Tuesday, May 21, 2013

BN Perlu Utamakan Negeri Yang Dimenangi

PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya, sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR. Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri. Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.

Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini. Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan. Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.

Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua? Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa. Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua?

Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.

Cina Perlu Pilih Antara ‘Malaysia 1st’ atau ‘Chinese 1st’

Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu 'galak' menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara.   Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya.   Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan.  

Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan.  Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.  Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu.  Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.   Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut.  Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya.   Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan 'Malaysia' sebelum 'bangsa' (Malaysia 1st, Malay 2nd).  

Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa.  Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua.  Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti 'Malaysia 1st' seperti yang dilaungkan kaum Cina.   Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah 'Malaysia 1st' ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.  Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli.   Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya.   Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!?    Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara. 

Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah.  Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.  Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain.   Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan.   Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan.   Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.  

Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka.  Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.  Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi.  Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.  Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit.  Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.  Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.

Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina. 

Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.   

Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan. 

Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain.   Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain. 

Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri.   Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu;  untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau 'Chinese 1st, Malaysia last'.    Hakikat ini sudah jelas dan penulis pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya.  Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.  

 


PAS Perlu Keluar Dari Pakatan Pembangkang

"Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Itulah antara kata-kata yang dituturka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menegaskan, parti itu akan keluar dari pakatan pembangkang sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus.

Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya ini, PAS sewajarnya mengotakan janjinya sebelum ini dengan keluar dari pakatan pembangkang kerana ia jelas telah merugikan Melayu dan Islam di dalam parti itu. Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri. Pada 2 Mei lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan  boleh mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini. Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

"Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66 kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013, jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 21 kerusi sahaja. Berbeza dengan Umno, jumlah kerusi yang dimenangi  pada pilihan raya 2013 adalah sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan pilihan raya 2008. Terdapat petunjuk jelas di sini, Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.

Kerajaan Perpaduan

Idea Abdul Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.  Jika dahulu ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan PAS, tetapi kini sudah jelas terbukti kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.

Perbincangan dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai kekusutan yang berlaku dalam politik negara, lebih-lebih lagi kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak tertentu. Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu. Malah, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib Presiden PAS, Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga mengejutkan.

Menurut Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan. "Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya. Selain hilang Kedah, PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya lalu.  Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kerajaan perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara. Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.
 

Kabinet Baru Perlu Tegas dan Lebih 'Jantan’

Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan 'mood' luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakerja untuk menumbangkan kerajaan.

Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik.
 
Dikenali sebagai 'Arab Spring', negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu.

Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama.

Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...

ANWAR MAHU CETUS REVOLUSI GAGAL JADI PM

Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.

Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN. Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini. Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12. Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008. Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara. Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu. Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang. Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya. Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama. Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini.

Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada. Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara. Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN. Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang.

Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara 'gentleman' serta hati terbuka.

Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan. Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah. Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah 'national reconciliation' atau perpaduan nasional.

Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN. Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.

Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

Wednesday, May 15, 2013

Terkini!!!...Kabinet Malaysia 2013-2018

Barisan Kabinet 2013:-
 
PERDANA MENTERI:
YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

 JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

 
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

 
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

 MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

 
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

 
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

 
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

 
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

 
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

 
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

 
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

 
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

 
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

 
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

 
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC

 
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

 
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR

 
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

 
 MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

 
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

 
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

 
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

 
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

 
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

 
RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG




Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.