaan peruntukan dana dalam SMUE ini apabila ia dikatakan digunakan untuk tujuan lain bukan membantu rakyat negeri itu.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali tentang peruntukan sebanyak RM200 juta. Di manakah jumlah peruntukan ini? Adakah ia dari sumber halal?

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan peruntukan SMUE ini yang dilakukan beberapa wakil rakyat atau penyelaras DUN Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mereka menggunakan peruntukan ini untuk tujuan lain, bukan membantu rakyat Selangor, tetapi untuk kerja kahwin mereka,” katanya.

Pihak SPRM sewajarnya menjalankan siasatan menyeluruh dan memberi keutamaan terhadap kes ini kerana dakwaan kecurian wang RM10 juta duit khairat kematian ini
adalah sesuatu yang besar dan serius.

Rakyat Selangor dan kesemua 4,000 orang waris yang terlibat perlu tambil ke hadapan untuk menuntut penjelasan sebenar mengenai RM10 juta ini.

Azmin Ali akan terus diam. Jangan terkejut jika Azmin selepas ini membuat "diversion" dengan cerita cerita karut. Sudah pasti isu ini Azmin akan diam tetapi rakyat tidak boleh diam. Tanya lagi apa jadi pada RM10 juta duit khairat kematian?


Tulisan :
Beruang Biru
BB287

Task Force Untuk Establish Apa Sebenar Terjadi Kepada Wang Rakyat


Sebaik sahaja kerajaan mengeluarkan kenyataan berhubung penubuhan Task Force atau pasukan petugas khas untuk mendapatkan semua fakta-fakta berkenaan urus niaga wang negara dan menentukan tiada penyelewengan fakta atau maklumat disembunyikan, maka terdengarlah suara sumbang yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dilakukan terhadap 1MDB.

Ini menunjukkan mereka ini tidak sayangkan negara tetapi lebih sayangkan idola mereka. Mungkin ketika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap 1MDB, mereka ini sedang sibuk menyembah idola mereka hingga tidak sedar mengenainya.

Referal utama pada siasatan 1MDB adalah bagi menentukan benar atau tidak dakwaan wang 1MDB telah masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dan dakwaan 1MDB telah lesap wangnya. Elemen yang dikehendaki berkaitan tuduhan mereka ini langsung tidak ada terhadap 1MDB.

Jika RCI diwujudkan untuk 1MDB, keputusan sama akan tetap diperolehi, menjadikan siasatan itu hanya buang masa dan tenaga sahaja. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak ada bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Sebaliknya skandal bertaraf mega hingga mengakibatkan kerugian dagangan wang milik rakyat melalui Bank Negara, belum pernah disiasat oleh pihak ketiga yang berautoriti. Ia sekadar siasatan untuk maklumat Perdana Menteri ketika itu dan laporannya tidak didedah kepada rakyat.

Seolah-olah satu “cover up’ telah berlaku apatah lagi jumlah kerugian yang disebut tidak konsisten.

Selain itu jumlah kerugian pula berkait dengan kenyataan rasmi kepada kes MAS di mahkamah dimana terdapat dakwaan penjualan dan pembelian semula MAS dari kroni Tun Mahathir iaitu Tajuddin Ramli  adalah atas nama “national interest” kerana mahu menampung kerugian dagangan mata wang tersebut.

Selain itu dakwaan Timbalan Menteri, iaitu Nur Jazlan Mohamed yang kebetulan menantu kepada bekas Gabenor Bank Negara yang telah meletak jawatan dengan membuat pengakuan “saya silap” dan mengaku BNM telah kerugian RM5.7 bilion, telah mendakwa arwah bapa mertuanya telah dipaksa membuat kenyataan silap bagi pihak lain dan kemudian terpaksa meletakkan jawatan.

Maka dengan adanya RCI selepas penubuhan Task force itu maka nama-nama mereka yang teraniaya boleh dibersihkan. Ketika zaman pemerintahan kuku besi Tun Mahathir ramai individu menjadi mangsa kepada kerja-kerja seperti FOREX dan skandal BMF.

Penerima arahan terpaksa memikul beban arahan kerana kesetiaan kepada pemerintah dan tugas. Maka kebenaran boleh di “establish” jika RCI diwujudkan. Hanya RCI boleh menentukan jumlah kerugian sebenar.

Kerajaan tidak dapat menutup buku kepada kes ini kerana terdapat banyak “mismatch” dan jawapan berbeza kepada jumlah kerugian.

Sama ada mana-mana individu akan didapati bersalah kerana berbohong fakta atau menyorok maklumat itu adalah perkara kedua, yang paling penting negara dapat mengesahkan apa sebenarnya berlaku dan paling utama adakah kecurian berlaku dengan menumpang kepada kerugian.


Tulisan:
BB 286

Betul ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin?

Sebuah institut yang mana Mohamed Azmin Ali menjadi penasihatnya, telah mendedahkan bahawa 62 peratus daripada sejumlah 2,018 responden di Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan Menteri Besar dari PKR itu.

Malah media pro pembangkang dalam tajuk-tajuk laporannya telah membayangkan bahawa jumlah 62 peratus itu adalah benar walaupun kajian yang dijalankan oleh institut berkenaan boleh diragui.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, logikkah institut yang dinasihati Azmin akan melaporkan perkara tidak elok terhadap 'big boss' mereka sendiri? Sudah semestinya sehingga ke 10 keturunan sekali pun, institut tersebut akan menyediakan laporan yang menguntungkan dan menaikkan nama baik Azmin.

Jadi, dimanakah kredibiliti kajian berkenaan? Realitinya, Azmin kini sedang berdepan dengan krisis yang amat teruk.

Isu caj 20 sen terhadap beg plastik yang dilaksanakan di Selangor mulai awal tahun ini bukan sahaja membuatkan penduduk terbeban, malah dua Exco Azmin sendiri mengaku bahawa tindakan kerajaan negeri itu benar-benar membebankan rakyat.

Ia juga menyebabkan banyak suara bantahan diterima oleh Azmin namun tidak dihiraukan, jadi mana mungkin pemimpin yang tidak mendengar suara rakyat boleh dipercayai dan dikasihi? Di mana logiknya Azmin disukai rakyat?

Apa yang dikesalkan pembangkang telah memperkudakan method kajian sebegini untuk menaikkan  imej Azmin yang pada realitinya semakin terjejas.


Tulisan:
BB 285

Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP


Semakin hari DAP semakin bergolak, bak kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa krisis dalaman parti itu umpama bom jangka yang menanti masa untuk meledak.

Sebelum pemimpin diktator DAP membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah ada rasa tidak puas hati antara pemimpin dalam DAP, terutama mereka yang bertanding untuk jawatan CEC. Ia seumpama retak menanti belah. Sebaik sahaja kepimpinan DAP yang tidak pernah membuat keputusan secara rundingan bersama ahli yang lain itu mengamalkan sistam ala ala Korea Utara untuk berbaik dengan Tun Mahathir, maka terjadilah apa yang diumpamakan “the straw that broke the camel back”.

Masalah yang sudah banyak berkumpul di dalam DAP menunggu masa untuk roboh dan Tun Mahathir menjadi penyebabnya. Kita mungkin melihat hanya empat individu DAP dari Melaka telah memulakan tindakan keluar parti, namun sebenarnya ramai lagi menunggu masa untuk bertindak sedemikian. Sebenarnya bukan sahaja DAP, tetapi ramai juga dari PKR hampa dengan tindakan berbaik dengan Tun Mahathir. Asas penubuhan PKR adalah untuk menentang Tun Mahathir dan apabila Azmin Ali berbaik dengan Tun Mahathir maka gerakan untuk menumbangkan Azmin Ali semakin kuat . Dalam masa yang sama didapati kedua puak baik Pribumi mahupun DAP mengutamakan legasi keluarga masing masing.

Tun Mahathir dengan agenda mahu menjadikan anaknya Perdana Menteri manakala Lim Kit Siang pula mahu selamatkan anaknya jika Pakatan Harapan berkuasa. Sehingga kini kerjasama atau pun tahaluf Siyasi antara Pribumi dan DAP adalah menguntungkan Tun Mahathir, bukannya DAP. Tun Mahathir yang dilihat tewas dari segala sudut untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, seolah olah mendapat talian hayat apabila mengikat hubungan dengan DAP. Sementara DAP pula, peluang menjatuhkan parti Melayu Islam UMNO semakin cerah dengan kemasukan Tun Mahathir ke dalam kelompok mereka. Boleh dikatakan masing masing mahu pergunakan satu sama lain terlebih dahulu untuk mendapat kuasa dan kemudian barulah mereka akan buat keputusan untuk tindakan seterusnya, sama ada menyisihkan atau melakar hubungan baru. Menurut beberapa sumber dalaman DAP, pertelagahan akibat menerima Tun Mahathir sangat kuat diperkatakan, walaupun Kit Siang beralasan hanya mahu “perguna” bekas Perdana Menteri itu, namun ada antara kepimpinan DAP tidak mempercayai Tun Mahathir kerana sebaik sahaja mendapat apa yang dikehendakinya, beliau akan kembali kepada dirinya yang asal.

Mereka berpendapat setakat ini Tun Mahathir hanya berlakon sahaja kerana sedang mengejar matlamatnya dan akan kembali membuat U-Turn serta berkompromi dengan pihak yang dimusuhinya. Namun di sebaliknya, Kit Siang juga bersikap yang sama kerana sebaik sahaja UMNO tumbang, DAP atau lebih tepat, keluarga Lim akan mencari jalan untuk mengenepikan Tun Mahathir. Betullah maknanya bahawa kedua pihak ini adalah “strange bedfellow’ dan juga sesuai hubungan mereka sekadar dianggap sebagai “marriage of convenience”. Selepas masing masing mendapat apa yang dikehendaki mereka akan cari jalan membunuh satu sama lain. Ahli-ahli DAP yang menentang keluarga Lim tetap menganggap Tun Mahathir adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Atas sebab yang sama juga Tun Mahathir berlakon mahukan PAS dan pura pura memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan. Ia bagi menunjukkan beliau membuat tawaran kepada PAS, sedangkan jauh di sudut hatinya beliau tidak mahu mahu PAS dalam Pakatan Harapan. Mahathir bersikap begini kerana susah payah dan tipu helah untuk “eliminate” calon potensi bagi menjadi Perdana Menteri akan gagal jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan. Setelah berjaya menyisihkan Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, ia menjadi sia sia jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan kerana tentu sekali PAS mahukan presiden mereka, Abdul Hadi Awang menjadi calon Perdana Menteri. Faktor Tun Mahathir hanyalah faktor terakhir di mana faktor-faktor lain seperti marah kepada keluarga Lim kerana mengamalkan sistem dinasti dan juga amalan kronisma serta campur tangan dalam pemilihan CEC di mana hanya mereka yang sebulu dengan Kit Siang dan Guan Eng sahaja dipastikan menang. Selain itu kemarahan akibat cakap tidak serupa bikin dimana jika pihak lain yang baru sahaja disyaki dan diandaikan rasuah sudah disuruh letak jawatan tetapi Lim Guan Eng yang telah dihadapkan ke mahkamah masih boleh pegang jawatan dan meluluskan banyak perkara sebelum masuk penjara.

Apa pun dalam kemelut ini, yang pasti penyokong pembangkang juga dari jenis hipokrit kerana mereka membenci rasuah jika pihak lain yang melakukan tetapi jika di kalangan mereka, lansung mereka tidak kisah. Akhir sekali apa yang menarik, kemana sahaja Tun Mahathir pergi jelas terlihat “trail of destruction” yang terjadi akibat kehadirannya.

Tahaluf Siyasi yang dibuat oleh DAP bersama Tun Mahathir nampaknya adalah satu mala petaka dan bala untuk DAP. Bagaimanakah parti DAP bersama Tun Mahathir mahu selamatkan Malaysia jika dalaman DAP akan bertambah bergolak sementara Tun Mahathir sendiri terkontang kanting meminta sedekah kerusi dari komponen yang sama.


Tulisan:
BB 284

#PRKTjgDatu: Masalah Setempat Semakin Berjaya Diatasi Oleh Kerajaan Negeri

Memasuki hari ke 12 kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu, boleh dikatakan banyak masalah setempat yang berbangkit sebelum ini telah berjaya diatasi oleh kerajaan negeri Sarawak.

Malah kehadiran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu kelmarin ternyata  membawa berita gembira kepada  penduduk di Tanjong Datu dan Sarawak secara amnya.

Dalam kunjungan singkatnya, beliau mengumumkan lebih RM4 juta telah diperuntukkan bagi membina fasiliti baru dan membaik pulih empat buah sekolah di kawasan ini.

Di samping itu, pihak kementerian bersama-sama kerajaan negeri juga sedang merangka pelan terbaik untuk membaik pulih atau membina blok baru kepada 183 sekolah yang dikenal pasti sebagai daif dan berada pada kategori C di seluruh Sarawak.

Perdana Menteri juga baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM129 juta untuk membangunkan sistem perkhidmatan bekalan air yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk di DUN Tanjung Datu.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengarahkan pembinaan jambatan yang menghubungkan Telok Melano dengan Sematan disegerakan dan projek ini bernilai RM580 juta.

Di samping itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg juga telah mengarahkan Timbalan beliau, Datuk Seri Douglas Unggah Embas untuk menyegerakan penyelesaian membabitkan tuntutan hak tanah adat (NCR) sepertimana yang dimahukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem.

Tidak cukup dengan itu, komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak untuk meneruskan semua projek pembangunan di Tanjong Datu, nyata melegakan semua penduduk di sini.

Apa yang beliau harapkan hanyalah mandat yang besar diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amar Jamilah Anu untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang diilhamkan oleh Allahyarham Tok Nan.

Kini, terpulang kepada penduduk di DUN Tanjong Datu untuk menilai sendiri, parti mana yang memperjuangkan nasib mereka dan meneruskan usaha pembangunan yang kini giat dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga negeri.

Ada diantaranya sudah siap terbina dan ada diantaranya sedang dalam pembinaan atau berada diperingkat perancangan akhir.

Rakyat boleh menilai, betapa slogan Rakyat Didahulukan oleh Perdana Menteri benar-benar dilakukan.


Tulisan:
Beruang Biru
BB 283

Guan Eng Sebenarnya Barah Dalam DAP, Bukan 4 Wakil Rakyat Yang Keluar

Apabila pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menganggap empat wakil rakyat daripada parti itu yang bertindak keluar parti sebagai `barah' maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

Tan Kok Wai sebenarnya terlupa bukan empat wakil rakyat itu yang patut digelar sebagai barah. Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebenaenya patut dianggap sebagai barah.

Tidak dapat dinafikan krisis dalaman parti itu sebenarnya berpunca daripada isu rasuah banglo Guan Eng dan cara Guan Eng mentabdir Penang.

Jika kita perhatikan beberapa kes dalaman DAP yang menyaksikan ahli-ahlinya digantung oleh jawatankuasa disiplin, tindakan diambil disebabkan mereka terlalu lantang dan membuat kenyataan yang dikatakan merosakkan reputasi parti. Hakikatnya ia disebabkan mereka hanya menegur Guan Eng sahaja.

Itulah antara punca dua ahli DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San digantung keahlian selama setahun pada tahun lepas.

Mereka merupakan dua daripada empat wakil rakyat DAP di Melaka yang mengejutkan ramai dengan mengumumkan keluar parti. Dua lagi wakil rakyat tersebut adalah ADUN Bachang, Lim Jak Wong serta ADUN Kesidang, Chin Ghoong Seong turut ikut jejak langkah Sim.

Bagaimanapun tindakan yang sama tidak pula diambil ke atas Guan Eng walaupun beliau telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah dan kesnya akan dibicarakan mulai Mac ini.

Dan bagi mengalihkan kesalahan kepada orang lain, Guan Eng mendakwa empat wakil rakyat itu berbuat demikian berpunca akibat kekalahan mereka pada pemilihan DAP Melaka pada 2015. Jika dilihat alasan tersebut, tenyata ia langsung tidak logik.

Kenapa perlu dikaitkan dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Jika mereka tidak berpuas hati disebabkan kekalahan berkenaan, lebih baik mereka bertindak keluar parti pada masa itu juga, kenapa perlu menunggu hingga sekarang, iaitu ketika tempoh penggantungan itu hampir berakhir.

Ternyata keputusan empat wakil rakyat itu keluar DAP merupakan permulaan kepada krisis dalaman DAP dan ia akan menjadi semakin teruk sekiranya `barah' sebenar tidak disingkirkan.

Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli DAP sedar bahawa perjuangan parti itu semakin berubah.

Apa pun sesuatu yang menarik untuk dihayati ialah apabila Tong Him menggelar Guan Eng sebagai munafik. Jika beliau boleh menggelar Guan Eng munafik, alangkah memalukan sekiranya masih ada orang Melayu yang mengangkat Guan Eng sebagai `pejuang' mereka.

Fikir-fikirkanlah....

Tulisan :
Beruang Biru
BB281

Tuesday, February 14, 2017

Skandal Forex & BMF, Kit Siang Dah Tikam Belakang Mahathir

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (Forex) yang telah mengakibatkan kerugian besar kepada negara.

Kit Siang turut menerbitkan dua buah buku bagi mengecam Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri berhubung skandal terbabit yang diterbitkan pada 1983 dan 1986.

Kini, Kit Siang sudah menjadi rakan rapat Mahathir, sekali lagi ditanya mengenai desakan agar RCI ditubuhkan, dan Kit Siang menyatakan beliau kekal dengan pendirian berkenaan iaitu menyokong penubuhan RCI.

Tetapi dalam landskap yang berbeza di mana Kit Siang bukan lagi musuh kepada Mahathir tentu janggal apabila Kit Siang bersetuju dengan penubuhan RCI itu.

Apabila Kit Siang menyatakan kekal dengan pendirian agar RCI ditubuhkan, dapat dilihat di sini ia umpama "menikam dari belakang".

Apa sudah jadi dengan perjanjian sulit mereka berdua?

Ia menjadi peluru yang disimpan sementara waktu dan bakal digunakan ke atas Mahathir pada suatu masa nanti.

Bukan sahaja isu RCI ini malah dalam isu melibatkan PAS, jika kita lihat semula kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang dan Mahathir, kita pasti dapat melihat bagaimana DAP membelakangkan Mahathir.

Walaupun Mahathir, pada 21 Januari lalu pernah menyatakan gabungan pembangkang tidak memerlukan PAS malah partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memilih untuk melupakan PAS sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Namun Kit Siang pula melahirkan hasrat yang berbeza apabila menjelaskan bahawa partinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjayakan agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Begitu juga dengan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak menentang cadangan penubuhan RCI dan mahu siasatan dilakukan sampai ke lubang cacing berhubung skandal Forex dan BMF.

Ternyata dalam kem Mahathir sendiri, banyak yang menyokong RCI, sekali gus menunjukkan bahawa mereka berani bersuara terhadap Mahathir, yang sebelum ini ditakuti ramai ketika beliau menjadi Perdana Menteri sehingga digelar diktator.

Namun dalam banyak pemimpin pembangkang yang bersuara mengenai RCI ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendiamkan diri.

Mana perginya Muhyiddin? Kami mahu mendengar pandangannya terhadap bosnya, Mahathir. Atau Muhyiddin sedang main "game" bersama Kit Siang dan Syed Saddiq untuk kenakan Mahathir? Boleh jadi.

Tulisan : BB272

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.